9/28/2010

Entri 12 – bukak puasa waktu jerman timur


Bulan puasa 3 tahun yang lepas aku masih pelajar di salah satu kampus cawangan selatan universiti aku. Waktu tu bulan puasa dan percayalah cakap aku, bulan puasa bukan mase yang menarik untuk pergi kelas jalan kaki, melintas tasik dan berbukit-bukau diwaktu cahaya panas terik pukul 12 tengah hari. Dan aku bukanlah unta yang boleh simpan air dekat bonggol badan die untuk spare air jalan tengah-tengah panas. Memang rare pengalaman tu.


Dalam perjalanan balik merentas tasik dan menaiki tangga, hati kecil ku berkata “Best betul kelas tadi. Banyak ilmu yang aku dapat.” Ok, aku tipu. Ni bukan cerita razak mohaideen yang balik kelas happy gile sambil cerita ape yang dibelajar time kelas tadi. Hati aku penuh dengan carutan yang kalau dikeluarkan, tak layak aku nak meminang lisa surihani, apetah lagi rita rudaini yang belum berlaki lagi time tu.

Sampai di blok, aku dah terbayang katil yang keras dan kipas yang sejuk. Itu gabungan menarik untuk tak datang kelas waktu petang. Damn. Sampai jek dekat level aku, aku dah terbau mee sedap. “Huh, takde keje lain budak-budak nih. Bebuke ngan mee sedap, lain la kayafsee. Baru berbaloi dengan dosa” kata hati kecil ku lagi.

Masuk jek dalam bilik, aku dah start lain macam. Selipar tibe-tibe banyak padahal bilik aku 2 orang jek campur aku. Dan didepan mata aku terpampang 1 dosa yang sedang dilakukan. Member aku dan junior aku sedang enak menjamu selera dan menghilangkan dahaga ngan kayafsee dan coke. Kurang ajar betul.

Aku campak beg aku, bukak kasut dan menghempaskan diri atas katil sambil mereka pandang aku. Slow-slow aku tazkirah dorang.

“Ape nak jadi la korang ni tak puasa? Dah lah korang tak pegi kelas, entah ape yang penatnye akupon tak paham.” Kata aku.

Junior aku tersengih-sengih sambil minum air coke sejuk. Aku tau sejuk sebab ade wap air keliling bekas coke tu. Berguna gak belajar sains dulu.

“Tak sahur la pagi tadi” kata juniorku membela.

“Itu bukan alasan” kata aku dengan intonasi tinggi. Bayangkan amy tengah tarik lagu fantasia bulan madu, sebijik tak same ngan suara aku time tu.

***

“Pergh, memang sedap makan kayafsee bulan-bulan puasa nih. Air coke die pulak sejuk lain macam. Memang solid berbuke kite nih” kata aku girang sambil meratah rakus ayam goreng hangat.

Disebelah aku, junior dan memberku tersenyum bahagia menjamah juadah enak pada pukul 1 tengah hari keesokan harinye.

1 ulasan:

  1. nampaknye ko baru je mlancarkan perang dgn aku ble ko ckp ko nk meminang Lisa Surihani..!!

    BalasPadam