Tengah hari tu panas die lain macam. Jenis bukan panas biasa-biasa. Jenis panas yang kalau pekena ABC atau cendol, memang padu die punye pergi. Tapi sayang, tengah hari tu bukan tengah hari biasa-biasa. Tengah hari yang ada "isi" orang tua-tua cakap. Bulan-bulan puasa ni memang banyak dugaan. Berjalan balik ke blok selepas mengharungi sesi pembelajaran yang tak masuk ke otak memang seksa. Lagi-lagi bile malam sebelum tu tak tido layan wayang kat laptop, seksa. Kelas pulak ade 2 3 orang gadis manis, lagi la seksa.
Dalam perjalanan pulang berjalan kaki tu, aku dah terbayang betapa sedap minum air sejuk sambil pekena rokok sebatang dua. Pastu tido sampai berbuka. Memang syahdu die punye feeling. Tapi mengenangkan air dalam bilik dah habis dan nak bawak botol pegi refill kat bawah blok memang mengundang kejian, aku tahankan juge. Aku praktikkan kumpul air liur banyak-banyak dalam mulut pastu telan untuk memaksimakan kelegaan tekak.
Selepas mengharungi tasik lendu, tangga batu caves dan bukit-bukau, aku sampai ke bilik aku. Die punye seronok lain macam bile mengenangkan dapat tido dengan kipas pusingan paling kuat. Kipas dalam bilik pulak memang "true" punye kipas. Kipas yang memang kipas, bukan kipas hiasan pusing segan-segan. Kipas ni punye la laju sampai nyamuk pon tewas nak masuk bilik aku. Angin die tenang ke tolak nyamuk masuk bilik. Memang "champion".
Belum aku masuk bilik lagi, hidung aku dapat mengesan bau yang menarik tapi tidak lah sesuai bau itu ada di siang hari di bulan puasa. Bau rokok diselang-seli bau mee sedap terawang-awang di udara. Sedang elok aku mencari punca bau, keluar seorang junior dari bilik die dengan muke puas. Pandang aku dengan sengih, aku balas dengan renungan tajam.
"Aku uzur la chap hari ni" kata juniorku yang berbadan tegap dan suke bermain ragbi. Aku menggeleng-geleng kepala sebagai tanda kurang senang. Sebagai senior, aku perlu menjadi contoh kepada golongan muda. Lantas aku masuk bilik dan terus tido sambil memikirkan betapa sedap dapat pekena mee sedap dan rokok sebatang.
Memaparkan catatan dengan label mengeteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengeteh. Papar semua catatan
8/04/2011
8/03/2011
Puasa siri 1
"TRAAA!" bunyi tayar motor berlaga dengan tanah. Bunek tekan brek ngam-ngam depan pintu rumah sewa kami. Debu tanah cukup tebal mengelilingi kami. Aku slow-slow pegi bukak pintu pagar besar sambil mata konsisten pandang 1 kotak depan tong sampah. Kotak yang memiliki lambang pakcik tua beruban senyum nipis cukup menimbulkan 1 tanda tanya. "Bila pulak budak rumah ni sahur dengan KFC?" kata hati kecil aku secara serius.
Bunek memasukkan motor sambil memandang sekali lalu kotak tersebut. Sambil aku dan bunek bukak kasut dan stoking, hati aku masih tertanya-tanya akan kewujudan kotak tersebut. Naik ke atas, baru nak bukak pintu bilik aku, pintu bilik sebelah aku terbuka dengan tiba-tiba. Aneh, bau wangi semerbak keluar dari bilik tersebut. Ape yang lagi menganehkan, bau wangi itu bukan melekat di badan tapi di bilik. Keluar member aku senyum segan-segan lalu sebelah aku. Sebagai seorang lelaki yang budiman, aku balas senyuman itu seikhlas mungkin. Bau rokok serta minyak wangi mengikut member aku.
"Doh, doh. Barai juge kau ye" kata hati kecil aku sinis.

7/24/2011
Hari Sabtu Saya
Bangun pagi dan aku mule rasa macam celaka sebab kene pegi ofis ambik file untuk sign agreement pelanggan. Mata aku dah mengantuk, katil tu panggil aku pon lain macam. Macam berpuaka pulak katil aku tu. Tapi mengenangkan kerja dan fokus akupon sekarang adalah kerja, maka aku mengalah. Tapi aku pegi pon sebab pelanggan tu gadis yang aku tak tau lawa ke tak. Tapi dalam hati aku berdoa dengan tulus semoga die lawa dan terus jadi awek aku.
Sampai ofis, ambik file, fotostat mane yang patut, lepak-lepak hisap rokok sambil tunggu die datang, dapat pulak panggilan dari blanka. "Rare nih ka call aku" kata hati kecil aku. Selalunye kalau call ni ade sesi lepak. Pantas dan tenang aku jawab, dan memang tepat tekaan aku. Ade sesi lepak di putra tengok bola dan kalau ade rezeki lebih, usha peha gadis-gadis rare. Tapi papehal kene setel hal kerja dulu, baru steady nak melepak. Tunggu punye lama, aku main pingpong 3 set. Berpeluh jugak bile jumpe pelanggan. Badan pon bau celaka, nasib baik gadis yang kurang manis, kalau manis menitik juge airmata.
Setel kerja, aku pecut balik rumah, tukar baju dan memandu tenang ke rumah ka. Ka ni adelah spesis melayu paling asli penah aku jumpa. Jenis tak tepati janji, tapi aku tetap steady sebab paling lama aku tunggu pon setengah jam. Bawak seperlahan yang mungkin, dan aku sampai lewat sikit dari masa dijanjikan. Itupon die tak bersiap lagi. Bile mengenangkan balik, tak patut betul aku layan drift 3 4 kona, kalau tak mesti bile aku sampai die dah bersiap. Jadi aku masuk kerumah die dan berborak pasal kerja sikit kat mak die, tipu apa yang patut, dan bergerak dengan gaya seorang yang budiman ke putra.
Sampai putra, tuan rumah tak datang-datang lagi. Jadi aku dan ka duduk 1 meja dengan seorang gadis yang dimana kalau die nak kat aku, memang aku steady apply personal loan kawen lepas raya. Tapi yang tak berapa steady bile member-member gadis yang semua laki cuba menarik perhatian gadis tersebut dengan cerita-cerita bangang. Dahla 1st half Harimau kene 4 gol ngan singa, die boleh berborak bangsat. Mendidih jugak darah aku. Sikit lagi aku nak bukak pisau belit yang aku simpan dekat pinggang aku, tam dan nedjo sampai. Bersyukur aku dengan kedatangan dorang sebab kalau tak, mungkin masuk muke depan metro ahad "lelaki bangang kene tikam". Kitorang tukar meja dengan ka ambik posisi yang cukup menarik untuk tengok bola dan tengok gadis tu sekali sekala.
Nasib baik malaysia ade melawan 2nd half, hilang niat aku nak bukak pisau belit. Tapi hati bertambah menggelegak bila gadis masih di bangku persekolahan jadi pengulas tak berbayar dengan suara macam celaka punye kuat. Aku tengok ka sipi-sipi lagi nak lempang pegi balik kat gadis bersekolah tu. tapi damn jugak tengok gadis sekolah sekarang. Entah jamu ape dorang pakai sampai dada selambak jugak aku menengoknye. Habis bola, ringkasan Harimau 3-5 singa. Frust juge tengok harimau kalah, tapi nasib baik ade banyak gadis rare kat maple tu. Terubat sikit luka dihati. Peh, ayat macam novel ahadiat akashah. Lepak dalam 20 minit usha gadis kehulu-kehilir, kami bersepakat nak pusing-pusing keyell tengok scene.
Lepas jalan-jalan, lepak maple 4 minit tunggu ka, dengan perut yang lapar menuju ke kampung baru pekena makanan siam. Macam biasa, berborak ape yang patut kat situ, gadis mabuk lepas berjoget pon tak banyak macam kat nasi lemak international, kami pon sepakat berangkat pulang. lepas hantar ka pulang, berdebar jugak dada aku balik rumah pukul 2 pagi bawak kete. Masa tu pulak macam-macam cerita hantu aku boleh ingat. Jenis cerita hantu yang kalau berborak ramai-ramai depan unggun api masa kem pengakap, konfem kau akan jadi terkenal kat sekolah. Nasib baik takde ape yang terjadi dan aku bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku sepanjang kami melepak dan pisau belit tu masih dalam kedudukan yang asal.

3/16/2011
masa-masa sengkek
Zaman tak bekerje memang dasat die punye dugaan. member-member semua dah keje,tinggal aku sorang-sorang sengkek. Dah la tak hensem,tak berduit lak tu. Awek pon takde,memang lengkap la orang cakap. Jenis sengkek yang bole menitik airmata kalau hati tak kuat. Nasib baik aku jenis steady,duit takde pon boleh senyum lagi. Tapi rokok mesti ade la,kalau takde rokok memang jahanam punye sedih.
Dalam tengahari time sedap-sedap orang pemalas tido,aku gigih berjuang main call of duty. Aku kalau main game perang nih lain macam die punye semangat. Takde nak main nyorok blakang batu,terus serang depan je. Tapi ambik yang easy la,baru steady nak buat camtu. Kalau ambik yang hard,belum tembak dah nak mati. Tengah sedap aku menembak,dapat pulak kol dari ka. Arahan die mudah,jom lepak pas dorang abes keje kat gombak tengok bola. Worldcup time tu,north korea lawan portugal dan keinginan jumpa lakau agak menebal sebab die agak rare masa tu. Tapi time tu duit tak sampai rm10,minyak moto dah nak abes lak tu. Takkan melepak takde makan minum lak,tak menaik feel lepak camtu.
Jadi akupon menolak dengan ramah,tapi macam biasa tak diterima oleh ka dengan mudah. Lepas aku kene sound lebih kurang,akupon kol nedjo nak ajak die. Diepon dengan hepy nak join lepak,tapi aku kene ambik die kat putrajaya. Peh,macam mane aku try pusing pon memang tak boleh nafi bukan main jauh perjalanan aku nih. Kalau badan tak kuat,mau demam+pinggang tak boleh nak perform dengan bagus pasni. Tapi demi semangat melepak dengan kawan-kawan yang kite suke, aku gagahkan jugak. Berdasarkan pengalaman aku,minyak memang kene dua kali isi. Jadi duit memang tak berape nice nak minum teh order dua tiga kali.
Demi mengelakkan lapar,aku siap-siap makan ngan minum banyak-banyak kat rumah sebelom bertolak. Hisap rokok sebatang bagi badan steady sket,terus gerak. Perjalanan dari rumah ke putra ke gombak memang syahdu punye jauh. Motor aku time bawak nedjo paling laju boleh pegi 80km/j,itupon time turun bukit. Selebihnye 60km/j,kalau nasib baik boleh pegi 70km/j. Sepanjang jalan aku berangan yang motor aku ade nitros. Konfem steady potong motor minah rempit naik cepai pakai kasut adidas uptown.
Lepas dua tiga kali salah jalan,sampai juge kami ke gombak. Kedai minum singgit. Ikut kate lakau semua minuman harge singgit. Nak gak aku tanye camne kalau arak ke,ice blended mochachino with chocolate ke,harga same ke. Tapi takut dorang tak gelak pulak bile aku buat lawak camtu. Malu tau tak kalau orang tak gelak ni? Tau ke tak ni woi? Aku da ambik risiko taip camni,korang tau tak kalau korang tak gelak lagi aku malu?
Sampai je kat kedai,blanka dengan butam tengah makan dengan lahap. Same ada real punye lapar atau nasi lemak tu punye sedap memang padu. Tus airliur gak nengok dorang makan,nedjo pon gaya macam terpengaruh. Tak sampai 10 minit,nedjo dah ajak aku teman die beli nasi lemak. Aku senyum je,nampak gaya aku boleh dapat free makan ni. Dan memang betul, aku dapat. Tapi aku belakon sket la kate aku kenyang,nanti jelas sangat aku berharap. Tak elok lak gitu,ye tak? Pendapat aku lepas makan nasi lemak tu,konklusinye mudah. Blanka ngan butam memang lapar. Nasi lemak tu sedap,tapi tak perlu nak makan sampai camtu skali gayanye.
Pas makan dan tengok north korea kene lauk,isap rokok,borak-borak,bahan-bahan,tamatlah sudah sesi melepak di kedai singgit. Pada pendapat aku sesi lepak ni agak janggal sebab tak melibatkan sesi usha awek. Ikutkan memang tak penah lagi ade sesi melepak yang dimana kami mengabaikan sesi usha awek dengan jayanya. mungkin sebab time tu semua suci lagi kot. Oh ye,aku post mende ni demi mengenangkan kedai singgit yang dah terbakar. Kalau betul la kate lakau.

11/09/2010
Entri 20 - Aktiviti tanpa halatuju
Perbualan di telepon dan juga di sms menunjukkan bahwa ade aktiviti pada 6 november. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah menukar rim sukan kereta butam dan tayar kereta blanka serta menonton bola dimalam hari. Masa yang dikhabarkan berkumpul di putrajaya pukul 9, bermakna aku kene sampai di rumah blanka pukul 8! aku tak tau samada butam terlalu teruja nak menukar rim sukan ataupon blanka sudah berubah sejak membaca majalah maskulin. Yang pasti, aku terkejut.
Tapi macam biasa laa. Blanka masih melayu dan aku masih senang ditipu dengan janji melayu ni. Sampai dirumah blanka pukul 8, die tak bangun tido lagi. Setelah berbual mesra antara blanka ditingkap dan aku diluar pagar, konklusinye aku akan brekpes di maple berseorangan sementara blanka bersiap dan juge akan hadir brekpes di maple tersebut. Sebenarnye aku bole jek tunggu, tapi memandangkan jiran-jiran blanka memandang serong terhadap aku yang bagaikan menunggu kekasih bangun tido, aku rela bergerak dengan hati kecewa bersulamkan airmata. Nasib baik ade anak pakcik alim yang tidak mengikut perangai bapaknye dengan memakai bju ketat walaupon bertudung. Sarapan roti canai+teh tarik dicicah pula dengan memandang awek tersebut sudah cukup membuatkan pembayaran kepada maple terasa cukup berbaloi.
Bergerak ke putrajaya dan menunggu bunek (janji stengah jam, tapi dekat sejam gak menunggu) sebelum mengambil nedjo dan bergerak pula ke shah alam. Sebelum sampai, antara persoalan utama aku adalah nedjo yang bangun awal dan menepati masa serta tentatif program yang kelihatan janggal. Tuka rim sukan dlm 2 jam, jadi habis dalam tengahhari jugak, bola kul 11. Ape yang perlu dibuat diantara masa-masa tersebut. Atas persetujuan ramai, kami setuju melantik nedjo untuk menguruskan masa kami. Sampai di shah alam, kami menuju ke kedai tayar dan rim sukan yang unik. Ah kit proniaga, unik bukan? Secara jujur, berapa kali anda jumpa kedai yang bernama begitu?
Setel menukar ape yang patut, cadangan melepak di kedai makan belakang uitm mendapat sokongan penuh para peserta. Mungkin disebabkan makanan disitu sedap. Aku berfikiran positif walaupon hati aku kuat mengatakan niat masing-masing termasuk aku adalah melihat gadis rare. Benar jangkaan aku, masing-masing khusyuk menonton gadis rare. Lenguh jugak kepala aku gerakkan kepala kesana sini. Tapi mende-mende camni kene steady. Disana juga kami berbual mengenai plan kami selepas ini. Setelah menolak beberapa plan yang tak masuk akal, plan mandi sungai di sungai kanching menjadi pilihan utama. Macam biasa, ade sungai, ade awek berbaju basah penyegar mata. Tapi sayang, sangkaan kami meleset. Lebih ramai jantan dari gadis. Agak celaka dan menjatuhkan moral kami.
Setelah selesai mandi-manda, kami mendapat kunjungan berhormat dari sorang member bertaraf rare. Beliau sudi untuk mencemar duli melepak bersama kami. Bangga juga aku dapat penghormatan begitu. Beliau tak perlu dikenalkan lagi, tak lain tak bukan Yang Berhormat Bujang. Sangat rare untuk melihat beliau. Jangankan sebulan skali nak jumpa, ade yang tak jumpa beliau dekat setahun. Sebijik macam ADUN melawat kawasan. Tapi kami macam biasa, kecil tapak tangan, _____ kami tadahkan (sila isi tapak kosong).
Selepas mandi-manda dan dinner di mekdi, masing-masing sudah kepenatan. Bergerak juga ke putrajaya untuk melepak di maple wajib yakni maple dable. Berbual sakan disana selama sejam, masing-masing memutuskan untuk menamatkan aktiviti yang pada mulanya tiada hala tuju tetapi ade juga tujunya pada pukul 11 malam. Aku memberikan aktiviti kami ini dengan rating B+ walaupon aku ingin memberikan B-. Tapi disebabkan usaha nedjo dan kunjungan istimewa YB bujang, aku yakin rating B+ ini sangat berpatutan. Sekian sahaja laporan saya untuk aktiviti perajurit.
p.s Ade aktiviti yang tidak disebut disini kerana kekangan idea. Mugkin juga kerana ingin menjaga airmuka. Kahkahkah

10/19/2010
Entri takde gune
Rokok naik harga dan duit makin tipis merupakan kombinasi tidak berjaya buat aku. Jujur aku cakap, kombinasi nih membolehkan aku duduk rumah melawan ketagihan merokok yang secara jujur nye juge, membuatkan aku takde idea nak menulis blog. Kemungkinan besar aku akan mendiamkan diri buat seketika sehingga aku mampu menulis blog tanpa rokok. Ataupon kewangan aku semakin pulih lantas membolehkan aku menulis blog dengan menghisap rokok. Tanpa meminta undiam korang, aku undi pilihan kedua.
Tapi jangan risau, masih ada pilihan ketiga. Belanja aku rokok 2 kotak seminggu dan aku yakin aku boleh menulis blog balik. Pilihan keempat pon ade gak, masukkan 10% gaji anda kedalam akaun maybank atau bank islam aku dan pastinye blog aku akan di isikan dengan segala pujian melangit keatas penderma. Kalau tak boleh 10%, 1% pon aku terima. Sedikit pon aku tak kecik hati. Pilihan kelima mungkin mengarut, tapi kalau preity zinta atau lisa surihani atau awek rare+rambut tak kaler+payudara masak ranum sudi menjadikan aku sebagai boipren, semangat jitu untuk menulis blog pasti wujud. Tapi aku sedar, kesemua pilihan kat atas mustahil tercapai kecuali no 2. Jadi, doakan laa aku dapat kerja.
p.s: Jika anda ingin melepak dan mengajak aku, pastikan tempat melepak memiliki 2 kriteria tersebut:-
- Teh tarik berharga rm1.20 dan kebawah. Air kosong free wajib ade.
- Suasana melepak nyaman. Nyaman dalam konteks pemikiran aku adalah banyak awek manis.
10/17/2010
Entri 18 – Neves dimalam pertama
Mengikut paparan di internet dan juge disurat U aku, aku ditawarkan sambung belajar dimelaka sekali lagi. Hati tak berape eksaited walaupon aku tau konfem ade gadis manis yang baru sebab aku dah tak minat belajar. Pastu tak dapat kolej lak tu. Ape barang duduk rumah sewa. Tak boleh nak join meeting blok atau cuak-cuak isap rokok dalam bilik bile nampak kete pakgad sampai area blok. Feeling die tak sampai. Tapi atas desakan keluarga, akupon pegi gak laa. Sewa rumah ngan member 1 kelas ngan aku dulu.
Ok, ni yang paling buat aku neves sebenarnye. Dalam rumah tu semua aku kenal. Tapi kenal tak semestinye rapat. 8 orang dalam rumah tu, yang aku selalu bebual bunek jek. Lakau, Butam, Kojang, Nedjo, Bujang ngan Cedoh jarang-jarang aku bebual. Blanka lagi laa, tak silap aku waktu aku mule masuk melaka2 tahun sebelumnye, die penah bahan baju yang aku pakai. Down gak bile tau nak duduk 1 rumah ngan orang yang bahan aku gile babi dulu. Rase macam tak pegi jek.
Sampai kat Melaka, lepas abes daftar aku call laa nak tau kat mane lokasi perumahan. Agak malang gak sebab lakau yang menjawab call. Die punye laju bile cakap selambe tapau kete persona lampu belakang yang baru tu. Lepas cukup syarat tawaf pusing area situ, baru laa terbukak mata jumpa area rumah sewa aku. Sampai rumah time tu tak silap aku cume ade bujang, bunek, lakau, nedjo ngan cedoh kot. Dapat 1 bilik ngan bujang, rase nak menangis pon ade. Sumpah aku tak penah bebual ngan die, pastu dapat 1 bilik ngan die rase feeling tu tak sampai. Tapi aku tabahkan gak laa hati. Dalam hati aku berdoa bujang bukan jenis psaiko malam-malam tikam perut aku ngan spanar.
Lepas bebual lebih kurang, dorang semua pegi daftar. Pastu datang pulak butam. Pon lepas bebual standard diepon pegi daftar. Ape die perbualan standard? Macam ni lebih kurang, “sorang jek wad?”, “dah makan belom?” atau “mane yang lain?”. Aku syak butam tau 3 soklan standard jek kot sebab lepas tu tak sabar-sabar pegi daftar. Takkan nak tanya soklan same 3 4 kali pulak, ye dok? Elok 5 10 minit pas butam blah, datang pulak kojang naik moto. Berborak lebih kurang, tanpa bagi signal die terus bahan rokok aku. Time tu tak isap lagi rokok cap helang. Lebih kearah jenama Lambangan Maut. Time tu hati aku dah cuak mengenangkan masa-masa hadapan.
Blanka aku jumpa agak lame sikit tak silap aku. Time tu die pengikut setia arahan U. Suruh tido kolej pon die folo. Tak sesuai langsung perangai die time tu kalau dikenangkan koleksi lagu jeritan die. Tapi aku bertindak bijak dengan tak membahan die demi keselamatan aku di masa hadapan. Malam tu paling neves, malam pertama aku tido 1 rumah ngan dorang. Ape mende aku nak bebual ngan dorang nih. Cuak kene induction pon ade. Mane tau dorang suke balun budak-budak baru. Malam tu aku tido sambil menyesal sebab tak masuk karate waktu aku sekolah dulu. Kalau tak boleh aku tayang tali pinggang hijau kat depan pintu bagi timbul rase gerun sket.
***
2 tahun dah berlalu pas malam pertama aku tu. Skang bile fikir-fikir balik, rase bangang pon ade nak neves-neves nih. Konklusinye, dorang nih kepala lebih kurang aku jek. Ngam pon lain macam. Sampai die punye bermanja kalau orang luar tengok boleh mendatangkan syak wasangka. Ape yang aku boleh cakap, semua nih muke ganas tapi hati baik. Kecuali butam, die muke baik tapi hati ganas. Dengar citer die penah sepak orang time dip dulu. Jadi aku sentiasa bukak kuda-kuda kalau berbual ngan butam. Kojang muke keras hati lembut. Lagi-lagi ngan gadis, lagi lembut dari bulu bubu kucing peliharaan kami (baca: lakau). Lakau ngan nedjo pulak memang lucu. Bile dorang bergabung, rase seronok lain macam. Rase macam makan mekdi orang blanje.
Blanka pulak hati baik, jenis pemurah bagi pinjam kete untuk kepuasan member-member (agak-agak boleh kire belanje ke makan bagan lalang tu pas aku tulis camni?). Cedoh walaupon muke dia matang melampaui usia, hati die masih mude remaja. (Ingatan tulus ikhlas buat cedoh, “bertunang bukan lesen untuk beromen”). Bujang pulak pemurah bagi rokok, tapi lepas die pau puas-puas laa rokok dak-dak lain. Bunek paling banyak duit, jenis tak isap rokok. Jadi die dalam kategori budak baik. Die jugak aku rase penyebab rumah tu tak penah diganggu makhluk halus. Kuat ilmu die nih. Kidok pulak suara lunak. First time aku dengar die nyanyi lagu azura, aku ingat kidok buat operation tukar suara. Paling lemah lembut walaupon tulang die keras. Konklusinye, neves malam pertama tu memang tahyul.
10/08/2010
Entri 16 – Malam futsal dsl218
Ini adalah entri kenangan tahun lepas. Sebelum kami semua membawa haluan masing-masing tahun hadapannye, pengerusi seumur hidup dsl218 telah merancang 1 aktiviti mengeratkan silaturrahim antara penghuni dsl218 dengan bermain futsal. Dibahagikan kepada 2, pasukan atas dan pasukan bawah.
***
***
Pasukan tingkat bawah. Berdiri dari kiri - Dimitar BerbaDoh, Manuel Blankania, Shukor Bujang Adan.
Duduk dari kiri - Xavi Kidokso dan FernanBu Tamres.
Pasukan tingkat atas. Berdiri dari kiri - Christiano RoNedjo, Edwin Lakau Sar, Wayne Kojang.
Duduk dari kiri - Michael CarNek dan Thomas Wadmaelaen.
Seminggu sebelum bermula perlawanan sengit tersebut, sindir menyindir antara tingkat atas dan tingkat bawah menjadi-jadi. Kelihatan setiap pemain berkobar-kobar untuk merangkul piala futsal ali rustam cawangan klebang edisi yang pertama. Disini juga hendaklah dijelaskan bahwa walaupon ini adalah merupakan satu aktiviti mengeratkan silaturrahim, kemenangan merupakan perkara paling penting kerana pemenang mempunyai hak untuk berbangga dan memperlekehkan pihak yang kalah seumur hidup. Ini kerana piala futsal ali rustam cawangan klebang hanya dilaksanakan sekali sahaja kerana cadangan untuk melaksanakan buat kali kedua kelihatan tidak berhasil pabila kehadiran melepak di mapley juge semakin berkurangan bagaikan telur dihujung tanduk.
Tepat pukul 9 malam, dengan tiada doa pembuka majlis dan juga ucapan VIP, bermulanya pertandingan yang mendebarkan seluruh peminat futsal tanah air. Peluh-peluh nipis muncul disetiap muka pemain yang tidak mahu menghampakan peminat-peminat mereka diseluruh Malaya . Persoalan-persoalan dari peminat bakal terjawab dalam 1 jam lagi. Bagi pasukan tingkat bawah, adakah FernanBu Tamres mampu menjaringkan gol? Mampukah Xavi Kidokso mempamerkan magisnya kepada peminat? Bagaimana prestasi Shukor Bujang Adan yang sudah lama tidak bermain bola? Bolehkah Dimitar BerbaDoh menjawab persoalan peminat akan prestasinya yang semakin merudum? Tertewaskah Manuel Blankania berhadapan dengan pasukan tingkat atas?
Dipihak tingkat atas juga berhadapan persoalan yang tidak kurang rumit bukan sahaja dari peminat, malahan juga dari pundit-pundit ESPN. Tercapaikah impian Christiano RoNedjo menjadi penjaring terbanyak? Adakah Michael CarNek mampu mendiamkan pundit yang mempersoalkan kemampuannye? Persembahan bagaimanakah yang bakal dihidangkan oleh Wayne Kojang pada malam ini? Terujikah pertahanan Thomas Wadmaelan? Bersediakah Edwin Lakau Sar menghadapi ujian getir? Segalanya bakal terjawab sebentar lagi selepas pesanan penaja….(Penaja: nasi lemak bonda, pisang goreng klebang serta Kak Pah kedai tayar).
Minit ke-5 - Baik saudara, perlawanan sudahpun bermula. Saya Haji Hasbullah Awang akan menjadi pengulas dimalam ini. Baru 5 minit perlawanan bermula, tingkat bawah sudahpon mendahului 3-1. Pertahanan tingkat atas kelihatan goyah. Gandingan Christiano RoNedjo dan Michael CarNek kelihatan kurang menjadi, manakala kelihatan tiada persefahaman dari segi pertahanan antara Thomas Wadmaelan dan Wayne Kojang. Ini dapat dilihat pabila FernanBu Tamres dan Xavi Kidokso mempermainkan pertahanan tingkat atas serta kentalnye pertahanan tingkat bawah menghadapi asakan tingkat atas.
Minit ke-20 – Pertukaran posisi bagi tingkat atas mule membuahkan hasil. Gandingan Christiano RoNedjo dan Wayne Kojang dimana Michael CarNek turun kebawah menjadi CM menjadi. Tingkat atas mule mengejar tingkat bawah dengan jaringan tingkat atas 6-8 tingkat bawah. Kelihatan riak-riak cemas pemain-pemain tingkat bawah.
Minit ke-25 - GOL!!! Jaringan cantik Thomas Wadmaelaen menggegarkan seluruh Sports Arena Klebang. Jaringan yang menyaksikan tingkat atas seri dengan tingkat bawah dengan keputusan 8 sama. Saya sendiri tidak mampu menzahirkan bagaimana jaringan tersebut. Sungguh cantik, inswinger dari Wayne Kojang dan rembatan kenchang dari Thomas Wadmaelaen menewaskan Shukor Bujang Adan, Dimitar BerbaDoh dan juga Manual Blankania.
Minit ke-33 – Sungguh teruk permainan Shukor Bujang Adan malam ini. Clear bola merapu dan merembat kenchang bola walaupon kelihatan mustahil untuk menjaringkan gol pabila bola dirembat menuju keluar garisan.
Minit ke-50 - GOL!!!! Gerakan solo oleh Thomas Wadmaelan sebelum menolak mudah bola menjadikan keputusan 12-10. Keadaan di Sports Arena Klebang huru-hara sekarang ini apabila peminat meminta diulang tayang jaringan tersebut. Senyuman penyokong tingkat bawah juga makin menipis nampaknya. Saya sendiri teruja melihat jaringan tersebut. What a fantastic goal. Oh maafkan saya berbahasa inggeris ketika siaran langsung dari TV1 ini.
Minit ke-60 – Permainan sudahpon tamat saudara sekalian. Keputusan akhir, Tingkat atas 16-12 tingkat bawah. Walaupon kalah, tetapi tingkat bawah mempamerkan permainan menarik sepanjang perlawanan. Mereka bermain baik, Cuma tidak bernasib baik berhadapan pasukan berkaliber tinggi seperti ini. Bila pasukan tingkat atas menukar strategi, mesin gol oleh Christiano RoNedjo, Assist terbaik oleh Wayne Kojang, Serangan dan pertahanan tanpa henti oleh Michael CarNek, 2 jaringan cantik oleh Thomas Wadmaelaen serta kekebalan penjaga gol Edwin Lakau Sar , tiada ape yang boleh dilakukan oleh pasukan tingkat bawah. Tiada cacat celanya gandingan FernanBu Tamres dan Xavi Kidokso dalam serangan, pertahanan yang baik oleh Dimitar BerbaDoh, Shukor Bujang Adan yang bertungkus lumus memperbaiki kelemahan permainan setengah jam terakhir dan juge tepisan demi tepisan dilakukan oleh Manuel Blankania. Cuma pasukan tingkat atas lebih hebat dan lebih bergaya, itu sahaja. Dan benarlah peribahasa melayu kita, bagai aur dengan tebing ataupon bagai isi dengan kuku, kemenangan tingkat atas ini tetap tidak menggugat persahabatan mereka. Bahan membahan, lumrah alam.
Ulasan peminat 1 – Saya kagum dengan corak persembaha pemain kedua-dua pasukan. Sungguh cantik dan art sekali.
Ulasan peminat 2 – Saya bersyukur menolak ajakan boipren saya menonton filem Jin Notti dan terus menuju kesini melihat permainan futsal terbaik dalam hidup saya. Saya bersyukur (peminat terduduk sambil menitis airmata syukur)
Ulasan peminat 3 – Ini merupakan malam-malam yang saya takkan lupe punyelah. Memang berbaloi laa bro tengok game malam ni. Aku agak pemain kebangsaan kene training lebih sikit lepas ni, kalau tak memang senang-senang jek player tingkat atas ngan bawah nih wakil Malaysia . Aku tak tipu bro, aku mane penah cakap main-main dalam hal ni. (Peminat ini begitu emosional sekali bile memberi ulasan walaupon sebenarnye pengacara menanyakan soalan siapakah penaja pertandingan ini)
*Kredit kepada kojang untuk gambar.
9/30/2010
Entri 14 – 16 minggu di Sarawak
Aku masuk form 6 dengan 2 tujuan, tengok gadis manis yang tak diproduce oleh sekolah aku dan menghabiskan mase disekolah dari duduk rumah. Aku memang suke sekolah, boleh bergurau, berborak dan dapat duet saku. Mende-mende camni memang tak dapat kalau aku duduk rumah. Tapi bile aku dapat surat sambung belajar, aku sedar aku patut jadi manusia bertanggungjawab. Dan akupon terbang bersama keluarga aku ke Sarawak .
Pegi sane naik MAS, memang setail. 2 orang pramugari MAS memang rare, pakai kebaya belah peha sikit lagi nak sampai kawasan larangan. “Ni baru dalam kapal terbang, kalau kat serawak kot-kot tak pakai baju langsung kot” kata hati kecilku naïf. Aku eksaited melampau. Tapi bile sampai kat airport, aku hampa. Pemandangan pertama aku adelah 3 orang makcik tua yang telinga die cecah bahu. “Cis, aku kene tipu” kata aku. Padahal aku sendiri yang assume tu. Tapi takpe, aku memang tak tau pasal Sarawak pon. Bukan salah aku.
Sampai di Sarawak, terus mendaftar. Disebabkan aku budak rayuan, jadi aku dapat lihat budak-budak U pegi kelas. Time tu memang kagum, jelas gadis-gadis manis bersepah dan mungkin peramah. Selesai daftar ngan sorang brader yang cakap melayu baku , aku terus masuk blok. Pas setel lebih kurang, keluarga aku pon balik la. Bile dah 18 tahun hidup dengan keluarga, airmata tu memang laju macam bawak Honda EK kona takde bunyi (tam, sila ambik perhatian) kat highway. Seminggu aku down dan tak pegi kelas.
Tapi aku nyesal tak pegi kelas awal-awal. Kalau tak mesti aku tak down. Gadis manis memang banyak. Aku kagum. U aku memang pandai buat motivasi kat student laki dengan ambik gadis manis. Dah la manis, peramah lak tu. Memang best. Aku syak member aku kat perak time tu masih terkhayal dengan awek perak. Ape barang bai, sini lagi rare awek die dari dak form 6.
16 minggu kat Sarawak memang tak terasa. Gadis manis bersepah, peramah, orang sane tak hensem tapi peramah. Makan tak sedap, tapi dining campur. Bermakna gadis manis yang peramah juge ade. Ini bermakna setiap kali aku down pas abes kelas, motivasi diri aku akan mantap bile ke dining. Sebab tu aku cakap U aku kat Sarawak ni memang pandai buat motivasi.
Abes jek 16 minggu, tibelah masenye aku pulang dan berpindah ke U aku di selatan Malaya . Aku agak down, tapi tak boleh buat ape. Jarak yang jauh beserta kesihatan ayah aku membuatkan aku terpakse berpisah dengan gadis manis dan U aku yang pandai buat motivasi. Selepas salam lebih kurang, member aku hantar aku pegi airport. Dalam kapal terbang ondewei balik Malaya , aku terkenangkan gadis manis yang peramah kat sane. Kekecewaan tak terubat walaupon dihidang dengan bontot pramugari airasia yang lalu-lalang sebelah aku sebab makcik sebelah aku terlalu rajin nak berbual dengan aku, padahal anak die ade jek kat sebelah. Dah lah anak die separa manis, sombong lak tu. Tak macam gadis Sarawak yang manis dan peramah.
Ehh, punye lame aku cerita ni ade aku cerita tak yang gadis Sarawak ni manis-manis dan peramah?
9/28/2010
Entri 13 – Hendak seribu daya,mengalah macam Liverpool
Mengikut mesej dan fesbuk, ade 1 misi menawan broga akan dilaksanakan dengan kehadiran yang meriah. Konon-kononnye perajurit akan hadir hampir kesemuanye, tapi seperti maksud konon itu, mereka curang dengan janji. Tapi hati terubat bila blanka mengatakan bahwa skuad pemanjat bukit akan disertai member dari ofis dan juge kebal (mungkin name sebenar) akan membawa gadis yang manis dan rare.
Semangat aku terus naik mendadak. Ini bukan peluang mudah untuk dilepaskan kata hati kecilku. Dengan bantuan ayat perangsang dari blanka, aku menguatkan hati dan iman untuk menawan broga. Bergerak ke putrajaya ketika malam mula menjelma, angin yang sejuk dan motor yang laju, aku sampai tepat pada waktu. Dan seperti biasa, blanka memang utuh dengan janji melayu die.
Setelah sampai ke rumah butam, aku terus menghantar mesej ke meksis butam mengatakan aku sudah sampai. Disebabkan kelewatan blanka, kami pergi melepak di mapley dable untuk sesi mengeteh. Blanka datang tepat sejam kemudian. Kojang pule dikhabarkan akan datang setelah sampai ke kajang dari Terengganu. Ini sahaja perajurit yang hadir. Mengecewakan. Presiden perajurit patut ambik tindakan akan hal-hal begini. Kalau boleh saman, kite saman.
Kami bergerak ke pesint berapa ntah untuk menghadiri pembukaan program kami iaitu ke perlumbaan kete+ekzos bising+awek konfem rare. Dan ye, memang banyak awek rare. Disebabkan kelemahan ilmu permotoran aku, aku tak mampu menceritakan pasal kete, tapi awek rare takde masalah. Mengikut penglihatan aku, memang banyak awek rare yang tersalah pilih jejaka pilihan mereka. Ini merunsingkan aku, butam dan blanka yang merasekan keadaan ini tidak sepatutnye berlaku. Sebagai seorang warga Malaysia yang bertanggungjawab, kami risau akan pemilihan mereka ini. Diharap ayat “Cinta itu buta” tidak digunekan dengan sesuka hati bile balak mereka kelihatan seperti menggunekan duet ayah mereka tanpa segan.
Setelah penat sesi perlumbaan kete+ekzos bising+awek rare, kami terus ke kajang untuk mengambil kojang. Mengikut mesej yang diterima, kojang akan hadir ditemani gadis. Ini cukup bagus. Aku dan butam berebut nak duduk belakang, tapi aku bernasib baik aku kalah. Butam kelihatan kecewa melihat gadis yang kojang bawak. Blanka senyum nipis aku lihat. Macam jahanam punye perangai.
Kemudian kami berkumpul di sesesesesemenyih untuk mendaki broga. Sekali lagi hampa, bukan sahaja member blanka yang datang banyak laki, yang gadis juge tidaklah manis seperti dihajatkan. Lebih mengecewakan, kebal yang menjanjikan bawak awek rare juge datang dengan member laki tak rare langsung. Semangat memang dah kurang, hati dah rase dipermainkan, kelelakian telah tercabar. Tapi hati terubat melihat amoi separa rare berlari-lari riang menuju ke bukit.
Ekspedisi diteruskan dengan aku terlupe bawak botol air. Tak sampai 5 minit start blanka kelihatan penat. Aku syak rokok punca utama untuk masalah prestasi die. Masalah prestasi blanka semakin tenat setelah 3 kali pit stop. Die terlalu penat sehingga kata-kata semangat adalah bagaikan menyiram garam diluka.
“Ka, jom ka, Tak jauh sangat dah ni ka. Kau boleh ni ka” kata kojang.
“Dah dah, kau jangan nak psaiko aku. Tinggalkan jek aku kat sini. Nah, ambik kamera aku. Korang ambik gambar korang kat atas. Aku sat lagi nak turun bawah” jawab blanka tegas. Aku tau tegas sebab jarang aku lihat intonasi ka setinggi itu.
Kami meneruskan perjalanan ke atas dan sampai disana. Ketika baru hendak berehat, butam menerima mesej dari blanka mengatakan die dah nak sampai. Aku lihat mata butam bergenang airmata terharu time bace mesej tu. Blanka pon sampai dan kami meneruskan menangkap gambar dengan gembira sekali. Lebih gembira melihat seorang gadis yang cukup-cukup rare berpayung pelangi ditemani lelaki. Kenapa kami gembira? Kerana mustahil lelaki tersebut adelah balak gadis payung pelangi rare berdasarkan layanan gadis tersebut terhadap mereka.
“Takkan la tu balak die” kata butam.
“Aku syak tu member die. Tengok care die layan gadis tu” jawab aku.
“Mungkin member kot” butam setuju.
“Takpon adik die” kata aku lagi.
“Eh, lebih-lebih pulak kau nih. Cukup la kot kau nak beta pon” kata butam panas.
Kojang tak banyak sangat mengulas gadis payung tersebut. Tah pape tah. Blanka pulak tak sempat nak tengok. Jelas gak kekecewaan kat muke die. Setelah selesai kesemuanye, kami semua berangkat pulang. Ekspedisi ini merupakan satu kejayaan bagi kami semua memandangkan hampir tak jadi disebabkan kehadiran yang mengecewakan. Ia juge dianggap berjaya setelah blanka yang berputus asa, bangun berjuang setelah dicabar oleh kanak-kanak kecil yang berlari seperti memanjat bukit adalah seperti bermain pingpong.
Dari kiri-aku,butam,blanka. Kami sedang menceritakan perihal gadis payung pelangi rare sambil blanka melihat jauh tanda kecewa.
Ini pule adalah kojang. Blog beliau boleh didapati disebelah kanan blog aku.
9/26/2010
Konvoi beraya (last part, harapnye lah)
Sampai rumah cocos, aku memang dah lapar abes. Aku tak tau la L camne, tapi seluar aku boleh longgar padahal pakai tali pinggang ketat tu. Memang kejam punye lapar. Lepas bersalam ngan parent cocos, terus dipelawa ke meja untuk santapan. Kelabu mata betul aku time tu. Dorang pon same gak aku rase. Dimulekan dengan sosej dan bebola ayam, diteruskan pule dengan nasi ape ntah berlaukkan ayam masak merah dan daging masak kurma tak silap aku. Telur dadar juge tak dilupekan dalam suapan nasi ke mulut kami. Memang jahanam punye best.
Setelah puas menjamu selera, sesi perbualan bermule. Lame sangat tak jumpe cocos, dekat 4 bulan gak rasenye. Macam-macam cerita keluar, tapi kebanyakan memang membahan. Best jugak sebenarnye membahan ni, boleh gelak-gelak sambil mengeratkan silaturrahim. Mungkin Kementerian kebudayaan boleh merencanakan kempen “Budaya membahan impian kita”.
Perjalanan seterusnye adelah ke rumah tam, rumah terakhir dalam tentatif.. Masing-masing sebenarnye dah tak sabar nak terbaring di rumah tam sambil pekena laksa. Mengikut khabaran angin, rumah tam kosong bermakna masing-masing boleh bukak vtec sekejap biar kurang mengantuk. Tapi khabaran memang tak seindah mane, seperti juge kita jangan cair awal-awal dengar suara gadis di telefon sebelum berjumpa kerana mungkin akan mengundang gosip kurang enak dimasa hadapan. “Parent tam dah ade kat rumah” kate nedjo sayu. Aku campak rokok aku tanda protes.
Huh, masalah besar gak nih. Tak pernah lagi aku beraya rumah orang pukul 12.15. Masing-masing dah tak tau nak buat ape. Rancangan bukak vtec dengan lancar tergendala dengan efektifnye. Tapi kami naik jugak setelah tam meyakinkan kami bahwa kami tak mengganggu parent die nak tido. Dan memang parent tam sporting lisbon abes, menyambut kami beraya pukul 12 malam bukan perkara mudah. Lagi-lagi bile pakai baju yang same satu hari serta ketidakselesaan boxer yang bau die memang pegi die lain macam bak kate rizz, memang layak terime satu tabik pengakap diraja. Selesai pekena laksa kuah solid, kopi pon solid, kami beransur pulang dan pekena rokok diluar. Setelah selesai sebatang rokok dan juge cadangan tam untuk buat konvoi yang same raya haji ditolak mudah, kami pun pulang sementara ade yang lain nak menonton kereta berlumba ekzos bising awek rare mesti bersepah. Tapi memandangkan mata dah layu, godaan kombinasi menonton kereta berlumba+ekzos bising+awek rare terpaksa dilupekan.
Semoga konvoi raya 2011 dapat dilaksanakan. Pendapat aku mende nih bagus untuk mengeratkan silaturrahim. Malah bagaikan sambil menyelam minum air, ibarat serampang dua mata dan juge bagai aur dengan tebing, ia juge dapat membuatkan perbualan tidak enak seperti kamera atau kereta terbantut dengan kemunculan awek rare. Itu sahaja ulasan aku, diharap kojang juge dapat buat review yang lebih solid.
Konvoi beraya (Part 1)
Plan raya kali nih menjadi gak akhirnye setelah 2 kali raya berlalu syahdu begitu saje. Yee, betul. Plan 2008, 2010 baru jadi. Aku syak lepas nih kalau nak plan pegi memane memang kene buat 2 tahun awal baru jadi. Baru gomen sket.
Mengikut mesej fesbuk yang diutarakan, sume berkumpul pukul 2. Tapi bile aku bangun pagi sabtu tu, kejutan terjadi bile aku bangun pukul 11. Bard suara lunak menghantar mesej menyatakan berkumpul pukul 12. Memang rare nih. Sejak sume dah bekerjaya nih, masing-masing macam komited menjayakan misi mengeratkan silaturrahim. Tapi tak boleh cepat sangat nak bangga ngan dorang awal-awal, kene cekidaut dulu.
“Ka, pukul bape sebenarnye nak kumpul nih?” kata aku.
“Pukul 12. Baju melayu fullest or half-cook.” Jawab ka tegas.
“Orite, aku sampai 12.30. Ade hal sket.”
“Takpe, janji datang. Jangan lambat.”
Lepas menekan punat gagang telepon kaler merah, aku senyum nipis. Bangga jugak dorang dah semakin matang. Tapi 5 minit jek bangganye. Dorang sampai pukul 1, setengah jam lepas aku menepati janji. Tapi kagum gak, dorang nih memang utuh dengan janji-janji melayu mereka. Aku, L, butam, blanka, kojang (sampai lambat sket, brekfas ngan firaun katenye), nedjo, bunek, bard suara lunak, roy dan adat memulekan konvoi.
Cuaca hari tu memang nice. Langit cerah, awan-awan bergerak dilangit biru sambil burung-burung masih terbang mencari rezeki. Angin sepoi-sepoi bahasa cukup nikmat, lagi-lagi bile ketiak yang basah disapu angin sebegitu. Mungkin ini yang dikatakan trankuiliti raya.
Bermule di rumah L, kami terus bergerak ke rumah ka dengan niat yang cukup murni, pekena lemang sama rendang ayam hijau sambil sekali-sekala menyuap bihun goreng. Puas makan dan bergelak sakan, rutin pembakaran nikotin perlu dimulekan segera. Pantas kami semua bergerak ke rumah sewa roy dan adat yang kalau berjalan, tak sempat ketiak nak basah. Ka buat-buat tunjukkan rumah roy ngan adat, padahal nak pekena rokok. Macam la sepelaung jaraknye rumah dorang die beria-ria nak tunjuk. Ka ka…
Lepas setel rumah ka, kami terus bergerak ke rumah aku. Takde ape-ape yang menarik kat rumah aku, kecuali awek viva hitam yang rare. Celaka, asal aku tak penah nampak pon awek tu sebelum nih? Sepatutnye JKK flat aku patut hebohkan mende-mende camni supaya takde orang nampak macam anti-sosial bile berhadapan soalan-soalan seperti “sape awek tu?” atau “perghh, manis. Ape name die?”. Anda bertanggungjawab terhadap maruah kami sebagai lelaki yang dah lah single, segan pulak nak kacau awek.
Seterusnye, tentatif kami menegaskan perlunye ke open house rumah julat yang akan pergi obersea. Macam biasa, sampai rumah bukan terus masuk. Pekena rokok sebatang dulu baru nak masuk. Penyudahnye menyesal sebab tak dapat usha amoi seksi muke manis lame-lame sebab 1 per tiga mase dihabiskan kat luar. Aku harap plan-plan dimase hadapan ahli-ahli dapat membahagikan masa dengan bijak. Amoi rare memang payah nak jumpa, sebab tu die dapat title “rare”.
Lepas setel, bergerak ke subang jaya setelah tentatif baru diusulkan. Ahli-ahli yang mulenye berat hati, secara tiba-tiba termasuk aku setuju kesana setelah mendengari juadah enak. Damn, perut aku tibe-tibe kosong. Memang pandai kau mengampu aku ye perut. Tapi aku tak merase juadah di subang jaya setelah aku kene teman L pegi hantar roy balik selayang. Ok, bayangkan korang memang nak terkencing sangat tapi kene tahan dekat sejam sebab federal highway bukan highway PLUS. Kerajaan patut ambik serius cadangan aku untuk buat stesen minyak atau tandas tepi jalan untuk memudahkan pengguna menyelesaikan hajat. Itupon aku kene ajar.
Aku dan L terpaksa melupekan hajat beraya di rumah kojang dan terus ke rumah cocos (sikit lagi nak same name sebenar) atas alasan jem yang sangat kukuh di Bandar KL. Aku terpaksa stop kat sini demi menghisap rokok dan mandi. Aku sambung lepas badan dah segar, harapnye lah.
Bersambung
*Aku tak dapat menceritakan keadaan di rumah kojang, mungkin kojang dapat elaborate dengan lebih kukuh akan kejadian disana seperti kejadian cengkerang diwaktu malam.
9/19/2010
Entri 9 – Wayang melayu
Cerita wayang melayu pertama yang aku tengok adelah cerita “Potret Mistik”. Tajuk die dah gempak abes. Aku betul-betul teruja bila petang tu abang aku yang 1st ajak kitorang sekeluarga tengok wayang ngan die belanja. “Ni kire bagus nih, bukan senang orang nak belanja tengok wayang” kata hati kecilku riang.
Watak utama Cico harahap. Takde Rita rudaini dalam senarai pelakon. Aku dah down giler time tu. Ape barang nih prof? Hari tu selamber jek kau ambik Rita belakon cerita “Mistik”. Punah segala harapan aku nak tengok muke Rita dalam skrin besar.. Tapi layankan jugak laa, takkan aku nak hampakan keluarga aku lak kan tak folow dorang tengok wayang.
Disebabkan aku masih duduk perak time tu, dan panggung wayang paling dekat ade kat sitiawan jek. Dan panggung wayang tu pulak name Arasu. Arasu? “Giler tak key ell” bak kate member aku Rizz. Tapi takkan nak pegi ipoh lak kan semata-mate nak tengok cerita razak mohaideen. Memang tak berape manis lah pulak.
Sampai kat sane, kitorang tak boleh masuk lagi. Duk laa depan panggung tu beborak ngan abang-abang aku. Selang beberapa minit, penonton dah keluar. “Best tak cerita tu?” kata abang ipar aku kat sorang budak pompuan yang takde la lawa sangat, “No komen” kata minah tu. Sorang member die lak bagi jawapan berbunyi hampir begini “entahlah bang” dengan muke macam muke pegi beraya rumah orang kaya tapi dapat air sirap jek. Aku dah start rase menyesal walaupon tak tengok lagi.
Akupon masuk panggung dan keluar selepas cerita tamat. Memang best. Tapi bukan sebab cerita tu. Tapi sebab lain. Bayangkan dalam wayang abang-abang aku boleh isap rokok. Pastu gelak kuat-kuat sambil tengok cerita tu. Ape nak cuak, dalam panggung tak sampai suku orang pon. Kalau bukan sebab kami, jangan harap laa nak capai suku.
Jalan cerita korang boleh google sendiri. Tapi aku nak komen tang beberapa benda pasal cerita tu. Rumah yang dah kene tinggal, tapi dihuni oleh seorang pompuan gila bekas maid kat rumah tu. Maid tu pulak hot. Ok aku tipu, maid tu macam hantu penampilan die. Ade satu scene yang time cico menghendap rumah tu, lampu rumah tu terpasang. Persoalan menarik, bile dalam situasi tersebut, macam mane pulak maid tu boleh bayar bil letrik? Takkan die pegi kaunter pos ngan rambut mengerbang sambil tangan pegang pisau?
Scene cico kene tangkap ngan hantu tu dan time tu jugak member-member die tengah tunggu die. Punye lame menunggu, member die send laa mesej. Tapi aku tak tau la pulak die pakai meksis ke selkom. Yang menariknye, member die dapat reply dari cico berbunyi “jangan kacau aku lagi”.Ape yang menariknye? Haa, yang menariknye bile yang send mesej tu maid yang gile tu. Kalau pakai nokia 3310 pon mak bapak aku dah terkial-kial nak bukak mesej, ni kan pulak henpon yang aku dah tak ingat model nye tapi bak kate blanka, boleh diketengahkan pada zaman tu. Tapi aku berfikiran positif, ni dunia tanpa sempadan. Orang gile pon boleh main henpon gak. Dorang pon nak merasa gak keindahan teknologi yahudi.
Pastu scene cico diberi makan oleh maid tu. Aku time tu pulak tengah lapar. Memang gegar perut aku tengok lauk yang die bagi. Nasi sama sayur ape ntah ngan ayam goreng yang kelihatan sipi-sipi nak same rase ngan kfc. Time tu jugak laa aku terfikir, mane die dapat beras, sayur sama itu ayam?
Time tu aku terfikir camne laa sorang prof boleh buat cerita camtu. Macam sia-sia pulak stadi bukan main lagi sampai dapat title prof tapi buat cerita macam gampang. Dan bile abes jek cerita tu, aku tengok abang ipar aku gelak gile-gile sesorang. Aku tak puas hati, mane boleh die gelak tak ajak aku. Tak 1malaysia langsung. Aku pon tanya laa ape mende yang kelaka.
“Ade sorang pakcik tu boleh masuk ngan cerita tu”
“Camne tau?”
“Time cico masuk rumah tu, pakcik tu cakap berani betul cico masuk rumah tu. Kalau aku memang takde nye nak masuk.”
Aku hanya mampu senyum nipis jek dengar abang ipar aku punye cerita. "Razak razak...memang berbaloi title prof kau tu" kata hati aku sinis.
9/14/2010
Entri 8 - Dam dam dum, bunyi mercun
Zaman aku kecik-kecik dulu, raya adalah hari yang paling best. Boleh main mercun, dapat duit raya dan paling manis pulak awek-awek yang rare selalunye bersepah. Raya paling best bagi aku time aku duduk kat perak. Itu raya paling gempak sepanjang aku hidup. Bayangkan suasana raya kampung aku dah rasa awal-awal lagi compare ngan sedara-mare aku yang duduk bandar. Punye lah meriah ngan bunyi mercun bersepah-sepah, tambah pulak ngan gadis rare bersepah. Senyum dah macam dapat bonus 4 bulan orang cakap.
Malam-malam puasa lak main meriam tin. Aku kire pelopor antara member-member aku main menatang nih. Kabaid senang nak cari, tin cat pulak bersepah. Cume batang ubi kayu jek kene round kampung sket. Pakcik-makcik yang baru berniat berbuka makan pucuk ubi kayu memang selalunye mencarut secara halus lah bile kami menjalankan operasi.
Seminggu sebelum raya lak operasi meriam tin selalunye dihentikan sepenuhnye. Ini untuk memberi peluang kepada kami melihat keindahan yang jarang kami nikmati sepanjang tahun. Hujung deret rumah aku ade seorang atuk yang kalau nampak aku mesti tegur aku punye. Biase lah kan, pemuda harapan kampung lak. Nama atuk tu pakcik derih. Dan yang menarik nye, die ade cucu yang boleh dikategorikan manis kalau dicomparekan ngan gadis-gadis area rumah aku nih. Biase lah kan, kalau dah hari-hari menengok muke same jek boring gak. Dan selalunye pulak, bile time cucu pakcik derih ni balik, maka secara tak rasmi padang depan rumah aku jadi tempat melepak rasmi bagi budak-budak taman aku. Seyes memang pelik sebab area situ bukan tempat strategik melepak sebelum nih. Tiap-tiap tahun aku terfikir pasal fenomena misteri nih.
Malam raya pulak selalunye dah berkumpul semua adik beradik. Time tu bersembang bukan main lagi sambil main kad terup atau main PES. Memang meriah abes lah orang cakap. Time tu mukebuku tak popular lagi, ape tah lagi blog. Tak penah dengar langsung name blog. Memang malam dan pagi raya adelah masa paling best sekali.
Tapi tu dulu laa, sekarang dah kurang menarik raya-raya aku. Sejak pindah, raya dah jadi biasa. Dah takde main mercun, duit raya maintain lagi tapi gadis manis memang takde langsung. Jangankan gadis manis, kurang manis pon dah takde. Malam raya dah tak meriah, takde berborak sakan sambil main kad terup or main PES. Tapi tetap bersyukur sebab masih boleh beraya satu keluarga lagi. Jadi dikesempatan aku menulis nih, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
9/09/2010
Entri 7 – kemalangan motor yang penah dihadapi saya
Ni bukan karangan spm aku.seyes aku tak tipu. Dekat-dekat nak raya ni kes kemalangan banyak berlaku. Jadi aku cerita jugak pengalaman kemalangan aku buat jadi pedoman masyarakat.
2002 – aku ngan bangganye memiliki motor warisan keluarga aku. Time tu bangga die lain macam. Sume benda aku nak tuka, padahal aku bukan reti dalam hal-hal kejuruteraan nih. Bile beborak ngan nerol (hampir nama sebenar) sebelah rumah aku, masing-masing taknak kalah. Die nak spray, akupon nak spray gak. Aku nak tuka rim, die pon nak tuka rim gak. Aku nak tuka gearbox biar motor aku ade 4 gear dan boleh pakai clutch jek die taknak follow. Tapi itu mungkin sebab motor bapak die dah memang 4 gear, tak macam motor warisan keluarga aku yang ade 3 gear jek. Motor aku memang laju sebab antara member-member taman aku, motor aku dapat no.3 paling laju antara 4 biji motor (Honda fames, Suzuki RC, kap petak motor aku ngan kap bulat zaman jepun jajah Malaya , klasik abes kitorang). Kegiatan pusing-pusing taman usha awek nih dah jadi hobi kitorang. Tapi awek yang tu tu jugak, takde pertambahan langsung kecuali cucu tok derih balik baru masing-masing tunjuk muke ceria macam zaman first time makan sugus.
2002 - Kemalangan pertama aku bila aku ngan 3 orang member aku meround taman macam biase. Tapi hari tu suwei sket, ketua konvoi kitorang brek tanpa aku sedari. Hasilnye plat moto member aku patah beserta garisan halus warna putih kat lengan aku dan betis member aku. Tak cedera teruk pon, bawak jenis had laju depan sekolah rendah. Sikit tak terguris jiwa aku nak bawak motor laju-laju macam cerita Gila-Gila Remaja.
2003 – Macam biase, aktiviti harian kami tak penah berubah. Pusing taman mende wajib walaupon sume dah tau muke-muke tu jugaklah yang ade kat area tu. Tak penah ade perubahan langsung. Kecik jugak hati aku bile memikirkan tempat aku bukan destinasi perumahan gadis manis. Kemalangan kali ni tak melibatkan aku tapi bawak efek kuat gak kat aku. Member aku yang jenis pantang bawak moto mesti nak pulas abes maen cilok kat jalan sempit bengkang-bengkok tepi jalan pasir bersepah. Macam mane pasir tu bersepah, macam tu jugak la member aku tergolek kat situ. Nasib baik perot tak kene tikam ngan batang kayu tajam tepi longkang kalau tak arwah member yang menumpang bagi tambahan brek pakai badan. Eksiden tu memang bagi efek kuat kat aku time tu. Time tu jela....
2010 – Baru pas jumpa member dan ondewei balik rumah. Minyak motor tak cukup kecuali aku ade stamina tolak motor 20 km. hari hujan sepoi-sepoi bahasa. Aku yakin masuk shell nak isi minyak sambil amek kona cecah lutut. Tengah sedap layan aku dah tak ingat pape. Tiba-tiba jek aku dah baring atas jalan.
Minyak dah menitis atas badan aku, Nampak pulak percikan api kat moto. Kelam kabut aku lari dan tak sampai 2 saat moto aku meletop macam cerita Hollywood . Sipi-sipi cebisan ekzos nak kene muka aku, tapi aku sempat mengelak. Memang dramatik.
Punye suwei aritu sebab dah la seluar koyak, bersepah pulak orang kat shell tu. Slow-slow aku angkat motor, start enjin sambil senyum dan pegi stesen minyak lain cuci luka kaki ngan isi minyak. Insaf datang membuak-buak kat diri aku dan aku janji pasni aku tak layan kona time hujan renyai-renyai lantai simen licin nak mampus bawak moto ngan kelajuan 30 km/j.
* tulisan senget adalah satu jenis penipuan dari aku. Rilex sudah, macam lepak maple takde beborak pasal gadis memang tak ngam.
Entri 6 – Jeslyna
Hari ni 1st day aku keje. Keje buat keranda jek pon. Tak glemer mane. Tapi aku ade driver, kire gempak gak tu. Member-member akupon yang dah keje takde driver. Mendambik dada gak laa aku mula-mula nak masuk kete.
Tapi yang tak bape bestnye job 1st aku tengah-tengah malam. Pelik gak aku ngan bos aku nih, tak boleh buat siang-siang ke. Nak jugak tengah malam. Hati aku dah panas, tapi tak berani nak sound sebab die dah blanje aku roti sardin takde bawang sama teh o ais. Senyap jela aku sambil pandang die sipi-sipi.
Jarum jam pendek tunjuk no.12, jarum panjang tunjuk no.6. Huish, cuak gak aku. Tapi nasib baik driver aku nih orang tua. Dari raup muke dia ade sket-sket cam M.rajoli bile blakon drama agama. Aku yakin die memang handal lawan benda-benda keras nih. Driver aku memandu kemas van syarikat kami. Kagum gak aku ngan pemanduan pakcik ni, mane jalan boleh drift die drift, mane jalan die boleh drag die drag. Tak sampai 20 minit kami sampai di destinasi.
Aku masih dalam kete tengah bersiap-siap barang aku. Bos aku cakap malam ni just ukur tinggi ngan lebar badan mayat jek. Esok baru boleh start bertukang. Tapi yang bertukang bos aku laa, sebab aku memang tak mahir bertukang nih. Kemahiran hidup pon sipi-sipi nak dapat C nak bertukang keranda lak.
Dah siap barang yang aku nak guna aku pandang rumah yang nak dituju tu. Serta merta muka aku pucat. Pakcik driver pandang aku semacam jek. “Apesal nak?” kata pakcik tu lembut. Aku masih diam tak jawab soklan tu sebab mata tengah konsentret pandang depan. Memang cuak abes aku, aku nampak lembaga putih depan pintu. Aku syak kalau orang toreh muke aku memang memancut darah tak abes-abes. “Apesal nak?” kata pakcik tu buat kali kedua. Aku dengar suara pakcik tu dah hilang sikit lembut die. “Lembaga putih pakcik” jawabku terketar-ketar.
Pakcik tu boleh bantai gelak macam aku tengah berak depan die pulak. “Kau ni penakut betol la nak. Mane ade pape laa. Kau cuak sangat ni sebab dalam tu ada mayat kan ?”. Aku dah panas pulak dengar jawapan pakcik tu. Ni kalau budak darjah 3 dengar pon jangan ditanya kenapa jadi kurang ajar.
“Pakcik pandang depan baru pakcik sound saya boleh tak?” jawab aku sambil cuba mengurangkan perkataan yang kurang manis kat orang tua. Pakcik tu toleh depan dan tak sampai 3 saat tiba-tiba kete gostan dan memecut ke jalan raya. Aku terkejut, ape kes pakcik nih? Tapi nak tanya tak bape elok pulak bile aku tengok muke pakcik tu dah lain macam. Dah hilang muke M.rajoli blakon drama agama.
Hati aku lega gak sejenak bile fikir azab dah lepas. Pagi esok jela buat, siang-siang takde cuak sangat. Mende tu pon takde siang-siang. Tapi sangkaan aku meleset. Aku baru nak bersandar kat kerusi dan aku perasan sebelah pakcik tu ade gadis pakai baju belang-belang. Aih, bile masa pulak kitorang ade bawak awek manis ni? Time tu aku teringat member aku penah cakap aku ni genius. Dan skang baru aku setuju kata-kata die. Tak sampai 2 saat otak aku berkata, “ni laa yang depan pintu tadi”.
Aku dah cuak, peluh dah mengalir tepi mata. Ape aku nak buat ni? Aku beranikan diri pandang mende tu. Lawa la pulak, hati aku cair serta merta macam aku tengah tengok muke lisa surihani pulak. Aku tengok muke mende tu sedih jek. Ape kes nih? Aku memang tak boleh tengok muke gadis manis sedih-sedih nih. Rasa macam nak pekena rokok sebatang jek bile dalam situasi camtu.
Akupon beranikan diri tanya, “kenapa awak sedih?”. Pakcik driver pandang aku tercengang. Apehal pulak budak ni menegor mende nih. Aku rase laa die fikir camtu. Mende tu pandang aku dan masih maintain muke sedih die, die cakap tolong hantarkan die balik rumah balik. Aku pandang muke pakcik tu, pakcik tu pandang muke aku balik. Aku nampak die tak sampai hati bile dengar mende tu cakap camtu. Tanpa disuruh pakcik tu buat pusingan 360 dengan bergaya dan memecut laju ke rumah tadi. Suasana sunyi dalam kete. Aku rase tak selesa pulak bile suasana sunyi-sunyi camni.
“Kenapa awak muke sedih jek?” tanya aku gentle. Gadis manis bai, kene cakap lembut-lembut baru nampak concern.
Die diam jek tak jawab. Dekat 2 3 kali aku tanya die tak jawap soklan aku. Dah dekat sampai rumah die, aku tanya nama die. Die diam lagi.
“Nama saya Aswad, selamat berkenalan” kata aku. Jarang aku jumpa mende-mende camni, n mende tu pon tak bertindak agresif dengan menukar muke die or mengilai sepanjang jalan. Jadi bagi aku tak salah berkenalan.
Mende tu turun kete dan berterbangan perlahan sebelum die pusing pandang aku. Aku dah berdebar pulak tak pasal-pasal. “Nama saya Jeslyna, panggil Jes je” kata mende tu dengan suara merdu. Pastu die terus terbang perlahan menghala rumah die balik, tapi sebelum die sempat masuk aku menjerit, “ kenapa awak sedih Jes?”. Die pandang aku dan membalas, “ Saya sunyi”.
Entah dari mana datang keberanian aku, aku cakap “kalau camtu jom naik kete nih kite pusing-pusing,takde la awak sunyi”. Jes pandang aku macam tak percaya, tapi aku angguk gentle. Die bagi senyuman paling manis kat aku. Die terbang laju menghala ke tempat duduk belakang sebelah kiri aku. “Pakcik, boleh tak jalan-jalan dulu malam nih sebelum kite balik?” tanya aku pada pakcik. Tanpa menjawab, pakcik tu masuk gear 1. Sepanjang perjalanan Jes diam tak berkata-kata, tapi mulut die terukir senyuman indah. Die letakkan kepala die kat bahu aku. Aku senyum nipis. Kete tu berjalan sungguh lama, heran gak aku pakcik ni tak penat ke drive memalam buta camni. Tiba-tiba Jes bersuara, “Terima kasih sebab temankan saya malam ni. Saya akan selalu ingat awak.” Aku lihat muke die tersenyum sedih tanpa air mata, hati aku jadi taman time tu. Slow-slow die hilang depan mata aku.
*****
Aku bangun tido dengan mata berair. Sedih betul mimpi aku tadi. Seyes kalau Jes tu wujud, memang aku slamber ayat die. Aku syak konfem dapatnye, sebab die sendiri cakap die konfem ingat aku.
9/05/2010
Entri 3 – sungkai bukanlah sungai lagikan pula bersugi
Mukabuku aku menerima satu post yang nama aku ditag begini, “name aku dan member-member aku, ape kate weekend ni kte BERSUNGKAI sme2 lps 2 gi shopping raye..boxer raye aku xbeli lg ni..!!!
Aku dengan penuh keterujaan (dan juga tidak ingin menjadi TAYIK) membalas dengan ceria sebab aku memang tak cukup boxer. Date dah set, korum dah cukup. Tiga hari aku terbayang-bayang bentuk boxer baru aku dan mungkin baju baru aku. Aku memang teruja sebab ni first time aku beli boxer raya. Lepas berbuka puasa di mekdis jalan Pahang, destinasi kami hanya satu yakni uptown danau kota .
Dan sesungguhnya jalan di keyell (cam gampang tak aku tulis camni?) sememangnye membuatkan kami kehilangan pahala puasa. Bukan sahaja jalan jem pekat, tapi gadis-gadis manis juga sungguh riang disana sini. Tapi kegembiraan tu tak bertahan lama bila nak cari parking pon ambik mase sejam lebih. Dalam otak aku da terpikir, “dorang ni takde life ke pas bebuka pegi uptown?”.
Setelah parking dan menghabiskan masa lebih kurang 2 jam mencari baju, aku baru sedar bahawa bukan mudah untuk masuk kedai boxer dan cek boxer mana yang paling menarik bila diluar kedai orang-orang yang lalu-lalang macam lalat hurung bangkai. Jadi aku hanya pulang tanpa boxer raya dan juga baju raya yang aku nak, tapi aku bersyukur bile gadis-gadis manis memang bersepah kat situ. Malaysia memang patut buat miss universe tiap-tiap bulan laa camni. baru 1Malaysia.
*****
Perbualan kami di kedai itu sangat serius.
Aku: kat mane nak donlod the pacific?
Member 1: cerita tu tak layan sangat kalau kau compare ngan band of brothers.
Member 2: aku tak minat cerita tu.
Member 1: kau tau tak pasal zaman komunis dulu-dulu?
Aku: tak tau la pulak. (aku dah mula pelik, “asal jawapan dorang macam tak kene ngan soklan aku ni?)
Member 1: bla bla bla bla….
Aku & member yang lain: owhh, tapi kan …(aku dan member lain bercerita jugak)
Member 1: owhh, pastu pulak kan …(kami tekun mendengar)
Keadaan ni berterusan selama setengah jam.
*****
Perjalanan pulang kerumah. Sambil membawa motor dengan kemas, aku mula tertanya-tanya. Ia mengganggu aku sepanjang perjalanan. Kenapa niat dan soklan aku semua tak tercapai?
Dan kemudian aku teringat kata-kata bijaksana, “apa yang kau hendak, itulah yang kau takkan dapat”.
Langgan:
Catatan (Atom)