Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

8/07/2011

Puasa siri 3

Haritu macam hari-hari lain yang biasa. Aku bangun pagi untuk bersahur air kosong dan rokok sebatang, cek seluar basah ke tak sebelum tidur kembali. Bangun pagi cuaca memang indah. Cuaca yang kalau minum diwaktu pagi memang lemah iman. Aku bersiap untuk menuntut ilmu dan melihat gadis-gadis yang berpakaian elok demi menghormati bulan yang suci.

Tapi cuaca yang indah itu tidak bertahan lama. Bile sampai ke tengah hari, die punye panas memang syahdu. Lagi syahdu bile tengok kanak-kanak minum air tin sambil berlari-lari angkuh didepan aku. "Aduh" suara kanak-kanak itu berbunyi bile terjatuh dan air tin melimpah di jalan tar yang panas. "Ambiklah kejatuhan ini sebagai iktibar wahai anak kecil" bisik hati kecil aku sambil tersenyum puas tengok budak tu meraung.

Habis kelas pukul 4, aku dan bunek pulang ke rumah sewa. Tiada perbualan yang mampu aku lontarkan sebab penat yang sungguh solid. Dalam perjalanan aku hanya mampu berfikir betapa power dapat berbaring atas tilam, main fesbuk sambil kipas lantai pasang full blast menghala kemuke. Itulah perkara yang paling manis selain dari menghisap rokok di bulan puasa.

Selesai bunek parking moto, aku masuk kedalam sambil tertanya-tanya. Kenapa panas pule dalam rumah ni? Macam ada dosa yang baru dibuat. Ye, kadang-kadang aku berfikiran pessimis dalam pelbagai hal. Aku naik ke atas dan melihat kojang tersenyum sesorang sambil main laptop. Ah, chatting dengan gadis la tu. Tiba-tiba kojang pandang muke aku dan memberikan 1 reaksi muke yang sukar ditafsir. "Faking, die tau ke ape yang aku fikir?" getus hati kecil aku. Bulan-bulan puasa ni hati kecil aku lebih banyak berkata dari mulut. Sungguh aneh bile mata seorang lelaki bertaut dengan mata lelaki yang lain. Untuk menghilangkan kejanggalan itu, aku melemparkan sebuah senyuman. Tapi bile aku kenangkan balik, lagi aneh bile aku senyum camtu.

Aku masuk ke bilik selepas kejadian yang janggal itu. Sekarang fokus aku hanya 1, baring, main fesbuk dan pasang kipas full blast. Eh, macam 3 mende je yang aku kene fokus? Ah, pedulikan, ini cerita aku. Tengah sedap-sedap aku menaik password sambil kipas berpusing laju kearah aku, kojang datang dan menunjukkan 1 video. Tergamam aku menatap video tu. Tak sangka aku bulan puasa camni kojang tunjuk video yang begitu rare sekali. 2 makhluk manusia sedang melakukan kemungkaran!

Video itu begitu detail sekali. 2 makhluk itu sedang menjilat dan meratah 2 makhluk yang lain. Bukan setakat itu sahaja, mereka juge menghisap! Begitu dahsyat video itu sehingga mencabar iman aku di bulan yang suci. Apa yang menghampakan aku, 2 makhluk itu adalah makhluk yang aku sangat-sangat kenal. Tamat video itu, aku merenung kojang dalam-dalam seperti mencari jawapan. Kojang hanya mampu memberikan 1 senyuman nipis yang pastinya senyuman yang sinis.

Hati aku berbisik halus berbunyi sebegini, "Peh, sedap juge nasi lemak ayam sama air mata kucing yang b****a dan b***m pekena nih"...


*Cerita ini ditokok tambah disebabkan aku tak ingat secara detail keadaan tersebut. Watak didalam cerita ini juge disensor demi menjaga nama baik mereka.

8/04/2011

Puasa siri 2

Tengah hari tu panas die lain macam. Jenis bukan panas biasa-biasa. Jenis panas yang kalau pekena ABC atau cendol, memang padu die punye pergi. Tapi sayang, tengah hari tu bukan tengah hari biasa-biasa. Tengah hari yang ada "isi" orang tua-tua cakap. Bulan-bulan puasa ni memang banyak dugaan. Berjalan balik ke blok selepas mengharungi sesi pembelajaran yang tak masuk ke otak memang seksa. Lagi-lagi bile malam sebelum tu tak tido layan wayang kat laptop, seksa. Kelas pulak ade 2 3 orang gadis manis, lagi la seksa.

Dalam perjalanan pulang berjalan kaki tu, aku dah terbayang betapa sedap minum air sejuk sambil pekena rokok sebatang dua. Pastu tido sampai berbuka. Memang syahdu die punye feeling. Tapi mengenangkan air dalam bilik dah habis dan nak bawak botol pegi refill kat bawah blok memang mengundang kejian, aku tahankan juge. Aku praktikkan kumpul air liur banyak-banyak dalam mulut pastu telan untuk memaksimakan kelegaan tekak.

Selepas mengharungi tasik lendu, tangga batu caves dan bukit-bukau, aku sampai ke bilik aku. Die punye seronok lain macam bile mengenangkan dapat tido dengan kipas pusingan paling kuat. Kipas dalam bilik pulak memang "true" punye kipas. Kipas yang memang kipas, bukan kipas hiasan pusing segan-segan. Kipas ni punye la laju sampai nyamuk pon tewas nak masuk bilik aku. Angin die tenang ke tolak nyamuk masuk bilik. Memang "champion".

Belum aku masuk bilik lagi, hidung aku dapat mengesan bau yang menarik tapi tidak lah sesuai bau itu ada di siang hari di bulan puasa. Bau rokok diselang-seli bau mee sedap terawang-awang di udara. Sedang elok aku mencari punca bau, keluar seorang junior dari bilik die dengan muke puas. Pandang aku dengan sengih, aku balas dengan renungan tajam.

"Aku uzur la chap hari ni" kata juniorku yang berbadan tegap dan suke bermain ragbi. Aku menggeleng-geleng kepala sebagai tanda kurang senang. Sebagai senior, aku perlu menjadi contoh kepada golongan muda. Lantas aku masuk bilik dan terus tido sambil memikirkan betapa sedap dapat pekena mee sedap dan rokok sebatang.

8/03/2011

Puasa siri 1

"TRAAA!" bunyi tayar motor berlaga dengan tanah. Bunek tekan brek ngam-ngam depan pintu rumah sewa kami. Debu tanah cukup tebal mengelilingi kami. Aku slow-slow pegi bukak pintu pagar besar sambil mata konsisten pandang 1 kotak depan tong sampah. Kotak yang memiliki lambang pakcik tua beruban senyum nipis cukup menimbulkan 1 tanda tanya. "Bila pulak budak rumah ni sahur dengan KFC?" kata hati kecil aku secara serius.

Bunek memasukkan motor sambil memandang sekali lalu kotak tersebut. Sambil aku dan bunek bukak kasut dan stoking, hati aku masih tertanya-tanya akan kewujudan kotak tersebut. Naik ke atas, baru nak bukak pintu bilik aku, pintu bilik sebelah aku terbuka dengan tiba-tiba. Aneh, bau wangi semerbak keluar dari bilik tersebut. Ape yang lagi menganehkan, bau wangi itu bukan melekat di badan tapi di bilik. Keluar member aku senyum segan-segan lalu sebelah aku. Sebagai seorang lelaki yang budiman, aku balas senyuman itu seikhlas mungkin. Bau rokok serta minyak wangi mengikut member aku.


"Doh, doh. Barai juge kau ye" kata hati kecil aku sinis.