9/13/2011

Rumah terbuka kawan-kawan yang kite suka - part 2

Sampai di FM yakni sebuah maple kebanggaan selayang disebabkan berdepan dengan fakulti nurse, kami bergegas memilih tempat duduk didalam untuk mendapatkan putarang angin kipas yang memuaskan. Ah, kalau duduk luar time tengah hari memang nepal habis la. Aku dan ka memesan minuan dahulu sementara menunggu lakau yang kelaparan. Mengikut rekod, kali terakhir aku melepak dengan lakau hampir 2 3 bulan yang lepas. Bile aku sendiri tak ingat bile last lepak menandakan lakau adalah seorang member yang tergolong dalam kategori rare.

Melihat lakau mengorder roti telur, ka yang tak mahu kalah terus mengambil pinggan dan memakan nasi. Aku yang pantang dicabar terus mengorder roti sardin sambil muke angkuh sedikit. Sambil menjamah, aku perhatikan sekeliling maple dan mendapati yang tiada gadis yang rare mahupon separa rare. Atau dengan lebih tepat, tiada gadis langsung! Ini merupakan satu penghinaan terhadap selayang dan aku harap Majlis Perbandaran Selayang dan FM mengambil serius hal ini kerana ia mencemarkan reputasi kedua-dua pihak tersebut.

Pekena rokok dan layan beborak, baru butam, kojang, bunek dan nedjo sampai. Peh, bile aku dan ka pakai baju melayu manakala yang lain pakai baju metroseksual, terasa terasing pule diri ini. Selepas bersalam lebih kurang, kami bergegas ke rumah bujang manakala nedjo kene pegi open house rumah bos die. Aku, ka dan bunek 1 kete dan butam, lakau dan kojang 1 kete. Sepanjang perjalanan, banyak cerita menarik yang diceritakan tapi tak diingati. Babak paling menarik bile ka menari macam celaka bile dengar lagu TGIF. Bile aku sebut celaka, aku harap tiada yang membantah kerana memang celaka tarian tersebut.

Selepas jam di rawang dan town yang tak diketahui namanye tapi kelihatan hulu, kamipon sampai ke rumah bujang. Kehadiran kami disambut bujang dan ahli keluarganya. Makan bihun goreng sama air oren sambil tengok ragbi memang steady. Die punye steady sampai 4 pinggan butam tambah. Butam punye lapar macam dah perform 3 kali. Selepas menghisap rokok dan bersalam-salaman, kami bergegas ke rumah ka. Jalan masih jam dan sampai sekarang aku masih bingung memikirkan kenapa rawang jam. Nak kata ada kompleks membeli belah, tak nampak pulak. Tapi kalau gadis kain terbelah ade la sorang dua. Yang lain-lain lebih kearah budak sekolah yang bergaya sakan nak lepak midvalley dengan pakwe.

Di rumah ka, kami dihidangkan dengan kueteow kerang beserta air bandung bergas yang bagi aku, sangat lah mengujakan. Lebih mengujakan pabila sesi membahan ka didepan ibu bapanye kelihatan begitu harmoni dimana masing-masing pantas membahan tanpa merasakan yang itu satu penyeksaan terhadap ka. Tapi itu lebih kearah bergurau, dan ka kelihatan tak ambil hati walaupon aku tahu die tengah tunggu masa nak bahan balik. Aku hanya mampu bersyukur mengenangkan trip kali ini tiada persinggahan kerumah aku.

Selepas hisap rokok dan ka pon hisap rokok curi-curi, kami meminta izin kepada family ka untuk ke rumah bunek yang terletak di kawasan yang semakin membangun, yakni semenyih. Kali ini, aku, ka, bujang dan butam berada 1 kete. Banyak kisah yang diborakkan, tapi tiada yang boleh menandingi saat-saat paling indah apabila kami berselisih dengan myvi kaler kelabu berplat pantai timur yang didalamnya terdapat seorang gadis yang cukup rare. Kalau jadi makwe aku, pasti menjadi bual mulut jiran-jiran. Mungkin ada yang mengatakan aku salah seorang pengguna minyak dagu yang berjaya.

Ya, begitu rarenye minah itu menyebabkan kami berempat sentiasa memandang gadis tersebut tatkala jam. Gadis itu yang mulenya malu telah berubah mukenye pabila menyedari kami yang mengusha seperti tiada hari esok. Itulah moment yang paling best pada hari itu. Tapi bile memikirkan balik, macam bangsat juge. Usha muke gadis manis pon moment terbaik.

9/12/2011

Rumah terbuka kawan-kawan yang kite suka - part 1

Kalau ikut perbualan di email syarikat, mesej henpon dan juge chat fesbuk, tanggal 10hb september 2011 akan berlakunye ulangtahun kedua sesi beraya rumah ke rumah bagi warga dsl218. Kalu ikut sembang dalam email syarikat yang bagaikan fesbuk kedua bagi yang bekerja dan memiliki masa yang cukup lapang semasa bekerja, kene gerak awal-awal pagi sebab taknak jadi macam tahun lepas. Aku senyum tipis je bile membaca ayat pagi tu. Tapi kesungguhan mereka menekankan ayat PAGI tu membuatkan aku berdebar jugak dengan perubahan drastik masing-masing.

Jadi sabtu tu aku pegi bengkel genggam parang supaya aku boleh setel awal. Ah, mane boleh jadi punca sampai lewat tatkala member-member lain dah berubah. Syukur, brader mekanik tu cukup pantas menyervis kete aku. Nasib baik kekangan masa, kalau tak brader mekanik tu nak tune sedap-sedap nak resing. Jenis kalau bukak tingkap baju boleh koyak kene sambar angin tatkala memecut.

Aku sampai rumah pukul 10 lebih, aku pantas call blanka. Aku terkejut! Call aku tak disahut. Aku cube call sebanyak yang mungkin tapi tetap tiada sahutan. Pantas aku mendail no butam, syukur dengan sekali dail butam angkat. Sejak ade makwe ni banyak perubahan aku tengok kat butam antaranya cepat mengangkat telefon, tegas dengan member-member dan rajin beribadat. Selepas berborak sepam dua, tahulah aku yang perjumpaan ditunda ke pukul 11 lebih. Aku dengan tenang berbaring menghadap laptop. Dalam fesbuk tak banyak yang online, jadi aku mengambil jalan mudah dengan tidur-tidur ayam.

Kejap-kejap terjaga, kejap-kejap terjaga. Bile terjaga call blanka, die tak angkat. Call butam, dorang tak gerak lagi. Menitis jugak airmata syukur aku bile mengenangkan member-member aku masih tak berubah. Dalam pukul 11 lebih baru ka angkat call, dan selepas perbualan macam makwe-makwe, aku janji nak gerak ke rumah die dalam pukul 12.15 dan terus gerak ke rumah lakau. Sayang sekali, lakau tak buat rumah terbuka. Jadi plan bertukar ke rumah bujang. Apa, rumah bujang? Ye, jangan terkejut. Sejak ada ikatan ni, bujang pelan-pelan kembali ke jalan yang benar. Dan aku memandu kereta aku dengan tenang demi mengelakkan baju melayu baru aku terkoyak akibat disambar angin kencang.

Sampai dirumah ka, aku difahamkan yang butam dan konco-konconya akan sampai lagi 40 minit. Lepak rumah blanka beberapa minit tanpa dihidang air segelas memang terasa sepi juge kadang-kadang. Nasib baik lakau call suruh pegi maple sebab nak makan. Jadi aku dengan senang hatinye bersetuju dan gerak ke maple FM kebanggan selayang memakai baju melayu sepasang dan tak ubah rasa macam gampang bile aku fikir-fikir balik.

(Babi, beraya rumah pertamapon belum lagi lagi dah panjang ni cite. Entah bile nak abis kalau camni)

8/31/2011

Raya siri 1

1. Bangun pagi raya, terus minum air sambil hisap rokok tanpa rasa janggal memang power. Hampir menitik juge airmata mengenangkan betapa powernye memulakan pagi raya dengan rokok.

2. Masuk bilik air hisap rokok tapi tak berak pon power jugak sebenarnye. Cume kene tahan telinga la bersiap lambat.

3. Last aku pakai baju melayu lengkap dan baju melayu tu pulak memang milik aku masa aku tingkatan dua. Bila kali ni pakai baju melayu lengkap bersampin memang steady. Kalau bergambar dengan juliana evans atau lisa surihani pon orang cakap sepadan ya amat. Orang cakap la, aku iyekan je.

4. Abang-abang aku dah pegi sembahyang raya, aku steady makan nasi himpit sama rendang ayam lagi. Pergh, memang solid pekena nasi himpit sama rendang ayam. Ayam tu memang rasa ayam.Selalunye kalau kat kedai, rendang ayam tu rasa celaka. Hampir-hampir menitik airmata buat kali kedua.

5. Bagi duit raya kat budak-budak ni tak berapa seronok jugak sebenarnye. Nasib baik takde yang komplen duit raya sikit. Kalau tak memang aku bergelut dengan anak buah aku pagi-pagi raya.

6. Masuk hari ni, aku tak jumpe lagi gadis manis berbaju kebaya walau sorang pon. Secara jujur aku hampa dengan situasi ni. Kegembiraan ape lagi yang tinggal untuk lelaki single macam aku kalau tak dapat tengok gadis manis berbaju kebaya di hari raya?

8/21/2011

Jatuh

Waktu aku masih didalam hospital, keluar hospital tetapi terbaring dirumah dan juge bertongkat, aku merupakan seorang yang angkuh dimana setiap bulan gaji aku masuk. Die punye eksyen memang true punye eksyen. Selain dari madefaker yang mempunyai bapak yang kaya, aku rasa aku lah satu-satunye manusia yang paling bertuah kat mukabumi apabila tak perlu bekerja tapi duit sentiasa masuk.

Time tu kalau Rafidah Haji Ibrahim senyum-senyum kat akupon aku boleh pandang enteng. Hanya Nora Danish dan Lisa Surihani je mampu buat aku aku senyum nipis sambil menggedik-gedik minta tangkap gambo bersama. Time tu duit punye banyak hampir-hampir aku nak pimp my wheelchair jadi bling-bling. Nasib baik aku tak into wheelchair, jadi aku habiskan ke arah rokok dan makanan ringan-ringan dan berat. Peh, makan ringan-ringan ni boleh tahan dable meaning juge rupenye.

2 bulan lepas aku bekerja, duit aku masih boleh tahan banyak. Senyum pon tak putus, tangan pon ringan je nak belanje. Yelakan, duit tengah berkepul dalam bank. Itu baru duit aku, belum kire duit orang lain pulak. Tapi nak buat ape kire duit orang lain. Rokok pon senang-senang je buang ke longkang kalau tak larat nak hisap. Minum pon kalau tak jus tembikai laici, jus belimbing. Jenis rare punye jus je. Hampir-hampir juge aku nak minum jusmate 5, nasib juge famili aku berjaya sedarkan aku dari kelalaian duniawi.

Dan tadi aku melangkah gagah ke bank untuk mengeluarkan gaji aku bulan ni. Aku dah bajet cantik-cantik yang gaji bulan ni memang aku nak belanja habis-habisan. Brader sebelah aku pandang aku segan-segan je bile aku senyum nipis tengok die keluar duit RM50 kat ATM. Dalam hati macam nak bersuara 'kamon brader, nak keluar duit paling koman 3 4 ratus baru power". Aku slow-slow masuk kad ke mesin, tekan no pin, pilih baki sebab brader tu pon macam nak tau berapa duit dalam bank aku. Dari senyum nipis, aku dah senyum kelat. Tangan terketar-ketar nak tekan butang ape lepas ni. Cepat-cepat aku batal transaksi sambil keluar pantas dan bakar rokok sebatang, hembus pelan-pelan asap sambil pandang langit gelap. Mata dah bergenang dengan airmata.

"Celaka, apesal gaji aku masuk RM600 je nih?" bisik hati kecil aku sambil memikirkan raya lagi seminggu, hutang dan perbelanjaan dalam masa sebulan sebelum gaji masuk...