1. Ok,secara jujur aku kurang pengalaman dalam hal cinta. Hal gadis pon aku tak tau sangat sebenarnye kecuali hal-hal fizikal,yang dimana jika aku cakap tak tau,boleh mengundang maki yang serius. Aku tak tau ape yang aku buat boleh buat mereka kecik hati,suke ataupon mendidih dengan aku. Begitu juge aku tak tau adakah si gadis akan jatuh hati pada aku,menyampah ataupon suke berbual dengan aku.
2. Hal ni mungkin berlaku sebab dizaman sekolah aku lebih fokus berbual dengan lelaki,dengan pompuan sekadar kacau-kacau kecuali adik member aku yang hot,yang dimana kalau aku keluar date dengan die menyebabkan cakap-cakap belakang yang dosanya sukar dimaafkan. Camtu juge bila aku diploma,hidup hanya di blok dan di kelas aku lebih banyak mendiamkan diri dari beborak dengan gadis. Sifat ini memang cool jika anda gay,tidak bagi lelaki bernafsu sihat seperti aku.
3. Jadi aku berazam,aku kene lebih banyak berborak dengan gadis selepas diploma. Tapi perbualan aku lebih kearah membahan juge,kadang-kadang serius,dan ini membuatkan aku lebih sukar memahami perasaan gadis. Seorang gadis penah masakkan aku sebelum die pulang ke rumah. Aku ingatkan sebab aku ni jenis suke makan yang menyebabkan die masak untuk aku,rupenye die suke sedikit dekat aku. Dan aku tau hal ni bile member aku mengayat die. Peh,jahanam juge aku ni.
4. Dan sekarang, secara tiba-tiba aku tau seorang gadis suke sedikit pada aku. Aku tak tau banyak ke tak die suke,jadi aku letak sedikit demi menjaga maruah aku. Katenye aku boleh buat die hepy,dan aku menjangkakan yang sikap aku yang suke borak bodoh-bodoh adalah puncanye. Ini membuatkan aku berdebor,jenis berdebor kencing berterabur. Gadis ini hot,steady dan solid. Jenis kalau dating,banyak lelaki start cari nombor bomoh santau.
5. Bile jadi camni,aku dah tak boleh pegi. Aku dah jadi kaku,borak dah tak boleh macam dulu. Neves die memang menaik. Aku dah buntu. Ape nak buat nih? Aku ingat kalau naik basikal turun bukit tangan angkat tinggi-tinggi pon tak boleh hilang rase nih.
6. Ok la,cukup-cukup la aku menipu ni. Kang lagi banyak dosa pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan