8/31/2011

Raya siri 1

1. Bangun pagi raya, terus minum air sambil hisap rokok tanpa rasa janggal memang power. Hampir menitik juge airmata mengenangkan betapa powernye memulakan pagi raya dengan rokok.

2. Masuk bilik air hisap rokok tapi tak berak pon power jugak sebenarnye. Cume kene tahan telinga la bersiap lambat.

3. Last aku pakai baju melayu lengkap dan baju melayu tu pulak memang milik aku masa aku tingkatan dua. Bila kali ni pakai baju melayu lengkap bersampin memang steady. Kalau bergambar dengan juliana evans atau lisa surihani pon orang cakap sepadan ya amat. Orang cakap la, aku iyekan je.

4. Abang-abang aku dah pegi sembahyang raya, aku steady makan nasi himpit sama rendang ayam lagi. Pergh, memang solid pekena nasi himpit sama rendang ayam. Ayam tu memang rasa ayam.Selalunye kalau kat kedai, rendang ayam tu rasa celaka. Hampir-hampir menitik airmata buat kali kedua.

5. Bagi duit raya kat budak-budak ni tak berapa seronok jugak sebenarnye. Nasib baik takde yang komplen duit raya sikit. Kalau tak memang aku bergelut dengan anak buah aku pagi-pagi raya.

6. Masuk hari ni, aku tak jumpe lagi gadis manis berbaju kebaya walau sorang pon. Secara jujur aku hampa dengan situasi ni. Kegembiraan ape lagi yang tinggal untuk lelaki single macam aku kalau tak dapat tengok gadis manis berbaju kebaya di hari raya?

8/21/2011

Jatuh

Waktu aku masih didalam hospital, keluar hospital tetapi terbaring dirumah dan juge bertongkat, aku merupakan seorang yang angkuh dimana setiap bulan gaji aku masuk. Die punye eksyen memang true punye eksyen. Selain dari madefaker yang mempunyai bapak yang kaya, aku rasa aku lah satu-satunye manusia yang paling bertuah kat mukabumi apabila tak perlu bekerja tapi duit sentiasa masuk.

Time tu kalau Rafidah Haji Ibrahim senyum-senyum kat akupon aku boleh pandang enteng. Hanya Nora Danish dan Lisa Surihani je mampu buat aku aku senyum nipis sambil menggedik-gedik minta tangkap gambo bersama. Time tu duit punye banyak hampir-hampir aku nak pimp my wheelchair jadi bling-bling. Nasib baik aku tak into wheelchair, jadi aku habiskan ke arah rokok dan makanan ringan-ringan dan berat. Peh, makan ringan-ringan ni boleh tahan dable meaning juge rupenye.

2 bulan lepas aku bekerja, duit aku masih boleh tahan banyak. Senyum pon tak putus, tangan pon ringan je nak belanje. Yelakan, duit tengah berkepul dalam bank. Itu baru duit aku, belum kire duit orang lain pulak. Tapi nak buat ape kire duit orang lain. Rokok pon senang-senang je buang ke longkang kalau tak larat nak hisap. Minum pon kalau tak jus tembikai laici, jus belimbing. Jenis rare punye jus je. Hampir-hampir juge aku nak minum jusmate 5, nasib juge famili aku berjaya sedarkan aku dari kelalaian duniawi.

Dan tadi aku melangkah gagah ke bank untuk mengeluarkan gaji aku bulan ni. Aku dah bajet cantik-cantik yang gaji bulan ni memang aku nak belanja habis-habisan. Brader sebelah aku pandang aku segan-segan je bile aku senyum nipis tengok die keluar duit RM50 kat ATM. Dalam hati macam nak bersuara 'kamon brader, nak keluar duit paling koman 3 4 ratus baru power". Aku slow-slow masuk kad ke mesin, tekan no pin, pilih baki sebab brader tu pon macam nak tau berapa duit dalam bank aku. Dari senyum nipis, aku dah senyum kelat. Tangan terketar-ketar nak tekan butang ape lepas ni. Cepat-cepat aku batal transaksi sambil keluar pantas dan bakar rokok sebatang, hembus pelan-pelan asap sambil pandang langit gelap. Mata dah bergenang dengan airmata.

"Celaka, apesal gaji aku masuk RM600 je nih?" bisik hati kecil aku sambil memikirkan raya lagi seminggu, hutang dan perbelanjaan dalam masa sebulan sebelum gaji masuk...

8/18/2011

Majlis berbuka puasa dsl218 kali kedua - Last part

Azan dah berkumandang, tapi atas meja hanya ada kotak rokok. Aku tengok meja-meja lain dah berisi juadah. Mendidih juge darah aku. Paling kodi pon letak le air basuh tangan buat penyeri meja. Aku cube bersabar, mungkin tokey kedai ni nak buat kejutan. Tapi bile difikirkan balik, kedai mane yang buat kejutan yang boleh mintak dilibas parang dekat keting?

Tibe-tibe ade pergerakan dari meja lain yang seperti kami, masih tidak mendapat juadah, menuju ke kaunter. Aku syak ade pertumpahan darah berdasarkan muke brader tu yang cukup tegas. Mungkin juge muke brader tu tegas sebab tak larat dengar anak die asyik bertanye pasal makanan. Berdasarkan keaktifan dan bentuk badan budak tu, 93% kemungkinan die baru pekena vitagen dalam kereta sebelum sampai bagan lalang. Botol susu pon aku nampak budak tu genggam kemas dalam dakapan. Celaka, kecik-kecik dah pandai demand.

Sedang aku asyik melihat orang berkumpul dikaunter, kemudian baru aku perasan yang dekat kaunter ade hidang air sirap free untuk orang yang belum dapat juadah. Bergegas aku ke kaunter hanya untuk melihat cawan dah habis dan sorang brader cina tengah genggam kemas cawan tunggu giliran. Faking ah, die boleh buat muke tak bersalah beratur. Aku balik meja dengan muke hampa. Nasib baik blanka bawak 1 cawan penuh air sirap. Boleh jugak minum seteguk dua. Dan blanka memang tinggalkan aku cukup-cukup seteguk dua untuk aku minum. Lepas minum, aku terus ke luar kedai untuk membakar.

Puak lelaki yang merokok pantas keluar kedai untuk merokok juge. Sambil hisap rokok, sambil bercerita. Boleh juge hilangkan lapar. Manakala di meja, muke puak gadis dah mencuke. Amboi, bukan main lapar lagi mereka. Genap 2 batang rokok dan jam mencecah pukul 8.05 pm, makanan pon sampai. Pantas kami membasuh tangan dan mencedok nasi ke pinggan. Semua fokus dengan makanan. Lakau pule cukup riang buat lawak tak kene tempat. Nasib baik iman kami masih kuat. Masing-masing diam bile menyuap nasi ke mulut. Aku mulekan dengan menggigit sotong goreng tepung. Perghh, die punye sedap macam cinta pertama. Aku dapat bayangkan aku berlari ditepi pantai sambil mengibas-ngibas kain putih.

Suasana hening time tu. Bersuara pon masa nak mintak makanan. Tengok meja lain tak habis makanan, kami mengofferkan diri untuk menghabiskan. Paling legend bile lakau nak ikan siakap, padahal dalam pinggan penuh lagi dengan isi ikan. Lepas makan, aku keluar lagi untuk merokok. Mana-mana yang dah habis makan semua duduk luar hisap rokok kecuali bunek. Tengah sedap merokok, kojang dah mintak duit nak bayar. Time ni semua melayu habis, semua nak bayar murah. Tapi lebih kearah bergurau sebenarnye, tapi kate la kojang sanggup belanja, memang aku on saje.

Selesai sesi makan, kami bercadang untuk melepak di putra tengok bola. Melepak di maple dabel sememangnye jarang menghampakan. Gadis gomen sungguh manis dipandang. Sayang meja full dan kami tak dapat tengok bola. Ape yang kami mampu lakukan hanyalah berborak dan usha betis gadis. Indah juge feeling time tu. Lepas hampir 2 jam melepak, kami semua beredar pulang. Ape yang aku boleh  katekan, ini event dsl218 paling berjaya setakat ini apabila kedatangan adalah 90%. Ape yang mengharukan adalah cedoh dan bujang juge sanggup mencemar duli untuk datang ke majlis yang sungguh marhaen ini. Oleh itu, aku memberikan rating A untuk event yang sangat cemerlang ini.

8/17/2011

Majlis berbuka puasa dsl218 kali kedua - Part 2

Sampai di bagan lalang, masing-masing keluar dengan pasangan masing-masing kecuali aku,ka,bunek,bujang dan bad. Sungguh foreveralone.jpeg suasana ketika itu. Kelihatan beberapa makwe memandang kami seperti memilih siapa diantara kami yang paling gagah. Entah kenapa, aku merasakan aku lah champion di hati gadis tersebut. Pantas aku mengeluarkan rokok untuk melihat berapa isinye. Berdasarkan pengalaman lama aku, rokok berjumlah 4 batang boleh membuatkan perbualan tak solid. Lantas aku mengajak blanka untuk membeli rokok.

Selesai melafazkan akad jual beli rokok, pantas aku menuju ke pantai. Mengikut kajian, pantai adalah tempat kedua paling strategik untuk gadis metropolitan melepak selepas kelab malam. Dan sangkaan aku jarang meleset, walaupon hanya ada seorang gadis yang ada tapi tetap membuatkan pahala aku berkurangan. Apa yang mengejutkan aku, ka yang selama ini penggemar gadis bertudung 13 kaler turut terpesona dengan gadis metropolitan tersebut.

Sepanjang perbualan ditepi pantai tersebut, aku dapat melihat perubahan diantara kami semua walaupon ada yang masih mengekalkan penampilan lama antaranya cedoh yang berpakaian santai tapi banyak duit, nedjo yang masih sama dari segi pakaian dan perbualan serta kojang yang berpakaian kemas disamping seorang gadis manis sebagai peneman. Lakau pule kelihatan berisi dibulan puasa dan ini menambah syak wasangka aku, blanka kurang sikit nampaknye, tapi tak tahu kat mane kurangnye. Mungkin di spekmata cap John Master yang sering diulang-ulangcerite didepan aku. Bunek dah ada rim sukan 17 inci dan dah pakai spekmata. Dalam masa 10 minit spekmata tersebut melekat kat butam pule. Butam macam biasa, cuma bertambah seri dengan gadis peneman yang berseri-seri juge. Bard macamtu jugak, aku dah ada besi dan bujang dengan aksesori tahi lalat.

Hampir ke pukul 7, puak lelaki dan puak gadis bercantum dan menuju ke meja makan untuk 1 misi yang mulia. Tidak seperti dipantai tadi, kali ini tiada diskriminasi gender berlaku. Kami semua berborak dengan semangat 1 Malaysia dan masing-masing bermuke ceria. Hampir tiba waktu berbuka, dada aku makin berdebor. "Aik, makanan tak sampai lagi? Air pon tak sampai jugak? Kodi betul kalau buke puasa dengan ngisap rokok atau korek hidung" getus hati kecil aku...