9/05/2010

Entri 3 – sungkai bukanlah sungai lagikan pula bersugi

Mukabuku aku menerima satu post yang nama aku ditag begini, “name aku dan member-member aku, ape kate weekend ni kte BERSUNGKAI sme2 lps 2 gi shopping raye..boxer raye aku xbeli lg ni..!!!


Aku dengan penuh keterujaan (dan juga tidak ingin menjadi TAYIK) membalas dengan ceria sebab aku memang tak cukup boxer. Date dah set, korum dah cukup. Tiga hari aku terbayang-bayang bentuk boxer baru aku dan mungkin baju baru aku. Aku memang teruja sebab ni first time aku beli boxer raya. Lepas berbuka puasa di mekdis jalan Pahang, destinasi kami hanya satu yakni uptown danau kota.

Dan sesungguhnya jalan di keyell (cam gampang tak aku tulis camni?) sememangnye membuatkan kami kehilangan pahala puasa. Bukan sahaja jalan jem pekat, tapi gadis-gadis manis juga sungguh riang disana sini. Tapi kegembiraan tu tak bertahan lama bila nak cari parking pon ambik mase sejam lebih. Dalam otak aku da terpikir, “dorang ni takde life ke pas bebuka pegi uptown?”.

Setelah parking dan menghabiskan masa lebih kurang 2 jam mencari baju, aku baru sedar bahawa bukan mudah untuk masuk kedai boxer dan cek boxer mana yang paling menarik bila diluar kedai orang-orang yang lalu-lalang macam lalat hurung bangkai. Jadi aku hanya pulang tanpa boxer raya dan juga baju raya yang aku nak, tapi aku bersyukur bile gadis-gadis manis memang bersepah kat situ. Malaysia memang patut buat miss universe tiap-tiap bulan laa camni. baru 1Malaysia.


*****

Perbualan kami di kedai itu sangat serius.

Aku: kat mane nak donlod the pacific?

Member 1: cerita tu tak layan sangat kalau kau compare ngan band of brothers.

Member 2: aku tak minat cerita tu.

Member 1: kau tau tak pasal zaman komunis dulu-dulu?

Aku: tak tau la pulak. (aku dah mula pelik, “asal jawapan dorang macam tak kene ngan soklan aku ni?)

Member 1: bla bla bla bla….

Aku & member yang lain: owhh, tapi kan…(aku dan member lain bercerita jugak)

Member 1: owhh, pastu pulak kan…(kami tekun mendengar)

Keadaan ni berterusan selama setengah jam.

*****

Perjalanan pulang kerumah. Sambil membawa motor dengan kemas, aku mula tertanya-tanya. Ia mengganggu aku sepanjang perjalanan. Kenapa niat dan soklan aku semua tak tercapai?


Dan kemudian aku teringat kata-kata bijaksana, “apa yang kau hendak, itulah yang kau takkan dapat”.

1 ulasan:

  1. perlu ke ko nk sebut psal boxer 2 setan..!!!??hahaha...!!

    BalasPadam