4/16/2012

Cinta Hujan 6

Mungkin sudah sampai saatnya kita dikenalkan dengan watak wanita utama. Dia adalah seorang gadis yang begitu indah sekali untuk ditatap. Kulitnya putih gebu, badannya kurus begitu cocok sekali dengan ketinggiannya. Rambutnya hitam panjang sekali, diikat kemas dibelakang dan dibiarkan jatuh sedikit menghala kekanan mukanya. Mukanya bujur, susunan mata, hidung dan mulutnya begitu kemas. Dan yang menarik sekali, terindah hias dipipinya apa yang dipanggil lesung pipit.

Pakaiannya mudah, tidak berlebih-lebih. Boleh dikatakan minimalis sekali. Aksesorinya begitu mudah, dengan rantai berbuahkan emas berbentuk hati, kasut yang begitu comel dan stokin yang comel, dia pasti membuatkan sang lelaki begitu teruja. Suaranya merdu, begitu cocok dengan percakapannya yang kemas dan teratur. Apabila gelak, dia gelak dengan begitu ikhlas. Itulah Yoona Farhana, atau lebih mudah dipanggil Yoona, seorang gadis yang begitu tertib sekali.

Dilahirkan anak tunggal dari keluarga yang sederhana, dia dihadiahkan dengan ibubapa yang penyayang. Dia tidak mudah mendapat hadiah dari ibubapanya, dididik dengan sifat berdikari. Ini menjadikan dia sangat menghargai setiap pemberian ibubapanya. Tapi sayang, dia tidak dapat bermanja lama-lama dengan ibubapanya. Sudah takdir, ibubapanya kemalangan jalanraya ketika ingin membelikan hadiah harijadi anak kesayangannya. Oleh itu, dia menumpang kasih pada neneknya yang sudah uzur. Tetapi jarang sekali dia menangis, apatah lagi mengeluh akan nasibnya. Dia meneruskan hidupnya tanpa perlu merengek-rengek didalam fesbuk mahupun tuitter seperti gadis sezaman dengannya.

Dan semua ini Jack ketahui hanya melalui membaca diari gadis tersebut. Melalui intuisi dan deduksinya, dia yakin sekali bahawa inilah gadis yang dicintainya. Gadis yang membuatkan dirinya yakin untuk bercinta. Gadis yang membuatkan dirinya yakin untuk dinikahinya, Dan gadis yang membuatkan dia yakin bahawa inilah orang yang akan dia kongsi segala yang dia ada sepanjang hidupnya.

Setelah membaca diari tersebut, Jack dengan begitu bersemangat meneruskan lukisannya. Tak perlu Jack menatap gadis itu lagi kerana otaknya sudah dipenuhi dengan imej gadis tersebut. Dan Jack menghabiskan hampir 5 hari tidak pulang ke bilik yang dikongsi bersama sahabatnya semata-mata untuk menyiapkan lukisan tersebut. Dan pengorbanan Jack inilah yang bakal menyentuh jiwa gadis manis itu...

Cinta Hujan 5

Dimulakan dengan satu lukisan membujur, kemudian 2 garisan yang kelihatan selari dibawah serta garisan-garisan lain, sudah semakin jelas bahawa Jack sedang melukiskan gadis tersebut. Matanya kejap-kejap melihat gadis tersebut sambil tangannya lincah menconteng kanvas. Gadis itu yang tidak sedar bahawa dirinya sedang diportrait oleh seorang bakal seniman, terus tenang duduk dikerusi taman itu sambil membaca buku. Dengan dilimpahi sinaran matahari, ia menyerlahkan lagi wajah gadis itu yang cukup suci.

Jack yang bagaikan dirasuk itu terus-terusan menconteng kanvasnya itu. Dia tidak perlu lagi untuk merenung 5 minit sebelum melukiskan gadis itu. Otaknya sudah merakam dan tangannya tahu membuat kerja. Gadis itu masih disitu lagi, sedang menulis sesuatu pula. Melihatkan gadis itu tekun menulis membuatkan Jack yakin bahawa gadis itu akan duduk lebih lama disitu. Jack terus melukis dan hidup dalam khayalan. Farah yang sedar bahawa Jack tidak berminat dengan syarahannya perlahan-lahan mengundurkan diri dengan muka segan-segan.

Ketika Jack sedang asyik melukis, gadis tersebut bangun dan meninggalkan taman itu tanpa Jack sedari. Apabila Jack kembali merenung kerusi itu, Jack hampir-hampir terduduk. Kerusi itu sudahpun kosong. Entah mengapa Jack berlari keluar dan terus menuju ke taman mencari gadis tersebut. Walaupun Jack tahu bahawa jika dia menjumpai gadis tersebut, dia akan tersenyum bangang keseorangan tetapi Jack tetap mahu menatap wajah gadis itu walaupon sesaat. Setelah berlegar-legar ditaman itu hampir 11 minit, Jack berjalan frust menuju ke kerusi tempat gadis yang dicintainya.

Dengan tangan digenggam erat, Jack merenung kebumi sambil memikirkan gadis tersebut. Entah apa luck Jack, dibawah kerusi itu ada sebuah buku. Perlahan-lahan Jack mengambil buku tersebut dengan hati berdebar. Terpampang didepan buku itu, nama pemiliknya. Yoona Farhana Binti Ahmad Kamil. Ah, indah sungguh nama pemilik buku ini. "Jangan-jangan ini buku gadis tadi" bisik hati Jack mengharap. Tanpa membaca Bismillah, Jack membuka buku itu. Ahh, ini diari! Dan didalam diari itu terdapat coretan tangan yang begitu kemas serta sebuah gambar. Gambar yang meneyebabkan hati Jack berdegup deras. Gambar seorang budak perempuan bersama ibubapanya. Jack tahu benar itu gambar cinta hatinya kerana kesucian muka budak didalam gambar itu masih terpampang pada wajah gadis itu sekarang.

Belum sempat Jack membaca diari itu, dia disapa oleh Zack dan A1 yang kebetulan sedang ponteng ditaman itu menghisap rokok. Jack pantas menyembunyikan diari di dalam poket bajunya dan menghadiahkan senyuman yang dibuat-buat. Dalam hati, Jack begitu ingin memberi lutut di halkum kedua sahabatnya yang mengganggu Jack meneruskan membaca diari gadis itu...

4/15/2012

Cinta Hujan 4

Jack kembali ke bilik lukisan dan menuju ke ruang lukisannya. Tanpa sebarang signal, Jack membakar rokok, duduk dan merenung kanvas kosong didepannya. Kepalanya berligar-ligar memikirkan perbualan dengan Datuk sebentar tadi. Perbulan itu begitu ganjil. Dia ada mendengar ura-ura bahawa Datuk itu berkenan untuk menjodohkan dia dengan anak gadisnya. Anak gadis datuk itu sungguh pergi orangnya. Dengan kulit putih gebu, berleher jinjang, bermuka kemas dengan solekan penuh, badan yang menyelerakan kerana berpakaian begitu menjolok mata, kaki yang panjang dan putih, adalah begitu mudah untuk menarik perhatian lelaki seperti penulis. Tetapi tidak Jack. Jack mendambakan gadis yang minimalis tetapi masih ada rupa. Celaka juge ko ni ye Jack.

Apa yang membuatkan Jack tidak berkenan adalah kerana anak datuk itu, eloklah kita memanggilnya dengan nama betulnya, Sofia, adalah seorang gadis yang begitu kebandaran. Masih utuh di ingatan Jack ketika pertama kali bersua dengan Sofia. Sofia dengan jelas menunjukkan kejelekan kepada Jack yang ketika itu begitu serabai setelah berhari-hari menyiapkan lukisan abstraknya bertajuk "Haiwan liar" yang memenangi anugerah lukisan terbaik anak mudak anjuran kementerian alam sekitar. Sebagai bakal anak seni, Jack begitu terpukul akan layanan Sofia. Tetapi jikalau benar Datuk berkenan untuk menjodohkan mereka, adalah sukar untuk Jack menolak kerana Jack begitu mengagumi idolanya itu.

Tanpa sedar, Jack telah membakar 5 batang rokok tanpa henti. Dari sudut jauh, kelihatan seorang gadis bertudung kemas mengikut fesyen masa kini memandang jelek pada Jack. Dengan langkah yang tegas, dia menghampiri Jack. Gadis tersebut adalah Farah, seorang gadis yang begitu indah untuk ditatap. Tetapi dia merupakan seteru kepada Jack kerana sentiasa mendapat nombor 2 di setiap keputusan peperiksaan mahupon pertandingan lukisan. Farah juga memiliki personaliti yang kurang disenangi Jack. Dia begitu gemar memberi syarahan kepada sesiapa yang tidak disukainya. Dengan menekup hidung dan menjegilkan mata, Farah menegur Jack tanpa berhemah.

"Woi bodoh, hisap rokok pergi la kat bilik ko. Busuk ko tau tak? Asap rokok ni boleh menyebabkan muka aku berkedut. Bodoh punye orang" tegur gadis itu tanpa memberi salam. Jack memandang sayu Farah. Sayang, mukanya cantik tetapi tiada adab. Entah bagaimana nasib Johari selaku teman lelaki Farah menghadap mulutnya yang begitu kurang ajar.

"Minta maaf Farah, aku kusut sangat. Aku bukak tingkap ye hembus kat luar. Aku minta maaf sangat-sangat" kata Jack dengan ikhlas. Farah seperti tidak berpuas hati melihat Jack menjawab dengan begitu berhemah terus memberi syarahan "Rokok dan bahayanya kepada populasi dunia". Syarahan itu adalah syarahan disukai Farah kerana dia yang menulis syarahan tersebut sehingga memenangi pertandingan syarahan sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Langat suatu masa dulu.

Jack yang kelihatan tidak selesa mendengar syarahan tersebut pantas membuka tingkap dan merenung taman diluar. Sedang dia asyik menghembuskan asap sambil memekakkan telinga, matanya menangkap satu tubuh manusia. Manusia yang sangat ingin dia lihati lagi. Manusia yang menyebabkan Jack tidak lalu tidur malam jika tidak menyanyi lagu "Malam bulan dipagar bintang" bak 2 3 round. 3, 2, 1, dan hatinya telah dirasuki cinta sekali lagi. Otaknya melupakan seluruh perasaan kucar-kacir yang dihadapinya tadi. Di matanya, gadis cinta 3 saat yang dijumpainya dahulu sedang duduk-duduk dibangku sambil membaca novel. Gadis itu berpakaian mudah dengan rambut tersisir kemas. Wajahnya begitu kemas dan tenang sekali, bagaikan dunia ini tiada cacat celanya.

Jack pantas mengambil kanvas dan mula menconteng kanvas tersebut. Dan dia tanpa menyedari melukis gadis 3 saat itu. Dan benarlah kata pujangga, ketika cinta berbisik, dunia ini tenggelam dalam bisikan cinta...

Cinta Hujan 3

"Kau seorang pelajar yang bagus Jakfar. Tapi saya hairan, mengapa kamu tidak sekali melukis portrait?" soal seorang lelaki berambut panjang beruban. Rambutnya itu tidak disisir dengan bagus, diikat pula dibelakang seakan ekor kuda liar kelaparan. Bajunya kemeja kotak-kotak tidak diseterika maka tidak kemas, seluarnya terconteng dengan kaler-kaler kuning merah ungu dan menjengkelkan mata melihat. Apa yang mengejutkan adalah dikala umurnya yang tua itu, mukanya begitu kemas sekali. Kumisnya digunting nipis dan kedutannya jarang-jarang.

"Ada sebabnya saya tidak melukis portrait Prof" jawab Jack. Perlahan dia menyeluk sakunya untuk mengeluarkan rokok berjenama Dunhill sebelum teringat bahawa die didepan pensyarah yang diseganinya. Datuk Dermaga Sakti, itulah nama pemilik lelaki tua beruban itu. Dia merupakan seorang anak seni yang begitu terkenal sekali. Pernah ditawarkan menjadi Dekan tetapi menolak kerana ingin dekat sama pelajarnya. Khabar angin mengatakan pernah terjadi perang saudara di sebuah negara Afrika kerana berebutkan lukisannya.

"Boleh saya tahu apa sebabnya? Saya ini berasa curious juga sebenarnya" kata pensyarah tua itu dengan bahasa pasar yang kelihatan tidak kena dengan semangat kempen Cintakan Bahasa Kita. Jack merenung lelaki tua itu dengan perasaan kagum. Kagum kerana walaupon bergelar Datuk, dia terlalu merendah diri. Dia juga seorang yang kaya, lukisannya yang terbaru bertajuk "Ikan siakap gelama ikan duri" telah dibeli oleh saudagar IT di Jepun dengan harga USD 35,000. Khabarnya dia membuat renovation rumah adik beradiknya tanpa menggunakan sesen pon duit tersebut. Khabarnya juga adik beradiknya begitu angkuh sekali dengan orang kampung setelah rumah mereka begitu indah.

"Saya hanya akan melukis portrait orang yang saya cintai Prof. Dan orang itulah yang akan saya lukiskan sehingga akhir hayat saya" Jawab Jack bersungguh. Matanya berkaca tak tahu kenapa.  Apa yang menghairankan mata Datuk itu juga berkaca. Ahh, hati seoang seniman memang begitu deep sekali.

"Syabas anak muda. Engkau mempunyai semangat lamina yang begitu utuh. Saya berbangga sekali dengan kamu" kata datuk itu dan meninggalkan Jack. Sayup-sayup dari belakang Jack melihat Datuk itu mengelap matanya dengan menggunakan lengan baju. Jack menggeleng-gelengkan kepalanya tanda hairan dengan scene tadi...

4/12/2012

Cinta Hujan 2

Malam itu, Jack duduk-duduk di balkoni bersaksikan bintang dan bulan sambil memetik kod gitar "Malam bulan dipagar bintang" nyanyian Allahyarham P.Ramlee. Entah mengapa hati Jack begitu terusik sekali malam ini. Hatinya telah penuh dengan cinta kepada gadis 3 saat yang ditemuinya pagi tadi. Perbuatan Jack dipandang dengan begitu tekun sekali oleh sahabatnya Zack. Dengan langkah yang kemas dan teratur, Zack menghampiri Jack.

"Aku tengok kau ni bagaikan pungguk rindukan bulan. Ape sebabnye" tanye Zack kemas sekali. Pertanyaan Zack itu mengejutkan Jack yang begitu tekun memetik kod gitar.

"Tiada apa-apa. Engkau ni apehal berperibahasa malam-malam camni? Gusar pule aku" kata Jack cuba berselindung.

"Sudahlah Jack, tak perlu lagi kau nak berdolak-dalih dengan aku. Sebagai sahabat kau yang paling rapat, aku tau kau ada masalah" Jawab Zack yang bagai tak menjawab soalan.

Jack mengambil nafas dengan begitu dalam. Hatinya berfikir, "patutkah aku menceritakan hal pagi tadi. Ia terlalu remeh buat lelaki kasanova seperti Zack. Tetapi, Zack la sahabat baikku. Ketika aku tiada rokok, dialah orangnya yang berkongsi rokok sehingga pinjaman pelajaran aku masuk. Dialah sahabat yang banyak berbudi pada aku'" getus hati Jack. Jack mengeluarkan rokok disaku, mengeluarkan sebatang dan perlahan-lahan meletakkan di bibirnya. Jack kemudian memetik lighter, bagus sekali pembakaran lighter itu kerana dengan 2 3 kali pam rokok itupon hidup dengan kemas. Perbuatan Jack itu diperhatikan Zack dengan penuh debaran tidak terhingga.

"Aku jatuh cinta Zack" luah Jack mengejut.

"Jatuh cinta? Engkau? Kau biar betul?" Soal jack 3 kali tanda terkejut.

"Betul Zack. Aku jatuh cinta. Ini kali pertama aku berperasaan sebegini. Apa patut aku buat Zack?" keluh Jack perlahan.

Zack memandang Jack dengan tajam, dan dia menyedari ini bukanlah gurauan. Pertama kali dia mendengar Jack bersusah hati tentang cinta. Dan sebagai seorang sahabat, Zack perlu lakukan sesuatu. "Siapa gadis yang berjaya membuatkan sahabat aku sebegini rupa?" soal Zack dengan nada yang berhati-hati.

"Aku tak tau. Aku tak mengenali dia Zack. Aku hanya berselisih dengan dia. Dan dalam masa 3 saat, aku tau aku sudah jatuh hati padanya." jawab Jack tanpa berselindung.

Zack mengambil kotak rokok Jack, mengeluarkan sebatang dan membakar secara terburu-buru. Hati Zack begitu bercelaru, bercelaru kerana pertama kali dia mendengar permasalahan sebegini. Ini adalah terlalu rumit untuk Zack memberi bantuan. Hanya 1 penyelesaian...

"Jack, aku ingat aku nak tidur dulu la. Esok jangan lupe kejut aku." kata Zack terburu-buru meninggalkan Jack yang terpinga-pinga...

4/11/2012

Cinta Hujan

(Sebuah adaptasi  dari drama korea dibintangi gadis yang aku minati yang telah diubahsuai demi memenuhi sensitiviti melayu)

Cinta ini datang dalam pelbagai bentuk. Ada cinta pandang pertama, cinta dekat kawan sendiri, cinta makwe orang lain, cinta dekat artis dan mungkin cinta mukabuku seperti yang selalu dinyanyikan oleh artis youtube. Ok, cinta mukabuku tu tak kelakar.  Tapi pernahkah anda semua mendengar cinta 3 saat? Ya, cinta ini memang rare sekali. Itulah yang terjadi pada Jakfar, seorang watak utama dalam cerita kali ini. Jakfar, ataupun lebih suke dikenali sebagai Jack adalah lelaki yang popular dikampus. Mengambil jurusan senilukis, dengan muka yang menawan serta nama timangan yang kebaratan, Jack pantas menjadi tarikan dikampusnya. Tetapi Jack merupakan seorang lelaki yang misteri kerana selama 2 tahun pengajian dikampus, Jack tidak pernah sama sekali berpacaran.

Tapi Jack bukan keseorangan. Jack beserta 2 sahabat yang lain adalah tumpuan utama gadis dikampus. Zakaria ataupun Zack adalah lelaki metropolitan yang begitu kemas penampilannya serta hadir dari keluarga yang begitu mewah. Zack yang merupakan pelajar komunikasi media juga seorang yang berbakat dalam mengayat gadis dan pernah digelar kasanova bangsat oleh warga lelaki di kampus. Seorang lagi sahabat Jack adalah Azwan atau lebih mesra dipanggil A1 (Sebutan A-One) yang mengambil jurusan seni musik seorang yang berpenampilan sederhana tetapi begitu berbakat dalam permainan musik dan menyanyi. A1 pula seorang lelaki yang memiliki falsafah FAK U gadis setelah cintanya tidak pernah berbalas sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Selesai sudah sesi pengenalan watak, kita kembali pada cerita asal. Cinta hujan ini bermula apabila Jack yang terlewat bangun kerana menonton rancangan Kpop dimalam hari tergesa-gesa pergi ke kelas. Dalam perjalanan, Jack berselisih dengan seorang gadis yang kelihatan begitu kemas dengan adab ketimuran. Hanya 3 saat diperlukan untuk otak dan hati Jack bersetuju bahawa itulah gadis yang patut dinikahinya. Jack berhenti dan memandang sayup-sayup belakang gadis tersebut mengharapkan gadis itu menoleh dan memandang Jack. Sayang sekali, pada ketika itu gadis tersebut begitu tekun bermain twitter menggunakan telefon pintar beri hitam.

Dan Jack yang kelihatan kecewa membakar rokok Dunhill sambil menghembuskan asap perlahan-lahan tanda efek sayu yang mendalam. Jack ponteng kelas dan bermain judi terup online sepanjang hari tersebut....

2/09/2012

CerTot (Cerita Kontot)

Suasana bilik tu agak terang. Meja bulat itu dikelilingi 3 orang yakni aku, tam dan juge kojang. "Prap prap prap" bunyi kad terup sedang di "cong". Kami bertiga sedang bermain blackjack dan kojang sebagai banker. Tam menyalakan rokok. Aku dengan tidak mahu mengalah pada tam, menyalakan juge rokok untuk menambahkan feel kasino haram. "Zas zas zas" bunyi kad sedang diagihkan. Aku meletakkan pertaruhan 20sen keatas meja.

Dengan berhati-hati aku membuka kad pertama aku. Cantik! Kad pertama aku Queen heart. Dalam hati aku berdoa agar kad kedua Ace. "Dup dap, Dup dap" bunyi jantung aku tanda berdebor. Cilake, kad kedua aku 3 Diamond. Sebagai orang pertama, aku pantas mengambil kad di deck dan membukanye perlahan-lahan.

"Rolly, rolly rolly poly" bunyi makwe korea menyanyi kat kaca TV lakau yang cukup HD. "Amboi, bukan main manis lagi makwe ni menyanyi" kata hati kecil aku seakan memujuk aku tatkala aku nak menitik airmata bile bukak kad dapat King Heart.

1/15/2012

Rim Sukan

"Wad, ko bangun pagi-pagi. Kite gerak pukul 8-8.30 ke putra ambik tam pastu terus shoot pegi ah kit proniaga" kata ka kepada aku pada malam jumaat di Canai. Lepak canai ni best, makwe manis banyak. Tapi malam tu tak berape funky, tak banyak makwe. Ok, kembali kepada ayat ka tadi, ape yang pelik dengan ayat  ka tadi? Bijak, ayat bangun pagi tu yang pelik. Rekod ka bangun pagi memang diragui. Tapi bile die buat muke serius, aku rase aku tak patut hancurkan harapan ka nak tengok kereta die dipasangkan rim sukan. Baru kereta ala-ala perlumbaan.

Tapi ka tetap ka, betapa konfiden pon die malam tu, die tetap akan jadi ka balik keesokan harinye. Aku bangun pagi pukul 8, hisap rokok kejap dan terus mandi. Lepas mandi, lepak-lepak kejap sebelum aku mesej die. Lebih dari sejam henpon aku tenang tanda tiada balasan dari ka. Kadang-kadang aku merasa menyesal dengan kebodohan aku yang begitu percaya pada kata-kata ka.

Dalam pukul 10.45, die reply dengan begitu bersahaja. "Aku tengah berak, 11.30 aku sampai". Dan ka sampai 11.38, menitik juge airmata aku bile die cume lewat 8 minit. Dengan menaiki perdana auto, kami bergegas ke putra untuk ambik tam. Dalam perjalanan, kami telah ditapau oleh satria neo. Selepas puas ditapau, kami pon mengambil tam dan terus ke barra untuk meratah makanan dan juge untuk santapan mata. Ketibaan kami tepat kerana nedjo juga sampai tepat pada masanya. Hairan, barra tidak menyajikan makwe-makwe yang rare kali ni. Cume nasib kami agak baik pabila barra menyediakan ayam goreng barralicious yang pada pendapat aku tidak jauh bezanya dengan ayam goreng pasar malam.

Selepas puas makan, kami bergegas ke ah kit proniaga. Tiada apa yang menarik disini kerana aku tak tahu bercerita mengenai hal-hal kereta. Cume aku berjaya mengagumkan ka apabila aku menyebut RX7 dengan panggilan FC. Syukur, cite kartun initial D membantu aku dalam hal sebegini. Selepas menukar rim sukan, kami terus ke putra untuk melepak di maple dabel. Dan ya, tiada makwe yang rare juge disini.

ok lah, setakat ini sahaja cerita aku. Sebenarnye ade lagi, tapi bila dah 2 tempat takde makwe rare aku rase frust pulak nak menulis lagi.

1/11/2012

Menjamu selera

"Kruk kruk kruk", bunyi perut aku berbunyi. Berdebar jugak aku, lain macam bunyi. Selalunye bunyi-bunyi camni datang dalam pukul 2 atau 3. Aku rasa gelisah, sekarang baru pukul 12.30. Kalau aku keluar sekarang, konfem-konfem aku makan sorang-sorang. Tapi mengenangkan lapar yang padu sebegini, aku gagahkan juge intercom brader atas ajak makan sekali. Macam faking, ramai pulak kastemer kat atas sampai tak cukup tangan brader nak keluar lantas minta aku tapaukan nasi untuk die. Belum sempat aku keluar, berbunyi pulak henpon. Panggilan dari kakak diatas, juge meminta tapau nasi. Fikir punye fikir, aku gagahkan jugak la pegi menapau nasi dan makan sekali dengan dorang.

Turun bawah, hujan bukan main lebat lagi. Aku tengok bangla lintas jalan lenjun kene hujan walaupon tak la jauh mana. Kesian jugak aku tengok bangla tu terkial-kial nak bakar rokok die yang kebasahan yang entah jenama apa. Aku hampir berputus asa sebelum perut aku yang dapat mengesan niat aku terus mengeluarkan bunyi sekali lagi, "kruk kruk kruk". Kagum jugak aku dengan perut aku ni. Tau je die niat aku. Tanpa berfikir panjang, aku ke parking ambik payung.

Aku buang perasaan malu, bukak payung, bakar rokok dan melintas jalan. Aku mengharapkan agar gambaran aku meredah hujan sambil merokok itu kelihatan seperti jantan yang berlakon dalam cerita sekolah jepun yang asyik bergaduh, bukan berdemo macam adam adli. Ok, tak kelakar. Kalau anda tak tahu mamat mane yang aku maksudkan, nah gambar :-

Kool kan? hikhikhik

Dengan langkah yang disusun kemas, aku melangkah dengan penuh yakin ke kedai makan. Dengan muke yang yakin, pelan-pelan muke aku bertukar kelat. Sampai kedai, ade sorang makwe tengah makan. Makwe ni sebenarnye takde la manis sangat. Tapi kalau muke boleh tahan, seluar pulak ketat jenis boleh nampak rekaan seluar dalam, boleh memancut juge airmani kalau kene gaya godaannye. Makwe ni pulak tengah menyuap nasi begitu pantas tersenyum nak gelak bile melihat aku memegang payung tatkala lelaki lain meredah hujan dengan tenang.

"Fak!" jerit hati kecil aku. "Bodoh ko ni, lain kali tahan lapar. Sekarang mane nak letak muke ko?" kata hati kecil aku.

"Abis tu camne ni" tanye pule aku.

"Ok, sekarang kite dah takde cara lain. Ko buat muke kool, lipat payung dan campak macam payung tu ko pinjam" getus hati kecil aku memberi idea. Peh, power jugak hati kecil aku ni.

Tanpa membuang masa, aku pantas mengikut saranan hati kecilku. Campak payung, order nasi dan letak kuah. Sesekali aku usha jugak payung aku takut kene rembat. Sesekali juge aku usha bontot makwe tu yang kelihatan padu untuk di tepuk secara bernafsu. Selesai membayar, aku berjalan keluar sambil membakar rokok buat kali kedua untuk memastikan plan aku berjaya. Ketika aku melintas makwe tu, aku usha sikit muke makwe tu. Lepas usha, begitu laju aku jalan bagaikan tidak pernah patah kaki sebelum ini.

Sampai ofis, aku karate meja ofis dengan perlahan tanda kecewa. "Salah ko jugak, yang ko pakai payung kaler pink buat ape" kate hati kecil aku perlahan. Sambil memandang tingkap, otak aku berkali-kali rewind ayat makwe tu ketika aku mengusha makwe tersebut lepas menapau nasi, "Payung kaler pink, kihkihkih" kata makwe tersebut kepada kawannye.