Mengikut mesej dan fesbuk, ade 1 misi menawan broga akan dilaksanakan dengan kehadiran yang meriah. Konon-kononnye perajurit akan hadir hampir kesemuanye, tapi seperti maksud konon itu, mereka curang dengan janji. Tapi hati terubat bila blanka mengatakan bahwa skuad pemanjat bukit akan disertai member dari ofis dan juge kebal (mungkin name sebenar) akan membawa gadis yang manis dan rare.
Semangat aku terus naik mendadak. Ini bukan peluang mudah untuk dilepaskan kata hati kecilku. Dengan bantuan ayat perangsang dari blanka, aku menguatkan hati dan iman untuk menawan broga. Bergerak ke putrajaya ketika malam mula menjelma, angin yang sejuk dan motor yang laju, aku sampai tepat pada waktu. Dan seperti biasa, blanka memang utuh dengan janji melayu die.
Setelah sampai ke rumah butam, aku terus menghantar mesej ke meksis butam mengatakan aku sudah sampai. Disebabkan kelewatan blanka, kami pergi melepak di mapley dable untuk sesi mengeteh. Blanka datang tepat sejam kemudian. Kojang pule dikhabarkan akan datang setelah sampai ke kajang dari Terengganu. Ini sahaja perajurit yang hadir. Mengecewakan. Presiden perajurit patut ambik tindakan akan hal-hal begini. Kalau boleh saman, kite saman.
Kami bergerak ke pesint berapa ntah untuk menghadiri pembukaan program kami iaitu ke perlumbaan kete+ekzos bising+awek konfem rare. Dan ye, memang banyak awek rare. Disebabkan kelemahan ilmu permotoran aku, aku tak mampu menceritakan pasal kete, tapi awek rare takde masalah. Mengikut penglihatan aku, memang banyak awek rare yang tersalah pilih jejaka pilihan mereka. Ini merunsingkan aku, butam dan blanka yang merasekan keadaan ini tidak sepatutnye berlaku. Sebagai seorang warga Malaysia yang bertanggungjawab, kami risau akan pemilihan mereka ini. Diharap ayat “Cinta itu buta” tidak digunekan dengan sesuka hati bile balak mereka kelihatan seperti menggunekan duet ayah mereka tanpa segan.
Setelah penat sesi perlumbaan kete+ekzos bising+awek rare, kami terus ke kajang untuk mengambil kojang. Mengikut mesej yang diterima, kojang akan hadir ditemani gadis. Ini cukup bagus. Aku dan butam berebut nak duduk belakang, tapi aku bernasib baik aku kalah. Butam kelihatan kecewa melihat gadis yang kojang bawak. Blanka senyum nipis aku lihat. Macam jahanam punye perangai.
Kemudian kami berkumpul di sesesesesemenyih untuk mendaki broga. Sekali lagi hampa, bukan sahaja member blanka yang datang banyak laki, yang gadis juge tidaklah manis seperti dihajatkan. Lebih mengecewakan, kebal yang menjanjikan bawak awek rare juge datang dengan member laki tak rare langsung. Semangat memang dah kurang, hati dah rase dipermainkan, kelelakian telah tercabar. Tapi hati terubat melihat amoi separa rare berlari-lari riang menuju ke bukit.
Ekspedisi diteruskan dengan aku terlupe bawak botol air. Tak sampai 5 minit start blanka kelihatan penat. Aku syak rokok punca utama untuk masalah prestasi die. Masalah prestasi blanka semakin tenat setelah 3 kali pit stop. Die terlalu penat sehingga kata-kata semangat adalah bagaikan menyiram garam diluka.
“Ka, jom ka, Tak jauh sangat dah ni ka. Kau boleh ni ka” kata kojang.
“Dah dah, kau jangan nak psaiko aku. Tinggalkan jek aku kat sini. Nah, ambik kamera aku. Korang ambik gambar korang kat atas. Aku sat lagi nak turun bawah” jawab blanka tegas. Aku tau tegas sebab jarang aku lihat intonasi ka setinggi itu.
Kami meneruskan perjalanan ke atas dan sampai disana. Ketika baru hendak berehat, butam menerima mesej dari blanka mengatakan die dah nak sampai. Aku lihat mata butam bergenang airmata terharu time bace mesej tu. Blanka pon sampai dan kami meneruskan menangkap gambar dengan gembira sekali. Lebih gembira melihat seorang gadis yang cukup-cukup rare berpayung pelangi ditemani lelaki. Kenapa kami gembira? Kerana mustahil lelaki tersebut adelah balak gadis payung pelangi rare berdasarkan layanan gadis tersebut terhadap mereka.
“Takkan la tu balak die” kata butam.
“Aku syak tu member die. Tengok care die layan gadis tu” jawab aku.
“Mungkin member kot” butam setuju.
“Takpon adik die” kata aku lagi.
“Eh, lebih-lebih pulak kau nih. Cukup la kot kau nak beta pon” kata butam panas.
Kojang tak banyak sangat mengulas gadis payung tersebut. Tah pape tah. Blanka pulak tak sempat nak tengok. Jelas gak kekecewaan kat muke die. Setelah selesai kesemuanye, kami semua berangkat pulang. Ekspedisi ini merupakan satu kejayaan bagi kami semua memandangkan hampir tak jadi disebabkan kehadiran yang mengecewakan. Ia juge dianggap berjaya setelah blanka yang berputus asa, bangun berjuang setelah dicabar oleh kanak-kanak kecil yang berlari seperti memanjat bukit adalah seperti bermain pingpong.
Dari kiri-aku,butam,blanka. Kami sedang menceritakan perihal gadis payung pelangi rare sambil blanka melihat jauh tanda kecewa.
Ini pule adalah kojang. Blog beliau boleh didapati disebelah kanan blog aku.
wahai sang pencinta, kasi explain btul2 bab aku bawak pompuan tu..nnt ade yg slh phm..igt aku bwk gegurl naek bukit..tlg lh,aku dh letih melayan bila LISA SURIHANI jeles2 ni...hahaha..!!!
BalasPadam