Haritu macam hari-hari lain yang biasa. Aku bangun pagi untuk bersahur air kosong dan rokok sebatang, cek seluar basah ke tak sebelum tidur kembali. Bangun pagi cuaca memang indah. Cuaca yang kalau minum diwaktu pagi memang lemah iman. Aku bersiap untuk menuntut ilmu dan melihat gadis-gadis yang berpakaian elok demi menghormati bulan yang suci.
Tapi cuaca yang indah itu tidak bertahan lama. Bile sampai ke tengah hari, die punye panas memang syahdu. Lagi syahdu bile tengok kanak-kanak minum air tin sambil berlari-lari angkuh didepan aku. "Aduh" suara kanak-kanak itu berbunyi bile terjatuh dan air tin melimpah di jalan tar yang panas. "Ambiklah kejatuhan ini sebagai iktibar wahai anak kecil" bisik hati kecil aku sambil tersenyum puas tengok budak tu meraung.
Habis kelas pukul 4, aku dan bunek pulang ke rumah sewa. Tiada perbualan yang mampu aku lontarkan sebab penat yang sungguh solid. Dalam perjalanan aku hanya mampu berfikir betapa power dapat berbaring atas tilam, main fesbuk sambil kipas lantai pasang full blast menghala kemuke. Itulah perkara yang paling manis selain dari menghisap rokok di bulan puasa.
Selesai bunek parking moto, aku masuk kedalam sambil tertanya-tanya. Kenapa panas pule dalam rumah ni? Macam ada dosa yang baru dibuat. Ye, kadang-kadang aku berfikiran pessimis dalam pelbagai hal. Aku naik ke atas dan melihat kojang tersenyum sesorang sambil main laptop. Ah, chatting dengan gadis la tu. Tiba-tiba kojang pandang muke aku dan memberikan 1 reaksi muke yang sukar ditafsir. "Faking, die tau ke ape yang aku fikir?" getus hati kecil aku. Bulan-bulan puasa ni hati kecil aku lebih banyak berkata dari mulut. Sungguh aneh bile mata seorang lelaki bertaut dengan mata lelaki yang lain. Untuk menghilangkan kejanggalan itu, aku melemparkan sebuah senyuman. Tapi bile aku kenangkan balik, lagi aneh bile aku senyum camtu.
Aku masuk ke bilik selepas kejadian yang janggal itu. Sekarang fokus aku hanya 1, baring, main fesbuk dan pasang kipas full blast. Eh, macam 3 mende je yang aku kene fokus? Ah, pedulikan, ini cerita aku. Tengah sedap-sedap aku menaik password sambil kipas berpusing laju kearah aku, kojang datang dan menunjukkan 1 video. Tergamam aku menatap video tu. Tak sangka aku bulan puasa camni kojang tunjuk video yang begitu rare sekali. 2 makhluk manusia sedang melakukan kemungkaran!
Video itu begitu detail sekali. 2 makhluk itu sedang menjilat dan meratah 2 makhluk yang lain. Bukan setakat itu sahaja, mereka juge menghisap! Begitu dahsyat video itu sehingga mencabar iman aku di bulan yang suci. Apa yang menghampakan aku, 2 makhluk itu adalah makhluk yang aku sangat-sangat kenal. Tamat video itu, aku merenung kojang dalam-dalam seperti mencari jawapan. Kojang hanya mampu memberikan 1 senyuman nipis yang pastinya senyuman yang sinis.
Hati aku berbisik halus berbunyi sebegini, "Peh, sedap juge nasi lemak ayam sama air mata kucing yang b****a dan b***m pekena nih"...
*Cerita ini ditokok tambah disebabkan aku tak ingat secara detail keadaan tersebut. Watak didalam cerita ini juge disensor demi menjaga nama baik mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan