11/03/2010

Kisah jalil dan adik beradiknya (episod 4)

2 minggu telah pun berlalu. Pencarian kaliputan penggiri masih belum tercapai. Amat menyeksakan minda kami berempat apabila masa berlalu pergi ibarat daun kering menyusuri sungai congkak. 9 buah kampung telah kami singgah, berehat, bermain mata dengan gadis manis dan mencari kaliputan. Kebanyakan penduduk di 9 kampung tidak mempunyai klu apekah yang kami cari. Adakah mencari kaliputan misi terutama atau bermain mata dengan anak gadis mereka.

Senapang kayu berpelurukan terung belanda semakin habis pelurunya. Nut basikal sudah lama habis. Ingin mencuri nut basikal kampung yang kami singgah mungkin membawa padah pabila segala tempat tinggal dan makan minum dijaga rapi oleh penduduk kampung yang prihatin. Gasing yang dibawa untuk mengisi masa lapang juga telah tumpul pakunya. Hanya roti krim 40 sen masih banyak didalam beg kami. Tapi setelah 2 minggu, mungkin sudah sampai masanya untuk kami mencampakkan kedalam tong sampah. Tidak sanggup kami mengingati kejadian kamil hampir-hampir menyuap roti krim 40 sen yang sudah subur dihuni kulat dan cendawan liar.

Hanya tinggal 1 kampung lagi sebelum kami memasuki negeri jiran. Setelah bermuzakarah antara kami, kami sepakat untuk menamatkan misi ini jika dikampung terakhir masih tidak berjumpa dengan kaliputan penggiri. Kerinduan terhadap nasi lemak, teh tarik dan pelayan siam bersuara garau milik usup kubur tak dapat ditahan-tahan lagi. Apetah lagi bila mengenangkan payudara mantap anak tok ketua. Alasan-alasan seperti kaliputan telah pun mati dibaham binatang buas sudah direka kami dengan penuh bergaya.

“Inilah kampung terakhir sebelum kite menamatkan misi kita. Jikalau takde jugak, aku berdoa tok ketua masih sudi memberi hadiah saguhati seperti 10 saat memegang payudara sofia. Itupon dah cukup” kata ku mengharap.

“Usahlah bermimpi. Kalau dapat setel misi nih dapat cium jek, kau ingat kau boleh pegang payudara anak die? Mustahil” ulas pamil sambil menggeleng kepala. Pertama kali pamil mengucapkan sesuatu yang bernas. Terkejut jugak aku.

“Moh kite bertanya kat pakcik bertongkat terketa-ketar tu. Melihat dia, aku jangkakan die seusia dengan tok ketua” kata syamil.

“Celah mane pulak seusia dengan tok ketua. Kau tak nampak pakcik tu nak berjalan pon payah” jawab kamil.

“Tok ketua tu kuat sebab die selalu makan tongkat ali. Porno pon kerap ditonton. Tiap-tiap minggu aku nampak tok ketua pegi massage dekat pekan tu pakai duit rasuah yang oposisi bagi” jawab syamil balik.

“Kedai urut yang buruk tu? Punye la tak glemer tempat tok ketua nak bermassage” ulas aku pula.

“Haa, itu yang korang tak tau. Kedai tu nampak jek buruk, tapi kat dalam penuh dengan tukang urut pelbagai Negara yang bisa membuatkan nafsu kelelakian tercabar. Kalau diperhatikan dengan tenang, boleh nampak urat hijau kat kulit mereka kau tau” jawab syamil balik. Aku perasan pamil terdiam sambil seluarnye membonjol tiba-tiba.

“Yeke, celaka jugak tok ketua tu ye. Moh kite bertandang kesana pas setel misi ni. Eh silap, moh kite bertanya kat pakcik tu” saran aku. Kami terkedek-kedek menuju ke pakcik tersebut.

“Assalamualaikum pakcik. Nak mintak bantuan pakcik ni sikit. Kami nih nak mencari seseorang atas permintaan seseorang juga. Boleh pakcik tolong?” tanya kamil.

“Waalaikumussalam nak. Boleh nak, sape yang korang nak cari tu?”

“Nama beliau kaliputan penggiri. Pakcik kenal?” tanya kamil lagi. Berubah muka palcik tersebut.

“Pakcik laa kaliputan penggiri. Siapa yang orang nak jumpa pakcik tu?”

“Tok ketua kami, asraf” jawab ku.

“Urat saraf? Pertama kali pakcik dengar name tu nak” jawab pakcik tu bagaikan melawak. Atas dasar hormat, aku ulang sekali lagi nama tok ketua. Kelihatan muke pakcik tu termenung mengingatkan name tu.

“Takpela pakcik, saya tak peduli pon pakcik kenal ke tak tok ketua saya tu. Janji saya dah jumpa orang yang saya nak. Sekarang pakcik pilih, nak ikut kami elok-elok atau peluru terung belanda ni kami tuju dekat muke pakcik” ugut aku.

“B-ba-baik nak. Pakcik folo” jawab pakcik tu menggigil takut. Sempat kujeling ke tanah dan melihat empangan pakcik sudah pon barai. Heh, baru peluru terung belanda. Kalau pakai senapang betul, konfem kene kencing manis ni. Memang sesuai aku apply jadi watak jahat dalam filem melayu.

Dengan senyuman dimuka, kami mengiringi kaliputan penggiri menuju ke kampung kami. Hati kami puas, misi kami sudahpon tercapai. Fantasi nakal bersama sofia mengila didalam benak fikiran aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan