Sedang lena diulit mimpi tiba-tiba kami diserang pihak musuh. Bunyi peluru dan meriam silih berganti mengejutkan kami semua. Ku ambil henpon nak melihat jam, pukul 1!!! Awal gile dorang nih bangun, kata hati kecilku. Masing-masing ambik position mempertahankan kawasan kami. Kojang pantas berlari dimenara dengan snipernya, blanka memegang mesingan sambil butam mengisi peluru kedalamnya. Aku, nedjo dan bunek pantas berlari kehadapan sedikit untuk menyerang musuh dengan M16. Lakau pula pantas mendail HQ meminta bantuan (Semalam dah mintak dah, tapi tak sampai-sampai la pulak).
Kami semua pantas membalas serangan pihak musuh. Sedang asyik bertempur, aku terdengar lakau menghempas telepon. Seraya itu aku memandang dia, “lahanat, lupe pulak aku skang time makan bagi gomen dan swasta” kata lakau marah. Nampaknya kami terpaksa berjuang bersendirian lagi lah nih. Tapi nasib kami agak baik sebab pihak musuh hanya menghantar skuad kecik terdiri dari 60 perajurit kalau betul kiraan aku. Setakat 60 orang takde masalah sangat, masing-masing hero pulak. Lakau pantas mengambil bazooka 4 peluru custom made milik dia.
Huh, kalau lakau dah pegang bazooka memang takde can laa dorang nak menang. Dan memang betul, dengan 2 kali petik 17 musuh tumpas dengan bazooka lakau. Tambah pulak dengan gandingan blanka+butam guna mesingan dan kojang ngan snipernya, tak sampai 10 minit dah setel. Serta-merta aku teringat iklan ridsek, tak beri peluang betol.
Kami telah berjaya mempertahankan kawasan kami ini buat kali ke-14 berturut-turut. Masing-masing bercerita nak tunjuk hebat. Blanka+butam cakap kalau takde dorang, memang bersepah musuh dah hampir. Lakau pulak cakap kalau die tak shoot pakai bazooka tu, memang ramai hidup lagi. Kojang lak cakap kalau die tak sniper ketua dorang, memang tak abes lagi perang tu. Nedjo pulak tak abes-abes dengan ayat “Kechikkkkkk”. Aku rilek jek dengar dorang bercakap sambil korek hidung.
Tapi paling cool bagi aku bunek. Tengah perang die boleh layan nyanyi lagu budak kaca mata-seruling anak gembala.
Bersambung…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan