4/12/2012

Cinta Hujan 2

Malam itu, Jack duduk-duduk di balkoni bersaksikan bintang dan bulan sambil memetik kod gitar "Malam bulan dipagar bintang" nyanyian Allahyarham P.Ramlee. Entah mengapa hati Jack begitu terusik sekali malam ini. Hatinya telah penuh dengan cinta kepada gadis 3 saat yang ditemuinya pagi tadi. Perbuatan Jack dipandang dengan begitu tekun sekali oleh sahabatnya Zack. Dengan langkah yang kemas dan teratur, Zack menghampiri Jack.

"Aku tengok kau ni bagaikan pungguk rindukan bulan. Ape sebabnye" tanye Zack kemas sekali. Pertanyaan Zack itu mengejutkan Jack yang begitu tekun memetik kod gitar.

"Tiada apa-apa. Engkau ni apehal berperibahasa malam-malam camni? Gusar pule aku" kata Jack cuba berselindung.

"Sudahlah Jack, tak perlu lagi kau nak berdolak-dalih dengan aku. Sebagai sahabat kau yang paling rapat, aku tau kau ada masalah" Jawab Zack yang bagai tak menjawab soalan.

Jack mengambil nafas dengan begitu dalam. Hatinya berfikir, "patutkah aku menceritakan hal pagi tadi. Ia terlalu remeh buat lelaki kasanova seperti Zack. Tetapi, Zack la sahabat baikku. Ketika aku tiada rokok, dialah orangnya yang berkongsi rokok sehingga pinjaman pelajaran aku masuk. Dialah sahabat yang banyak berbudi pada aku'" getus hati Jack. Jack mengeluarkan rokok disaku, mengeluarkan sebatang dan perlahan-lahan meletakkan di bibirnya. Jack kemudian memetik lighter, bagus sekali pembakaran lighter itu kerana dengan 2 3 kali pam rokok itupon hidup dengan kemas. Perbuatan Jack itu diperhatikan Zack dengan penuh debaran tidak terhingga.

"Aku jatuh cinta Zack" luah Jack mengejut.

"Jatuh cinta? Engkau? Kau biar betul?" Soal jack 3 kali tanda terkejut.

"Betul Zack. Aku jatuh cinta. Ini kali pertama aku berperasaan sebegini. Apa patut aku buat Zack?" keluh Jack perlahan.

Zack memandang Jack dengan tajam, dan dia menyedari ini bukanlah gurauan. Pertama kali dia mendengar Jack bersusah hati tentang cinta. Dan sebagai seorang sahabat, Zack perlu lakukan sesuatu. "Siapa gadis yang berjaya membuatkan sahabat aku sebegini rupa?" soal Zack dengan nada yang berhati-hati.

"Aku tak tau. Aku tak mengenali dia Zack. Aku hanya berselisih dengan dia. Dan dalam masa 3 saat, aku tau aku sudah jatuh hati padanya." jawab Jack tanpa berselindung.

Zack mengambil kotak rokok Jack, mengeluarkan sebatang dan membakar secara terburu-buru. Hati Zack begitu bercelaru, bercelaru kerana pertama kali dia mendengar permasalahan sebegini. Ini adalah terlalu rumit untuk Zack memberi bantuan. Hanya 1 penyelesaian...

"Jack, aku ingat aku nak tidur dulu la. Esok jangan lupe kejut aku." kata Zack terburu-buru meninggalkan Jack yang terpinga-pinga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan