Penat yang solid. Itulah 3 ayat untuk hari pertama kami di kem latihan bersenjata Broga. Tamat sesi pendaftaran,kami diarahkan memanjat bukit broga dalam masa sejam atau tiada makan malam. 1 ugutan yang keji bagi aku. Lebih separuh yang gagal mencapai masa yang diarahkan,dan yang termasuk gagal adalah aku,blanka dan cedoh. Dan malam tu kami hanya mampu merenung sayu budak-budak lain makan dengan rakus tanpa prihatin akan kami yang kelaparan. Nasib baik aku ade bawak keropok ngan biskut,boleh buat makan malam nanti.
Selesai makan,kami diarah pulang keberek berehat untuk menghadap hari-hari sukar selepas ni. Aku tak fikir ape,sampai berek terus tuju biskut. Cedoh ngan blanka tak semena-mena menuju kearah yang sama kearah aku. Babi,dorang tak bawak pape dari rumah. Takpe,nasib baik dorang tak makan macam aku tadi. Tapi ape punye celaka tibe-tibe dak lain datang join skali? Camni jangan kate kenyang,nak menyuap pon tak tentu lagi nih. Dan malam tu aku memiliki banyak pahala atas kesabaran aku melihat kesemua keropok dan biskut menjadi santapan member-member.
Lepas makan,kami semua duduk beramai-ramai membakar paru-paru. Tengah sedap isap rokok,datang 2 orang dari berek sebelah. Memperkenalkan diri mereka sebagai bujang dan kidok,kami dengan pantas dapat berbual mesra. Hairan juge kenape dorang datang berek kami,rupe-rupenye dorang tak ngam dengan budak-budak berek dorang. Jenis nak sembang ekonomi ngan politik negara.
"Faking,ape punye bangang topik camtu. Topik tetek konek la topik paling "in" untuk umur-umur kite" jawab aku tegas dan disambut anggukan yang sekata dari yang lain. Dan asap rokok pon dihembus perlahan untuk menambahkan suasana dramatik.
Dan malam itu kami tidur ditemani nyamuk yang power. Kipas dipasang dengan kelajuan bertahap 5 dan nyamuk masih gagah meredah angin kipas untuk menala kami. Makan ape gamaknye nyamuk ni? Mesti jenis baka yang ganas.
***
Dah hampir 4 bulan kami di kem nih. kami yang dulunye tak fit,skang sangat solid untuk bergelut. Body pulak power,tak payah nak beli buku maskulin atau donlod video kat youtube semate-mate nak tengok tips badan menawan. Kalau bukak baju pastu tangkap gambar tepi kolam memang steady orang cakap.
Kem broga ni bagi aku kem paling best. Sabtu ahad adelah mase yang dinanti-nanti oleh kami. Kalau orang lain,sabtu ahad pegi midvalley atau KLCC usha gadis rare. Kami lak panjat broga usha gadis kat sini. Nampak cam bangang kan? Tapi gadis kat sini die punye pegi jenis tak boleh hendel. Dan disinilah aku jumpa gadis rare aku,lisa surihani.
Masih jelas tika aku dan lisa menunggu matahari terbit di broga ditemani lagu-lagu yang bertemakan hati dan perasaan. Cinta kami sungguh indah,ibarat seindah pelangi yang muncul setelah hujan berhenti. Kami juge mudah berbual,tiada yang mengganggu. Babi,handal juge aku bermain kata-kata. Sabtu ni aku dan lisa sudah berjanji akan bertemu,dan aku akan melamarnye disana tika matahari terbit. Aku memang tak sabar menunggu sabtu ni. Jumaat malam,macam biasa kitorang berkumpul dalam berek isap rokok dan borak kosong.
"Jadi tak esok ko nak lamar lisa?" blanka tibe-tibe bersuara. Babi,penat aku suruh die rahsia. Die nak cite jugak. Tak boleh simpan rahsia sungguh.
"Jadi la. Dah lame aku tunggu saat ni" jawab aku malu-malu.
"Semoga die terime wad,kalau die tak terime boleh aku masuk line" jawab kojang tenang disertai anggukan lembut dari tam.
"Macam gampang. Walau ape jadi aku akan pastikan esok.." dan belum sempat aku menghabiskan kata-kata,pintu berek dibuka keras. Seorang pegawai berdiri kemas di pintu. Pantas kami berdiri memberi tabik hormat.
"Bersiap-sedia semua,kite akan bertolak lagi sejam ke selatan." tegas ayat itu keluar dari pegawai kami.
"Latih tempur ke tuan?" tanye bunek.
"Tidak" jawab pegawai tersebut lemah.
***
"Prangg" bunyi kaca pecah.
"Kenapa tu lisa?" jerit seorang perempuan yang sudah berumur.
"Takde pape mak. Lisa terjatuhkan pinggan." jawab lisa dengan suara bergetar sambil mata memandang TV.
Kedengaran bunyi bebelan ibu lisa yang seperti tak puashati pinggan IKEA miliknye pecah. Lisa memandang kearah TV,dan hatinya berdebar bimbang. Perang sudah meletus? Dalam tak sedar airmata lisa menitis laju dipipi gebu itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan