“Ayang tak payah laa pegi sane. Bahaye la yang. Situ dah dekat sangat dengan kem musuh. Dah la kite baru kahwin” kate lisa surihani separa memujuk.
Panggilan telefon dari HQ 3 hari selepas majlis pernikahan aku membuatkan aku terduduk. Plan nak honeymoon konfem-konfem cancel. Muka lisa muram lain macam. Senyum kat bibir die yang tak lekang sebelum nih pudar.
“Sayang jangan risau sangat ek. Ayang pegi dengan kawan-kawan ayang yang hebat-hebat. Lagipun takkan ayang nak biarkan dorang pegi sane tanpa ayang” jawab ku manja.
“Tapi…”
“Ayang jangan risau k. Ayang balik nanti kite terus pegi honeymoon kite yang tertangguh ni” jawab ku dengan konfiden padahal hati dah remuk.
Lisa tersenyum manis. Die memang bagus, murah ngan senyuman. Damn, aku rindu senyuman die. Malam-malam camni membuatkan aku lebih merindukan die. Aku mengeluarkan foto gambar kami berdua yang ditangkap hampir 6 bulan yang lalu. Gambar pertunangan kami. Butam datang kepada aku.
“Rindu lisa lah tu. Sabar jela wad, dah memang nasib kite camni. Lagi-lagi kau, baru jek kahwin dah kene berjuang.” kate butam memujuk aku.
“Heh, trimas tam” jawab ku lemah. “Tapi terkilan gak aku tak dapat tengok muke dia time-time camnih.” Jawabku lagi dengan masih maintain cool padahal airmata dah berderai. Tak kire air hingus lagi. Memang segan kalau mentua nampak.
“Doa banyak-banyak semoga kite semua dapat mengharungi tekanan pihak musuh sampai bantuan tiba” kata nedjo tenang.
Tepat pukul 7 pagi, kami diserang sekali lagi dengan lebih ganas. Kami cube bertahan tapi asakan pihak musuh terlalu kuat. Sebuah kerete kebal ku lihat menghalakan muncungnye kearah kojang. Belum sempat aku menjerit peluru telah pon singgah ke tempat kojang. Kemudian nedjo pula mengikut jejak kojang setelah hampir 15 buah peluru hinggap di tubuh die. Aku cube pegi membantu tapi 2 peluru sesat telah hinggap di tubuhku, 1 di peha dan 1 lagi di dada. Aku tersembam kebumi dan melihat sahabat-sahabat ku berjuang tanpa mengenal erti takut.
Aku dah terlalu penat, udara sudah semakin payah nak disedut, rokok berjenama helang aku yang disimpan dikocek berkecai, pandangan semakin kelam. Aku terdengar bunyi sesuatu meluncur diudara dengan pantas. Lantas ku jeling keudara dan melihat 5 buah sukhoi bantuan tentera Malaysia melintas dikepala ku.
“Bantuan sudah tiba” jerit blanka.
***
*Peristiwa perang ini berlaku di kampong 8, Melaka. Kesemua perajurit dsl218 terkorban mempertahankan tapak sehingga bantuan tiba.
*Perang ini diakhiri dengan tentera Malaysia berjaya mengusir pihak musuh dan ini semua adalah disebabkan perajurit dsl218.
*Taktik peperangan dan posisi perajurit dsl218 menjadi contoh bagi beberape buah Negara-negara kecil yang mempunyai askar yang sedikit.
*Beberapa ahli parlimen dari pihak gomen dan juge oposisi telah bersuara supaya setiap perajurit dsl218 yang terkorban diberi penghargaan tertinggi Negara dan keluarga mereka diberi pampasan tertinggi demi mengenang jasa mereka.
*Dan ini adalah cerita dongeng.