Aku tersentak. Ini merupakan kali ke-2 aku merasakan perasaan tersebut. Pertama kali adalah bile aku mule-mule tengok cerita power rangers. Sape yang tak tersentak melihat kehebatan 5 orang pejuang menentang kejahatan memakai baju ketat dan robot yang canggih? Tak lupe juge power rangers hijau yang semart abes bile time die tiup pisau die tu. Memang legend.
Kali kedua pulak bile aku menyelinap masuk bilik abang aku. Aku terpegun dengan benda tu. Aku tak pernah didedah dengan benda tersebut. Jadi khayal dan stim pulak aku jadinye. Kaset search (sila sebut “WOAHHH” dengan gaya paling teruja). Lame aku terdiam dalam bilik melayan mende tu. Dunia terasa indah bila tidak lagi terpengaruh dengan band arrow, scoin atau band-band yang bile nyanyi kalau tak sengau, hidup macam dah takde halatuju hidup kene tinggal awek.
Keluar rumah, aku headbanging sambil try tarik macam amy tapi tak sampai. Semua member aku terdiam dan ade yang mengeleng kepala. Aku hanya senyum nipis dan bangga. Dengan nada angkuh aku mengeluarkan kenyataan aku nak jadi rockers macam amy. 3 orang budak pompuan muntah dengar aku cakap camtu (ok, aku tipu). Slow-slow sorang member aku datang dekat kat aku dan berbisik…
“Muke nerd macam kau jangan berangan nak jadi rocker. Baik kau join kitorang main kejar-kejar lagi bagus” kata member aku sambil mengesat hingus hijau.
Aku sedih, hampa dan kecewa mendengar kata-kata member aku. Tiada kata-kata semangat yang aku harapkan. Impian yang begitu yakin aku luahkan, dikeji sebegitu rupa. Aku marah, rasa bengis membuak-buak dalam diri aku. Aku pandang member aku kecik jek. “Memang nak kene kau nih” kata hati kecilku marah.
“Ape lagi yang kau tercegat kat situ? Kau taknak join ke?” kata member aku yang sound aku tadi.
“Aku nak join, tunggu kejap. Aku nak makan kuih sat” kata aku.
***
Disatu sudut di rumah amy, kelihatan amy menggeleng kepala kecewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan