Jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku dah senyum kelat. Aku tengok blanka ngan butam pon dah tak berbual rancak pasal kereta macam tadi. Nedjo pon diam jek. Lakau cemas mendail telepon berulang kali. Mata kojang dah melekat tepat kat teropong sniper.
“Apasal dorang ramai pulak kali ni?” kata bunek kat aku.
Dihadapan kami terserlah askar-askar musuh. kekalahan mereka time lunch tadi membuatkan hati mereka membara aku rasa. Dorang hantar semua askar dorang kot nak lawan ngan kitorang. Bangga pulak aku memikirkan betapa hero nye kitorang nih sampai dorang kene hantar banyak camtu.
Aku diam tak membalas pertanyaan bunek. Rasa cam tak perlu nak jawab bile mulut aku dah terketar-ketar tengok askar dorang. Gile ape, askar dah dekat seribu aku rasa, tu belum kire kete kebal dekat 12 bijik. Tak fair betol dorang nih.
Dush. Kami semua pantas pandang belakang tengok lakau karate telepon. Kojang bertanya serius tanpa mengalihkan mata die dari teropong sniper, “ape dorang jawap joe?”.
Lakau diam tak berkata-kata.
“APE DORANG CAKAP JOE?” kata kojang separa jerit.
“Skang pukul 6 jang” kata lakau lemah.
“Jadi?” serentak kami semua bertanya tanpa rehearsal.
“Gomen tutup pukul 6” jawab lakau.
Dengar jawapan lakau tu buat aku rasa nak nangis. Ape kejadahnye nak lawan dengan dorang banyak ni jek. Kalau setakat serat 2rat musuh takdehal gak laa kot. Ni dah dekat seribu aku rasa kalau matematik aku tepat.
“We stand alone” kata nedjo. Kagum gak aku ngan nedjo, time-time camni boleh lagi die nak speking.
Butam bersuara, “aku bangga dapat bersama korang time-time susah senang camni”.
Terharu betul aku dengar butam cakap camtu. Tak sedar menitik gak air mata ngan hingus aku yang jernih.
“akupon same, aku bangga” sambung bunek.
Masing-masing angguk lemah tanda setuju tak terperi. Kami memandang wajah masing-masing dan tersenyum nipis. Time-time camni kalau ade lagu selalu keluar bile abes motivasi tu memang aku syak baju kitorang penuh ngan hingus.
Sayup-sayup aku dengar bunek nyanyi lagu sudirman-warisan. Perghh, punye lah syahdu lagu tu. Kene sangat ngan situasi kitorang skang nih. Slow-slow kami folow bunek nyanyi same-same kecuali blanka yang bersiul sebab tak hafal lirik.
Nyanyian kami samar-samar hilang ditelan derupan kaki dan gerakan kete kebal pihak musuh…..
Tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan