4/09/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (2)

"Ahh,lega dapat baring" kate blanka yang kelihatan penat. Kami semua menuju ke katil kami. Penat mendaftar sangat padu membuatkan katil yang keras kelihatan empuk. Tak disangka aku,ka,tamtam,nedjo dan lakau tinggal di satu berek. Berek kami agak besar,memuatkan 10 katil dilengkapi 4 kipas siling dengan 5 pilihan kelajuan yang cukup pantas. Rupe-rupenye sudah ade orang yang sudah memasuki bilik ini sebelum kami.

Sedang kami asyik mengemas barang,masuk 2 orang mamat bertuala lengkap dengan baldi yang kelihatan dipenuhi perkakasan mandi. Sebelum sempat hati kecilku mengatakan mereka pasangan yang tidak diredhai tuhan,aku perasan bahawa muke mereka agak ganas untuk melakukan perbuatan sumbang. Menyedari kehadiran kami,seorang dari mereka datang memperkenalkan diri.

"Aku cedoh,yang tu bunek" kata mamat yang memperkenalkan diri. Mamat yang bernama bunek selepas meletakkan baldi terus datang bersalaman dan kemudian terus bernyanyi tanpa dipinta.

"Korang mandi kat mane?Tandas ok tak kat sini?" tanye nedjo.

"Kalau nak ok,mandi kat rumah jela" jawab bunek separa gurau. "Tapi tandas die ok la,sedap-sedap nak buat mandi" jawab bunek serius kembali pabila melihat nedjo menunjukkan muscle tangannye.

Tibe-tibe bilik jadi sunyi. Seperti sunyi di hati lelaki yang tiada awek. Pantas aku pandang kearah pintu,terlihat 1 susuk tubuh dilindungi cahaya dipintu. Kelihatan gagah dengan beg di tangan kiri,rokok di tangan kanan. Tubuh itu masuk dengan asap dihembus perlahan,menambahkan efek dramatik akan kehadirannye. Tubuh itu menghayunkan beg ke katil kosong lantas dengan konfiden menuju kearah lakau. Aku dah telan airliur 3 4 kali,peluh slow-slow jatuh tepi pipi.

"Babi joe,ko tak cakap yang kat sini tak boleh isap rokok. Tak pasal-pasal rokok aku kene pau tadi. Nasib baik ade aku sorok dalam beg." marah laki tersebut pada lakau.

"Lah,ko ke jang yang mengamuk tadi. Aku ingat sape la. Ko pon 1,logik ke dalam kem boleh isap rokok. Gaya nak rock-rock sangat pon tak gune gak jang" jawab lakau lembut. Aku da heran,dorang kenal ke? Dan asal name lakau jadi joe lak?

"Kawan-kawan,kenalkan member aku,kojang" lakau memperkenalkan member die. Senyum je kojang nih,manis lak tu. Ni mesti banyak gadis cair,aku syak dalam hati.

"Tadi ko cakap name ko lakau,asal jadi joe lak nih?Ko main-mainkan kitorang ek?" butam bersuara marah disertai telinga yang merah.

"Ko kene paham la tam" jawab lakau endah tak endah. Kami semua berpandangan,ape mende yang kene paham?

Belum sempat kami nak bertanye,rehat,mandi ataupon tido,pegawai kem masuk dan memberikan arahan untuk berkumpul di padang kawad dalam masa 5 minit siap dengan baju Physical Training (PT). Kami kelam kabut bersiap dan dalam hati aku berdoa yang harini kite ilek-ilek dulu,sok baru training.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan