Kami melengkapkan diri dengan segala persiapan yang penting. 4 laras senapang kayu berpelurukan terung belanda, lastik dengan berpelurukan nut basikal yang dicuri sekitar kampong serta gasing untuk menghabiskan masa jika kami bosan sepanjang perjalanan. Tidak lupe juge roti krim 40 sen sebagai bekalan makanan ketika waktu getir. Perjalanan ke selatan memang sukar. Mengharungi hutan banat yang dipenuhi dengan lintah, ayam hutan dan juga burung wak-wak bukanlah perkara yang mudah. Apetah lagi kami perlu mencari seseorang yang memiliki name yang pelik. Kaliputan penggiri bukanlah name glemer yang mudah dicari.
Kami memulakan perjalanan diawal pagi setelah bersarapan di gerai usop kubur. Usup kubur mendapat name yang unik bukanlah disebabkan die peminat black metal yang meminum darah kambing hitam tetapi die merupakan seorang penggali kubur yang profilik. Gerainye sentiasa penuh dengan golongan emas yang menghabiskan kebanyakan masa mereka dengan bermain catur dan berbual kosong. Gerai usup kubur memiliki nasi lemak terbaik dan juge teh tarik yang cukup hebat dan memiliki buih yang banyak. Tak juge dilupekan, gerai usup kubur memiliki seorang pelayan siam yang cukup manis bersuara garau. Ade khabar angin mengatakan pelayan tersebut adalah jantan yang menukar jantina. Tapi itu semua tidak menjadi penghalang buat kaum lelaki sekitar kampung untuk menatap payudaranye yang pejal.
“Agak-agak kau berape lame mase yang perlu diambil untuk kite sampai ke selatan?” tanya ku kepada adik beradik ku.
“Spesifikkan ayat kau tu. Keselatan terlalu umum” jawab syamil yang merupakan ahli keluarga terpandai kami kerana berjaya mendapat no.27 didalam kelas tercorot kami suatu masa dahulu. Ye, kami merupakan adik beradik kembar yang belajar di 1 sekolah yang sama dan juge 1 kelas yang same. Dengan jumlah murid sebanyak 45 orang didalam kelas kami, mendapat no.27 bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.
“Ke kampung limau manis yang berada diselatan” jawabku membetulkan soalan ku tadi.
“Kalau mengikut matahari dan awan diudara, mungkin mengambil masa 3 jam” jawab syamil lagi.
“3 jam? Lame betul” kamil berkata sambil mengorek hidung.
“3 jam kalau kite bermain gasing atau menembak ayam hutan. Kalau kite bergerak tanpa berhenti, cume 20 minit” jawab syamil tegas. Pamil terkelip-kelip mata memandang sekawan burung wak-wak terbang melintasi hutan.
“Mungkin kite sampai lebih lewat dari jangkaan. Aku perasan sekawan burung wak-wak menuju ke utara sebentar tadi” jawab pamil tegas. Kami memandang sesame sendiri.
“Baik, kite buru burung wak-wak dulu dan baru kite ke selatan. Moh kite” laung ku ceria.
Syamil mengeleng kepala tanda protes. “Adakah kamu sudah lupe akan habuan kite kalau kite berjaya dalam misi ini?” tanya syamil.
Mendengar soalan syamil, masing-masing terbayang sofia lantas mengalami ereksi serentak tanpa rehearsal.
“Betul kate syamil. Demi ereksi, maaf, demi misi kita patut melaksanakan misi kita secepat mungkin” jawab kamil tegas.
“Betul kata kau. Pamil, jangan kau sekali-kali merosakkan misi kita ini dengan idea pemburuan kau itu” Jawab aku.
Kami menuju ke kampung limau manis diiringi semangat juang yang utuh dan ereksi yang tidak kendur.