9/09/2010

Entri 7 – kemalangan motor yang penah dihadapi saya

Ni bukan karangan spm aku.seyes aku tak tipu. Dekat-dekat nak raya ni kes kemalangan banyak berlaku. Jadi aku cerita jugak pengalaman kemalangan aku buat jadi pedoman masyarakat.

2002 – aku ngan bangganye memiliki motor warisan keluarga aku. Time tu bangga die lain macam. Sume benda aku nak tuka, padahal aku bukan reti dalam hal-hal kejuruteraan nih. Bile beborak ngan nerol (hampir nama sebenar) sebelah rumah aku, masing-masing taknak kalah. Die nak spray, akupon nak spray gak. Aku nak tuka rim, die pon nak tuka rim gak. Aku nak tuka gearbox biar motor aku ade 4 gear dan boleh pakai clutch jek die taknak follow. Tapi itu mungkin sebab motor bapak die dah memang 4 gear, tak macam motor warisan keluarga aku yang ade 3 gear jek. Motor aku memang laju sebab antara member-member taman aku, motor aku dapat no.3 paling laju antara 4 biji motor (Honda fames, Suzuki RC, kap petak motor aku ngan kap bulat zaman jepun jajah Malaya, klasik abes kitorang). Kegiatan pusing-pusing taman usha awek nih dah jadi hobi kitorang. Tapi awek yang tu tu jugak, takde pertambahan langsung kecuali cucu tok derih balik baru masing-masing tunjuk muke ceria macam zaman first time makan sugus.

2002 - Kemalangan pertama aku bila aku ngan 3 orang member aku meround taman macam biase. Tapi hari tu suwei sket, ketua konvoi kitorang brek tanpa aku sedari. Hasilnye plat moto member aku patah beserta garisan halus warna putih kat lengan aku dan betis member aku. Tak cedera teruk pon, bawak jenis had laju depan sekolah rendah. Sikit tak terguris jiwa aku nak bawak motor laju-laju macam cerita Gila-Gila Remaja.

2003 – Macam biase, aktiviti harian kami tak penah berubah. Pusing taman mende wajib walaupon sume dah tau muke-muke tu jugaklah yang ade kat area tu. Tak penah ade perubahan langsung. Kecik jugak hati aku bile memikirkan tempat aku bukan destinasi perumahan gadis manis. Kemalangan kali ni tak melibatkan aku tapi bawak efek kuat gak kat aku. Member aku yang jenis pantang bawak moto mesti nak pulas abes maen cilok kat jalan sempit bengkang-bengkok tepi jalan pasir bersepah. Macam mane pasir tu bersepah, macam tu jugak la member aku tergolek kat situ. Nasib baik perot tak kene tikam ngan batang kayu tajam tepi longkang kalau tak arwah member yang menumpang bagi tambahan brek pakai badan. Eksiden tu memang bagi efek kuat kat aku time tu. Time tu jela....


2010 – Baru pas jumpa member dan ondewei balik rumah. Minyak motor tak cukup kecuali aku ade stamina tolak motor 20 km. hari hujan sepoi-sepoi bahasa. Aku yakin masuk shell nak isi minyak sambil amek kona cecah lutut. Tengah sedap layan aku dah tak ingat pape. Tiba-tiba jek aku dah baring atas jalan. 

Minyak dah menitis atas badan aku, Nampak pulak percikan api kat moto. Kelam kabut aku lari dan tak sampai 2 saat moto aku meletop macam cerita Hollywood. Sipi-sipi cebisan ekzos nak kene muka aku, tapi aku sempat mengelak. Memang dramatik.

Punye suwei aritu sebab dah la seluar koyak, bersepah pulak orang kat shell tu. Slow-slow aku angkat motor, start enjin sambil senyum dan pegi stesen minyak lain cuci luka kaki ngan isi minyak. Insaf datang membuak-buak kat diri aku dan aku janji pasni aku tak layan kona time hujan renyai-renyai lantai simen licin nak mampus bawak moto ngan kelajuan 30 km/j.


* tulisan senget adalah satu jenis penipuan dari aku. Rilex sudah, macam lepak maple takde beborak pasal gadis memang tak ngam.

2 ulasan:

  1. aku telah mencarut slps mmbace post ko ni..!!

    BalasPadam
  2. aish,aku post mende nih demi raya jang...aku xnk member2 aku eksiden mcm aku...hahaha

    BalasPadam