9/19/2010

Entri 9 – Wayang melayu

Cerita wayang melayu pertama yang aku tengok adelah cerita “Potret Mistik”. Tajuk die dah gempak abes. Aku betul-betul teruja bila petang tu abang aku yang 1st ajak kitorang sekeluarga tengok wayang ngan die belanja. “Ni kire bagus nih, bukan senang orang nak belanja tengok wayang” kata hati kecilku riang.

Watak utama Cico harahap. Takde Rita rudaini dalam senarai pelakon. Aku dah down giler time tu. Ape barang nih prof? Hari tu selamber jek kau ambik Rita belakon cerita “Mistik”. Punah segala harapan aku nak tengok muke Rita dalam skrin besar.. Tapi layankan jugak laa, takkan aku nak hampakan keluarga aku lak kan tak folow dorang tengok wayang.

Disebabkan aku masih duduk perak time tu, dan panggung wayang paling dekat ade kat sitiawan jek. Dan panggung wayang tu pulak name Arasu. Arasu? “Giler tak key ell” bak kate member aku Rizz. Tapi takkan nak pegi ipoh lak kan semata-mate nak tengok cerita razak mohaideen. Memang tak berape manis lah pulak.

Sampai kat sane, kitorang tak boleh masuk lagi. Duk laa depan panggung tu beborak ngan abang-abang aku. Selang beberapa minit, penonton dah keluar. “Best tak cerita tu?” kata abang ipar aku kat sorang budak pompuan yang takde la lawa sangat, “No komen” kata minah tu. Sorang member die lak bagi jawapan berbunyi hampir begini “entahlah bang” dengan muke macam muke pegi beraya rumah orang kaya tapi dapat air sirap jek. Aku dah start rase menyesal walaupon tak tengok lagi.

Akupon masuk panggung dan keluar selepas cerita tamat. Memang best. Tapi bukan sebab cerita tu. Tapi sebab lain. Bayangkan dalam wayang abang-abang aku boleh isap rokok. Pastu gelak kuat-kuat sambil tengok cerita tu. Ape nak cuak, dalam panggung tak sampai suku orang pon. Kalau bukan sebab kami, jangan harap laa nak capai suku.

Jalan cerita korang boleh google sendiri. Tapi aku nak komen tang beberapa benda pasal cerita tu. Rumah yang dah kene tinggal, tapi dihuni oleh seorang pompuan gila bekas maid kat rumah tu. Maid tu pulak hot. Ok aku tipu, maid tu macam hantu penampilan die. Ade satu scene yang time cico menghendap rumah tu, lampu rumah tu terpasang. Persoalan menarik, bile dalam situasi tersebut, macam mane pulak maid tu boleh bayar bil letrik? Takkan die pegi kaunter pos ngan rambut mengerbang sambil tangan pegang pisau?

Scene cico kene tangkap ngan hantu tu dan time tu jugak member-member die tengah tunggu die. Punye lame menunggu, member die send laa mesej. Tapi aku tak tau la pulak die pakai meksis ke selkom. Yang menariknye, member die dapat reply dari cico berbunyi “jangan kacau aku lagi”.Ape yang menariknye? Haa, yang menariknye bile yang send mesej tu maid yang gile tu. Kalau pakai nokia 3310 pon mak bapak aku dah terkial-kial nak bukak mesej, ni kan pulak henpon yang aku dah tak ingat model nye tapi bak kate blanka, boleh diketengahkan pada zaman tu. Tapi aku berfikiran positif, ni dunia tanpa sempadan. Orang gile pon boleh main henpon gak. Dorang pon nak merasa gak keindahan teknologi yahudi.

Pastu scene cico diberi makan oleh maid tu. Aku time tu pulak tengah lapar. Memang gegar perut aku tengok lauk yang die bagi. Nasi sama sayur ape ntah ngan ayam goreng yang kelihatan sipi-sipi nak same rase ngan kfc. Time tu jugak laa aku terfikir, mane die dapat beras, sayur sama itu ayam?

Time tu aku terfikir camne laa sorang prof boleh buat cerita camtu. Macam sia-sia pulak stadi bukan main lagi sampai dapat title prof tapi buat cerita macam gampang. Dan bile abes jek cerita tu, aku tengok abang ipar aku gelak gile-gile sesorang. Aku tak puas hati, mane boleh die gelak tak ajak aku. Tak 1malaysia langsung. Aku pon tanya laa ape mende yang kelaka.

“Ade sorang pakcik tu boleh masuk ngan cerita tu”

“Camne tau?”

“Time cico masuk rumah tu, pakcik tu cakap berani betul cico masuk rumah tu. Kalau aku memang takde nye nak masuk.”

Aku hanya mampu senyum nipis jek dengar abang ipar aku punye cerita. "Razak razak...memang berbaloi title prof kau tu" kata hati aku sinis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan