7/30/2011

Prajurit dsl218 - Cemas

3 orang kadet depan aku tengah bersunguh-sungguh menghisap rokok. 3 orang kadet ni jenis kemas dan tak suke mencemarkan jantung masing-masing telah dipaksa oleh kojang dan nedjo untuk menghisap 10 batang rokok dalam mase 3 jam. Bagi penghisap rokok yang tegar, 10 batang dalam masa 3 jam ibarat aur dengan tebing. Tapi bagi kadet muda didepan aku, inilah cabaran terbesar dalam karier hidup mereka sebagai seorang manusia yang berbaju kemas. Tapi kojang dan nedjo bukan sebarangan menghukum mereka. Berpegang pada prinsip "yang tua dihormati, yang muda dibuli", mereka mengajar mereka apa itu hormat dan apa itu bangsat.

Kadet muda ini telah melanggar 1 pantang larang terbesar, yakni menegur senior dengan cara paling bangsat sekali. Tengah tenang kami menghisap rokok, boleh pulak kadet ni berdiri depan pintu dan sound kami pasal bahayanya menghisap rokok dan kesan pada alam sekitar. Ini memang mendatangkan kemarahan pada kami, lantas dengan pantas kojang dan nedjo memberi pengajaran yang berguna pada mereka. Semua dalam bilik itu dalam keadaan serius, kecuali lakau. Senyuman die tak putus-putus. Ape taknye, disebabkan masing-masing saving rokok, lakau sebagai pengedar sah rokok batang dalam kem kami berjaya menjual 60 batang rokok yang dinaikkan harga sesuka hati dalam masa kurang dari 5 minit. Ini merupakan 1 rekod kerana mengikut trend penjualan rokok lakau, amat sukar jualan rokoknye mencapai target harian jika baru lepas bercuti panjang. Ape yang membuatkan lakau paling gembira, separuh dari rokok yang dijual itu masih di tangan lakau.

"Dengan korang aku tak jual rokok batang, aku jual sekotak terus. Jadi korang kene beli 3 kotak. Tapi korang ambik separuh je, lagi separuh bagi aku sebab korang tak hisap rokok dan membazir itu amalan iblis" kata lakau tenang. Reputasi lakau sebagai penjual rokok yang berjaya mendatangkan cemburu pada pesaing-pesaing lakau. Tapi lakau memang hebat, marketing die bagus, collection die pon handal. Kalau die jual rokok sebatang, elok selesai transaksi pembayaran serta akad jual-beli,serta-merta lakau minta setengah. Ramai jugak yang frust dengan sikap lakau, tapi hanya lakau yang menerima hutang. Bila lakau collect hutang, jangan harap dapat sembunyi. Tengah tidur pon die kejut semata-mata nak collect 20 sen hutang rokok. Melihat lakau, aku dapat membayangkan yang masa depan die bukan sebagai perajurit tetapi seorang usahawan yang berjaya.

Tengah sedap aku tengok 3 kadet tu termengah-mengah hisap rokok dan ade yang dah termuntah, dari jauh aku nampak 1 kelibat manusia yang berlari pantas. Berdasarkan susuk tubuh yang genit dan kelajuan larian itu, memang sah itu butam. Bersungguh-sungguh butam lari sampai kepala kedepan konon-kononnye boleh potong angin. Tangan pon dilunjur ke belakang untuk efek aerodinamik. Entah buku sukan mane yang mengajar die buat camtu, tapi butam memang laju bile die berlari camtu. Sampai didepan kami, dengan termengah-mengah dan tercengang-cengang tengok 3 orang kadet mencangkung hisap rokok, butam bersuara "Blanka" sambil menyedut oksigen secukupnya untuk paru-paru berfungsi seperti biasa.

"Kenapa dengan ka?" tanye aku. Butam tak pandang aku, tapi pandang sorang kadet dan mintak rokok sepam dua. Kadet tu cube bagi 2 batang rokok, tapi bile kojang pandang sipi kat kadet tu, dengan senyum kaget die simpan balik rokok tu. "Rambo jugak kojang ni" bisik hati kecil aku.

"Tam, kenapa dengan ka?" tanye bunek lembut. Bunek selepas kes geget-geget, lembut je perbualan die. Tanye pon style ayah-ayah je.

"Ringtone henpon ka lagu Katy Perry tajuk TGIF!" kata tam tegas dan konfiden. Serentak kami semua muntah diiringi oleh kadet yang muntah juge disebabkan terlalu banyak menghisap nikotin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan