8/15/2011

Majlis berbuka puasa dsl218 kali kedua - Part 1

Event kali ini sangat power. Bukan macam tahun lepas, kodi habis. Yang datang 6 orang, pastu semua batang. Kali ni die punye meriah lain macam. 15 orang bersetuju untuk hadir datang. Peh, nak cerita pon tak gune. Tapi kalau tak cite tak update pulak blog nih.

Event ini dicadang oleh kojang sebagai setiausaha seumur hidup dsl218. Kojang walaupon bermuke rambo, mempunyai kemahiran untuk membuat minit mesyuarat dan berhati kudus seperti seorang setiausaha seorang CEO syarikat yang megah. Tempat berbuka masih sama, dan jemputan bertambah. Mengambil pengajaran event yang lalu, event kali ini membuka ruang kepada penghuni dsl218 membawa makwe untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap kami seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Seperti yang diwar-war kan, kami mesti berkumpul di shell rumah butam pukul 4.45 petang sebelum konvoi ke bagan lalang. Ini boleh dianggap misi mustahil bile mengenangkan masing-masing bukanlah menepati janji. Tapi kali ini perkara itu tidak berlaku, hampir kesemua berada di putrajaya pada masa yang tepat. Bile disebut hampir, maka pasti ada kekurangannye. Dan kekurangan kali ini adalah bile aku datang rumah blanka pukul 3.30, tapi gerak dari rumah blanka pukul 4.40. Secara jujur, inilah janji melayu yang paling true sekali.

Tapi nak marah pon tak gune, semuanye berpunce dari kelewatan ysng berhormat bujang. Bujang yang merupakan antara ahli dsl218 yang rare, mungkin extinct kalau ikut istilah national geographic, turut bermurah hati untuk mencemar duli hadir kemajlis. Bergerak secara berasingan, kami berjanji untuk berjumpa di bagan lalang pukul 6. Aku, ka dan bujang bergerak dengan diiringi hujan lebat menuju bagan lalang dengan gagah. Sampai di persimpangan sebelum banting, kami dikejutkan dengan kewujudan evo buatan proton berwarna putih.

Tak disangka, cedoh turut hadir perjumpaan kali ini. Kalau dibandingkan bujang dengan cedoh, cedoh lebih rare lagi. Setahun aku tak bejumpa dengan beliau, dan kehadiran beliau disambut dengan linangan airmata blanka. Dalam diam aku tersentuh melihat betapa kudus hati blanka, dan pelan-pelan aku kesat airmata yang hampir menitis ke pipi. "Meriah, event ini pasti meriah" getus hati kecil aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan