9/06/2010

Entri 4 – kenangan lalu best juga

Aku menyambung pelajaran aku setelah diberi peluang kedua oleh kerajaan di selatan kuala lumpur. Universiti ni mempunyai satu peraturan tidak bertulis bagi student-student laki yakni nama samaran (gile tak stylo, translate di gugle berbunyi nickname,semart sket).

Ni merupakan tradisi turun temurun dan tidak diketahui dimana mulanya. Jadi aku sebagai junior perlulah mewarisi tradisi tersebut sebab pepatah minang penah menyebut, biar mati anak jangan mati adat. Dan yang paling menariknya, walaupun ini adalah tradisi tapi nickname yang diberi selalunye berbunyi menarik dan bermaksud yang agak gampang. Jadi akupun diberi nickname “machap” beserta kawan-kawan aku lagi.

5 semester aku disitu (part 1 aku kat Sarawak dimana gadis-gadis Sarawak sangat manis dan peramah,wuuu) aku dikenalkan sebagai machap. Tapi itu hanya diblok aku saja, bila di kelas aku dipanggil *ahem* (nama sebenar). Part 2 aku terima, part 3 boleh terima lagi, part 4 aku dah start rasa pelik sikit dan part 5 n 6 aku betul-betul pelik.


Kenapa panggilan aku berbeza diblok dan dikelas? Apa salah aku sampai aku kene camni?





Setelah aku bermuhasabah dengan diri aku sendiri, baru aku sedar hikmahnya. Seperti superhero-superhero yang lain, mereka juga mempunyai 2 panggilan dimana satunya adalah untuk watak loser dan satu lagi untuk kegempakan dia. Terima kasih budak-budak blok aku, aku tak sangka korang memandang aku setinggi itu. Aku akan cuba berlatih terbang untuk pastikan korang tak hampa ngan aku. Kalau tak boleh gak, aku cuba makan nasi 3 pinggan. Tu kira gempak gak kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan