7 orang termasuk aku tengah melayan perasaan dimalam yang hening tersebut. Aku, blanka,butam, kojang, bunek, nedjo dan lakau adalah perajurit terakhir dibatasan perang. Kami ditugaskan mempertahankan kawasan ini dari ancaman musuh. Kami adalah sisa-sisa perajurit yang tinggal setelah diserang hebat oleh pihak musuh selama 3 hari.
“Malam-malam camni kalau pekena teh tarik sambil layan arsenal nye game nice gak kan ?” ucap blanka memecah kesepian malam tersebut. Sayang hanya aku sorang yang tersenyum ceria manakala yang lain mencebik manja. Butam tetap setia dengan Liverpool walaupon dapat no.7 season lepas. Yang lain-lain penyokong setan merah, man u. Perbualan yang cuba dimulakan blanka tidak mendapat sambutan.
Aku mengambil henpon aku untuk melihat jika sebarang mesej atau miskol masuk. Aku dari pagi tadi tak melihat henpon ku. Asakan peluru dan meriam musuh membuatkan aku tidak dapat mendengar sebarang bunyi dari henpon ku. Jangankan henpon, bunyi kentut gabungan blanka dan nedjo petang tadi jugak tak kedengaran. Sayup-sayup jek bau die menusuk hidung. Celaka betul, tengah cemas diasak dorang boleh slamber layan kentot. Ternyata aku hampa, aku masih tidak laku. Paparan henpon ku hanya menunjukkan tarikh dan masa.
Butam memandang ku kehairanan lantas bertanya, “ade mesej masuk ke wad?”. Dia mungkin kehairanan sebab memang jarang henpon ku berbunyi.
“ade 40 miskol ngan 13 mesej jek”, balasku perlahan. Aku lihat mereka tercengang-cengang terkejut.
Lakau mencelah tanpa signal, “sejak bile kau glemer wad?”. Yaa, lakau menggunakan perkataan glemer yang rasenye sangat rare skang nih.
“Sape yang mesej n miskol?” Tanya bunek.
“Lisa Surihani” jawabku tenang.
“Hak-tuih”. Serentak mereka meludah selepas abes aku berkata-kata. Hairan jugak aku, macam dah rehearsal lak dorang nih. Die punye seragam lain macam.
Masing-masing senyap. Kojang ku lihat tengah mengelap teropong sniper nye. Die memang sharpshooter. Bunek memecah kesunyian dengan menyanyikan lagu AXL-akulah kekasihmu. Aku lihat blanka mencebik mendengar lagu tersebut. Blanka memang anti lagu-lagu melayu. Die layan band-band yang omputih yang dimana lirik nya hanyalah jeritan.
Butam tiba-tiba bertanya pada nedjo pasal kereta. Ahh, dah start dah topic perbualan kurang menarik nih. Aku hanya mendiamkan diri. Kesemua mereka kecuali bunek yang masih menyanyi berbual girang. Aku dah start mengantuk, layan tido sedap gak nih kata hati kecilku. Slow-slow aku pejam mata tapi tak boleh tido lagi sebab dorang masih rancak bercerita pasal kereta. Perbualan kereta tak lame sangat, adelah dalam 10 minit sebelum masing-masing takde point nak berbual dah. Lakau bangun dan memandang kami semua, “aku ingat nak jadi pramugara la” kata lakau tiba-tiba.
“Hak-tuih”. Serentak aku dan mereka. Yaa, tanpa rehearsal kami meludah mendengar statement tidak diminta itu. Sebak jugak hati aku memikirkan cita-cita lakau yang tidak disokong kami. Kemudian semua duduk diam-diam layan perasaan masing-masing.
Tanpa sedar aku terlelap setelah didodoi dengan alunan suara bunek repeat lagu same buat kali ketiga. Bunek bunek….
Bersambung….
ini adlh entri yg celanat..!!ko tgu aku balas kt blog aku..!!!hahaha..!!
BalasPadamhaha,ade sambungan lg 2 jang...aku cadang nk wat 3 part,tp xde idea lg ape nk disambung...hahaha
BalasPadam