4/12/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (5)

Dah 2 bulan berlalu lepas kes pengeboman kampung. Blanka dah kembali normal. Skang makin rajin memburu gadis khabarnye. Blanka blanka,hati kau cukup keras. Seminggu selepas kami dihantar pulang,kojang kawen dengan gadis bangi. Lakau menyusul lepas tu dengan menikah gadis pilihan opah die. Orangnye cantik,tapi tak secantik lisa aku la. Yang lain-lain maintain single. Dan 3 hari lepas aku lak menikah. Kenduri memang meriah,ramai orang cakap lisa beruntung bersuamikan aku. Aku buat-buat sombong sambil kunyah daging rusa.

"Sari berita utama. Perang telah meletus kembali. Negeri jiran telah menyerang dan menakluk negeri di selatan. Perdana menteri mengisytiharkan serang balik keatas negara jiran". Berita di TV mengejutkan aku dan lisa. Pihak tentera menghubungi aku,dan menyedari yang aku baru menikah dan pastinya masih belum puas bermalam dengan isteri,mereka memberikan masa 1 minggu lagi untuk serta tempur di selatan. Tapi panggilan dari lakau selepas itu membuatkan aku terpana.

"Wad,aku tau ko baru menikah. Mesti tak puas-puas lagi bantai bini ko,tapi ko taukan ape jadi kat selatan?" lakau bersuara lembut. "Aku dan budak-budak lain "ons" join perang nih. Aku tak paksa wad,tapi kalau ko join ok gak. Takde rase macam tak cukup korum. Kitorang pon takde la fikir ko fokus tala bini ko jek. Takde kitorang fikir ko lupe member. Tapi aku tak paksa tau wad". Celaka,asal ayat "tak paksa" ko macam babi.

"Aku tau kau. Akupon serba salah ni. Aku try diskus dengan bini aku. Pape aku roger ko".

"sape yang tepon ayang?" tanye lisa bile aku bermuke serius.

"Sayang,abang akan pegi keperbatasan esok." jawab aku takut-takut.

"Kite baru kawen ayang. Takkan dorang tak paham?" lisa dah macam nak marah-marah. "Kalau ayang pegi,kat mane tempat nye?"

"Mungkin di alor gajah." jawab aku dengar tak dengar.

“Ayang tak payah laa pegi sane. Bahaye la yang. Situ dah dekat sangat dengan kem musuh. Dah la kite baru kahwin” kate lisa surihani separa memujuk.

“Sayang jangan risau sangat ek. Ayang pegi dengan kawan-kawan ayang yang hebat-hebat. Lagipun takkan ayang nak biarkan dorang pegi sane tanpa ayang” jawab ku manja.

“Tapi…”

“Ayang jangan risau k. Ayang balik nanti kite terus pegi honeymoon kite yang tertangguh ni” jawab ku dengan konfiden padahal hati dah remuk.

***

Alor gajah merupekan kawasan panas. Kami diserang dengan begitu hebat. Kami perlu bertahan disini ataupon pihak musuh dapat bergerak mudah ke ibukota. Laluan ayer keroh telah dibom sehingga sukar untuk pihak musuh mara. Satu-satunya jalan adalah disini. Masalah utama adalah musuh kami kali ini adalah dari negeri jiran diselatan dan utara. Kuasa ketenteraan kami telah terbahagi 2. Ini menyebabkan mudahnya negeri di selatan ditakluk berbanding sebelum ini. Kami telak diasak begitu teruk,harapan terakhir adalah mengebom pusat simpanan artileri pihak musuh. 1 operasi yang berbahaya,tapi jika berhasil akan membuatkan pihak musuh berundur ke muar.

"Operasi ini dinamakan operasi artileri. Saya perlukan volunteer. 1 team yang kecil untuk mengelak dikesan oleh musuh. Dalam 6 ke 7 orang." Komander Bard bersuara. Kebanyakan kami diam,sebab kami tahu kemungkinan untuk terkorban cukup tinggi.

"Saya tuan. Dan saya volunteer untuk jadi ketua. Ahli yang saya nak terdiri dari blanka,butam,wad,kojang,bunek dan lakau." tibe-tibe nedjo bersuara.Eh,aku tak cakap pon aku nak join?

"Ned,saya puji keberanian kamu. Tapi saya suruh volunteer. Yang awak petik name member kenape?" komander bard bersuara.

"Saya yakin yang apabila mereka tau saya volunteer,mereka akan volunteer juge. Takkan mereka nak biarkan saya join operasi ni tanpa dorang" kata nedjo yakin.

"Kamu yang dah kene petik name tadi,setuju tak?" tanya  komander bard.

"Setuju komander" jawab kami seragam. Tapi seragam yang macam terpaksa,macam dibuat-buat. Faking,tak pasal-pasal aku kene join.

***

"Ned,asal ko tak petik nama cedoh,bujang atau kidok?" kojang bertanya ketika kami berjalan menuju ke lendu.

"Korang tak tau ke dorang injured time kene attack 2 hari lepas?" nedjo bersuara.

"Injured? Aku tak tau pon. Teruk ke?" tanya butam.

"Bujang kene tembak kat kaki. Cedoh ngan kidok cedera ringan kene bom tangan" jawab nedjo.

Selepas tu kami semua terdiam. Hanya kepulan asap rokok kelihatan. Terdiam mengenangkan nasib cedoh,bujang dan kidok,juge terdiam mengenangkan nasib kami dalam operasi ni. Aku harap semuanye berjalan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan