1/16/2011

Setengah jam untuk menulis

Hai kawan-kawan semua. Lame tak menulis disini,ada yang merindui saya tak? Hihi...

Ok,itu merupakan permulaan tulisan yang gampang.Aku mintak maaf. Lame tak menulis membuatkan aku kehilangan rase tu. Rase ape? Mungkin di padang batu tersedia jawapannya...

Aku baru sahaja balik kursus di pantai yang tak berapa semenggah sangat. Tapi aku bersyukur,setiap yang kurang manis,ade manisnya. Dan yang manisnya adalah gadis-gadis rare. Bukan niat nak riak,mungkin angkuh sedikit,tapi gadis-gadis di kursus aku ada yang lawa. Comel melampau,ada. Muka manis,ada. Islamik tetapi masih menekankan kepentingan memakai baju ketat untuk meliurkan hati-hati jejaka,ada. Bentuk badan yang menjadi fantasi dan mungkin juga menjadi siulan lelaki berjiwa serigala,pun ada. Senang cerita,memang steady gadis-gadis kursus aku nih. Hati ni kalau tak kuat,memang memanjang ereksi yang padu berlaku.

Aku tak suka bercerita lebih,kerana mungkin ada suara-suara sumbang yang menidakkan keseronokkan aku ni. Tapi aku paham,kalau aku hulur no telefon,mau habis jugak topup rm10 dorang dalam cuba mengenal gadis tersebut dengan lebih rapat. Rapat camne, rasenye korang tahu. Kalau yang lelaki tak paham ape yang aku cerita ni,mungkin korang terdiri dari orang-orang yang kebanyakan masanye membincangkan hal-ehwal politik malaysia yang tak berkesudahan. Hanya lelaki yang mengenali luna maya dan cut tari sahaja mahir dalam kes-kes begini.

Ok,tujuan aku nih nak menulis pasal aktiviti-aktiviti dsl218 yang dah lame sangat aku tak review. Tapi memandangkan aku dah merapu banyak sangat,aku ingat cukuplah setakat ni jek aku menulis. Lain kali aku akan cube menulis aktiviti kami seperti menonton terciptanya sejarah Malaysia menang di gelanggang sendiri piala suzuki AFF,bukan menonton 2 Alam yang kononnye pecah panggung 40juta. Cakap memang murah,selagi boleh hembus die hembus jek. Eh,meleret sudah aku ni. Lain kali jumpa lagi ye kawan-kawan,hihi...

1/01/2011

Hidup memang mencabar

1. Agak lame jugak aku tak update blog nih,lebih dari sebulan aku syak.Hampir menitis airmata aku gak bile ade orang tanya bile nak update.Tak sangka aku femes,mende yang aku idamkan sejak aku dah boleh berfikir dengan waras.Bile waras,maksudnye bukan umur aku masih main kat longkang nak tangkap berudu,tapi bile mula rasa nafsu syahwat semakin sihat.

2. Banyak jugak sebab aku dah lame tak update blog nih.Antaranya aku dah berkerjaya disebuah institusi kewangan yang tagline die tak berapa menaik semangat nak menyebutnye.Bile dah kerja nih,penat die memang padu.Menyesal jugak bahan member-member aku dulu,rase macam nak tengok drama indon sambil fantasi lebih kurang.

3. Antara sebab lain,laptop aku dah rosak.Skrin dah macam tengok tv zaman dulu time takde astro.Syahdu jugak laa,dah susah nak buat perkara yang sihat seperti menggoogle elly tran ha misalnya.

4. Ade perkara lain lagi yang buat aku lemah nak menulis,tapi tak perlu diceritakan disini.Ini blog untuk suka-suka,tak ade nak serius-serius.Nak serius sila jadi indon yang dah kalah pastu nak pakai coli laser la,cakap pakai bomoh laa,luna maya nak berlakon ngan maria ozawa la.Kalah buat cara kalah la woi,nak emo-emo pulak (apehal aku emo pulak nih?).

5. Semoga coretan pendek nih cukup buat butam.Sumpah aku dah tak reti nak menulis lagi.Kalau aku ada keyakinan tinggi,aku cuba buat review pasal aktiviti dsl218 lagi.Oh ye,aku harap takde orang google elly tran ha lepas bace nih.Aku tak nak jadi upline dosa korang.Ini serius,mata aku memang cocok dengan awek rare.Sape yang nak google jugak,jangan sampai membawak ke daerah lampu merah.Itu jek pesan aku,kalau nak pegi,memang tak patut tak ajak aku.Tak patut...