4/11/2012

Cinta Hujan

(Sebuah adaptasi  dari drama korea dibintangi gadis yang aku minati yang telah diubahsuai demi memenuhi sensitiviti melayu)

Cinta ini datang dalam pelbagai bentuk. Ada cinta pandang pertama, cinta dekat kawan sendiri, cinta makwe orang lain, cinta dekat artis dan mungkin cinta mukabuku seperti yang selalu dinyanyikan oleh artis youtube. Ok, cinta mukabuku tu tak kelakar.  Tapi pernahkah anda semua mendengar cinta 3 saat? Ya, cinta ini memang rare sekali. Itulah yang terjadi pada Jakfar, seorang watak utama dalam cerita kali ini. Jakfar, ataupun lebih suke dikenali sebagai Jack adalah lelaki yang popular dikampus. Mengambil jurusan senilukis, dengan muka yang menawan serta nama timangan yang kebaratan, Jack pantas menjadi tarikan dikampusnya. Tetapi Jack merupakan seorang lelaki yang misteri kerana selama 2 tahun pengajian dikampus, Jack tidak pernah sama sekali berpacaran.

Tapi Jack bukan keseorangan. Jack beserta 2 sahabat yang lain adalah tumpuan utama gadis dikampus. Zakaria ataupun Zack adalah lelaki metropolitan yang begitu kemas penampilannya serta hadir dari keluarga yang begitu mewah. Zack yang merupakan pelajar komunikasi media juga seorang yang berbakat dalam mengayat gadis dan pernah digelar kasanova bangsat oleh warga lelaki di kampus. Seorang lagi sahabat Jack adalah Azwan atau lebih mesra dipanggil A1 (Sebutan A-One) yang mengambil jurusan seni musik seorang yang berpenampilan sederhana tetapi begitu berbakat dalam permainan musik dan menyanyi. A1 pula seorang lelaki yang memiliki falsafah FAK U gadis setelah cintanya tidak pernah berbalas sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Selesai sudah sesi pengenalan watak, kita kembali pada cerita asal. Cinta hujan ini bermula apabila Jack yang terlewat bangun kerana menonton rancangan Kpop dimalam hari tergesa-gesa pergi ke kelas. Dalam perjalanan, Jack berselisih dengan seorang gadis yang kelihatan begitu kemas dengan adab ketimuran. Hanya 3 saat diperlukan untuk otak dan hati Jack bersetuju bahawa itulah gadis yang patut dinikahinya. Jack berhenti dan memandang sayup-sayup belakang gadis tersebut mengharapkan gadis itu menoleh dan memandang Jack. Sayang sekali, pada ketika itu gadis tersebut begitu tekun bermain twitter menggunakan telefon pintar beri hitam.

Dan Jack yang kelihatan kecewa membakar rokok Dunhill sambil menghembuskan asap perlahan-lahan tanda efek sayu yang mendalam. Jack ponteng kelas dan bermain judi terup online sepanjang hari tersebut....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan