11/09/2010

Entri 20 - Aktiviti tanpa halatuju

Perbualan di telepon dan juga di sms menunjukkan bahwa ade aktiviti pada 6 november. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah menukar rim sukan kereta butam dan tayar kereta blanka serta menonton bola dimalam hari. Masa yang dikhabarkan berkumpul di putrajaya pukul 9, bermakna aku kene sampai di rumah blanka pukul 8! aku tak tau samada butam terlalu teruja nak menukar rim sukan ataupon blanka sudah berubah sejak membaca majalah maskulin. Yang pasti, aku terkejut.

Tapi macam biasa laa. Blanka masih melayu dan aku masih senang ditipu dengan janji melayu ni. Sampai dirumah blanka pukul 8, die tak bangun tido lagi. Setelah berbual mesra antara blanka ditingkap dan aku diluar pagar, konklusinye aku akan brekpes di maple berseorangan sementara blanka bersiap dan juge akan hadir brekpes di maple tersebut. Sebenarnye aku bole jek tunggu, tapi memandangkan jiran-jiran blanka memandang serong terhadap aku yang bagaikan menunggu kekasih bangun tido, aku rela bergerak dengan hati kecewa bersulamkan airmata. Nasib baik ade anak pakcik alim yang tidak mengikut perangai bapaknye dengan memakai bju ketat walaupon bertudung. Sarapan roti canai+teh tarik dicicah pula dengan memandang awek tersebut sudah cukup membuatkan pembayaran kepada maple terasa cukup berbaloi.

Bergerak ke putrajaya dan menunggu bunek (janji stengah jam, tapi dekat sejam gak menunggu) sebelum mengambil nedjo dan bergerak pula ke shah alam. Sebelum sampai, antara persoalan utama aku adalah nedjo yang bangun awal dan menepati masa serta tentatif program yang kelihatan janggal. Tuka rim sukan dlm 2 jam, jadi habis dalam tengahhari jugak, bola kul 11. Ape yang perlu dibuat diantara masa-masa tersebut. Atas persetujuan ramai, kami setuju melantik nedjo untuk menguruskan masa kami. Sampai di shah alam, kami menuju ke kedai tayar dan rim sukan yang unik. Ah kit proniaga, unik bukan? Secara jujur, berapa kali anda jumpa kedai yang bernama begitu?

Setel menukar ape yang patut, cadangan melepak di kedai makan belakang uitm mendapat sokongan penuh para peserta. Mungkin disebabkan makanan disitu sedap. Aku berfikiran positif walaupon hati aku kuat mengatakan niat masing-masing termasuk aku adalah melihat gadis rare. Benar jangkaan aku, masing-masing khusyuk menonton gadis rare. Lenguh jugak kepala aku gerakkan kepala kesana sini. Tapi mende-mende camni kene steady. Disana juga kami berbual mengenai plan kami selepas ini. Setelah menolak beberapa plan yang tak masuk akal, plan mandi sungai di sungai kanching menjadi pilihan utama. Macam biasa, ade sungai, ade awek berbaju basah penyegar mata. Tapi sayang, sangkaan kami meleset. Lebih ramai jantan dari gadis. Agak celaka dan menjatuhkan moral kami.

Setelah selesai mandi-manda, kami mendapat kunjungan berhormat dari sorang member bertaraf rare. Beliau sudi untuk mencemar duli melepak bersama kami. Bangga juga aku dapat penghormatan begitu. Beliau tak perlu dikenalkan lagi, tak lain tak bukan Yang Berhormat Bujang. Sangat rare untuk melihat beliau. Jangankan sebulan skali nak jumpa, ade yang tak jumpa beliau dekat setahun. Sebijik macam ADUN melawat kawasan. Tapi kami macam biasa, kecil tapak tangan, _____ kami tadahkan (sila isi tapak kosong).

Selepas mandi-manda dan dinner di mekdi, masing-masing sudah kepenatan. Bergerak juga ke putrajaya untuk melepak di maple wajib yakni maple dable. Berbual sakan disana selama sejam, masing-masing memutuskan untuk menamatkan aktiviti yang pada mulanya tiada hala tuju tetapi ade juga tujunya pada pukul 11 malam. Aku memberikan aktiviti kami ini dengan rating B+ walaupon aku ingin memberikan B-. Tapi disebabkan usaha nedjo dan kunjungan istimewa YB bujang, aku yakin rating B+ ini sangat berpatutan. Sekian sahaja laporan saya untuk aktiviti perajurit.

p.s Ade aktiviti yang tidak disebut disini kerana kekangan idea. Mugkin juga kerana ingin menjaga airmuka. Kahkahkah

2 ulasan:

  1. " p.s Ade aktiviti yang tidak disebut disini kerana kekangan idea. Mugkin juga kerana ingin menjaga airmuka. Kahkahkah "

    hanye aku,ko dan bunek je yg tau.
    hahaha

    BalasPadam
  2. kahkahkah,macam haram...jgn sebut name,nnti mudah syak wasangka...

    BalasPadam