10/08/2010

Entri 16 – Malam futsal dsl218

Ini adalah entri kenangan tahun lepas. Sebelum kami semua membawa haluan masing-masing tahun hadapannye, pengerusi seumur hidup dsl218 telah merancang 1 aktiviti mengeratkan silaturrahim antara penghuni dsl218 dengan bermain futsal. Dibahagikan kepada 2, pasukan atas dan pasukan bawah.

Pasukan tingkat bawah. Berdiri dari kiri - Dimitar BerbaDoh, Manuel Blankania, Shukor Bujang Adan.
Duduk dari kiri - Xavi Kidokso dan FernanBu Tamres.

Pasukan tingkat atas. Berdiri dari kiri - Christiano RoNedjo, Edwin Lakau Sar, Wayne Kojang.
Duduk dari kiri - Michael CarNek dan Thomas Wadmaelaen.


Seminggu sebelum bermula perlawanan sengit tersebut, sindir menyindir antara tingkat atas dan tingkat bawah menjadi-jadi. Kelihatan setiap pemain berkobar-kobar untuk merangkul piala futsal ali rustam cawangan klebang edisi yang pertama. Disini juga hendaklah dijelaskan bahwa walaupon ini adalah merupakan satu aktiviti mengeratkan silaturrahim, kemenangan merupakan perkara paling penting kerana pemenang mempunyai hak untuk berbangga dan memperlekehkan pihak yang kalah seumur hidup. Ini kerana piala futsal ali rustam cawangan klebang hanya dilaksanakan sekali sahaja kerana cadangan untuk melaksanakan buat kali kedua kelihatan tidak berhasil pabila kehadiran melepak di mapley juge semakin berkurangan bagaikan telur dihujung tanduk.

Tepat pukul 9 malam, dengan tiada doa pembuka majlis dan juga ucapan VIP, bermulanya pertandingan yang mendebarkan seluruh peminat futsal tanah air. Peluh-peluh nipis muncul disetiap muka pemain yang tidak mahu menghampakan peminat-peminat mereka diseluruh Malaya. Persoalan-persoalan dari peminat bakal terjawab dalam 1 jam lagi. Bagi pasukan tingkat bawah, adakah FernanBu Tamres mampu menjaringkan gol? Mampukah Xavi Kidokso mempamerkan magisnya kepada peminat? Bagaimana prestasi Shukor Bujang Adan yang sudah lama tidak bermain bola? Bolehkah Dimitar BerbaDoh menjawab persoalan peminat akan prestasinya yang semakin merudum? Tertewaskah Manuel Blankania berhadapan dengan pasukan tingkat atas?

Dipihak tingkat atas juga berhadapan persoalan yang tidak kurang rumit bukan sahaja dari peminat, malahan juga dari pundit-pundit ESPN. Tercapaikah impian Christiano RoNedjo menjadi penjaring terbanyak? Adakah Michael CarNek mampu mendiamkan pundit yang mempersoalkan kemampuannye? Persembahan bagaimanakah yang bakal dihidangkan oleh Wayne Kojang pada malam ini? Terujikah pertahanan Thomas Wadmaelan? Bersediakah Edwin Lakau Sar menghadapi ujian getir? Segalanya bakal terjawab sebentar lagi selepas pesanan penaja….(Penaja: nasi lemak bonda, pisang goreng klebang serta Kak Pah kedai tayar).

***
Minit ke-5 - Baik saudara, perlawanan sudahpun bermula. Saya Haji Hasbullah Awang akan menjadi pengulas dimalam ini. Baru 5 minit perlawanan bermula, tingkat bawah sudahpon mendahului 3-1. Pertahanan tingkat atas kelihatan goyah. Gandingan Christiano RoNedjo dan Michael CarNek kelihatan kurang menjadi, manakala kelihatan tiada persefahaman dari segi pertahanan antara Thomas Wadmaelan dan Wayne Kojang. Ini dapat dilihat pabila FernanBu Tamres dan Xavi Kidokso mempermainkan pertahanan tingkat atas serta kentalnye pertahanan tingkat bawah menghadapi asakan tingkat atas.

Minit ke-20 – Pertukaran posisi bagi tingkat atas mule membuahkan hasil. Gandingan Christiano RoNedjo dan Wayne Kojang dimana Michael CarNek turun kebawah menjadi CM menjadi. Tingkat atas mule mengejar tingkat bawah dengan jaringan tingkat atas 6-8 tingkat bawah. Kelihatan riak-riak cemas pemain-pemain tingkat bawah.

Minit ke-25 -  GOL!!! Jaringan cantik Thomas Wadmaelaen menggegarkan seluruh Sports Arena Klebang. Jaringan yang menyaksikan tingkat atas seri dengan tingkat bawah dengan keputusan 8 sama. Saya sendiri tidak mampu menzahirkan bagaimana jaringan tersebut. Sungguh cantik, inswinger dari Wayne Kojang dan rembatan kenchang dari Thomas Wadmaelaen menewaskan Shukor Bujang Adan, Dimitar BerbaDoh dan juga Manual Blankania.

Minit ke-33 – Sungguh teruk permainan Shukor Bujang Adan malam ini. Clear bola merapu dan merembat kenchang bola walaupon kelihatan mustahil untuk menjaringkan gol pabila bola dirembat menuju keluar garisan.

Minit ke-50 -  GOL!!!! Gerakan solo oleh Thomas Wadmaelan sebelum menolak mudah bola menjadikan keputusan 12-10. Keadaan di Sports Arena Klebang huru-hara sekarang ini apabila peminat meminta diulang tayang jaringan tersebut. Senyuman penyokong tingkat bawah juga makin menipis nampaknya. Saya sendiri teruja melihat jaringan tersebut. What a fantastic goal. Oh maafkan saya berbahasa inggeris ketika siaran langsung dari TV1 ini.

Minit ke-60 – Permainan sudahpon tamat saudara sekalian. Keputusan akhir, Tingkat atas 16-12 tingkat bawah. Walaupon kalah, tetapi tingkat bawah mempamerkan permainan menarik sepanjang perlawanan. Mereka bermain baik, Cuma tidak bernasib baik berhadapan pasukan berkaliber tinggi seperti ini. Bila pasukan tingkat atas menukar strategi, mesin gol oleh Christiano RoNedjo, Assist terbaik oleh Wayne Kojang, Serangan dan pertahanan tanpa henti oleh Michael CarNek, 2 jaringan cantik oleh Thomas Wadmaelaen serta kekebalan penjaga gol Edwin Lakau Sar , tiada ape yang boleh dilakukan oleh pasukan tingkat bawah. Tiada cacat celanya gandingan FernanBu Tamres dan Xavi Kidokso dalam serangan, pertahanan yang baik oleh Dimitar BerbaDoh, Shukor Bujang Adan yang bertungkus lumus memperbaiki kelemahan permainan setengah jam terakhir dan juge tepisan demi tepisan dilakukan oleh Manuel Blankania. Cuma pasukan tingkat atas lebih hebat dan lebih bergaya, itu sahaja. Dan benarlah peribahasa melayu kita, bagai aur dengan tebing ataupon bagai isi dengan kuku, kemenangan tingkat atas ini tetap tidak menggugat persahabatan mereka. Bahan membahan, lumrah alam.

***
Ulasan peminat 1 – Saya kagum dengan corak persembaha pemain kedua-dua pasukan. Sungguh cantik dan art sekali.

Ulasan peminat 2 – Saya bersyukur menolak ajakan boipren saya menonton filem Jin Notti dan terus menuju kesini melihat permainan futsal terbaik dalam hidup saya. Saya bersyukur (peminat terduduk sambil menitis airmata syukur)

Ulasan peminat 3 – Ini merupakan malam-malam yang saya takkan lupe punyelah. Memang berbaloi laa bro tengok game malam ni. Aku agak pemain kebangsaan kene training lebih sikit lepas ni, kalau tak memang senang-senang jek player tingkat atas ngan bawah nih wakil Malaysia. Aku tak tipu bro, aku mane penah cakap main-main dalam hal ni. (Peminat ini begitu emosional sekali bile memberi ulasan walaupon sebenarnye pengacara menanyakan soalan siapakah penaja pertandingan ini)

*Kredit kepada kojang untuk gambar.

8 ulasan:

  1. what a fantatic entry!!

    BalasPadam
  2. thanx doh...bace jugak ye kau blog aku yg x seberape nih...hehe...

    BalasPadam
  3. wadafak..!!bnyk btul mse trluang ko kn wad..hahaha..!!!

    BalasPadam
  4. aku ngah usha gamba2 futsal kite kt fb kau 2 yg wat aku tbe2 tulis entri nih...hahaha

    BalasPadam
  5. hotak ko wad..xde keje len ke??

    BalasPadam
  6. ni jang2 mane lak nih? ko atau bu?

    BalasPadam
  7. thomas wad malaun je yg cntik gol die!!

    BalasPadam
  8. hahahaha...bese laa 2,handalan lak...tp sape kah anda tanpa nama?

    BalasPadam