2/09/2012

CerTot (Cerita Kontot)

Suasana bilik tu agak terang. Meja bulat itu dikelilingi 3 orang yakni aku, tam dan juge kojang. "Prap prap prap" bunyi kad terup sedang di "cong". Kami bertiga sedang bermain blackjack dan kojang sebagai banker. Tam menyalakan rokok. Aku dengan tidak mahu mengalah pada tam, menyalakan juge rokok untuk menambahkan feel kasino haram. "Zas zas zas" bunyi kad sedang diagihkan. Aku meletakkan pertaruhan 20sen keatas meja.

Dengan berhati-hati aku membuka kad pertama aku. Cantik! Kad pertama aku Queen heart. Dalam hati aku berdoa agar kad kedua Ace. "Dup dap, Dup dap" bunyi jantung aku tanda berdebor. Cilake, kad kedua aku 3 Diamond. Sebagai orang pertama, aku pantas mengambil kad di deck dan membukanye perlahan-lahan.

"Rolly, rolly rolly poly" bunyi makwe korea menyanyi kat kaca TV lakau yang cukup HD. "Amboi, bukan main manis lagi makwe ni menyanyi" kata hati kecil aku seakan memujuk aku tatkala aku nak menitik airmata bile bukak kad dapat King Heart.

1/15/2012

Rim Sukan

"Wad, ko bangun pagi-pagi. Kite gerak pukul 8-8.30 ke putra ambik tam pastu terus shoot pegi ah kit proniaga" kata ka kepada aku pada malam jumaat di Canai. Lepak canai ni best, makwe manis banyak. Tapi malam tu tak berape funky, tak banyak makwe. Ok, kembali kepada ayat ka tadi, ape yang pelik dengan ayat  ka tadi? Bijak, ayat bangun pagi tu yang pelik. Rekod ka bangun pagi memang diragui. Tapi bile die buat muke serius, aku rase aku tak patut hancurkan harapan ka nak tengok kereta die dipasangkan rim sukan. Baru kereta ala-ala perlumbaan.

Tapi ka tetap ka, betapa konfiden pon die malam tu, die tetap akan jadi ka balik keesokan harinye. Aku bangun pagi pukul 8, hisap rokok kejap dan terus mandi. Lepas mandi, lepak-lepak kejap sebelum aku mesej die. Lebih dari sejam henpon aku tenang tanda tiada balasan dari ka. Kadang-kadang aku merasa menyesal dengan kebodohan aku yang begitu percaya pada kata-kata ka.

Dalam pukul 10.45, die reply dengan begitu bersahaja. "Aku tengah berak, 11.30 aku sampai". Dan ka sampai 11.38, menitik juge airmata aku bile die cume lewat 8 minit. Dengan menaiki perdana auto, kami bergegas ke putra untuk ambik tam. Dalam perjalanan, kami telah ditapau oleh satria neo. Selepas puas ditapau, kami pon mengambil tam dan terus ke barra untuk meratah makanan dan juge untuk santapan mata. Ketibaan kami tepat kerana nedjo juga sampai tepat pada masanya. Hairan, barra tidak menyajikan makwe-makwe yang rare kali ni. Cume nasib kami agak baik pabila barra menyediakan ayam goreng barralicious yang pada pendapat aku tidak jauh bezanya dengan ayam goreng pasar malam.

Selepas puas makan, kami bergegas ke ah kit proniaga. Tiada apa yang menarik disini kerana aku tak tahu bercerita mengenai hal-hal kereta. Cume aku berjaya mengagumkan ka apabila aku menyebut RX7 dengan panggilan FC. Syukur, cite kartun initial D membantu aku dalam hal sebegini. Selepas menukar rim sukan, kami terus ke putra untuk melepak di maple dabel. Dan ya, tiada makwe yang rare juge disini.

ok lah, setakat ini sahaja cerita aku. Sebenarnye ade lagi, tapi bila dah 2 tempat takde makwe rare aku rase frust pulak nak menulis lagi.

1/11/2012

Menjamu selera

"Kruk kruk kruk", bunyi perut aku berbunyi. Berdebar jugak aku, lain macam bunyi. Selalunye bunyi-bunyi camni datang dalam pukul 2 atau 3. Aku rasa gelisah, sekarang baru pukul 12.30. Kalau aku keluar sekarang, konfem-konfem aku makan sorang-sorang. Tapi mengenangkan lapar yang padu sebegini, aku gagahkan juge intercom brader atas ajak makan sekali. Macam faking, ramai pulak kastemer kat atas sampai tak cukup tangan brader nak keluar lantas minta aku tapaukan nasi untuk die. Belum sempat aku keluar, berbunyi pulak henpon. Panggilan dari kakak diatas, juge meminta tapau nasi. Fikir punye fikir, aku gagahkan jugak la pegi menapau nasi dan makan sekali dengan dorang.

Turun bawah, hujan bukan main lebat lagi. Aku tengok bangla lintas jalan lenjun kene hujan walaupon tak la jauh mana. Kesian jugak aku tengok bangla tu terkial-kial nak bakar rokok die yang kebasahan yang entah jenama apa. Aku hampir berputus asa sebelum perut aku yang dapat mengesan niat aku terus mengeluarkan bunyi sekali lagi, "kruk kruk kruk". Kagum jugak aku dengan perut aku ni. Tau je die niat aku. Tanpa berfikir panjang, aku ke parking ambik payung.

Aku buang perasaan malu, bukak payung, bakar rokok dan melintas jalan. Aku mengharapkan agar gambaran aku meredah hujan sambil merokok itu kelihatan seperti jantan yang berlakon dalam cerita sekolah jepun yang asyik bergaduh, bukan berdemo macam adam adli. Ok, tak kelakar. Kalau anda tak tahu mamat mane yang aku maksudkan, nah gambar :-

Kool kan? hikhikhik

Dengan langkah yang disusun kemas, aku melangkah dengan penuh yakin ke kedai makan. Dengan muke yang yakin, pelan-pelan muke aku bertukar kelat. Sampai kedai, ade sorang makwe tengah makan. Makwe ni sebenarnye takde la manis sangat. Tapi kalau muke boleh tahan, seluar pulak ketat jenis boleh nampak rekaan seluar dalam, boleh memancut juge airmani kalau kene gaya godaannye. Makwe ni pulak tengah menyuap nasi begitu pantas tersenyum nak gelak bile melihat aku memegang payung tatkala lelaki lain meredah hujan dengan tenang.

"Fak!" jerit hati kecil aku. "Bodoh ko ni, lain kali tahan lapar. Sekarang mane nak letak muke ko?" kata hati kecil aku.

"Abis tu camne ni" tanye pule aku.

"Ok, sekarang kite dah takde cara lain. Ko buat muke kool, lipat payung dan campak macam payung tu ko pinjam" getus hati kecil aku memberi idea. Peh, power jugak hati kecil aku ni.

Tanpa membuang masa, aku pantas mengikut saranan hati kecilku. Campak payung, order nasi dan letak kuah. Sesekali aku usha jugak payung aku takut kene rembat. Sesekali juge aku usha bontot makwe tu yang kelihatan padu untuk di tepuk secara bernafsu. Selesai membayar, aku berjalan keluar sambil membakar rokok buat kali kedua untuk memastikan plan aku berjaya. Ketika aku melintas makwe tu, aku usha sikit muke makwe tu. Lepas usha, begitu laju aku jalan bagaikan tidak pernah patah kaki sebelum ini.

Sampai ofis, aku karate meja ofis dengan perlahan tanda kecewa. "Salah ko jugak, yang ko pakai payung kaler pink buat ape" kate hati kecil aku perlahan. Sambil memandang tingkap, otak aku berkali-kali rewind ayat makwe tu ketika aku mengusha makwe tersebut lepas menapau nasi, "Payung kaler pink, kihkihkih" kata makwe tersebut kepada kawannye.

12/29/2011

Cerita hari selasa

Hari selasa minggu ni aku ambik cuti. Keinginan nak berehat dan pergi ke RHB mengambil geran kereta adalah misi utama aku. Aku dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk steady pada hari tersebut. Tapi sayang,aku demam hari selasa tu. Jenis demam yang real punye. Bukan demam bieber (babi,tak lawak). Kepala pening,satu badan sakit,selsema berserta batuk merupakan pakej lengkap aku dapat haritu. Batuk pulak jenis batuk yang deep. Memang solid la sakit teruk aku. Tapi bagi memastikan aku tak mensia-siakan cuti ni dengan baring layan cite House, aku gagahkan juge.

Gerak ke RHB PJ selepas makan nasi goreng sama telur memang satu cabaran getir. Perut tengah sedap-sedap kenyang memang elok dibawa ke tidur. Tapi memandangkan aku dah makan dan dah pakai minyak rambut, pegi jugak la. Takkan nak tido dengan rambut dah di "oter" secara bagus pule. Sampai PJ, aku bergegas cari stesen minyak. Jumpe stesen minyak, aku menunggu dalam kereta hampir 10 minit tengok kebodohan manusia. Punye la bangang manusia zaman sekarang. Park kereta dekat pam minyak main BBM 1 hal, yang dah isi minyak pastu masuk kedai minyak beli barang pon 1 hal jugak. Paling bangang park kereta pastu pegi tandas bukan main lama. Paling bangang tuan punye stesen minyak buat-buat tak nampak yang kereta lain dah menunggu nak isi minyak. Sebelum aku blah dari situ, sempat aku lempang 3 bangla yang pandang sinis dekat aku sebagai pengajaran.

Nak cari RHB pulak bukan main senang. Nak cari parking pulak bukan main susah. 20 minit berpusing cari parking baru jumpe. Tengok jam dah pukul 11 lebih. Aku kene pantas untuk pulang kerumah dan berehat-rehat. Pegi RHB, jumpe pegawai die, borak lebih kurang, pegawai die cari geran, datang jumpe aku balik sengih serupa gampang, pastu cakap geran tak jumpe. Sebijik macam kepala bana aku pandang muke die. Dengan senyum dibuat-buat, aku bagi no telefon aku dan cepat-cepat pulang. Dalam perjalanan, aku rasa badan aku dah terlalu panas lantas aku menuju ke klinik berdekatan rumah aku.

Klinik Alam Medik. Nama klinik yang cukup gah. Tapi servis die macam gampang. Celaka ape orang tak ramai tapi menunggu turn masuk bukan main lama. Itu belum kira lagi turn tunggu ambik ubat. Dalam farmasi ade 3 orang. 2 orang bukan main gembira berborak manakala yang sorang lagi kurang gembira berborak sebab kene cari ubat. Punye la gembira dorang beborak sampai nak ambik ubat untuk sorang customer ambik masa 10 minit. Dah la nurse muke tak lawa,pastu senyum gaya menyindir. Aku karate kerusi sebelah aku baru kelam kabut cari ubat aku. Senyum tipis je aku tengok kecuakan mereka. Tengok jam pulak pukul 1,maknanye ade banyak masa lagi aku nak tido.

Tapi itulah orang cakap,malang ni tak berbau. Kalau tercirit dalam seluar baru berbau. Aku bukak beg duit, kad pengenalan aku takde. Aku cube menggunakan otak aku sebaik mungkin dan baru aku tersedar, kad pengenalan aku tertinggal kat RHB. Aku hampir-hampir masuk dalam klinik untuk karate kerusi lagi, tapi rasa tak berbaloi pulak. Jadi aku bergegas pule pegi PJ dan situasi mencari parking terjadi lagi. Aku berlari ke bank,jumpe brader tadi dan mintak balik kad pengenalan aku. Brader tu pulak tenang je cakap die perasan aku tertinggal kad pengenalan tapi die ingat aku datang balik nak kutip dalam 5-10 minit lepas aku blah. Punye la bodoh brader tu sampai aku rasa nak karate konek di. Dah lebih sejam aku balik takkan tak terlintas kat kepala otak die yang mungkin aku tak perasan aku tertinggal kad pengenalan.

Lepas senyum lebih kurang, aku bergegas pulang,makan nasi,makan ubat dan layan house 3 4 episod. Sedar-sedar dah pukul 7 malam. Nak tido time-time camni boleh mendatangkan maki yang kurang enak dari mak aku. Jadi aku mengambil keputusan win-win dengan layan cite House 3 episod lagi sebelum aku tidur. Dan itulah cara aku menghabiskan cuti hari selasa aku. 

*Babi,bile aku baca balik macam karangan darjah 3 pon ade.