4/11/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (4)

Aku tenang duduk dipangkin menghisap rokok sambil menulis surat. Aku lihat lakau dikelilingi kanak-kanak yang tekun melihat die menghembus asap rokok berbentuk O. Butam dan bujang main kejar-kejar dengan gadis,macam celaka juge perangai dorang nih. Blanka tengah dating dan yang lain entah kemana. Sudah 2 minggu kami ditempatkan di sebuah kampung nun dinegeri selatan. Disebabkan kami merupakan perajurit bantuan,kami ditugaskan sebagai bekap dan diletakkan disini. Kami bertuah diletakkan di utara di negeri selatan dimana masih belum lagi dicemari dengan peperangan. Tapi nun di sempadan,peperangan sengit sedang melanda. Khabarnya keadaan cukup berkecamuk,tiada lagi sifat kemanusiaan. Badan yang kaku beserta darah bersepah-sepah disana-sini.

Tapi kami,seperti yang ditulis diatas,cukup bertuah. Kampung ni cukup aman,penuh dengan gelak ketawa dan gadis yang agak rare. Disini,kojang yang bermuke ganas pon tersenyum indah melayan gadis rare dan kanak-kanak riang.  Blanka dengar cite dapat ayat awek jilbab muke manis. Power jugak die mengayat sejak 2 menjak nih. Butam dapat ayat nurse tentera dengar cite. Lakau aku tak pasti,kejap cakap kapel dengan gadis kadet,kejap dengan artis. Nedjo cam biase,maintain dengan awek lame die. Yang lain-lain jenis berahsie memanjang.

Penduduk kampung sini memang ramah. Macam peperangan tak wujud. Kanak-kanak masih tenang main nyorok-nyorok dan tak takut hantu tetek. Dan lisa cukup gembira bila mengetahui akan keadaan aku disini. Aku selalu berutus surat dengan die,nak call tak boleh. Atas dasar keselamatan,sebarang komunikasi mestilah melalui surat ataupon kod morse demi mengelakkan pihak musuh mengetahui rahsia. Sedang asyik aku menulis,datang bunek disebelah aku. Aku hulurkan sebatang,die menolak lembut. Bunek ni heran aku,tak nak langsung isap rokok. Muke dah rock abes.

"Tulis surat kat sape wad?" tanye bunek sambil usha punggung awek yang melintas depan kami.

"Sape lagi,lisa la,cinta hati ku." jawab ku sambil hembus rokok mata pandang punggung gadis juge. "Sudah-sudah la nek usha tu,kang menaik pulak nanti" tegur aku. Bunek muke malu-malu.

"Ko pon gampang wad,tulis surat sambil usha punggung gadis." bunek counter bahan aku. Babi,die prasan jugak aku usha.

Sedang aku berborak dengan bunek,aku nampak kidok tengah jalan kearah aku bersama yang lain dan kanak-kanak.

"Wad,nek,jom mandi sungai. Budak-budak ni cakap ade sungai kat dalam hutan,air sejuk. Memang abeh bahgio la kito." kidok bersuara. "Jom la,kitorang dah tak sabar dah ni" kate yang lain. "Betul betul betul" jawab sorang budak. Peh,bajet comel lak budak tu cakap camtu. Aku jeling sket,terus diam budak tu.

"Ok la,jom. Tapi budak-budak tinggal" jawab aku. 4 5 orang budak buat muke bengis tanda protes.

***

"Aku rase aku dah jatuh cinta la" blanka tibe-tibe bersuara. Kami semua yang sedang enak bermandi manda,terdiam,tak menyangka blanka meluahkan perasaan.

"Bukan korang dah kapel ke? Hari-hari nampak ko ngan dak tu je." tanya aku.

"Memang,tapi sebelom ni aku nak buat main-main je. Tapi skang,aku dah jatuh hati btol. Aku nak kawen ngan die la." jawab blanka serius. Aku nak gelak,tapi tak sampai hati bile tengok die seserius tu. Dan yang lain pandang sesame sendiri bile tibe-tibe blanka nyanyi lagu 2 insan bercinta. Jahanam ape ni? Bile pulak die tau lagu melayu? Tengah sedap ka nyanyi,kedengaran bunyi letupan yang cukup kuat. Serentak kami berdiri. Langit kelihatan cerah tanda bukan guruh. Kelihatan asap memanjang menghala kearah kampung.

"Kampung kite!" jerit kojang memecahkan kesunyian.

***

Asap hitam berkepul-kepul,rumah terbakar,mayat bergelimpangan beserta darah dan hanya bunyi api memamah kayu yang jelas kedengaran. Tiada suara manusia,tiada suara gelak ketawa gadis manis dan rare,tiada suara kanak-kanak bermain riang. Budak-budak yang nak folow kami mandi terkulai tidak bernyawa  ditepi pangkin. Butam terduduk,airmata menitis dan telinga merah. Tiba-tiba blanka berlari kearah kampung.

"Wad ngan kojang folow blanka. Aku jage butam,yang lain pegi cari mangsa yang terselamat." nedjo mengarahkan kami. Pantas kami mengikut arahan die. Larian blanka cukup laju,sekejap je die dah hilang.

"Mane ka ni jang?"

"Ntah,laju pulak die. Die pehal nak lari mengejut? Macam nak cari..." belum sempat kojang menghabiskan kata-kata,aku dan kojang saling berpandangan. Sudah tau akan sebab blanka tibe-tibe berlari,serentak kami berkata "rumah gadis jilbab!". Kami terus berlari kearah rumah gadis jilbab dan melihat die sedang memangku seseorang. Dalam sayup-sayup,terdengar perbualan mereka.

"Awak jangan takut ye,takde pape jadi kat awak. Nanti medik datang,dorang tolong awak ye" blanka bersuara dengan suara bergetar.

Kojang berlari menjerit "MEDIK,MEDIKKK" sekuat hatinye. Tapi tiada sahutan. Tiada yang bernyawa kecuali kami.

"Takpe wak,saya tau saya tak hidup lama." kata gadis itu. Suasana cukup sayu.

"Jangan cakap camtu,awak boleh selamat. Dah lupe yang awak dah janji nak keluar dating dengan saya kat bandar. Awak tak boleh putus asa,awak bukan cedera teruk pon." kata blanka cube menyedapkan hati hadis itu. Gadis itu yang sudah hilang sebelah kakinya,rambut terbakar dan perut berlubang dipenuhi darah,tersenyum memandang blanka.

"Huhu,awak memang baik. Saya ingat janji saya tu." kata gadis itu tersenyum. Awak,awak sayang kat saya tak?" tanya gadis tersebut dengan suara yang semakin sukar untuk dikeluarkan.

"Sayang. Mustahil la saya tak sayang. Awak nak tau,saya nak kawen ngan awak. Awak nak tak? Tanya blanka. Tapi malangnya,gadis itu sudah pon tiada. "Kenapa awak diam?jawabla awak nak ke?" kata blanka yang mengharap jawapan dari tubuh kaku itu. Perlahan aku pergi ke blanka,meletakkan tangan kebahunya. Aku hanya mampu terdiam. Kulihat kojang berpaling kearah lain sambil tangan mengesat pipi. Blanka memeluk gadis bukan mahramnye itu,dan tangisannye membuatkan kami ikut serta menangisi akan nasibnya.

***

Trak tentera berlalu perlahan dijalan raya menuju ke ibu negara. Suasana sunyi,tiada lagi gelak ketawa kedengaran didalam trak tersebut. Masing-masing melayan perasaan. Negeri jiran yang risau akan tentera bekap yakni kami telah mengebom kesemua kawasan yang dirasakan tempat askar bekap berkumpul. Peristiwa pengeboman kampung kami 2 hari lepas menjadi isu besar didunia,dan atas desakan China dan Perancis,perang dihentikan setelah 15 hari bermula. Dan kami diarahkan berehat sehingga kami dipanggil bertugas.

Blanka selepas kejadian tersebut kelihatan seperti biasa,tapi kami yang mengenalinye sedar bahwa hatinye masih terluka. Gelaknye seperti dipaksa-paksa,cuba untuk menutup kesedihan dihati. Dan aku ingin sekali menikahi lisa secepat mungkin,agar aku tidak menyesal di kemudian hari,seperti sesalan ka. Sayup-sayup terdengar lagu yang dipasang oleh pemandu trak kami.

Do you know what's worth fighting for?
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?

"Semoga tiada lagi peperangan didunia. Semoga tiada lagi orang merasai ape yang aku rasa" kata blanka perlahan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan