1/16/2011

Setengah jam untuk menulis

Hai kawan-kawan semua. Lame tak menulis disini,ada yang merindui saya tak? Hihi...

Ok,itu merupakan permulaan tulisan yang gampang.Aku mintak maaf. Lame tak menulis membuatkan aku kehilangan rase tu. Rase ape? Mungkin di padang batu tersedia jawapannya...

Aku baru sahaja balik kursus di pantai yang tak berapa semenggah sangat. Tapi aku bersyukur,setiap yang kurang manis,ade manisnya. Dan yang manisnya adalah gadis-gadis rare. Bukan niat nak riak,mungkin angkuh sedikit,tapi gadis-gadis di kursus aku ada yang lawa. Comel melampau,ada. Muka manis,ada. Islamik tetapi masih menekankan kepentingan memakai baju ketat untuk meliurkan hati-hati jejaka,ada. Bentuk badan yang menjadi fantasi dan mungkin juga menjadi siulan lelaki berjiwa serigala,pun ada. Senang cerita,memang steady gadis-gadis kursus aku nih. Hati ni kalau tak kuat,memang memanjang ereksi yang padu berlaku.

Aku tak suka bercerita lebih,kerana mungkin ada suara-suara sumbang yang menidakkan keseronokkan aku ni. Tapi aku paham,kalau aku hulur no telefon,mau habis jugak topup rm10 dorang dalam cuba mengenal gadis tersebut dengan lebih rapat. Rapat camne, rasenye korang tahu. Kalau yang lelaki tak paham ape yang aku cerita ni,mungkin korang terdiri dari orang-orang yang kebanyakan masanye membincangkan hal-ehwal politik malaysia yang tak berkesudahan. Hanya lelaki yang mengenali luna maya dan cut tari sahaja mahir dalam kes-kes begini.

Ok,tujuan aku nih nak menulis pasal aktiviti-aktiviti dsl218 yang dah lame sangat aku tak review. Tapi memandangkan aku dah merapu banyak sangat,aku ingat cukuplah setakat ni jek aku menulis. Lain kali aku akan cube menulis aktiviti kami seperti menonton terciptanya sejarah Malaysia menang di gelanggang sendiri piala suzuki AFF,bukan menonton 2 Alam yang kononnye pecah panggung 40juta. Cakap memang murah,selagi boleh hembus die hembus jek. Eh,meleret sudah aku ni. Lain kali jumpa lagi ye kawan-kawan,hihi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan