7/30/2011

Prajurit dsl218 - Cemas

3 orang kadet depan aku tengah bersunguh-sungguh menghisap rokok. 3 orang kadet ni jenis kemas dan tak suke mencemarkan jantung masing-masing telah dipaksa oleh kojang dan nedjo untuk menghisap 10 batang rokok dalam mase 3 jam. Bagi penghisap rokok yang tegar, 10 batang dalam masa 3 jam ibarat aur dengan tebing. Tapi bagi kadet muda didepan aku, inilah cabaran terbesar dalam karier hidup mereka sebagai seorang manusia yang berbaju kemas. Tapi kojang dan nedjo bukan sebarangan menghukum mereka. Berpegang pada prinsip "yang tua dihormati, yang muda dibuli", mereka mengajar mereka apa itu hormat dan apa itu bangsat.

Kadet muda ini telah melanggar 1 pantang larang terbesar, yakni menegur senior dengan cara paling bangsat sekali. Tengah tenang kami menghisap rokok, boleh pulak kadet ni berdiri depan pintu dan sound kami pasal bahayanya menghisap rokok dan kesan pada alam sekitar. Ini memang mendatangkan kemarahan pada kami, lantas dengan pantas kojang dan nedjo memberi pengajaran yang berguna pada mereka. Semua dalam bilik itu dalam keadaan serius, kecuali lakau. Senyuman die tak putus-putus. Ape taknye, disebabkan masing-masing saving rokok, lakau sebagai pengedar sah rokok batang dalam kem kami berjaya menjual 60 batang rokok yang dinaikkan harga sesuka hati dalam masa kurang dari 5 minit. Ini merupakan 1 rekod kerana mengikut trend penjualan rokok lakau, amat sukar jualan rokoknye mencapai target harian jika baru lepas bercuti panjang. Ape yang membuatkan lakau paling gembira, separuh dari rokok yang dijual itu masih di tangan lakau.

"Dengan korang aku tak jual rokok batang, aku jual sekotak terus. Jadi korang kene beli 3 kotak. Tapi korang ambik separuh je, lagi separuh bagi aku sebab korang tak hisap rokok dan membazir itu amalan iblis" kata lakau tenang. Reputasi lakau sebagai penjual rokok yang berjaya mendatangkan cemburu pada pesaing-pesaing lakau. Tapi lakau memang hebat, marketing die bagus, collection die pon handal. Kalau die jual rokok sebatang, elok selesai transaksi pembayaran serta akad jual-beli,serta-merta lakau minta setengah. Ramai jugak yang frust dengan sikap lakau, tapi hanya lakau yang menerima hutang. Bila lakau collect hutang, jangan harap dapat sembunyi. Tengah tidur pon die kejut semata-mata nak collect 20 sen hutang rokok. Melihat lakau, aku dapat membayangkan yang masa depan die bukan sebagai perajurit tetapi seorang usahawan yang berjaya.

Tengah sedap aku tengok 3 kadet tu termengah-mengah hisap rokok dan ade yang dah termuntah, dari jauh aku nampak 1 kelibat manusia yang berlari pantas. Berdasarkan susuk tubuh yang genit dan kelajuan larian itu, memang sah itu butam. Bersungguh-sungguh butam lari sampai kepala kedepan konon-kononnye boleh potong angin. Tangan pon dilunjur ke belakang untuk efek aerodinamik. Entah buku sukan mane yang mengajar die buat camtu, tapi butam memang laju bile die berlari camtu. Sampai didepan kami, dengan termengah-mengah dan tercengang-cengang tengok 3 orang kadet mencangkung hisap rokok, butam bersuara "Blanka" sambil menyedut oksigen secukupnya untuk paru-paru berfungsi seperti biasa.

"Kenapa dengan ka?" tanye aku. Butam tak pandang aku, tapi pandang sorang kadet dan mintak rokok sepam dua. Kadet tu cube bagi 2 batang rokok, tapi bile kojang pandang sipi kat kadet tu, dengan senyum kaget die simpan balik rokok tu. "Rambo jugak kojang ni" bisik hati kecil aku.

"Tam, kenapa dengan ka?" tanye bunek lembut. Bunek selepas kes geget-geget, lembut je perbualan die. Tanye pon style ayah-ayah je.

"Ringtone henpon ka lagu Katy Perry tajuk TGIF!" kata tam tegas dan konfiden. Serentak kami semua muntah diiringi oleh kadet yang muntah juge disebabkan terlalu banyak menghisap nikotin.

7/25/2011

Perajurit dsl218 - kisah cinta sarjan butam

Masa dalam akademi tentera, butam adelah seorang perajurit yang cukup power. Sikit lagi nak same taraf dengan rambo kalau bukan die pendek sikit. Tapi hati die memang kering, itu tak dapat dinafikan. Die boleh bantai seorang perajurit yang mencuri laptop. Dah la perajurit tu badan die besar, sasa lagi. Tapi ape ade hal dengan butam, salah tetap salah, bantai tetap bantai. Sebab tu die dapat nickname "babyface assasin".

Tapi segalanye berubah bile butam mule mengenal seorang gadis yang same genit seperti die. gadis itu yang freehair, berbaju indon mengikut kata koperal bujang, berjaya menakluk butam. Seorang "babyface assasin" berhati kental sekarang hanya menjadi seorang "baby" ditangan gadis tersebut. Butam tidak lagi rambo, apetah lagi chuck norris mahupon shamsul yusuf haslam. Die sudah menjadi jinak-jinak merpati yang berak diatas cermin kereta orang sesuke hati die.

Butam yang disebut-sebut sebagai bakal kapten kami hanya menjadi seorang sarjan setelah asyik bercinta dengan gadis tersebut. Segala kasih sayang dicurahkan, ilmu didada diabaikan. Die mule mengabaikan member-member seperjuangan yang masih single tak laku.  Tak macam aku, kapel ngan lisa tapi steady kamcing dengan member-member. Perubahan butam menjadi buah mulut rakan-rakan yang kebanyakan tak puashati sebab tak laku. Macam ass juge sebenarnye.

Tapi langit tak selaluye cerah. Butam yang baru sebulan tamat pengajian di akademi tentera, mule mengesan perubahan ketara gadis tersebut. Butam yang dahulunye kalau malu hingga merah telinga, sudah hilang serinye. Tiada lagi senyuman, kekecewaan mule terpancar seperti bulan purnama di malam hari. Butam mule jadi rambo balik, atau sekurang-kurangnye shamsul yusuf haslam. Berapa ramai kadet baru yang dibuli sehingga menitis airmata kelelakian mereka. Kami yang dulunye mengeji, mula bersimpati dengan butam. Kami tahu butam berada dalam situasi yang sadis, situasi yang membuatkan die tidak seronok untuk dibahan sebab memang makan kaki kalau bahan die.

Perubahan butam itu kekal bertahun lamenye. Semuanye berubah bile die berjumpa dengan seorang sukarelawan yang berkhidmat dibatasan. Sukarelawan itu memang manis, dan kelihatan cocok dengan butam. Sikit-sikit kami menyedari akan perubahan itu. Bile dibahan, butam tidak lagi memberi kaki, tapi hanya tersenyum nipis. Ini menggembirakan blanka yang memang suke membahan. Keenakan membahan butam tanpa merasa tapak kaki memang lama diimpikan. "Boleh ejakulasi bile bahan butam" ulas blanka dalam perbualan yang tak dirancang disuatu malam ketika aku dan blanka bertugas mengawal.

Tapi butam maintain steady, bile ditanye tentang hubungan die dengan gadis sukarelawan itu, die hanya membalas "no komen". Ayat-ayat yang selalu diucapkan oleh artis itu terasa amatlah celaka bile diucapkan oleh butam. Lagi-lagi bile melihat butam membalas mesej dari gadis tersebut menggunakan henpon seperti memancing ikan. Henpon bukan main rapat dengan mata membuatkan aku terfikir, mesej ape yang cube disoroknye sampai begitu sekali tingkahlakunye? Ade khabar angin @ blanka mengatakan yang butam bermesej nakal. Tapi aku cube berfikir positif, mungkin mesej ringan-ringan. Semakin lama, kami semakin bosan dengan gelagat butam. "Biarlah die dengan hidupnye, janji kita tak dilupekan" kata lakau frust bile butam jawab "no komen" buat kali ke 451 tentang status hubungan mereka.

***

Kami dikepung hebat oleh pihak musuh dalam 1 misi rahsia yang diberikan kepada kami. Misi kami untuk meletupkan lapangan terbang lama di batu berendam gagal kerana kehadiran kami dihidu oleh pihak musuh. Dikepung oleh hampir 40 orang pihak musuh tatkala kami hanya 10 orang memang sadis. Lagi-lagi bile bekalan peluru dan makanan tidak mencukupi. Pasukan bantuan masih belum nampak batang hidung, memang faking. Dalam keadaan seperti itu, hanya maut didalam fikiran kami. Tiba-tiba aku nampak butam menggenggam sepucuk surat dan merenung dalam-dalam. Kemudian, die memandang kearah kami. Hairan, pandangan butam sangat berlainan kali ini.

"Kawan-kawan, ini ade 1 surat. Kalau jadi ape-ape kat aku, minta korang sampaikan pada penama surat nih" kata butam lemah. Kami berpandangan sesama sendiri. Pantas blanka merentap surat tersebut. "Ini surat untuk gadis sukarelawan tu kan?" soal blanka. Butam angguk lemah.

"Ko ni kenape tam? Belum ape-ape dah fikir hal buruk" tempik kojang.

"Aku dengan die masih belum declare lagi. Aku takut kalau ape-ape jadi dekat aku, aku tak sempat nak bagitahu die ape yang terbuku dalam hati aku" jawab butam.

"Pangggg". Aku memandang nedjo. Kuat juge die lempang butam. "Ko jangan merepek. Kite semua akan terselamat. Aku nak ko sendiri serahkan surat nih" kata nedjo dengan mata berkaca.

"TUNDUK, DORANG BALING BOM!!!" jerit bunek. Belum sempat kami tunduk, letupan kuat kedengaran ditempat kami....

***

Seorang gadis yang ayu menunggu dengan cemas-cemas tenang di stesen keretapi. Gadis itu cube untuk tersenyum, tapi jelas ade kebimbangan di sebalik senyuman yang direka itu. Mengikut pengumuman di stesen tersebut, keretapi yang ditunggunye patut sampai 20 minit yang lalu. Ini yang menambahkan kegusaran gadis tersebut. Akhirnye keretapi yang ditunggu-tunggu sampai juge. Berpusu-pusu orang keluar dari keretapi tersebut, tapi orang yang ditunggunye masih belum keluar lagi. Kekiri dan kekanan kepalanye mencari kelibat orang tersebut. Sehinggalah keluar satu susuk tubuh yang bertongkat memakai baju seragam kemas dari keretapi tersebut dan menuju kearahnye.

Pantas airmata gadis itu jatuh. Perlahan-lahan lelaki itu menuju kearah gadis tersebut. Sampai dihadapan gadis tersebut, dengan membuka topi perlahan-lahan untuk efek cemas, lelaki tersebut memberikan sepucuk surat kepada gadis tersebut. Gadis itu memandang lelaki itu dengan muke kebingungan.

"Cik yan, sudah jauh surat ini mengembara. Didalamnye, tersimpan semua isihati saya. Bacalah, dan besarlah harapan saya jika cik yan menyukainya" kata butam tenang. Dan Cik Yan, gadis sukarelawan itu, kembali tersenyum, senyuman yang ibarat secerah langit selepas selepas hujan....

7/24/2011

Hari Sabtu Saya

Bangun pagi dan aku mule rasa macam celaka sebab kene pegi ofis ambik file untuk sign agreement pelanggan. Mata aku dah mengantuk, katil tu panggil aku pon lain macam. Macam berpuaka pulak katil aku tu. Tapi mengenangkan kerja dan fokus akupon sekarang adalah kerja, maka aku mengalah. Tapi aku pegi pon sebab pelanggan tu gadis yang aku tak tau lawa ke tak. Tapi dalam hati aku berdoa dengan tulus semoga die lawa dan terus jadi awek aku.

Sampai ofis, ambik file, fotostat mane yang patut, lepak-lepak hisap rokok sambil tunggu die datang, dapat pulak panggilan dari blanka. "Rare nih ka call aku" kata hati kecil aku. Selalunye kalau call ni ade sesi lepak. Pantas dan tenang aku jawab, dan memang tepat tekaan aku. Ade sesi lepak di putra tengok bola dan kalau ade rezeki lebih, usha peha gadis-gadis rare. Tapi papehal kene setel hal kerja dulu, baru steady nak melepak. Tunggu punye lama, aku main pingpong 3 set. Berpeluh jugak bile jumpe pelanggan. Badan pon bau celaka, nasib baik gadis yang kurang manis, kalau manis menitik juge airmata.

Setel kerja, aku pecut balik rumah, tukar baju dan memandu tenang ke rumah ka. Ka ni adelah spesis melayu paling asli penah aku jumpa. Jenis tak tepati janji, tapi aku tetap steady sebab paling lama aku tunggu pon setengah jam. Bawak seperlahan yang mungkin, dan aku sampai lewat sikit dari masa dijanjikan. Itupon die tak bersiap lagi. Bile mengenangkan balik, tak patut betul aku layan drift 3 4 kona, kalau tak mesti bile aku sampai die dah bersiap. Jadi aku masuk kerumah die dan berborak pasal kerja sikit kat mak die, tipu apa yang patut, dan bergerak dengan gaya seorang yang budiman ke putra.

Sampai putra, tuan rumah tak datang-datang lagi. Jadi aku dan ka duduk 1 meja dengan seorang gadis yang dimana kalau die nak kat aku, memang aku steady apply personal loan kawen lepas raya. Tapi yang tak berapa steady bile member-member gadis yang semua laki cuba menarik perhatian gadis tersebut dengan cerita-cerita bangang. Dahla 1st half Harimau kene 4 gol ngan singa, die boleh berborak bangsat. Mendidih jugak darah aku. Sikit lagi aku nak bukak pisau belit yang aku simpan dekat pinggang aku, tam dan nedjo sampai. Bersyukur aku dengan kedatangan dorang sebab kalau tak, mungkin masuk muke depan metro ahad "lelaki bangang kene tikam". Kitorang tukar meja dengan ka ambik posisi yang cukup menarik untuk tengok bola dan tengok gadis tu sekali sekala.

Nasib baik malaysia ade melawan 2nd half, hilang niat aku nak bukak pisau belit. Tapi hati bertambah menggelegak bila gadis masih di bangku persekolahan jadi pengulas tak berbayar dengan suara macam celaka punye kuat. Aku tengok ka sipi-sipi lagi nak lempang pegi balik kat gadis bersekolah tu. tapi damn jugak tengok gadis sekolah sekarang. Entah jamu ape dorang pakai sampai dada selambak jugak aku menengoknye. Habis bola, ringkasan Harimau 3-5 singa. Frust juge tengok harimau kalah, tapi nasib baik ade banyak gadis rare kat maple tu. Terubat sikit luka dihati. Peh, ayat macam novel ahadiat akashah. Lepak dalam 20 minit usha gadis kehulu-kehilir, kami bersepakat nak pusing-pusing keyell tengok scene.

Lepas jalan-jalan, lepak maple 4 minit tunggu ka, dengan perut yang lapar menuju ke kampung baru pekena makanan siam. Macam biasa, berborak ape yang patut kat situ, gadis mabuk lepas berjoget pon tak banyak macam kat nasi lemak international, kami pon sepakat berangkat pulang. lepas hantar ka pulang, berdebar jugak dada aku balik rumah pukul 2 pagi bawak kete. Masa tu pulak macam-macam cerita hantu aku boleh ingat. Jenis cerita hantu yang kalau berborak ramai-ramai depan unggun api masa kem pengakap, konfem kau akan jadi terkenal kat sekolah. Nasib baik takde ape yang terjadi dan aku bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku sepanjang kami melepak dan pisau belit tu masih dalam kedudukan yang asal.

7/20/2011

kerja

Sekarang aku dah sibuk dengan kerja. Kerja yang bukan main-main punye kerja. Kerja jenis menghadap orang yang ada masalah. Masalah juge kat aku,masalah aku sendiri tak setel-setel,nak setel masalah orang lain. Tapi aku cube bertenang sebaik mungkin. Walaupon unit baru aku nak jumpe gadis memang rare,tapi aku tabahkan juge hati. Tapi faking juge la sebenarnye.

Jadi sekarang aku nak fokus pada kerja. Hal awek-awek nih ketepikan dulu,walaupon aku memang takde awek. Tapi kalau ade yang aku minat dan awek tu pon minat kat aku,itu cerita lain. Sekarang aku nak kumpul duit dalam 3 bulan gaji dalam saving account aku,masuk investment macam ASB ke,qiradh ke dan bila aku dah dekat umur 30,aku dah ade RM30k. Untuk kahwin lain cerita,mungkin personal loan jawabnye.

Aku akan cube usahakan sampai mende ni tercapai. Kalau tak tercapai,bermakna aku dah ade awek la tu. Faking,jenis tak berpendirian juge aku nih.