Memaparkan catatan dengan label merapu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merapu. Papar semua catatan

2/09/2012

CerTot (Cerita Kontot)

Suasana bilik tu agak terang. Meja bulat itu dikelilingi 3 orang yakni aku, tam dan juge kojang. "Prap prap prap" bunyi kad terup sedang di "cong". Kami bertiga sedang bermain blackjack dan kojang sebagai banker. Tam menyalakan rokok. Aku dengan tidak mahu mengalah pada tam, menyalakan juge rokok untuk menambahkan feel kasino haram. "Zas zas zas" bunyi kad sedang diagihkan. Aku meletakkan pertaruhan 20sen keatas meja.

Dengan berhati-hati aku membuka kad pertama aku. Cantik! Kad pertama aku Queen heart. Dalam hati aku berdoa agar kad kedua Ace. "Dup dap, Dup dap" bunyi jantung aku tanda berdebor. Cilake, kad kedua aku 3 Diamond. Sebagai orang pertama, aku pantas mengambil kad di deck dan membukanye perlahan-lahan.

"Rolly, rolly rolly poly" bunyi makwe korea menyanyi kat kaca TV lakau yang cukup HD. "Amboi, bukan main manis lagi makwe ni menyanyi" kata hati kecil aku seakan memujuk aku tatkala aku nak menitik airmata bile bukak kad dapat King Heart.

1/11/2012

Menjamu selera

"Kruk kruk kruk", bunyi perut aku berbunyi. Berdebar jugak aku, lain macam bunyi. Selalunye bunyi-bunyi camni datang dalam pukul 2 atau 3. Aku rasa gelisah, sekarang baru pukul 12.30. Kalau aku keluar sekarang, konfem-konfem aku makan sorang-sorang. Tapi mengenangkan lapar yang padu sebegini, aku gagahkan juge intercom brader atas ajak makan sekali. Macam faking, ramai pulak kastemer kat atas sampai tak cukup tangan brader nak keluar lantas minta aku tapaukan nasi untuk die. Belum sempat aku keluar, berbunyi pulak henpon. Panggilan dari kakak diatas, juge meminta tapau nasi. Fikir punye fikir, aku gagahkan jugak la pegi menapau nasi dan makan sekali dengan dorang.

Turun bawah, hujan bukan main lebat lagi. Aku tengok bangla lintas jalan lenjun kene hujan walaupon tak la jauh mana. Kesian jugak aku tengok bangla tu terkial-kial nak bakar rokok die yang kebasahan yang entah jenama apa. Aku hampir berputus asa sebelum perut aku yang dapat mengesan niat aku terus mengeluarkan bunyi sekali lagi, "kruk kruk kruk". Kagum jugak aku dengan perut aku ni. Tau je die niat aku. Tanpa berfikir panjang, aku ke parking ambik payung.

Aku buang perasaan malu, bukak payung, bakar rokok dan melintas jalan. Aku mengharapkan agar gambaran aku meredah hujan sambil merokok itu kelihatan seperti jantan yang berlakon dalam cerita sekolah jepun yang asyik bergaduh, bukan berdemo macam adam adli. Ok, tak kelakar. Kalau anda tak tahu mamat mane yang aku maksudkan, nah gambar :-

Kool kan? hikhikhik

Dengan langkah yang disusun kemas, aku melangkah dengan penuh yakin ke kedai makan. Dengan muke yang yakin, pelan-pelan muke aku bertukar kelat. Sampai kedai, ade sorang makwe tengah makan. Makwe ni sebenarnye takde la manis sangat. Tapi kalau muke boleh tahan, seluar pulak ketat jenis boleh nampak rekaan seluar dalam, boleh memancut juge airmani kalau kene gaya godaannye. Makwe ni pulak tengah menyuap nasi begitu pantas tersenyum nak gelak bile melihat aku memegang payung tatkala lelaki lain meredah hujan dengan tenang.

"Fak!" jerit hati kecil aku. "Bodoh ko ni, lain kali tahan lapar. Sekarang mane nak letak muke ko?" kata hati kecil aku.

"Abis tu camne ni" tanye pule aku.

"Ok, sekarang kite dah takde cara lain. Ko buat muke kool, lipat payung dan campak macam payung tu ko pinjam" getus hati kecil aku memberi idea. Peh, power jugak hati kecil aku ni.

Tanpa membuang masa, aku pantas mengikut saranan hati kecilku. Campak payung, order nasi dan letak kuah. Sesekali aku usha jugak payung aku takut kene rembat. Sesekali juge aku usha bontot makwe tu yang kelihatan padu untuk di tepuk secara bernafsu. Selesai membayar, aku berjalan keluar sambil membakar rokok buat kali kedua untuk memastikan plan aku berjaya. Ketika aku melintas makwe tu, aku usha sikit muke makwe tu. Lepas usha, begitu laju aku jalan bagaikan tidak pernah patah kaki sebelum ini.

Sampai ofis, aku karate meja ofis dengan perlahan tanda kecewa. "Salah ko jugak, yang ko pakai payung kaler pink buat ape" kate hati kecil aku perlahan. Sambil memandang tingkap, otak aku berkali-kali rewind ayat makwe tu ketika aku mengusha makwe tersebut lepas menapau nasi, "Payung kaler pink, kihkihkih" kata makwe tersebut kepada kawannye.

12/29/2011

Cerita hari selasa

Hari selasa minggu ni aku ambik cuti. Keinginan nak berehat dan pergi ke RHB mengambil geran kereta adalah misi utama aku. Aku dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk steady pada hari tersebut. Tapi sayang,aku demam hari selasa tu. Jenis demam yang real punye. Bukan demam bieber (babi,tak lawak). Kepala pening,satu badan sakit,selsema berserta batuk merupakan pakej lengkap aku dapat haritu. Batuk pulak jenis batuk yang deep. Memang solid la sakit teruk aku. Tapi bagi memastikan aku tak mensia-siakan cuti ni dengan baring layan cite House, aku gagahkan juge.

Gerak ke RHB PJ selepas makan nasi goreng sama telur memang satu cabaran getir. Perut tengah sedap-sedap kenyang memang elok dibawa ke tidur. Tapi memandangkan aku dah makan dan dah pakai minyak rambut, pegi jugak la. Takkan nak tido dengan rambut dah di "oter" secara bagus pule. Sampai PJ, aku bergegas cari stesen minyak. Jumpe stesen minyak, aku menunggu dalam kereta hampir 10 minit tengok kebodohan manusia. Punye la bangang manusia zaman sekarang. Park kereta dekat pam minyak main BBM 1 hal, yang dah isi minyak pastu masuk kedai minyak beli barang pon 1 hal jugak. Paling bangang park kereta pastu pegi tandas bukan main lama. Paling bangang tuan punye stesen minyak buat-buat tak nampak yang kereta lain dah menunggu nak isi minyak. Sebelum aku blah dari situ, sempat aku lempang 3 bangla yang pandang sinis dekat aku sebagai pengajaran.

Nak cari RHB pulak bukan main senang. Nak cari parking pulak bukan main susah. 20 minit berpusing cari parking baru jumpe. Tengok jam dah pukul 11 lebih. Aku kene pantas untuk pulang kerumah dan berehat-rehat. Pegi RHB, jumpe pegawai die, borak lebih kurang, pegawai die cari geran, datang jumpe aku balik sengih serupa gampang, pastu cakap geran tak jumpe. Sebijik macam kepala bana aku pandang muke die. Dengan senyum dibuat-buat, aku bagi no telefon aku dan cepat-cepat pulang. Dalam perjalanan, aku rasa badan aku dah terlalu panas lantas aku menuju ke klinik berdekatan rumah aku.

Klinik Alam Medik. Nama klinik yang cukup gah. Tapi servis die macam gampang. Celaka ape orang tak ramai tapi menunggu turn masuk bukan main lama. Itu belum kira lagi turn tunggu ambik ubat. Dalam farmasi ade 3 orang. 2 orang bukan main gembira berborak manakala yang sorang lagi kurang gembira berborak sebab kene cari ubat. Punye la gembira dorang beborak sampai nak ambik ubat untuk sorang customer ambik masa 10 minit. Dah la nurse muke tak lawa,pastu senyum gaya menyindir. Aku karate kerusi sebelah aku baru kelam kabut cari ubat aku. Senyum tipis je aku tengok kecuakan mereka. Tengok jam pulak pukul 1,maknanye ade banyak masa lagi aku nak tido.

Tapi itulah orang cakap,malang ni tak berbau. Kalau tercirit dalam seluar baru berbau. Aku bukak beg duit, kad pengenalan aku takde. Aku cube menggunakan otak aku sebaik mungkin dan baru aku tersedar, kad pengenalan aku tertinggal kat RHB. Aku hampir-hampir masuk dalam klinik untuk karate kerusi lagi, tapi rasa tak berbaloi pulak. Jadi aku bergegas pule pegi PJ dan situasi mencari parking terjadi lagi. Aku berlari ke bank,jumpe brader tadi dan mintak balik kad pengenalan aku. Brader tu pulak tenang je cakap die perasan aku tertinggal kad pengenalan tapi die ingat aku datang balik nak kutip dalam 5-10 minit lepas aku blah. Punye la bodoh brader tu sampai aku rasa nak karate konek di. Dah lebih sejam aku balik takkan tak terlintas kat kepala otak die yang mungkin aku tak perasan aku tertinggal kad pengenalan.

Lepas senyum lebih kurang, aku bergegas pulang,makan nasi,makan ubat dan layan house 3 4 episod. Sedar-sedar dah pukul 7 malam. Nak tido time-time camni boleh mendatangkan maki yang kurang enak dari mak aku. Jadi aku mengambil keputusan win-win dengan layan cite House 3 episod lagi sebelum aku tidur. Dan itulah cara aku menghabiskan cuti hari selasa aku. 

*Babi,bile aku baca balik macam karangan darjah 3 pon ade.

9/13/2011

Rumah terbuka kawan-kawan yang kite suka - part 2

Sampai di FM yakni sebuah maple kebanggaan selayang disebabkan berdepan dengan fakulti nurse, kami bergegas memilih tempat duduk didalam untuk mendapatkan putarang angin kipas yang memuaskan. Ah, kalau duduk luar time tengah hari memang nepal habis la. Aku dan ka memesan minuan dahulu sementara menunggu lakau yang kelaparan. Mengikut rekod, kali terakhir aku melepak dengan lakau hampir 2 3 bulan yang lepas. Bile aku sendiri tak ingat bile last lepak menandakan lakau adalah seorang member yang tergolong dalam kategori rare.

Melihat lakau mengorder roti telur, ka yang tak mahu kalah terus mengambil pinggan dan memakan nasi. Aku yang pantang dicabar terus mengorder roti sardin sambil muke angkuh sedikit. Sambil menjamah, aku perhatikan sekeliling maple dan mendapati yang tiada gadis yang rare mahupon separa rare. Atau dengan lebih tepat, tiada gadis langsung! Ini merupakan satu penghinaan terhadap selayang dan aku harap Majlis Perbandaran Selayang dan FM mengambil serius hal ini kerana ia mencemarkan reputasi kedua-dua pihak tersebut.

Pekena rokok dan layan beborak, baru butam, kojang, bunek dan nedjo sampai. Peh, bile aku dan ka pakai baju melayu manakala yang lain pakai baju metroseksual, terasa terasing pule diri ini. Selepas bersalam lebih kurang, kami bergegas ke rumah bujang manakala nedjo kene pegi open house rumah bos die. Aku, ka dan bunek 1 kete dan butam, lakau dan kojang 1 kete. Sepanjang perjalanan, banyak cerita menarik yang diceritakan tapi tak diingati. Babak paling menarik bile ka menari macam celaka bile dengar lagu TGIF. Bile aku sebut celaka, aku harap tiada yang membantah kerana memang celaka tarian tersebut.

Selepas jam di rawang dan town yang tak diketahui namanye tapi kelihatan hulu, kamipon sampai ke rumah bujang. Kehadiran kami disambut bujang dan ahli keluarganya. Makan bihun goreng sama air oren sambil tengok ragbi memang steady. Die punye steady sampai 4 pinggan butam tambah. Butam punye lapar macam dah perform 3 kali. Selepas menghisap rokok dan bersalam-salaman, kami bergegas ke rumah ka. Jalan masih jam dan sampai sekarang aku masih bingung memikirkan kenapa rawang jam. Nak kata ada kompleks membeli belah, tak nampak pulak. Tapi kalau gadis kain terbelah ade la sorang dua. Yang lain-lain lebih kearah budak sekolah yang bergaya sakan nak lepak midvalley dengan pakwe.

Di rumah ka, kami dihidangkan dengan kueteow kerang beserta air bandung bergas yang bagi aku, sangat lah mengujakan. Lebih mengujakan pabila sesi membahan ka didepan ibu bapanye kelihatan begitu harmoni dimana masing-masing pantas membahan tanpa merasakan yang itu satu penyeksaan terhadap ka. Tapi itu lebih kearah bergurau, dan ka kelihatan tak ambil hati walaupon aku tahu die tengah tunggu masa nak bahan balik. Aku hanya mampu bersyukur mengenangkan trip kali ini tiada persinggahan kerumah aku.

Selepas hisap rokok dan ka pon hisap rokok curi-curi, kami meminta izin kepada family ka untuk ke rumah bunek yang terletak di kawasan yang semakin membangun, yakni semenyih. Kali ini, aku, ka, bujang dan butam berada 1 kete. Banyak kisah yang diborakkan, tapi tiada yang boleh menandingi saat-saat paling indah apabila kami berselisih dengan myvi kaler kelabu berplat pantai timur yang didalamnya terdapat seorang gadis yang cukup rare. Kalau jadi makwe aku, pasti menjadi bual mulut jiran-jiran. Mungkin ada yang mengatakan aku salah seorang pengguna minyak dagu yang berjaya.

Ya, begitu rarenye minah itu menyebabkan kami berempat sentiasa memandang gadis tersebut tatkala jam. Gadis itu yang mulenya malu telah berubah mukenye pabila menyedari kami yang mengusha seperti tiada hari esok. Itulah moment yang paling best pada hari itu. Tapi bile memikirkan balik, macam bangsat juge. Usha muke gadis manis pon moment terbaik.

9/12/2011

Rumah terbuka kawan-kawan yang kite suka - part 1

Kalau ikut perbualan di email syarikat, mesej henpon dan juge chat fesbuk, tanggal 10hb september 2011 akan berlakunye ulangtahun kedua sesi beraya rumah ke rumah bagi warga dsl218. Kalu ikut sembang dalam email syarikat yang bagaikan fesbuk kedua bagi yang bekerja dan memiliki masa yang cukup lapang semasa bekerja, kene gerak awal-awal pagi sebab taknak jadi macam tahun lepas. Aku senyum tipis je bile membaca ayat pagi tu. Tapi kesungguhan mereka menekankan ayat PAGI tu membuatkan aku berdebar jugak dengan perubahan drastik masing-masing.

Jadi sabtu tu aku pegi bengkel genggam parang supaya aku boleh setel awal. Ah, mane boleh jadi punca sampai lewat tatkala member-member lain dah berubah. Syukur, brader mekanik tu cukup pantas menyervis kete aku. Nasib baik kekangan masa, kalau tak brader mekanik tu nak tune sedap-sedap nak resing. Jenis kalau bukak tingkap baju boleh koyak kene sambar angin tatkala memecut.

Aku sampai rumah pukul 10 lebih, aku pantas call blanka. Aku terkejut! Call aku tak disahut. Aku cube call sebanyak yang mungkin tapi tetap tiada sahutan. Pantas aku mendail no butam, syukur dengan sekali dail butam angkat. Sejak ade makwe ni banyak perubahan aku tengok kat butam antaranya cepat mengangkat telefon, tegas dengan member-member dan rajin beribadat. Selepas berborak sepam dua, tahulah aku yang perjumpaan ditunda ke pukul 11 lebih. Aku dengan tenang berbaring menghadap laptop. Dalam fesbuk tak banyak yang online, jadi aku mengambil jalan mudah dengan tidur-tidur ayam.

Kejap-kejap terjaga, kejap-kejap terjaga. Bile terjaga call blanka, die tak angkat. Call butam, dorang tak gerak lagi. Menitis jugak airmata syukur aku bile mengenangkan member-member aku masih tak berubah. Dalam pukul 11 lebih baru ka angkat call, dan selepas perbualan macam makwe-makwe, aku janji nak gerak ke rumah die dalam pukul 12.15 dan terus gerak ke rumah lakau. Sayang sekali, lakau tak buat rumah terbuka. Jadi plan bertukar ke rumah bujang. Apa, rumah bujang? Ye, jangan terkejut. Sejak ada ikatan ni, bujang pelan-pelan kembali ke jalan yang benar. Dan aku memandu kereta aku dengan tenang demi mengelakkan baju melayu baru aku terkoyak akibat disambar angin kencang.

Sampai dirumah ka, aku difahamkan yang butam dan konco-konconya akan sampai lagi 40 minit. Lepak rumah blanka beberapa minit tanpa dihidang air segelas memang terasa sepi juge kadang-kadang. Nasib baik lakau call suruh pegi maple sebab nak makan. Jadi aku dengan senang hatinye bersetuju dan gerak ke maple FM kebanggan selayang memakai baju melayu sepasang dan tak ubah rasa macam gampang bile aku fikir-fikir balik.

(Babi, beraya rumah pertamapon belum lagi lagi dah panjang ni cite. Entah bile nak abis kalau camni)

8/31/2011

Raya siri 1

1. Bangun pagi raya, terus minum air sambil hisap rokok tanpa rasa janggal memang power. Hampir menitik juge airmata mengenangkan betapa powernye memulakan pagi raya dengan rokok.

2. Masuk bilik air hisap rokok tapi tak berak pon power jugak sebenarnye. Cume kene tahan telinga la bersiap lambat.

3. Last aku pakai baju melayu lengkap dan baju melayu tu pulak memang milik aku masa aku tingkatan dua. Bila kali ni pakai baju melayu lengkap bersampin memang steady. Kalau bergambar dengan juliana evans atau lisa surihani pon orang cakap sepadan ya amat. Orang cakap la, aku iyekan je.

4. Abang-abang aku dah pegi sembahyang raya, aku steady makan nasi himpit sama rendang ayam lagi. Pergh, memang solid pekena nasi himpit sama rendang ayam. Ayam tu memang rasa ayam.Selalunye kalau kat kedai, rendang ayam tu rasa celaka. Hampir-hampir menitik airmata buat kali kedua.

5. Bagi duit raya kat budak-budak ni tak berapa seronok jugak sebenarnye. Nasib baik takde yang komplen duit raya sikit. Kalau tak memang aku bergelut dengan anak buah aku pagi-pagi raya.

6. Masuk hari ni, aku tak jumpe lagi gadis manis berbaju kebaya walau sorang pon. Secara jujur aku hampa dengan situasi ni. Kegembiraan ape lagi yang tinggal untuk lelaki single macam aku kalau tak dapat tengok gadis manis berbaju kebaya di hari raya?

8/21/2011

Jatuh

Waktu aku masih didalam hospital, keluar hospital tetapi terbaring dirumah dan juge bertongkat, aku merupakan seorang yang angkuh dimana setiap bulan gaji aku masuk. Die punye eksyen memang true punye eksyen. Selain dari madefaker yang mempunyai bapak yang kaya, aku rasa aku lah satu-satunye manusia yang paling bertuah kat mukabumi apabila tak perlu bekerja tapi duit sentiasa masuk.

Time tu kalau Rafidah Haji Ibrahim senyum-senyum kat akupon aku boleh pandang enteng. Hanya Nora Danish dan Lisa Surihani je mampu buat aku aku senyum nipis sambil menggedik-gedik minta tangkap gambo bersama. Time tu duit punye banyak hampir-hampir aku nak pimp my wheelchair jadi bling-bling. Nasib baik aku tak into wheelchair, jadi aku habiskan ke arah rokok dan makanan ringan-ringan dan berat. Peh, makan ringan-ringan ni boleh tahan dable meaning juge rupenye.

2 bulan lepas aku bekerja, duit aku masih boleh tahan banyak. Senyum pon tak putus, tangan pon ringan je nak belanje. Yelakan, duit tengah berkepul dalam bank. Itu baru duit aku, belum kire duit orang lain pulak. Tapi nak buat ape kire duit orang lain. Rokok pon senang-senang je buang ke longkang kalau tak larat nak hisap. Minum pon kalau tak jus tembikai laici, jus belimbing. Jenis rare punye jus je. Hampir-hampir juge aku nak minum jusmate 5, nasib juge famili aku berjaya sedarkan aku dari kelalaian duniawi.

Dan tadi aku melangkah gagah ke bank untuk mengeluarkan gaji aku bulan ni. Aku dah bajet cantik-cantik yang gaji bulan ni memang aku nak belanja habis-habisan. Brader sebelah aku pandang aku segan-segan je bile aku senyum nipis tengok die keluar duit RM50 kat ATM. Dalam hati macam nak bersuara 'kamon brader, nak keluar duit paling koman 3 4 ratus baru power". Aku slow-slow masuk kad ke mesin, tekan no pin, pilih baki sebab brader tu pon macam nak tau berapa duit dalam bank aku. Dari senyum nipis, aku dah senyum kelat. Tangan terketar-ketar nak tekan butang ape lepas ni. Cepat-cepat aku batal transaksi sambil keluar pantas dan bakar rokok sebatang, hembus pelan-pelan asap sambil pandang langit gelap. Mata dah bergenang dengan airmata.

"Celaka, apesal gaji aku masuk RM600 je nih?" bisik hati kecil aku sambil memikirkan raya lagi seminggu, hutang dan perbelanjaan dalam masa sebulan sebelum gaji masuk...

8/18/2011

Majlis berbuka puasa dsl218 kali kedua - Last part

Azan dah berkumandang, tapi atas meja hanya ada kotak rokok. Aku tengok meja-meja lain dah berisi juadah. Mendidih juge darah aku. Paling kodi pon letak le air basuh tangan buat penyeri meja. Aku cube bersabar, mungkin tokey kedai ni nak buat kejutan. Tapi bile difikirkan balik, kedai mane yang buat kejutan yang boleh mintak dilibas parang dekat keting?

Tibe-tibe ade pergerakan dari meja lain yang seperti kami, masih tidak mendapat juadah, menuju ke kaunter. Aku syak ade pertumpahan darah berdasarkan muke brader tu yang cukup tegas. Mungkin juge muke brader tu tegas sebab tak larat dengar anak die asyik bertanye pasal makanan. Berdasarkan keaktifan dan bentuk badan budak tu, 93% kemungkinan die baru pekena vitagen dalam kereta sebelum sampai bagan lalang. Botol susu pon aku nampak budak tu genggam kemas dalam dakapan. Celaka, kecik-kecik dah pandai demand.

Sedang aku asyik melihat orang berkumpul dikaunter, kemudian baru aku perasan yang dekat kaunter ade hidang air sirap free untuk orang yang belum dapat juadah. Bergegas aku ke kaunter hanya untuk melihat cawan dah habis dan sorang brader cina tengah genggam kemas cawan tunggu giliran. Faking ah, die boleh buat muke tak bersalah beratur. Aku balik meja dengan muke hampa. Nasib baik blanka bawak 1 cawan penuh air sirap. Boleh jugak minum seteguk dua. Dan blanka memang tinggalkan aku cukup-cukup seteguk dua untuk aku minum. Lepas minum, aku terus ke luar kedai untuk membakar.

Puak lelaki yang merokok pantas keluar kedai untuk merokok juge. Sambil hisap rokok, sambil bercerita. Boleh juge hilangkan lapar. Manakala di meja, muke puak gadis dah mencuke. Amboi, bukan main lapar lagi mereka. Genap 2 batang rokok dan jam mencecah pukul 8.05 pm, makanan pon sampai. Pantas kami membasuh tangan dan mencedok nasi ke pinggan. Semua fokus dengan makanan. Lakau pule cukup riang buat lawak tak kene tempat. Nasib baik iman kami masih kuat. Masing-masing diam bile menyuap nasi ke mulut. Aku mulekan dengan menggigit sotong goreng tepung. Perghh, die punye sedap macam cinta pertama. Aku dapat bayangkan aku berlari ditepi pantai sambil mengibas-ngibas kain putih.

Suasana hening time tu. Bersuara pon masa nak mintak makanan. Tengok meja lain tak habis makanan, kami mengofferkan diri untuk menghabiskan. Paling legend bile lakau nak ikan siakap, padahal dalam pinggan penuh lagi dengan isi ikan. Lepas makan, aku keluar lagi untuk merokok. Mana-mana yang dah habis makan semua duduk luar hisap rokok kecuali bunek. Tengah sedap merokok, kojang dah mintak duit nak bayar. Time ni semua melayu habis, semua nak bayar murah. Tapi lebih kearah bergurau sebenarnye, tapi kate la kojang sanggup belanja, memang aku on saje.

Selesai sesi makan, kami bercadang untuk melepak di putra tengok bola. Melepak di maple dabel sememangnye jarang menghampakan. Gadis gomen sungguh manis dipandang. Sayang meja full dan kami tak dapat tengok bola. Ape yang kami mampu lakukan hanyalah berborak dan usha betis gadis. Indah juge feeling time tu. Lepas hampir 2 jam melepak, kami semua beredar pulang. Ape yang aku boleh  katekan, ini event dsl218 paling berjaya setakat ini apabila kedatangan adalah 90%. Ape yang mengharukan adalah cedoh dan bujang juge sanggup mencemar duli untuk datang ke majlis yang sungguh marhaen ini. Oleh itu, aku memberikan rating A untuk event yang sangat cemerlang ini.

8/17/2011

Majlis berbuka puasa dsl218 kali kedua - Part 2

Sampai di bagan lalang, masing-masing keluar dengan pasangan masing-masing kecuali aku,ka,bunek,bujang dan bad. Sungguh foreveralone.jpeg suasana ketika itu. Kelihatan beberapa makwe memandang kami seperti memilih siapa diantara kami yang paling gagah. Entah kenapa, aku merasakan aku lah champion di hati gadis tersebut. Pantas aku mengeluarkan rokok untuk melihat berapa isinye. Berdasarkan pengalaman lama aku, rokok berjumlah 4 batang boleh membuatkan perbualan tak solid. Lantas aku mengajak blanka untuk membeli rokok.

Selesai melafazkan akad jual beli rokok, pantas aku menuju ke pantai. Mengikut kajian, pantai adalah tempat kedua paling strategik untuk gadis metropolitan melepak selepas kelab malam. Dan sangkaan aku jarang meleset, walaupon hanya ada seorang gadis yang ada tapi tetap membuatkan pahala aku berkurangan. Apa yang mengejutkan aku, ka yang selama ini penggemar gadis bertudung 13 kaler turut terpesona dengan gadis metropolitan tersebut.

Sepanjang perbualan ditepi pantai tersebut, aku dapat melihat perubahan diantara kami semua walaupon ada yang masih mengekalkan penampilan lama antaranya cedoh yang berpakaian santai tapi banyak duit, nedjo yang masih sama dari segi pakaian dan perbualan serta kojang yang berpakaian kemas disamping seorang gadis manis sebagai peneman. Lakau pule kelihatan berisi dibulan puasa dan ini menambah syak wasangka aku, blanka kurang sikit nampaknye, tapi tak tahu kat mane kurangnye. Mungkin di spekmata cap John Master yang sering diulang-ulangcerite didepan aku. Bunek dah ada rim sukan 17 inci dan dah pakai spekmata. Dalam masa 10 minit spekmata tersebut melekat kat butam pule. Butam macam biasa, cuma bertambah seri dengan gadis peneman yang berseri-seri juge. Bard macamtu jugak, aku dah ada besi dan bujang dengan aksesori tahi lalat.

Hampir ke pukul 7, puak lelaki dan puak gadis bercantum dan menuju ke meja makan untuk 1 misi yang mulia. Tidak seperti dipantai tadi, kali ini tiada diskriminasi gender berlaku. Kami semua berborak dengan semangat 1 Malaysia dan masing-masing bermuke ceria. Hampir tiba waktu berbuka, dada aku makin berdebor. "Aik, makanan tak sampai lagi? Air pon tak sampai jugak? Kodi betul kalau buke puasa dengan ngisap rokok atau korek hidung" getus hati kecil aku...

8/15/2011

Majlis berbuka puasa dsl218 kali kedua - Part 1

Event kali ini sangat power. Bukan macam tahun lepas, kodi habis. Yang datang 6 orang, pastu semua batang. Kali ni die punye meriah lain macam. 15 orang bersetuju untuk hadir datang. Peh, nak cerita pon tak gune. Tapi kalau tak cite tak update pulak blog nih.

Event ini dicadang oleh kojang sebagai setiausaha seumur hidup dsl218. Kojang walaupon bermuke rambo, mempunyai kemahiran untuk membuat minit mesyuarat dan berhati kudus seperti seorang setiausaha seorang CEO syarikat yang megah. Tempat berbuka masih sama, dan jemputan bertambah. Mengambil pengajaran event yang lalu, event kali ini membuka ruang kepada penghuni dsl218 membawa makwe untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap kami seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Seperti yang diwar-war kan, kami mesti berkumpul di shell rumah butam pukul 4.45 petang sebelum konvoi ke bagan lalang. Ini boleh dianggap misi mustahil bile mengenangkan masing-masing bukanlah menepati janji. Tapi kali ini perkara itu tidak berlaku, hampir kesemua berada di putrajaya pada masa yang tepat. Bile disebut hampir, maka pasti ada kekurangannye. Dan kekurangan kali ini adalah bile aku datang rumah blanka pukul 3.30, tapi gerak dari rumah blanka pukul 4.40. Secara jujur, inilah janji melayu yang paling true sekali.

Tapi nak marah pon tak gune, semuanye berpunce dari kelewatan ysng berhormat bujang. Bujang yang merupakan antara ahli dsl218 yang rare, mungkin extinct kalau ikut istilah national geographic, turut bermurah hati untuk mencemar duli hadir kemajlis. Bergerak secara berasingan, kami berjanji untuk berjumpa di bagan lalang pukul 6. Aku, ka dan bujang bergerak dengan diiringi hujan lebat menuju bagan lalang dengan gagah. Sampai di persimpangan sebelum banting, kami dikejutkan dengan kewujudan evo buatan proton berwarna putih.

Tak disangka, cedoh turut hadir perjumpaan kali ini. Kalau dibandingkan bujang dengan cedoh, cedoh lebih rare lagi. Setahun aku tak bejumpa dengan beliau, dan kehadiran beliau disambut dengan linangan airmata blanka. Dalam diam aku tersentuh melihat betapa kudus hati blanka, dan pelan-pelan aku kesat airmata yang hampir menitis ke pipi. "Meriah, event ini pasti meriah" getus hati kecil aku....

8/07/2011

Puasa siri 3

Haritu macam hari-hari lain yang biasa. Aku bangun pagi untuk bersahur air kosong dan rokok sebatang, cek seluar basah ke tak sebelum tidur kembali. Bangun pagi cuaca memang indah. Cuaca yang kalau minum diwaktu pagi memang lemah iman. Aku bersiap untuk menuntut ilmu dan melihat gadis-gadis yang berpakaian elok demi menghormati bulan yang suci.

Tapi cuaca yang indah itu tidak bertahan lama. Bile sampai ke tengah hari, die punye panas memang syahdu. Lagi syahdu bile tengok kanak-kanak minum air tin sambil berlari-lari angkuh didepan aku. "Aduh" suara kanak-kanak itu berbunyi bile terjatuh dan air tin melimpah di jalan tar yang panas. "Ambiklah kejatuhan ini sebagai iktibar wahai anak kecil" bisik hati kecil aku sambil tersenyum puas tengok budak tu meraung.

Habis kelas pukul 4, aku dan bunek pulang ke rumah sewa. Tiada perbualan yang mampu aku lontarkan sebab penat yang sungguh solid. Dalam perjalanan aku hanya mampu berfikir betapa power dapat berbaring atas tilam, main fesbuk sambil kipas lantai pasang full blast menghala kemuke. Itulah perkara yang paling manis selain dari menghisap rokok di bulan puasa.

Selesai bunek parking moto, aku masuk kedalam sambil tertanya-tanya. Kenapa panas pule dalam rumah ni? Macam ada dosa yang baru dibuat. Ye, kadang-kadang aku berfikiran pessimis dalam pelbagai hal. Aku naik ke atas dan melihat kojang tersenyum sesorang sambil main laptop. Ah, chatting dengan gadis la tu. Tiba-tiba kojang pandang muke aku dan memberikan 1 reaksi muke yang sukar ditafsir. "Faking, die tau ke ape yang aku fikir?" getus hati kecil aku. Bulan-bulan puasa ni hati kecil aku lebih banyak berkata dari mulut. Sungguh aneh bile mata seorang lelaki bertaut dengan mata lelaki yang lain. Untuk menghilangkan kejanggalan itu, aku melemparkan sebuah senyuman. Tapi bile aku kenangkan balik, lagi aneh bile aku senyum camtu.

Aku masuk ke bilik selepas kejadian yang janggal itu. Sekarang fokus aku hanya 1, baring, main fesbuk dan pasang kipas full blast. Eh, macam 3 mende je yang aku kene fokus? Ah, pedulikan, ini cerita aku. Tengah sedap-sedap aku menaik password sambil kipas berpusing laju kearah aku, kojang datang dan menunjukkan 1 video. Tergamam aku menatap video tu. Tak sangka aku bulan puasa camni kojang tunjuk video yang begitu rare sekali. 2 makhluk manusia sedang melakukan kemungkaran!

Video itu begitu detail sekali. 2 makhluk itu sedang menjilat dan meratah 2 makhluk yang lain. Bukan setakat itu sahaja, mereka juge menghisap! Begitu dahsyat video itu sehingga mencabar iman aku di bulan yang suci. Apa yang menghampakan aku, 2 makhluk itu adalah makhluk yang aku sangat-sangat kenal. Tamat video itu, aku merenung kojang dalam-dalam seperti mencari jawapan. Kojang hanya mampu memberikan 1 senyuman nipis yang pastinya senyuman yang sinis.

Hati aku berbisik halus berbunyi sebegini, "Peh, sedap juge nasi lemak ayam sama air mata kucing yang b****a dan b***m pekena nih"...


*Cerita ini ditokok tambah disebabkan aku tak ingat secara detail keadaan tersebut. Watak didalam cerita ini juge disensor demi menjaga nama baik mereka.

7/30/2011

Prajurit dsl218 - Cemas

3 orang kadet depan aku tengah bersunguh-sungguh menghisap rokok. 3 orang kadet ni jenis kemas dan tak suke mencemarkan jantung masing-masing telah dipaksa oleh kojang dan nedjo untuk menghisap 10 batang rokok dalam mase 3 jam. Bagi penghisap rokok yang tegar, 10 batang dalam masa 3 jam ibarat aur dengan tebing. Tapi bagi kadet muda didepan aku, inilah cabaran terbesar dalam karier hidup mereka sebagai seorang manusia yang berbaju kemas. Tapi kojang dan nedjo bukan sebarangan menghukum mereka. Berpegang pada prinsip "yang tua dihormati, yang muda dibuli", mereka mengajar mereka apa itu hormat dan apa itu bangsat.

Kadet muda ini telah melanggar 1 pantang larang terbesar, yakni menegur senior dengan cara paling bangsat sekali. Tengah tenang kami menghisap rokok, boleh pulak kadet ni berdiri depan pintu dan sound kami pasal bahayanya menghisap rokok dan kesan pada alam sekitar. Ini memang mendatangkan kemarahan pada kami, lantas dengan pantas kojang dan nedjo memberi pengajaran yang berguna pada mereka. Semua dalam bilik itu dalam keadaan serius, kecuali lakau. Senyuman die tak putus-putus. Ape taknye, disebabkan masing-masing saving rokok, lakau sebagai pengedar sah rokok batang dalam kem kami berjaya menjual 60 batang rokok yang dinaikkan harga sesuka hati dalam masa kurang dari 5 minit. Ini merupakan 1 rekod kerana mengikut trend penjualan rokok lakau, amat sukar jualan rokoknye mencapai target harian jika baru lepas bercuti panjang. Ape yang membuatkan lakau paling gembira, separuh dari rokok yang dijual itu masih di tangan lakau.

"Dengan korang aku tak jual rokok batang, aku jual sekotak terus. Jadi korang kene beli 3 kotak. Tapi korang ambik separuh je, lagi separuh bagi aku sebab korang tak hisap rokok dan membazir itu amalan iblis" kata lakau tenang. Reputasi lakau sebagai penjual rokok yang berjaya mendatangkan cemburu pada pesaing-pesaing lakau. Tapi lakau memang hebat, marketing die bagus, collection die pon handal. Kalau die jual rokok sebatang, elok selesai transaksi pembayaran serta akad jual-beli,serta-merta lakau minta setengah. Ramai jugak yang frust dengan sikap lakau, tapi hanya lakau yang menerima hutang. Bila lakau collect hutang, jangan harap dapat sembunyi. Tengah tidur pon die kejut semata-mata nak collect 20 sen hutang rokok. Melihat lakau, aku dapat membayangkan yang masa depan die bukan sebagai perajurit tetapi seorang usahawan yang berjaya.

Tengah sedap aku tengok 3 kadet tu termengah-mengah hisap rokok dan ade yang dah termuntah, dari jauh aku nampak 1 kelibat manusia yang berlari pantas. Berdasarkan susuk tubuh yang genit dan kelajuan larian itu, memang sah itu butam. Bersungguh-sungguh butam lari sampai kepala kedepan konon-kononnye boleh potong angin. Tangan pon dilunjur ke belakang untuk efek aerodinamik. Entah buku sukan mane yang mengajar die buat camtu, tapi butam memang laju bile die berlari camtu. Sampai didepan kami, dengan termengah-mengah dan tercengang-cengang tengok 3 orang kadet mencangkung hisap rokok, butam bersuara "Blanka" sambil menyedut oksigen secukupnya untuk paru-paru berfungsi seperti biasa.

"Kenapa dengan ka?" tanye aku. Butam tak pandang aku, tapi pandang sorang kadet dan mintak rokok sepam dua. Kadet tu cube bagi 2 batang rokok, tapi bile kojang pandang sipi kat kadet tu, dengan senyum kaget die simpan balik rokok tu. "Rambo jugak kojang ni" bisik hati kecil aku.

"Tam, kenapa dengan ka?" tanye bunek lembut. Bunek selepas kes geget-geget, lembut je perbualan die. Tanye pon style ayah-ayah je.

"Ringtone henpon ka lagu Katy Perry tajuk TGIF!" kata tam tegas dan konfiden. Serentak kami semua muntah diiringi oleh kadet yang muntah juge disebabkan terlalu banyak menghisap nikotin.

7/24/2011

Hari Sabtu Saya

Bangun pagi dan aku mule rasa macam celaka sebab kene pegi ofis ambik file untuk sign agreement pelanggan. Mata aku dah mengantuk, katil tu panggil aku pon lain macam. Macam berpuaka pulak katil aku tu. Tapi mengenangkan kerja dan fokus akupon sekarang adalah kerja, maka aku mengalah. Tapi aku pegi pon sebab pelanggan tu gadis yang aku tak tau lawa ke tak. Tapi dalam hati aku berdoa dengan tulus semoga die lawa dan terus jadi awek aku.

Sampai ofis, ambik file, fotostat mane yang patut, lepak-lepak hisap rokok sambil tunggu die datang, dapat pulak panggilan dari blanka. "Rare nih ka call aku" kata hati kecil aku. Selalunye kalau call ni ade sesi lepak. Pantas dan tenang aku jawab, dan memang tepat tekaan aku. Ade sesi lepak di putra tengok bola dan kalau ade rezeki lebih, usha peha gadis-gadis rare. Tapi papehal kene setel hal kerja dulu, baru steady nak melepak. Tunggu punye lama, aku main pingpong 3 set. Berpeluh jugak bile jumpe pelanggan. Badan pon bau celaka, nasib baik gadis yang kurang manis, kalau manis menitik juge airmata.

Setel kerja, aku pecut balik rumah, tukar baju dan memandu tenang ke rumah ka. Ka ni adelah spesis melayu paling asli penah aku jumpa. Jenis tak tepati janji, tapi aku tetap steady sebab paling lama aku tunggu pon setengah jam. Bawak seperlahan yang mungkin, dan aku sampai lewat sikit dari masa dijanjikan. Itupon die tak bersiap lagi. Bile mengenangkan balik, tak patut betul aku layan drift 3 4 kona, kalau tak mesti bile aku sampai die dah bersiap. Jadi aku masuk kerumah die dan berborak pasal kerja sikit kat mak die, tipu apa yang patut, dan bergerak dengan gaya seorang yang budiman ke putra.

Sampai putra, tuan rumah tak datang-datang lagi. Jadi aku dan ka duduk 1 meja dengan seorang gadis yang dimana kalau die nak kat aku, memang aku steady apply personal loan kawen lepas raya. Tapi yang tak berapa steady bile member-member gadis yang semua laki cuba menarik perhatian gadis tersebut dengan cerita-cerita bangang. Dahla 1st half Harimau kene 4 gol ngan singa, die boleh berborak bangsat. Mendidih jugak darah aku. Sikit lagi aku nak bukak pisau belit yang aku simpan dekat pinggang aku, tam dan nedjo sampai. Bersyukur aku dengan kedatangan dorang sebab kalau tak, mungkin masuk muke depan metro ahad "lelaki bangang kene tikam". Kitorang tukar meja dengan ka ambik posisi yang cukup menarik untuk tengok bola dan tengok gadis tu sekali sekala.

Nasib baik malaysia ade melawan 2nd half, hilang niat aku nak bukak pisau belit. Tapi hati bertambah menggelegak bila gadis masih di bangku persekolahan jadi pengulas tak berbayar dengan suara macam celaka punye kuat. Aku tengok ka sipi-sipi lagi nak lempang pegi balik kat gadis bersekolah tu. tapi damn jugak tengok gadis sekolah sekarang. Entah jamu ape dorang pakai sampai dada selambak jugak aku menengoknye. Habis bola, ringkasan Harimau 3-5 singa. Frust juge tengok harimau kalah, tapi nasib baik ade banyak gadis rare kat maple tu. Terubat sikit luka dihati. Peh, ayat macam novel ahadiat akashah. Lepak dalam 20 minit usha gadis kehulu-kehilir, kami bersepakat nak pusing-pusing keyell tengok scene.

Lepas jalan-jalan, lepak maple 4 minit tunggu ka, dengan perut yang lapar menuju ke kampung baru pekena makanan siam. Macam biasa, berborak ape yang patut kat situ, gadis mabuk lepas berjoget pon tak banyak macam kat nasi lemak international, kami pon sepakat berangkat pulang. lepas hantar ka pulang, berdebar jugak dada aku balik rumah pukul 2 pagi bawak kete. Masa tu pulak macam-macam cerita hantu aku boleh ingat. Jenis cerita hantu yang kalau berborak ramai-ramai depan unggun api masa kem pengakap, konfem kau akan jadi terkenal kat sekolah. Nasib baik takde ape yang terjadi dan aku bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku sepanjang kami melepak dan pisau belit tu masih dalam kedudukan yang asal.

7/20/2011

kerja

Sekarang aku dah sibuk dengan kerja. Kerja yang bukan main-main punye kerja. Kerja jenis menghadap orang yang ada masalah. Masalah juge kat aku,masalah aku sendiri tak setel-setel,nak setel masalah orang lain. Tapi aku cube bertenang sebaik mungkin. Walaupon unit baru aku nak jumpe gadis memang rare,tapi aku tabahkan juge hati. Tapi faking juge la sebenarnye.

Jadi sekarang aku nak fokus pada kerja. Hal awek-awek nih ketepikan dulu,walaupon aku memang takde awek. Tapi kalau ade yang aku minat dan awek tu pon minat kat aku,itu cerita lain. Sekarang aku nak kumpul duit dalam 3 bulan gaji dalam saving account aku,masuk investment macam ASB ke,qiradh ke dan bila aku dah dekat umur 30,aku dah ade RM30k. Untuk kahwin lain cerita,mungkin personal loan jawabnye.

Aku akan cube usahakan sampai mende ni tercapai. Kalau tak tercapai,bermakna aku dah ade awek la tu. Faking,jenis tak berpendirian juge aku nih.

4/14/2011

Tragis

1. Setahun yang lepas motor aku ade problem. Problem biasa-biasa bagi seorang penunggang motor berkuasa rendah yang berulang-alik ke tempat praktikal yang jauh,yakni rantai longgar beserta minyak hitam kene tukar. Macam biasa,aku akan servis dekat kedai moto melayu belakang rumah aku nih je. Atas dasar nak tolong melayu,dan mereka pon buat bagus,cume kene bayar lebih seringgit dua berbanding kedai motor mata sepet. Dan kedai motor ni pon selalunye ade gadis rempit budak sekolah yang kalau kite salah langkah seperti terlanjur contohnye,hulur jela punggung untuk disebat.

2. Jadi atas dasar semangat melayu dan gadis rempit,lepas keje aku terus tuju kedai ni. Tempat praktikal aku tidak menerapkan peraturan pemakaian,jadi aku hanya berseluar jeans lusuh jenama murah dan jersi arsenal beli kat padang besar,aku park motor dengan steady didepan kedai. Nasib aku baik,ade gadis rempit 2 orang. Celaka,muke manis pon jadi rempit. Memang trend muke manis nih jadi rempit atau klcc ke skang nih? Lepas setel repair motor aku dengan tuning rossi,aku yakin motor ni boleh pegi jauh. Aku hulur duit,dan disahut dengan soalan "brader keje peon kat mane?"

3. Harini aku pegi hospital untuk appointment dengan doktor. Nurse maintain rare. Aku terus tukar mode pemburu gadis dan mata aku bergerak-gerak seperti haiwan yang liar. Tengah sedap mata memburu,sorang mamat datang dan berbual. Lebih kearah berborak kosong sebenarnye. Mamat tu cite la yang die dah keje dan macam-macam lagi. Atas sebab keramahan beliau,aku terpaksa hentikan mode pemburu untuk fokus pada perbualan. Tibe-tibe aku dituju 1 soalan, "ko keje peon ke kat port klang?".

4. Babi,dah 2 kali orang tanya aku keje peon. Jelas sangat ke muke aku ni muke peon? Tiap-tiap kali aku tengok cermin,macam muke CEO yang berjaya je aku rase.

4/02/2011

Matang

Aku masuk scene isap rokok ni memang lambat. Mase aku umur 20 tahun,time cuti sem part 4 diploma. Punca aku start join scene ni pon sebab aku tengah stress risau paper undang-undang perniagaan aku gagal. Tengah sedap-sedap lepak tepi sungai,member aku datang bakar rokok. Die tanye apehal muka tak steady jek,dan jawapan aku buat die tergelak. Babi,die ingat gagal paper mende mudah ke? Dengan senyum ikhlas,die hulur sebatang rokok. Aku tak banyak fikir terus bakar dan isap. Peh,die punye tangkap otak memang padu. Serta merta aku tenang,setenang aku naik basikal turun bukit tangan angkat tinggi-tinggi tak pegang hendel.

Aku kat sekolah antara otang yang memandang sinis perokok. Tapi sebenarnye aku nak cuba gak,tapi aku fikir kalau aku nak isap,biar aku dah lepas umur 18 sebab time-time camtu otak dah matang dan boleh fikir baik buruk. Tapi sebenarnye bile dah lepas umur 18 ni,mak bapak dah tak boleh nak marah sangat sebenarnye. Ini menunjukkan otak aku cerdas time tu walaupon result spm aku adalah sebaliknye. Ahh spm,banyak propaganda sebenarnye. Kalau semua dapat 10A,sape nak jadi insan-insan biasa pulak? Aku mangsa keadaan sistem pendidikan malaysia.

Jadi bile dah start isap nih,aku sedar yang ade baik buruknye. Baiknye isap rokok nih, senang cari member. Ok,bayangkan situasi ni. Time korang nak isap rokok,dan time tu kalau tak isap rokok memang badan tak berape nak sedap,lepas makan contohnye,dan ape punye malang penyalaan takde,dan ape punye nasib baiknye korang nampak sorang brader tengah sedap-sedap hembus asap,pasti korang akan pegi dan pinjam penyalaan. Dari situ,mulelah perbualan kosong sekadar nak mengelak rase segan sebab pinjam penyalaan orang. Tapi nampak tak? Sebab nak isap rokok,1 talian silaturrahim dapat dijayakan.

Sifat kedekut juge kite lihat kurang diantara perokok. Kalau ade orang nak pinjam sebatang,member atau bukan member,perokok ni selalunye bagi walaupon dalam hati die mungkin penuh caci maki,tapi muke tetap manis. Malah offer penyalaan lagi,kadang-kadag tolong nyalakan sekali. Mende ni susah kalau nak nampak pada orang yang suke makan. Kalau bagi pon,takde yang nak suapkan. Babi ape orang suapkan makanan laki sama laki. Macam gay. Tapi bila laki sama laki tolong nyalakan rokok,takde orang yang cakap gay. Malah mungkin ade yang tunjuk tanda good sambil kepala angguk 2 3 kali sambil mulut cakap "terbaik,memang terbaik".

Perokok ni juge sangat menyayangi sesama perokok. Kat asrama,kolej, atau blok,kalau ade spotcheck pakgad bangsat yang rampas rokok sekarton tapi bile bawak court U,ade 2 kotak jek tinggal,perokok yang nampak kelibat bangsat ni akan halo-halo semua perokok dan tokan untuk kaver rokok masing-masing. Ini adalah sifat penyayang yang makin pupus dalam dunia serba perang ini. Dan kalau ade yang kantoi,jarang perokok ni akan belot member lain. Mereka rela didenda dari kantoikan member lain. Ini adelah 1 trait yang sangat sesuai untuk seorang mata-mata gelap@spy yang tak akan mengkhianati negara.

Tapi ade buruknye jugak merokok ni. Antaranye kesihatan,gadis tak suke bau rokok(ah gadis,bau asap bbq pon dorang tak suke,tapi time makan laju jek) dan juge kewangan yang sedikit parah.

3/29/2011

Sungai

Dekat rumah aku masa kat perak,ade sungai. Name sungai tu sungai wangi,tapi bau macam jahanam. Sungai ni mengalir panjang jugak. Yang dekat dengan sekolah cina,kami panggil sungai chung hwa. Tepi sekolah cina nih memang feveret aku kalau nak melepak. Boleh usha amoi tukar baju,tapi sebenarnye tak penah dapat pon nak usha. Sape la nak tanggal baju depan tingkap (kecuali kat windows media player) kalau fikir logik,tapi tu zaman otak tak boleh fikir logik. Tapi amoi sekolah ni memang rare,jenis rare tahap 900,000 hp pendekar laut.

Sungai tepi sekolah ni tempat lepak isap rokok sambil cite pasal nak modified motor bapak masing-masing,cite pasal awek orang pasal kami takde awek dan cite-cite porno yang zaman tu sape ade cd,die memang hero. Die punye hero orang cakap,budak yang tak pernah beborak pon tergedik-gedik nak beborak sebab nak pinjam. Memang dasat,tapi sayangnye hero kat jantan jela. Gadis tetap memandang sepi kat hero-hero sebegini. Ini orang cite la,bukan aku sebab aku jenis hati kudus.

Aku suke nak cerita sungai 1 lagi. Aku tak ingat namenye,sungai pak mat ke ape ntah. Orang melayu,standard la bagi name sungai suke hati je. Takde la nak bagi name sedap sket,macam sungai dunhill ke,sungai calvin klein ke,ni sungai pak mat. Kat tepi sungai tu ade pangkin atas sungai,memang sedap-sedap tempat orang nak lepak isap rokok pandang sungai kaler coklat. Sungai tu tak besar pon,ade dalam 10 meter,tapi berselirat dengan kayu bakau,orang kate dah cukup syarat nak buat rase seram. Tapi aku ngan member aku steady,terutama aku,sebab aku yang tulis blog ni. Takkan aku nak down kan diri aku lak.

Kat sungai ni la aku selalu melepak ngan nerol,member aku kalau nak isap rokok. Die punye tenang memang bagus,isap rokok pon rase bagus,asap yang keluar pon bagus. Memang menaik la semangat. Kat sini jugak aku ngan nerol memancing. Ikan die boleh tahan banyak,tapi paling besar saiz 2jari tangan. Tapi time tu dapat ikan besar tu pon dah boleh balik jalan dada kedepan. Kat sungai ni jugak aku mandi manda,walaupon air kaler coklat,tapi redah jugak. Sekali tu jela aku mandi pon,sebab ade sorang brader mane buat terjun tiruk kat sungai tu,terus masuk hospital lumpuh.

Tiap-tiap kali time cuti sem,aku akan nyongket ke sungai ni untuk melepak. Bukan la tiap-tiap hari datang,tapi orang kate ade la datang singgah. Sungai ni biase je,tapi ade sesuatu yang buat aku suke. Mungkin sebab rokok rase bagus bile isap kat sini. Mungkin jugak penunggu sungai tu buatkan aku suke sungai ni. Mungkin juge sebab aku takde idea,jadi aku tulis cite pasal sungai yang ade kat rumah lame aku.

3/23/2011

6 tahun dulu

1.Mase aku nak ambik result SPM 6 tahun dulu,aku pegi dengan gaya paling steady. Kamon,blajar pon nak tak nak,takkan result best student pulak. Tapi muke kene bagi cuak,kalau tak mengamuk mak bapak aku nanti. Hal-hal belakon ni mudah sebenarnye. Depan mak bapak buat diam,muke biar murung sikit. Depan member borak bangang macam biasa.

2. Esoknye aku tengok ade member aku yang tak steady. Muke semua kelat. Ape kes la,time belaja takde lak nak buat muke camtu. Sampai sekolah aku buat-buat rilek,padahal teringin gak tau ape jadi la ngan add math kimia aku tu. Dah tak fikir A,dapat lulus kimia add math dah cukup handal bagi aku. Orang kate,cukup sebab nak celebrate la.

3. Sampai bilik pengetua yakni tempat ambik result,orang dah penuh. Ade yang menangis,sebab result bagus. Ade yang menangis,sebab result hancur. Ade yang menangis,sebab result biase-biase. Tapi yang nangis banyak gadis la,laki kalau nangis macam celaka juge. Tapi ramai jugak yang bergelak ketawa,dan dari segi muke,gaya borak yang membosankan dan pakaian,jenis orang pandai-pandai. Orang pandai-pandai ni kite jangan bergaul sangat time keluar result,kurang seronok bagi insan biasa-biasa macam kite bile hal-hal camni terjadi.

4. Benda pertama aku tengok dalam slip,add math ngan kimia. Peh,lulus tipis. Aku punye bangga lain macam. Padahal aku main conteng tu,cube bayangkan kalau aku belajar betol-betol,aku ingat masih mustahil dapat A. Susah macam haram pulak soklan-soklan die. Tengok result tu dah cukup nak aku enjoy lepak-lepak. Problem kene setelkan hal nak bagitau mak abah. Berat hal nih,same berat dengan hal ehwal negara.

5. Tapi aku steady,kalau tak steady memang menggigil time tu. Aku ambik posisi mencangkung paling sedap,keluar henpon dan kol rumah. Dengan cakap lembut+gelak-gelak sikit,aku lepas. Tapi bile fikir balik,mak ayah akupon macam boleh agak result aku. Takde langsung gaya marah beria-ria,steady jek. Peh,rupenye bukan aku je yang steady,mak ayah akupon steady juge.

6. Cepat-cepat cukupkan korum,terus gerak ke lumut. Time tu lepak lumut memang tengah "in". Macam bangla nepal lepak dekat depan maybank puduraya die punye taraf. lepak sane,minum-minum,gelak-gelak last orang cakap. Lepas ni masing-masing bawak diri,memang payah nak jumpe lagi dah. Punye la seronok celebrate result, macam masing-masing top 10 daerah punye hepy. Akupon seronok sangat sampai lupe nak balik. Pas dah setel lepak,kami pon pulang.

7.  Skang,6 tahun pas result keluar. Hari ni result SPM keluar lagi. Entah ade lagi tak orang yang macam kami lagi,jenis celebrate result yang biase-biase. Entah ade lagi tak yang pegi ambik result dengan gaya steady macam aku.

3/19/2011

Berdebar

1. Ok,secara jujur aku kurang pengalaman dalam hal cinta. Hal gadis pon aku tak tau sangat sebenarnye kecuali hal-hal fizikal,yang dimana jika aku cakap tak tau,boleh mengundang maki yang serius. Aku tak tau ape yang aku buat boleh buat mereka kecik hati,suke ataupon mendidih dengan aku. Begitu juge aku tak tau adakah si gadis akan jatuh hati pada aku,menyampah ataupon suke berbual dengan aku.

2. Hal ni mungkin berlaku sebab dizaman sekolah aku lebih fokus berbual dengan lelaki,dengan pompuan sekadar kacau-kacau kecuali adik member aku yang hot,yang dimana kalau aku keluar date dengan die menyebabkan cakap-cakap belakang yang dosanya sukar dimaafkan. Camtu juge bila aku diploma,hidup hanya di blok dan di kelas aku lebih banyak mendiamkan diri dari beborak dengan gadis. Sifat ini memang cool jika anda gay,tidak bagi lelaki bernafsu sihat seperti aku.

3. Jadi aku berazam,aku kene lebih banyak berborak dengan gadis selepas diploma. Tapi perbualan aku lebih kearah membahan juge,kadang-kadang serius,dan ini membuatkan aku lebih sukar memahami perasaan gadis. Seorang gadis penah masakkan aku sebelum die pulang ke rumah. Aku ingatkan sebab aku ni jenis suke makan yang menyebabkan die masak untuk aku,rupenye die suke sedikit dekat aku. Dan aku tau hal ni bile member aku mengayat die. Peh,jahanam juge aku ni.

4. Dan sekarang, secara tiba-tiba aku tau seorang gadis suke sedikit pada aku. Aku tak tau banyak ke tak die suke,jadi aku letak sedikit demi menjaga maruah aku. Katenye aku boleh buat die hepy,dan aku menjangkakan yang sikap aku yang suke borak bodoh-bodoh adalah puncanye. Ini membuatkan aku berdebor,jenis berdebor kencing berterabur. Gadis ini hot,steady dan solid. Jenis kalau dating,banyak lelaki start cari nombor bomoh santau.

5. Bile jadi camni,aku dah tak boleh pegi. Aku dah jadi kaku,borak dah tak boleh macam dulu. Neves die memang menaik. Aku dah buntu. Ape nak buat nih? Aku ingat kalau naik basikal turun bukit tangan angkat tinggi-tinggi pon tak boleh hilang rase nih.

6. Ok la,cukup-cukup la aku menipu ni. Kang lagi banyak dosa pulak.

3/16/2011

masa-masa sengkek

Zaman tak bekerje memang dasat die punye dugaan. member-member semua dah keje,tinggal aku sorang-sorang sengkek. Dah la tak hensem,tak berduit lak tu. Awek pon takde,memang lengkap la orang cakap. Jenis sengkek yang bole menitik airmata kalau hati tak kuat. Nasib baik aku jenis steady,duit takde pon boleh senyum lagi. Tapi rokok mesti ade la,kalau takde rokok memang jahanam punye sedih.

Dalam tengahari time sedap-sedap orang pemalas tido,aku gigih berjuang main call of duty. Aku kalau main game perang nih lain macam die punye semangat. Takde nak main nyorok blakang batu,terus serang depan je. Tapi ambik yang easy la,baru steady nak buat camtu. Kalau ambik yang hard,belum tembak dah nak mati. Tengah sedap aku menembak,dapat pulak kol dari ka. Arahan die mudah,jom lepak pas dorang abes keje kat gombak tengok bola. Worldcup time tu,north korea lawan portugal dan keinginan jumpa lakau agak menebal sebab die agak rare masa tu. Tapi time tu duit tak sampai rm10,minyak moto dah nak abes lak tu. Takkan melepak takde makan minum lak,tak menaik feel lepak camtu.

Jadi akupon menolak dengan ramah,tapi macam biasa tak diterima oleh ka dengan mudah. Lepas aku kene sound lebih kurang,akupon kol nedjo nak ajak die. Diepon dengan hepy nak join lepak,tapi aku kene ambik die kat putrajaya. Peh,macam mane aku try pusing pon memang tak boleh nafi bukan main jauh perjalanan aku nih. Kalau badan tak kuat,mau demam+pinggang tak boleh nak perform dengan bagus pasni. Tapi demi semangat melepak dengan kawan-kawan yang kite suke, aku gagahkan jugak. Berdasarkan pengalaman aku,minyak memang kene dua kali isi. Jadi duit memang tak berape nice nak minum teh order dua tiga kali.

Demi mengelakkan lapar,aku siap-siap makan ngan minum banyak-banyak kat rumah sebelom bertolak. Hisap rokok sebatang bagi badan steady sket,terus gerak. Perjalanan dari rumah ke putra ke gombak memang syahdu punye jauh. Motor aku time bawak nedjo paling laju boleh pegi 80km/j,itupon time turun bukit. Selebihnye 60km/j,kalau nasib baik boleh pegi 70km/j. Sepanjang jalan aku berangan yang motor aku ade nitros. Konfem steady potong motor minah rempit naik cepai pakai kasut adidas uptown.

Lepas dua tiga kali salah jalan,sampai juge kami ke gombak. Kedai minum singgit. Ikut kate lakau semua minuman harge singgit. Nak gak aku tanye camne kalau arak ke,ice blended mochachino with chocolate ke,harga same ke. Tapi takut dorang tak gelak pulak bile aku buat lawak camtu. Malu tau tak kalau orang tak gelak ni? Tau ke tak ni woi? Aku da ambik risiko taip camni,korang tau tak kalau korang tak gelak lagi aku malu?

Sampai je kat kedai,blanka dengan butam tengah makan dengan lahap. Same ada real punye lapar atau nasi lemak tu punye sedap memang padu. Tus airliur gak nengok dorang makan,nedjo pon gaya macam terpengaruh. Tak sampai 10 minit,nedjo dah ajak aku teman die beli nasi lemak. Aku senyum je,nampak gaya aku boleh dapat free makan ni. Dan memang betul, aku dapat. Tapi aku belakon sket la kate aku kenyang,nanti jelas sangat aku berharap. Tak elok lak gitu,ye tak? Pendapat aku lepas makan nasi lemak tu,konklusinye mudah. Blanka ngan butam memang lapar. Nasi lemak tu sedap,tapi tak perlu nak makan sampai camtu skali gayanye.

Pas makan dan tengok north korea kene lauk,isap rokok,borak-borak,bahan-bahan,tamatlah sudah sesi melepak di kedai singgit. Pada pendapat aku sesi lepak ni agak janggal sebab tak melibatkan sesi usha awek. Ikutkan memang tak penah lagi ade sesi melepak yang dimana kami mengabaikan sesi usha awek dengan jayanya. mungkin sebab time tu semua suci lagi kot. Oh ye,aku post mende ni demi mengenangkan kedai singgit yang dah terbakar. Kalau betul la kate lakau.