9/09/2010

Entri 6 – Jeslyna

Hari ni 1st day aku keje. Keje buat keranda jek pon. Tak glemer mane. Tapi aku ade driver, kire gempak gak tu. Member-member akupon yang dah keje takde driver. Mendambik dada gak laa aku mula-mula nak masuk kete.

Tapi yang tak bape bestnye job 1st aku tengah-tengah malam. Pelik gak aku ngan bos aku nih, tak boleh buat siang-siang ke. Nak jugak tengah malam. Hati aku dah panas, tapi tak berani nak sound sebab die dah blanje aku roti sardin takde bawang sama teh o ais. Senyap jela aku sambil pandang die sipi-sipi.

Jarum jam pendek tunjuk no.12, jarum panjang tunjuk no.6. Huish, cuak gak aku. Tapi nasib baik driver aku nih orang tua. Dari raup muke dia ade sket-sket cam M.rajoli bile blakon drama agama. Aku yakin die memang handal lawan benda-benda keras nih. Driver aku memandu kemas van syarikat kami. Kagum gak aku ngan pemanduan pakcik ni, mane jalan boleh drift die drift, mane jalan die boleh drag die drag. Tak sampai 20 minit kami sampai di destinasi.

Aku masih dalam kete tengah bersiap-siap barang aku. Bos aku cakap malam ni just ukur tinggi ngan lebar badan mayat jek. Esok baru boleh start bertukang. Tapi yang bertukang bos aku laa, sebab aku memang tak mahir bertukang nih. Kemahiran hidup pon sipi-sipi nak dapat C nak bertukang keranda lak.

Dah siap barang yang aku nak guna aku pandang rumah yang nak dituju tu. Serta merta muka aku pucat. Pakcik driver pandang aku semacam jek. “Apesal nak?” kata pakcik tu lembut. Aku masih diam tak jawab soklan tu sebab mata tengah konsentret pandang depan. Memang cuak abes aku, aku nampak lembaga putih depan pintu. Aku syak kalau orang toreh muke aku memang memancut darah tak abes-abes. “Apesal nak?” kata pakcik tu buat kali kedua. Aku dengar suara pakcik tu dah hilang sikit lembut die. “Lembaga putih pakcik” jawabku terketar-ketar.

Pakcik tu boleh bantai gelak macam aku tengah berak depan die pulak. “Kau ni penakut betol la nak. Mane ade pape laa. Kau cuak sangat ni sebab dalam tu ada mayat kan?”. Aku dah panas pulak dengar jawapan pakcik tu. Ni kalau budak darjah 3 dengar pon jangan ditanya kenapa jadi kurang ajar.

“Pakcik pandang depan baru pakcik sound saya boleh tak?” jawab aku sambil cuba mengurangkan perkataan yang kurang manis kat orang tua. Pakcik tu toleh depan dan tak sampai 3 saat tiba-tiba kete gostan dan memecut ke jalan raya. Aku terkejut, ape kes pakcik nih? Tapi nak tanya tak bape elok pulak bile aku tengok muke pakcik tu dah lain macam. Dah hilang muke M.rajoli blakon drama agama.

Hati aku lega gak sejenak bile fikir azab dah lepas. Pagi esok jela buat, siang-siang takde cuak sangat. Mende tu pon takde siang-siang. Tapi sangkaan aku meleset. Aku baru nak bersandar kat kerusi dan aku perasan sebelah pakcik tu ade gadis pakai baju belang-belang. Aih, bile masa pulak kitorang ade bawak awek manis ni?  Time tu aku teringat member aku penah cakap aku ni genius. Dan skang baru aku setuju kata-kata die. Tak sampai 2 saat otak aku berkata, “ni laa yang depan pintu tadi”.

Aku dah cuak, peluh dah mengalir tepi mata. Ape aku nak buat ni? Aku beranikan diri pandang mende tu. Lawa la pulak, hati aku cair serta merta macam aku tengah tengok muke lisa surihani pulak. Aku tengok muke mende tu sedih jek. Ape kes nih? Aku memang tak boleh tengok muke gadis manis sedih-sedih nih. Rasa macam nak pekena rokok sebatang jek bile dalam situasi camtu.

Akupon beranikan diri tanya, “kenapa awak sedih?”. Pakcik driver pandang aku tercengang. Apehal pulak budak ni menegor mende nih. Aku rase laa die fikir camtu. Mende tu pandang aku dan masih maintain muke sedih die, die cakap tolong hantarkan die balik rumah balik. Aku pandang muke pakcik tu, pakcik tu pandang muke aku balik. Aku nampak die tak sampai hati bile dengar mende tu cakap camtu. Tanpa disuruh pakcik tu buat pusingan 360 dengan bergaya dan memecut laju ke rumah tadi. Suasana sunyi dalam kete. Aku rase tak selesa pulak bile suasana sunyi-sunyi camni.

“Kenapa awak muke sedih jek?” tanya aku gentle. Gadis manis bai, kene cakap lembut-lembut baru nampak concern.

Die diam jek tak jawab. Dekat 2 3 kali aku tanya die tak jawap soklan aku. Dah dekat sampai rumah die, aku tanya nama die. Die diam lagi.

“Nama saya Aswad, selamat berkenalan” kata aku. Jarang aku jumpa mende-mende camni, n mende tu pon tak bertindak agresif dengan menukar muke die or mengilai sepanjang jalan. Jadi bagi aku tak salah berkenalan.

Mende tu turun kete dan berterbangan perlahan sebelum die pusing pandang aku. Aku dah berdebar pulak tak pasal-pasal. “Nama saya Jeslyna, panggil Jes je” kata mende tu dengan suara merdu. Pastu die terus terbang perlahan menghala rumah die balik, tapi sebelum die sempat masuk aku menjerit, “ kenapa awak sedih Jes?”. Die pandang aku dan membalas, “ Saya sunyi”.

Entah dari mana datang keberanian aku, aku cakap “kalau camtu jom naik kete nih kite pusing-pusing,takde la awak sunyi”. Jes pandang aku macam tak percaya, tapi aku angguk gentle. Die bagi senyuman paling manis kat aku. Die terbang laju menghala ke tempat duduk belakang sebelah kiri aku. “Pakcik, boleh tak jalan-jalan dulu malam nih sebelum kite balik?” tanya aku pada pakcik. Tanpa menjawab, pakcik tu masuk gear 1. Sepanjang perjalanan Jes diam tak berkata-kata, tapi mulut die terukir senyuman indah. Die letakkan kepala die kat bahu aku. Aku senyum nipis. Kete tu berjalan sungguh lama, heran gak aku pakcik ni tak penat ke drive memalam buta camni. Tiba-tiba Jes bersuara, “Terima kasih sebab temankan saya malam ni. Saya akan selalu ingat awak.” Aku lihat muke die tersenyum sedih tanpa air mata, hati aku jadi taman time tu. Slow-slow die hilang depan mata aku.

*****

Aku bangun tido dengan mata berair. Sedih betul mimpi aku tadi. Seyes kalau Jes tu wujud, memang aku slamber ayat die. Aku syak konfem dapatnye, sebab die sendiri cakap die konfem ingat aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan