4/14/2011

Tragis

1. Setahun yang lepas motor aku ade problem. Problem biasa-biasa bagi seorang penunggang motor berkuasa rendah yang berulang-alik ke tempat praktikal yang jauh,yakni rantai longgar beserta minyak hitam kene tukar. Macam biasa,aku akan servis dekat kedai moto melayu belakang rumah aku nih je. Atas dasar nak tolong melayu,dan mereka pon buat bagus,cume kene bayar lebih seringgit dua berbanding kedai motor mata sepet. Dan kedai motor ni pon selalunye ade gadis rempit budak sekolah yang kalau kite salah langkah seperti terlanjur contohnye,hulur jela punggung untuk disebat.

2. Jadi atas dasar semangat melayu dan gadis rempit,lepas keje aku terus tuju kedai ni. Tempat praktikal aku tidak menerapkan peraturan pemakaian,jadi aku hanya berseluar jeans lusuh jenama murah dan jersi arsenal beli kat padang besar,aku park motor dengan steady didepan kedai. Nasib aku baik,ade gadis rempit 2 orang. Celaka,muke manis pon jadi rempit. Memang trend muke manis nih jadi rempit atau klcc ke skang nih? Lepas setel repair motor aku dengan tuning rossi,aku yakin motor ni boleh pegi jauh. Aku hulur duit,dan disahut dengan soalan "brader keje peon kat mane?"

3. Harini aku pegi hospital untuk appointment dengan doktor. Nurse maintain rare. Aku terus tukar mode pemburu gadis dan mata aku bergerak-gerak seperti haiwan yang liar. Tengah sedap mata memburu,sorang mamat datang dan berbual. Lebih kearah berborak kosong sebenarnye. Mamat tu cite la yang die dah keje dan macam-macam lagi. Atas sebab keramahan beliau,aku terpaksa hentikan mode pemburu untuk fokus pada perbualan. Tibe-tibe aku dituju 1 soalan, "ko keje peon ke kat port klang?".

4. Babi,dah 2 kali orang tanya aku keje peon. Jelas sangat ke muke aku ni muke peon? Tiap-tiap kali aku tengok cermin,macam muke CEO yang berjaya je aku rase.

2 ulasan: