"Kau seorang pelajar yang bagus Jakfar. Tapi saya hairan, mengapa kamu tidak sekali melukis portrait?" soal seorang lelaki berambut panjang beruban. Rambutnya itu tidak disisir dengan bagus, diikat pula dibelakang seakan ekor kuda liar kelaparan. Bajunya kemeja kotak-kotak tidak diseterika maka tidak kemas, seluarnya terconteng dengan kaler-kaler kuning merah ungu dan menjengkelkan mata melihat. Apa yang mengejutkan adalah dikala umurnya yang tua itu, mukanya begitu kemas sekali. Kumisnya digunting nipis dan kedutannya jarang-jarang.
"Ada sebabnya saya tidak melukis portrait Prof" jawab Jack. Perlahan dia menyeluk sakunya untuk mengeluarkan rokok berjenama Dunhill sebelum teringat bahawa die didepan pensyarah yang diseganinya. Datuk Dermaga Sakti, itulah nama pemilik lelaki tua beruban itu. Dia merupakan seorang anak seni yang begitu terkenal sekali. Pernah ditawarkan menjadi Dekan tetapi menolak kerana ingin dekat sama pelajarnya. Khabar angin mengatakan pernah terjadi perang saudara di sebuah negara Afrika kerana berebutkan lukisannya.
"Boleh saya tahu apa sebabnya? Saya ini berasa curious juga sebenarnya" kata pensyarah tua itu dengan bahasa pasar yang kelihatan tidak kena dengan semangat kempen Cintakan Bahasa Kita. Jack merenung lelaki tua itu dengan perasaan kagum. Kagum kerana walaupon bergelar Datuk, dia terlalu merendah diri. Dia juga seorang yang kaya, lukisannya yang terbaru bertajuk "Ikan siakap gelama ikan duri" telah dibeli oleh saudagar IT di Jepun dengan harga USD 35,000. Khabarnya dia membuat renovation rumah adik beradiknya tanpa menggunakan sesen pon duit tersebut. Khabarnya juga adik beradiknya begitu angkuh sekali dengan orang kampung setelah rumah mereka begitu indah.
"Saya hanya akan melukis portrait orang yang saya cintai Prof. Dan orang itulah yang akan saya lukiskan sehingga akhir hayat saya" Jawab Jack bersungguh. Matanya berkaca tak tahu kenapa. Apa yang menghairankan mata Datuk itu juga berkaca. Ahh, hati seoang seniman memang begitu deep sekali.
"Syabas anak muda. Engkau mempunyai semangat lamina yang begitu utuh. Saya berbangga sekali dengan kamu" kata datuk itu dan meninggalkan Jack. Sayup-sayup dari belakang Jack melihat Datuk itu mengelap matanya dengan menggunakan lengan baju. Jack menggeleng-gelengkan kepalanya tanda hairan dengan scene tadi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan