Tengah hari tu panas die lain macam. Jenis bukan panas biasa-biasa. Jenis panas yang kalau pekena ABC atau cendol, memang padu die punye pergi. Tapi sayang, tengah hari tu bukan tengah hari biasa-biasa. Tengah hari yang ada "isi" orang tua-tua cakap. Bulan-bulan puasa ni memang banyak dugaan. Berjalan balik ke blok selepas mengharungi sesi pembelajaran yang tak masuk ke otak memang seksa. Lagi-lagi bile malam sebelum tu tak tido layan wayang kat laptop, seksa. Kelas pulak ade 2 3 orang gadis manis, lagi la seksa.
Dalam perjalanan pulang berjalan kaki tu, aku dah terbayang betapa sedap minum air sejuk sambil pekena rokok sebatang dua. Pastu tido sampai berbuka. Memang syahdu die punye feeling. Tapi mengenangkan air dalam bilik dah habis dan nak bawak botol pegi refill kat bawah blok memang mengundang kejian, aku tahankan juge. Aku praktikkan kumpul air liur banyak-banyak dalam mulut pastu telan untuk memaksimakan kelegaan tekak.
Selepas mengharungi tasik lendu, tangga batu caves dan bukit-bukau, aku sampai ke bilik aku. Die punye seronok lain macam bile mengenangkan dapat tido dengan kipas pusingan paling kuat. Kipas dalam bilik pulak memang "true" punye kipas. Kipas yang memang kipas, bukan kipas hiasan pusing segan-segan. Kipas ni punye la laju sampai nyamuk pon tewas nak masuk bilik aku. Angin die tenang ke tolak nyamuk masuk bilik. Memang "champion".
Belum aku masuk bilik lagi, hidung aku dapat mengesan bau yang menarik tapi tidak lah sesuai bau itu ada di siang hari di bulan puasa. Bau rokok diselang-seli bau mee sedap terawang-awang di udara. Sedang elok aku mencari punca bau, keluar seorang junior dari bilik die dengan muke puas. Pandang aku dengan sengih, aku balas dengan renungan tajam.
"Aku uzur la chap hari ni" kata juniorku yang berbadan tegap dan suke bermain ragbi. Aku menggeleng-geleng kepala sebagai tanda kurang senang. Sebagai senior, aku perlu menjadi contoh kepada golongan muda. Lantas aku masuk bilik dan terus tido sambil memikirkan betapa sedap dapat pekena mee sedap dan rokok sebatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan