Aku masuk form 6 dengan 2 tujuan, tengok gadis manis yang tak diproduce oleh sekolah aku dan menghabiskan mase disekolah dari duduk rumah. Aku memang suke sekolah, boleh bergurau, berborak dan dapat duet saku. Mende-mende camni memang tak dapat kalau aku duduk rumah. Tapi bile aku dapat surat sambung belajar, aku sedar aku patut jadi manusia bertanggungjawab. Dan akupon terbang bersama keluarga aku ke Sarawak .
Pegi sane naik MAS, memang setail. 2 orang pramugari MAS memang rare, pakai kebaya belah peha sikit lagi nak sampai kawasan larangan. “Ni baru dalam kapal terbang, kalau kat serawak kot-kot tak pakai baju langsung kot” kata hati kecilku naïf. Aku eksaited melampau. Tapi bile sampai kat airport, aku hampa. Pemandangan pertama aku adelah 3 orang makcik tua yang telinga die cecah bahu. “Cis, aku kene tipu” kata aku. Padahal aku sendiri yang assume tu. Tapi takpe, aku memang tak tau pasal Sarawak pon. Bukan salah aku.
Sampai di Sarawak, terus mendaftar. Disebabkan aku budak rayuan, jadi aku dapat lihat budak-budak U pegi kelas. Time tu memang kagum, jelas gadis-gadis manis bersepah dan mungkin peramah. Selesai daftar ngan sorang brader yang cakap melayu baku , aku terus masuk blok. Pas setel lebih kurang, keluarga aku pon balik la. Bile dah 18 tahun hidup dengan keluarga, airmata tu memang laju macam bawak Honda EK kona takde bunyi (tam, sila ambik perhatian) kat highway. Seminggu aku down dan tak pegi kelas.
Tapi aku nyesal tak pegi kelas awal-awal. Kalau tak mesti aku tak down. Gadis manis memang banyak. Aku kagum. U aku memang pandai buat motivasi kat student laki dengan ambik gadis manis. Dah la manis, peramah lak tu. Memang best. Aku syak member aku kat perak time tu masih terkhayal dengan awek perak. Ape barang bai, sini lagi rare awek die dari dak form 6.
16 minggu kat Sarawak memang tak terasa. Gadis manis bersepah, peramah, orang sane tak hensem tapi peramah. Makan tak sedap, tapi dining campur. Bermakna gadis manis yang peramah juge ade. Ini bermakna setiap kali aku down pas abes kelas, motivasi diri aku akan mantap bile ke dining. Sebab tu aku cakap U aku kat Sarawak ni memang pandai buat motivasi.
Abes jek 16 minggu, tibelah masenye aku pulang dan berpindah ke U aku di selatan Malaya . Aku agak down, tapi tak boleh buat ape. Jarak yang jauh beserta kesihatan ayah aku membuatkan aku terpakse berpisah dengan gadis manis dan U aku yang pandai buat motivasi. Selepas salam lebih kurang, member aku hantar aku pegi airport. Dalam kapal terbang ondewei balik Malaya , aku terkenangkan gadis manis yang peramah kat sane. Kekecewaan tak terubat walaupon dihidang dengan bontot pramugari airasia yang lalu-lalang sebelah aku sebab makcik sebelah aku terlalu rajin nak berbual dengan aku, padahal anak die ade jek kat sebelah. Dah lah anak die separa manis, sombong lak tu. Tak macam gadis Sarawak yang manis dan peramah.
Ehh, punye lame aku cerita ni ade aku cerita tak yang gadis Sarawak ni manis-manis dan peramah?