Azan dah berkumandang, tapi atas meja hanya ada kotak rokok. Aku tengok meja-meja lain dah berisi juadah. Mendidih juge darah aku. Paling kodi pon letak le air basuh tangan buat penyeri meja. Aku cube bersabar, mungkin tokey kedai ni nak buat kejutan. Tapi bile difikirkan balik, kedai mane yang buat kejutan yang boleh mintak dilibas parang dekat keting?
Tibe-tibe ade pergerakan dari meja lain yang seperti kami, masih tidak mendapat juadah, menuju ke kaunter. Aku syak ade pertumpahan darah berdasarkan muke brader tu yang cukup tegas. Mungkin juge muke brader tu tegas sebab tak larat dengar anak die asyik bertanye pasal makanan. Berdasarkan keaktifan dan bentuk badan budak tu, 93% kemungkinan die baru pekena vitagen dalam kereta sebelum sampai bagan lalang. Botol susu pon aku nampak budak tu genggam kemas dalam dakapan. Celaka, kecik-kecik dah pandai demand.
Sedang aku asyik melihat orang berkumpul dikaunter, kemudian baru aku perasan yang dekat kaunter ade hidang air sirap free untuk orang yang belum dapat juadah. Bergegas aku ke kaunter hanya untuk melihat cawan dah habis dan sorang brader cina tengah genggam kemas cawan tunggu giliran. Faking ah, die boleh buat muke tak bersalah beratur. Aku balik meja dengan muke hampa. Nasib baik blanka bawak 1 cawan penuh air sirap. Boleh jugak minum seteguk dua. Dan blanka memang tinggalkan aku cukup-cukup seteguk dua untuk aku minum. Lepas minum, aku terus ke luar kedai untuk membakar.
Puak lelaki yang merokok pantas keluar kedai untuk merokok juge. Sambil hisap rokok, sambil bercerita. Boleh juge hilangkan lapar. Manakala di meja, muke puak gadis dah mencuke. Amboi, bukan main lapar lagi mereka. Genap 2 batang rokok dan jam mencecah pukul 8.05 pm, makanan pon sampai. Pantas kami membasuh tangan dan mencedok nasi ke pinggan. Semua fokus dengan makanan. Lakau pule cukup riang buat lawak tak kene tempat. Nasib baik iman kami masih kuat. Masing-masing diam bile menyuap nasi ke mulut. Aku mulekan dengan menggigit sotong goreng tepung. Perghh, die punye sedap macam cinta pertama. Aku dapat bayangkan aku berlari ditepi pantai sambil mengibas-ngibas kain putih.
Suasana hening time tu. Bersuara pon masa nak mintak makanan. Tengok meja lain tak habis makanan, kami mengofferkan diri untuk menghabiskan. Paling legend bile lakau nak ikan siakap, padahal dalam pinggan penuh lagi dengan isi ikan. Lepas makan, aku keluar lagi untuk merokok. Mana-mana yang dah habis makan semua duduk luar hisap rokok kecuali bunek. Tengah sedap merokok, kojang dah mintak duit nak bayar. Time ni semua melayu habis, semua nak bayar murah. Tapi lebih kearah bergurau sebenarnye, tapi kate la kojang sanggup belanja, memang aku on saje.
Selesai sesi makan, kami bercadang untuk melepak di putra tengok bola. Melepak di maple dabel sememangnye jarang menghampakan. Gadis gomen sungguh manis dipandang. Sayang meja full dan kami tak dapat tengok bola. Ape yang kami mampu lakukan hanyalah berborak dan usha betis gadis. Indah juge feeling time tu. Lepas hampir 2 jam melepak, kami semua beredar pulang. Ape yang aku boleh katekan, ini event dsl218 paling berjaya setakat ini apabila kedatangan adalah 90%. Ape yang mengharukan adalah cedoh dan bujang juge sanggup mencemar duli untuk datang ke majlis yang sungguh marhaen ini. Oleh itu, aku memberikan rating A untuk event yang sangat cemerlang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan