4/21/2011

Kenangan

Dulu,tahun 2001,10 tahun yang lepas,aku pindah perak. Time tu aku sekolah lagi,jadi duit takdela. Sekarang pon same. Awek pon takde zaman tu. Sekarang pon same jugak. Jadi ape yang bezanye? Ok aku nak cite pasal sorang member aku. Name die hafifie. Muda aku dari setahun. Kalau nak manja panggil fify,tapi tak berape ngam dengan badan die yang besar serta muke yang ganas. Tapi suara die lembut,kire ngam jugak kot. Babi ape aku mengarut ni?

Name timangan lain die paipon. Tapi die tak isap dadah,gam,syabu,kokain mahupun dada. Rokok pon tak isap. Jadi apehal jadi paipon? Itu name timangan die bile die main counter strike (CS). Zaman tu memang demam main CS. Bukan demam bieber,itu jahanam. Sape tak main memang bukan jenis member hati perang. Selalunye yang tak main CS ni main mirc,pastu pakai nickname abanggersang contohnye,tapi umur baru belas-belas. Gersang konon,tengok peha amoi pon dah menaik.

1 lagi nickname hafifie ni leman. Tak silap aku name bapak die leman. Zaman tu panggil member pakai name bapak memang tengah "in" orang cakap. Mule-mule boleh buat gadoh,lame-lame steady jek dorang terime budaya jahanam tu. Gampang juge budak-budak zaman tu. Ok,fify@paipon@leman ni memiliki suara yang kecik,fizikal yang besar serta muke yang ganas. Hati die pon tak berape steady,jenis nak bergelut je. Pernah sekali die buat choke slam kat sorang budak,padahal kitorang start bahan budak tu dulu. Oh ye,zaman tu pon wrestling memang "in". Time tu memang aku boleh jalan dada kedepan la dengan kegagahan die.

Fify@paipon@leman ni bukan dari keluarga yang senang. Baju pon kusam,motor die pon buruk,tapi pehal ntah champion memanjang kalau lumba dengan motor-motor kitorang. Dah la motor die start gune gear 3,pastu terus jalan pulak tu. Tapi ganas-ganas die,die rendah diri. Bukan jenis tak sedar diri atau jenis tarik budak tepi lorong pastu pau. Die belajar pon bagus,walaupon die kaki main games. Ade jugak sifat buruk die,tapi tak elok nak cite.

Lepas spm,die pegi keje port. Die keje sebab nak cari duit nak register kalau dapat masuk U. Gaji die agak sedap untuk orang baru lepas spm. Dengar cite dekat RM1300 gak la sebulan. Die repair motor jaguh bapak die untuk bawak pegi belajar nanti (motor buruk die bagi adik die),kire berdikari punye orang. Sejak aku masuk U,aku jarang balik perak. Akupon jarang jumpa die,tapi kalau balik ade la sesi lepak dengan die. Die selalu bahan aku dan aku diamkan jek sebab aku taknak kene choke slam. Tak steady la kene hentak dengan budak mude setahun.

Hari tu hari minggu,sameade sabtu atau ahad,dan aku menonton kartun. Pagi kot,mane ade cite serius kat tv. Tengah sedap aku tengok tv,ade orang bagi salam kat pintu. Aku dengan hati panas pasal kacau time part best pegi dekat pintu. Dengan muke aku bagi ganas sebaik mungkin,aku jawab salam. Oh,adik fify rupenye. Apehal pulak tibe-tibe datang rumah aku.

"Asal nih?" tanya aku dengan nada tegas.

"Abang,nak bagitau ni yang abang fify dah meninggal pagi tadi. Ade eksiden kat tempat keje die" jawab adik die tenang. Berderau darah aku,badan menggigil tibe-tibe. Aku tengok muke adik fify ni betul-betul,muke tenang semacam. Bergurau ke ape budak nih?

"Ko jangan main-main." kata aku lagi. "Aku lempang ko karang." tapi ayat ni aku cakap dalam hati jela sebab adik fify ni adik yang die sayang. Tak pasal-pasal kene hentak lak nanti.

"Lah,betollah. Tak caye pegi rumah" jawab adik die lagi,maintain tenang. "Dah la,aku nak pegi rumah lain nih bagitau".

Aku terdiam. Biar betol ni? Aku rase macam badan ni berat sangat. Aku kuatkan semangat,start motor dan pegi rumah die. Sepanjang jalan aku berdoa yang ni main-main. Sampai kat rumah die,orang dah penuh dan mak die tengah duduk dekat depan pintu. Aku park motor dengan gaya rossi,jalan dengan muke tenang. Belom sempat sampai kat mak die,mak die cakap 1 ayat yang sampai sekarang aku ingat gaya dan intonasinye.

"Wad,kawan ko fify,anak makcik dah takde." Dan airmata aku mengalir tanpa paksa. Aku patah balik kat motor,duduk dekat atas motor membelakangkan mak die dan menangis macam budak kalah gaduh. Lepas aku tenangkan diri,aku pegi balik kat mak die nak tanye camne bole meninggal. Haritu die cuti,tapi bos die panggil suruh keje sebab orang yang patut keje MC. Diepon pegi la. Keje die aritu duduk atas lori dan guide plat besi  yang diangkat gune mesin yang angkat barang kat port tu masuk atas lori. Entah mane silapnye,plat besi 16tan tu jatuh kearah lori. Die yang tak sempat keluar lori kene himpap dengan plat besi 16tan.

Skang dah 5 tahun die meninggal. Entah kenapa aku teringat dekat die. Kalau ade yang bace post ni,aku harap korang dapat sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Hafifie. Semoga die tenang hendaknye disana...

4/14/2011

Tragis

1. Setahun yang lepas motor aku ade problem. Problem biasa-biasa bagi seorang penunggang motor berkuasa rendah yang berulang-alik ke tempat praktikal yang jauh,yakni rantai longgar beserta minyak hitam kene tukar. Macam biasa,aku akan servis dekat kedai moto melayu belakang rumah aku nih je. Atas dasar nak tolong melayu,dan mereka pon buat bagus,cume kene bayar lebih seringgit dua berbanding kedai motor mata sepet. Dan kedai motor ni pon selalunye ade gadis rempit budak sekolah yang kalau kite salah langkah seperti terlanjur contohnye,hulur jela punggung untuk disebat.

2. Jadi atas dasar semangat melayu dan gadis rempit,lepas keje aku terus tuju kedai ni. Tempat praktikal aku tidak menerapkan peraturan pemakaian,jadi aku hanya berseluar jeans lusuh jenama murah dan jersi arsenal beli kat padang besar,aku park motor dengan steady didepan kedai. Nasib aku baik,ade gadis rempit 2 orang. Celaka,muke manis pon jadi rempit. Memang trend muke manis nih jadi rempit atau klcc ke skang nih? Lepas setel repair motor aku dengan tuning rossi,aku yakin motor ni boleh pegi jauh. Aku hulur duit,dan disahut dengan soalan "brader keje peon kat mane?"

3. Harini aku pegi hospital untuk appointment dengan doktor. Nurse maintain rare. Aku terus tukar mode pemburu gadis dan mata aku bergerak-gerak seperti haiwan yang liar. Tengah sedap mata memburu,sorang mamat datang dan berbual. Lebih kearah berborak kosong sebenarnye. Mamat tu cite la yang die dah keje dan macam-macam lagi. Atas sebab keramahan beliau,aku terpaksa hentikan mode pemburu untuk fokus pada perbualan. Tibe-tibe aku dituju 1 soalan, "ko keje peon ke kat port klang?".

4. Babi,dah 2 kali orang tanya aku keje peon. Jelas sangat ke muke aku ni muke peon? Tiap-tiap kali aku tengok cermin,macam muke CEO yang berjaya je aku rase.

4/13/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (6)

"Dengar sini,kite pecah ke 2 kumpulan. Butam dan wad pegi pasang bom. Yang lain termasuk aku duduk sini kaver line kalau kene serang." kata nedjo sebagai ketua. "Ape yang terjadi pon,operasi ni mesti berjaya. Ambik bom ni. Jangan bertindak ganas,aku doakan keselamatan korang." kate nedjo lagi.

"Baik ned. Kaver kitorang elok-elok. Jangan nak kaver kote korang je." kate butam serius. Hal kote ni memang butam ambik serius.

Aku dan butam bergerak perlahan kearah tempat simpanan artileri. Kelihatan seorang askar mengawal. Pantas butam meluru kedepan dan menikam musuh sambil menutup mulut musuh tersebut. Kagum aku sebentar. Tak sangka butam sepower begitu. Aku datang dan mule memasang bom. Tanpa aku sedar,musuh tadi dalam nafas terakhirnye sempat menekan butang kecemasan.  Pantas tempat kami dihujani peluru.

"Aduh" jerit butam perlahan. Kaki butam ditembak musuh dan remote control untuk bom tercampak jauh dari kami. Aku menarik butam berselindung disebalik tempat artileri. Aku cuba untuk mencapai remote tersebut tapi asakan peluru dari pihak musuh cukup solid. Pihak musuh mule mara kearah kami,tapi disekat oleh asakan peluru dari nedjo dan kawan-kawan. Tapi kehadiran mereka tidak boleh ditahan lagi. Dengan askar yang lebih banyak dari kami,hanya menunggu masa sebelum mereka datang kearah kami lantas menggagalkan misi kami.

"Aduh,sakitnye wad." butam mengerang kesakitan. "Wad,sory. Aku tercampak remote tu."

"Takpe tam, kite boleh letupkan cara manual. Cume,kite tak sempat nak lari la."

"Kalau camtu biar aku yang letupkan wad. Aku dah tak boleh lari,lagipon aku single. Ko dah kawen,muke pon jelas tak puas lagi,ko mesti pulang kearah lisa." kata butam dengan muke serius.

"Heh,mustahil aku tinggalkan ko tam. Ko ingat lisa suke aku tinggalkan kawan terkorban kat sini?' jawab aku tegas.

Tibe-tibe 3 lembaga bukan dari tempat nedjo berkumpul berlari pantas kearah kami. Siapa mereka? Musuh ke? Aku terdiam,aku kenal mamat tersebut. Kenapa dorang ade kat sini? Bukan dorang terlantar kat hospital ke?

"Haloo. Dalam masalah nampaknye." kate salah sorang dari mamat tersebut ceria.  Disebelah 2 mamat yang lain tadi tersenyum-senyum. "Ko bawak butam pegi sane,aku ngan die kaver korang dan die letupkan bom ni." kata seorang mamat lagi sambil menunjukkan kepada siapa yang mamat itu maksudkan.

"Jap,camne korang ade kat sini? korang bukan dalam hospital ke?" kata aku. Butam memandang mereka mengharapkan jawapan.

"Kitorang lari pas dengar korang join operasi ni. Babikan korang tak ajak kitorang. Kitorang folow jejak korang dari jauh. Aku tau,korang kalau takde kitorang memang tak berguna. Sebab tu kitorang tunjuk muke bile keadaan bahaya,baru hero." jawab mamat itu lagi. "Skang ko bawak butam ni jauh dari sini."

"Abes tu korang camne? Bom ni kene letup cara manual,bermaksud korang pon meletup skali ngan bom ni." butam bersuara. "Biar aku je yang letupkan,akupon tak boleh lari."

"Dah,jangan merepek. Ko pegi je tam. Biar kitorang yang setelkan." jawab sorang dari mamat tu tegas.

"Tapi.."

"Korang pegi jela. Aku ngan die takde mase yang lame kat dunia ni pon. Kitorang cedera dalaman,die punye kaki dah schedule nak kene potong. Kitorang dah tak boleh menyumbang kat negara kalau hidup." mamat tu berkata lagi. Salah seorang dari mamat menunjukkan kaki die yang dah semakin membusuk. Dalam keadaan camni pon dorang mampu berlari menyelamatkan kitorang. Tak sedar airmata aku menitis.

"Haha,asal ko menangis ni wad? Macam gadis-gadis lak. Dah-dah,korang cepat pegi sebelum korang skali meletup ngan kitorang." kate mamat yang mule-mule bersuara. Tapi jelas dari airmuke die yang ade sikit ketakutan dimukenye.

"Sebelum korang pegi,tolong hantarkan surat ni kat keluarga kitorang." mamat yang menunjukkan kakinya tadi bersuara macam nak nangis,tapi kaver dengan senyum. "Dah, pegi SKANG!" mamat itu bersuara sambil menembak kearah musuh.

Aku berlari sambil memikul butam yang nasib baik ringan kearah nedjo dan lain-lain. Bunyi peluru kedengaran begitu jelas sekali. Aku sampai kearah nedjo dan membaringkan butam.

"Butam tak teruk kan? Mane remote control tu? Cepat letupkan bom tu. Kita takde masa lagi ni." kata nedjo.

"Remote control ade kat sana. Butam tercampak remote tu time die kene tembak kat kaki." jawab aku. "Bom tu hanye boleh diletupkan secara manual." sambung aku lagi.

"Camtu biar aku pegi letupkan. operasi ni mesti berjaya walau ape yang terjadi." kata nedjo.

"Tak payah ned,dah ade orang kat sane yang gantikan kami untuk letupkan bom tu." kata aku lagi.

"Siapa?" tanya ned terkejut.

***

21haribulan 8,tahun 20xx,suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan itu. Sanak saudara dan handai taulan menitiskan airmata ketika jenazah diusung ke liang lahad. 21 tembakan keudara dilepaskan tanda penghormatan wira diberikan kepada 3 perajurit yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk negara. Operasi artileri yang sukses menyebabkan pihak musuh berundur. Pihak atasan yang mengetahui akan keberanian 3 perajurit tersebut bersetuju untuk memberikan penghormatan wira kepada mereka,dan kami yang merupakan sahabat baik diberikan pelepasan untuk menghadiri pengebumian mereka.

Aku dan lisa yang turut hadir datang berjalan perlahan kearah keluarga yang terkorban. Mereka memandang aku dengan wajah yang sayu.

"Makcik,saya tak tau nak cakap apa. Saya harap makcik bersabar menghadapi ujian ini" kata aku dengan suara bergetar. Lisa menggenggam tangan ku,cuba memberikan kekuatan mental pada ku. "Ini adalah surat yang diamanahkan oleh kidok,bujang dan cedoh sebelum mereka meletupkan bom tersebut." kata aku sambil memberikan surat.

"Terime kasih nak. Tak dapat makcik balas jasa baik nak." kata makcik tersebut. Aku berlalu pergi dengan linangan airmata,sambil lisa memeluk lengan ku menuju kearah member yang lain.

"Ini bukan salah ayang dan kamu semua. Bujang,cedoh dan kidok lakukan semua ni untuk negara. Hapuslah airmata kamu semua." kata lisa lembut. "Sesungguhnya kamu semua kawan yang baik,yang sentiasa berada disisi masing-masing. Sentiasa disini dengan kawan-kawan" sambung lisa lagi.

"Ya,kite semua masih bersama. DiSini seLamanya." kata kojang sambil memandang langit..

4/12/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (5)

Dah 2 bulan berlalu lepas kes pengeboman kampung. Blanka dah kembali normal. Skang makin rajin memburu gadis khabarnye. Blanka blanka,hati kau cukup keras. Seminggu selepas kami dihantar pulang,kojang kawen dengan gadis bangi. Lakau menyusul lepas tu dengan menikah gadis pilihan opah die. Orangnye cantik,tapi tak secantik lisa aku la. Yang lain-lain maintain single. Dan 3 hari lepas aku lak menikah. Kenduri memang meriah,ramai orang cakap lisa beruntung bersuamikan aku. Aku buat-buat sombong sambil kunyah daging rusa.

"Sari berita utama. Perang telah meletus kembali. Negeri jiran telah menyerang dan menakluk negeri di selatan. Perdana menteri mengisytiharkan serang balik keatas negara jiran". Berita di TV mengejutkan aku dan lisa. Pihak tentera menghubungi aku,dan menyedari yang aku baru menikah dan pastinya masih belum puas bermalam dengan isteri,mereka memberikan masa 1 minggu lagi untuk serta tempur di selatan. Tapi panggilan dari lakau selepas itu membuatkan aku terpana.

"Wad,aku tau ko baru menikah. Mesti tak puas-puas lagi bantai bini ko,tapi ko taukan ape jadi kat selatan?" lakau bersuara lembut. "Aku dan budak-budak lain "ons" join perang nih. Aku tak paksa wad,tapi kalau ko join ok gak. Takde rase macam tak cukup korum. Kitorang pon takde la fikir ko fokus tala bini ko jek. Takde kitorang fikir ko lupe member. Tapi aku tak paksa tau wad". Celaka,asal ayat "tak paksa" ko macam babi.

"Aku tau kau. Akupon serba salah ni. Aku try diskus dengan bini aku. Pape aku roger ko".

"sape yang tepon ayang?" tanye lisa bile aku bermuke serius.

"Sayang,abang akan pegi keperbatasan esok." jawab aku takut-takut.

"Kite baru kawen ayang. Takkan dorang tak paham?" lisa dah macam nak marah-marah. "Kalau ayang pegi,kat mane tempat nye?"

"Mungkin di alor gajah." jawab aku dengar tak dengar.

“Ayang tak payah laa pegi sane. Bahaye la yang. Situ dah dekat sangat dengan kem musuh. Dah la kite baru kahwin” kate lisa surihani separa memujuk.

“Sayang jangan risau sangat ek. Ayang pegi dengan kawan-kawan ayang yang hebat-hebat. Lagipun takkan ayang nak biarkan dorang pegi sane tanpa ayang” jawab ku manja.

“Tapi…”

“Ayang jangan risau k. Ayang balik nanti kite terus pegi honeymoon kite yang tertangguh ni” jawab ku dengan konfiden padahal hati dah remuk.

***

Alor gajah merupekan kawasan panas. Kami diserang dengan begitu hebat. Kami perlu bertahan disini ataupon pihak musuh dapat bergerak mudah ke ibukota. Laluan ayer keroh telah dibom sehingga sukar untuk pihak musuh mara. Satu-satunya jalan adalah disini. Masalah utama adalah musuh kami kali ini adalah dari negeri jiran diselatan dan utara. Kuasa ketenteraan kami telah terbahagi 2. Ini menyebabkan mudahnya negeri di selatan ditakluk berbanding sebelum ini. Kami telak diasak begitu teruk,harapan terakhir adalah mengebom pusat simpanan artileri pihak musuh. 1 operasi yang berbahaya,tapi jika berhasil akan membuatkan pihak musuh berundur ke muar.

"Operasi ini dinamakan operasi artileri. Saya perlukan volunteer. 1 team yang kecil untuk mengelak dikesan oleh musuh. Dalam 6 ke 7 orang." Komander Bard bersuara. Kebanyakan kami diam,sebab kami tahu kemungkinan untuk terkorban cukup tinggi.

"Saya tuan. Dan saya volunteer untuk jadi ketua. Ahli yang saya nak terdiri dari blanka,butam,wad,kojang,bunek dan lakau." tibe-tibe nedjo bersuara.Eh,aku tak cakap pon aku nak join?

"Ned,saya puji keberanian kamu. Tapi saya suruh volunteer. Yang awak petik name member kenape?" komander bard bersuara.

"Saya yakin yang apabila mereka tau saya volunteer,mereka akan volunteer juge. Takkan mereka nak biarkan saya join operasi ni tanpa dorang" kata nedjo yakin.

"Kamu yang dah kene petik name tadi,setuju tak?" tanya  komander bard.

"Setuju komander" jawab kami seragam. Tapi seragam yang macam terpaksa,macam dibuat-buat. Faking,tak pasal-pasal aku kene join.

***

"Ned,asal ko tak petik nama cedoh,bujang atau kidok?" kojang bertanya ketika kami berjalan menuju ke lendu.

"Korang tak tau ke dorang injured time kene attack 2 hari lepas?" nedjo bersuara.

"Injured? Aku tak tau pon. Teruk ke?" tanya butam.

"Bujang kene tembak kat kaki. Cedoh ngan kidok cedera ringan kene bom tangan" jawab nedjo.

Selepas tu kami semua terdiam. Hanya kepulan asap rokok kelihatan. Terdiam mengenangkan nasib cedoh,bujang dan kidok,juge terdiam mengenangkan nasib kami dalam operasi ni. Aku harap semuanye berjalan lancar.

4/11/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (4)

Aku tenang duduk dipangkin menghisap rokok sambil menulis surat. Aku lihat lakau dikelilingi kanak-kanak yang tekun melihat die menghembus asap rokok berbentuk O. Butam dan bujang main kejar-kejar dengan gadis,macam celaka juge perangai dorang nih. Blanka tengah dating dan yang lain entah kemana. Sudah 2 minggu kami ditempatkan di sebuah kampung nun dinegeri selatan. Disebabkan kami merupakan perajurit bantuan,kami ditugaskan sebagai bekap dan diletakkan disini. Kami bertuah diletakkan di utara di negeri selatan dimana masih belum lagi dicemari dengan peperangan. Tapi nun di sempadan,peperangan sengit sedang melanda. Khabarnya keadaan cukup berkecamuk,tiada lagi sifat kemanusiaan. Badan yang kaku beserta darah bersepah-sepah disana-sini.

Tapi kami,seperti yang ditulis diatas,cukup bertuah. Kampung ni cukup aman,penuh dengan gelak ketawa dan gadis yang agak rare. Disini,kojang yang bermuke ganas pon tersenyum indah melayan gadis rare dan kanak-kanak riang.  Blanka dengar cite dapat ayat awek jilbab muke manis. Power jugak die mengayat sejak 2 menjak nih. Butam dapat ayat nurse tentera dengar cite. Lakau aku tak pasti,kejap cakap kapel dengan gadis kadet,kejap dengan artis. Nedjo cam biase,maintain dengan awek lame die. Yang lain-lain jenis berahsie memanjang.

Penduduk kampung sini memang ramah. Macam peperangan tak wujud. Kanak-kanak masih tenang main nyorok-nyorok dan tak takut hantu tetek. Dan lisa cukup gembira bila mengetahui akan keadaan aku disini. Aku selalu berutus surat dengan die,nak call tak boleh. Atas dasar keselamatan,sebarang komunikasi mestilah melalui surat ataupon kod morse demi mengelakkan pihak musuh mengetahui rahsia. Sedang asyik aku menulis,datang bunek disebelah aku. Aku hulurkan sebatang,die menolak lembut. Bunek ni heran aku,tak nak langsung isap rokok. Muke dah rock abes.

"Tulis surat kat sape wad?" tanye bunek sambil usha punggung awek yang melintas depan kami.

"Sape lagi,lisa la,cinta hati ku." jawab ku sambil hembus rokok mata pandang punggung gadis juge. "Sudah-sudah la nek usha tu,kang menaik pulak nanti" tegur aku. Bunek muke malu-malu.

"Ko pon gampang wad,tulis surat sambil usha punggung gadis." bunek counter bahan aku. Babi,die prasan jugak aku usha.

Sedang aku berborak dengan bunek,aku nampak kidok tengah jalan kearah aku bersama yang lain dan kanak-kanak.

"Wad,nek,jom mandi sungai. Budak-budak ni cakap ade sungai kat dalam hutan,air sejuk. Memang abeh bahgio la kito." kidok bersuara. "Jom la,kitorang dah tak sabar dah ni" kate yang lain. "Betul betul betul" jawab sorang budak. Peh,bajet comel lak budak tu cakap camtu. Aku jeling sket,terus diam budak tu.

"Ok la,jom. Tapi budak-budak tinggal" jawab aku. 4 5 orang budak buat muke bengis tanda protes.

***

"Aku rase aku dah jatuh cinta la" blanka tibe-tibe bersuara. Kami semua yang sedang enak bermandi manda,terdiam,tak menyangka blanka meluahkan perasaan.

"Bukan korang dah kapel ke? Hari-hari nampak ko ngan dak tu je." tanya aku.

"Memang,tapi sebelom ni aku nak buat main-main je. Tapi skang,aku dah jatuh hati btol. Aku nak kawen ngan die la." jawab blanka serius. Aku nak gelak,tapi tak sampai hati bile tengok die seserius tu. Dan yang lain pandang sesame sendiri bile tibe-tibe blanka nyanyi lagu 2 insan bercinta. Jahanam ape ni? Bile pulak die tau lagu melayu? Tengah sedap ka nyanyi,kedengaran bunyi letupan yang cukup kuat. Serentak kami berdiri. Langit kelihatan cerah tanda bukan guruh. Kelihatan asap memanjang menghala kearah kampung.

"Kampung kite!" jerit kojang memecahkan kesunyian.

***

Asap hitam berkepul-kepul,rumah terbakar,mayat bergelimpangan beserta darah dan hanya bunyi api memamah kayu yang jelas kedengaran. Tiada suara manusia,tiada suara gelak ketawa gadis manis dan rare,tiada suara kanak-kanak bermain riang. Budak-budak yang nak folow kami mandi terkulai tidak bernyawa  ditepi pangkin. Butam terduduk,airmata menitis dan telinga merah. Tiba-tiba blanka berlari kearah kampung.

"Wad ngan kojang folow blanka. Aku jage butam,yang lain pegi cari mangsa yang terselamat." nedjo mengarahkan kami. Pantas kami mengikut arahan die. Larian blanka cukup laju,sekejap je die dah hilang.

"Mane ka ni jang?"

"Ntah,laju pulak die. Die pehal nak lari mengejut? Macam nak cari..." belum sempat kojang menghabiskan kata-kata,aku dan kojang saling berpandangan. Sudah tau akan sebab blanka tibe-tibe berlari,serentak kami berkata "rumah gadis jilbab!". Kami terus berlari kearah rumah gadis jilbab dan melihat die sedang memangku seseorang. Dalam sayup-sayup,terdengar perbualan mereka.

"Awak jangan takut ye,takde pape jadi kat awak. Nanti medik datang,dorang tolong awak ye" blanka bersuara dengan suara bergetar.

Kojang berlari menjerit "MEDIK,MEDIKKK" sekuat hatinye. Tapi tiada sahutan. Tiada yang bernyawa kecuali kami.

"Takpe wak,saya tau saya tak hidup lama." kata gadis itu. Suasana cukup sayu.

"Jangan cakap camtu,awak boleh selamat. Dah lupe yang awak dah janji nak keluar dating dengan saya kat bandar. Awak tak boleh putus asa,awak bukan cedera teruk pon." kata blanka cube menyedapkan hati hadis itu. Gadis itu yang sudah hilang sebelah kakinya,rambut terbakar dan perut berlubang dipenuhi darah,tersenyum memandang blanka.

"Huhu,awak memang baik. Saya ingat janji saya tu." kata gadis itu tersenyum. Awak,awak sayang kat saya tak?" tanya gadis tersebut dengan suara yang semakin sukar untuk dikeluarkan.

"Sayang. Mustahil la saya tak sayang. Awak nak tau,saya nak kawen ngan awak. Awak nak tak? Tanya blanka. Tapi malangnya,gadis itu sudah pon tiada. "Kenapa awak diam?jawabla awak nak ke?" kata blanka yang mengharap jawapan dari tubuh kaku itu. Perlahan aku pergi ke blanka,meletakkan tangan kebahunya. Aku hanya mampu terdiam. Kulihat kojang berpaling kearah lain sambil tangan mengesat pipi. Blanka memeluk gadis bukan mahramnye itu,dan tangisannye membuatkan kami ikut serta menangisi akan nasibnya.

***

Trak tentera berlalu perlahan dijalan raya menuju ke ibu negara. Suasana sunyi,tiada lagi gelak ketawa kedengaran didalam trak tersebut. Masing-masing melayan perasaan. Negeri jiran yang risau akan tentera bekap yakni kami telah mengebom kesemua kawasan yang dirasakan tempat askar bekap berkumpul. Peristiwa pengeboman kampung kami 2 hari lepas menjadi isu besar didunia,dan atas desakan China dan Perancis,perang dihentikan setelah 15 hari bermula. Dan kami diarahkan berehat sehingga kami dipanggil bertugas.

Blanka selepas kejadian tersebut kelihatan seperti biasa,tapi kami yang mengenalinye sedar bahwa hatinye masih terluka. Gelaknye seperti dipaksa-paksa,cuba untuk menutup kesedihan dihati. Dan aku ingin sekali menikahi lisa secepat mungkin,agar aku tidak menyesal di kemudian hari,seperti sesalan ka. Sayup-sayup terdengar lagu yang dipasang oleh pemandu trak kami.

Do you know what's worth fighting for?
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?

"Semoga tiada lagi peperangan didunia. Semoga tiada lagi orang merasai ape yang aku rasa" kata blanka perlahan...

4/10/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (3)

Penat yang solid. Itulah 3 ayat untuk hari pertama kami di kem latihan bersenjata Broga. Tamat sesi pendaftaran,kami diarahkan memanjat bukit broga dalam masa sejam atau tiada makan malam. 1 ugutan yang keji bagi aku. Lebih separuh yang gagal mencapai masa yang diarahkan,dan yang termasuk gagal adalah aku,blanka dan cedoh. Dan malam tu kami hanya mampu merenung sayu budak-budak lain makan dengan rakus tanpa prihatin akan kami yang kelaparan. Nasib baik aku ade bawak keropok ngan biskut,boleh buat makan malam nanti.

Selesai makan,kami diarah pulang keberek berehat untuk menghadap hari-hari sukar selepas ni. Aku tak fikir ape,sampai berek terus tuju biskut. Cedoh ngan blanka tak semena-mena menuju kearah yang sama kearah aku. Babi,dorang tak bawak pape dari rumah. Takpe,nasib baik dorang tak makan macam aku tadi. Tapi ape punye celaka tibe-tibe dak lain datang join skali? Camni jangan kate kenyang,nak menyuap pon tak tentu lagi nih. Dan malam tu aku memiliki banyak pahala atas kesabaran aku melihat kesemua keropok dan biskut menjadi santapan member-member.

Lepas makan,kami semua duduk beramai-ramai membakar paru-paru. Tengah sedap isap rokok,datang 2 orang dari berek sebelah. Memperkenalkan diri mereka sebagai bujang dan kidok,kami dengan pantas dapat berbual mesra. Hairan juge kenape dorang datang berek kami,rupe-rupenye dorang tak ngam dengan budak-budak berek dorang. Jenis nak sembang ekonomi ngan politik negara.

"Faking,ape punye bangang topik camtu. Topik tetek konek la topik paling "in" untuk umur-umur kite" jawab aku tegas dan disambut anggukan yang sekata dari yang lain. Dan asap rokok pon dihembus perlahan untuk menambahkan suasana dramatik.

Dan malam itu kami tidur ditemani nyamuk yang power. Kipas dipasang dengan kelajuan bertahap 5 dan nyamuk masih gagah meredah angin kipas untuk menala kami. Makan ape gamaknye nyamuk ni? Mesti jenis baka yang ganas.

***

Dah hampir 4 bulan kami di kem nih. kami yang dulunye tak fit,skang sangat solid untuk bergelut. Body pulak power,tak payah nak beli buku maskulin atau donlod video kat youtube semate-mate nak tengok tips badan menawan. Kalau bukak baju pastu tangkap gambar tepi kolam memang steady orang cakap.

Kem broga ni bagi aku kem paling best. Sabtu ahad adelah mase yang dinanti-nanti oleh kami. Kalau orang lain,sabtu ahad pegi midvalley atau KLCC usha gadis rare. Kami lak panjat broga usha gadis kat sini. Nampak cam bangang kan? Tapi gadis kat sini die punye pegi jenis tak boleh hendel. Dan disinilah aku jumpa gadis rare aku,lisa surihani.

Masih jelas tika aku dan lisa menunggu matahari terbit di broga ditemani lagu-lagu yang bertemakan hati dan perasaan. Cinta kami sungguh indah,ibarat seindah pelangi yang muncul setelah hujan berhenti. Kami juge mudah berbual,tiada yang mengganggu. Babi,handal juge aku bermain kata-kata. Sabtu ni aku dan lisa sudah berjanji akan bertemu,dan aku akan melamarnye disana tika matahari terbit. Aku memang tak sabar menunggu sabtu ni. Jumaat malam,macam biasa kitorang berkumpul dalam berek isap rokok dan borak kosong.

"Jadi tak esok ko nak lamar lisa?" blanka tibe-tibe bersuara. Babi,penat aku suruh die rahsia. Die nak cite jugak. Tak boleh simpan rahsia sungguh.

"Jadi la. Dah lame aku tunggu saat ni" jawab aku malu-malu.

"Semoga die terime wad,kalau die tak terime boleh aku masuk line" jawab kojang tenang disertai anggukan lembut dari tam.

"Macam gampang. Walau ape jadi aku akan pastikan esok.." dan belum sempat aku menghabiskan kata-kata,pintu berek dibuka keras. Seorang pegawai berdiri kemas di pintu. Pantas kami berdiri memberi tabik hormat.

"Bersiap-sedia semua,kite akan bertolak lagi sejam ke selatan." tegas ayat itu keluar dari pegawai kami.

"Latih tempur ke tuan?" tanye bunek.

"Tidak" jawab pegawai tersebut lemah.

***

"Prangg" bunyi kaca pecah.

"Kenapa tu lisa?" jerit seorang perempuan yang sudah berumur.

"Takde pape mak. Lisa terjatuhkan pinggan." jawab lisa dengan suara bergetar sambil mata memandang TV.

Kedengaran bunyi bebelan ibu lisa yang seperti tak puashati pinggan IKEA miliknye pecah. Lisa memandang kearah TV,dan hatinya berdebar bimbang. Perang sudah meletus? Dalam tak sedar airmata lisa menitis laju dipipi gebu itu...

4/09/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini (2)

"Ahh,lega dapat baring" kate blanka yang kelihatan penat. Kami semua menuju ke katil kami. Penat mendaftar sangat padu membuatkan katil yang keras kelihatan empuk. Tak disangka aku,ka,tamtam,nedjo dan lakau tinggal di satu berek. Berek kami agak besar,memuatkan 10 katil dilengkapi 4 kipas siling dengan 5 pilihan kelajuan yang cukup pantas. Rupe-rupenye sudah ade orang yang sudah memasuki bilik ini sebelum kami.

Sedang kami asyik mengemas barang,masuk 2 orang mamat bertuala lengkap dengan baldi yang kelihatan dipenuhi perkakasan mandi. Sebelum sempat hati kecilku mengatakan mereka pasangan yang tidak diredhai tuhan,aku perasan bahawa muke mereka agak ganas untuk melakukan perbuatan sumbang. Menyedari kehadiran kami,seorang dari mereka datang memperkenalkan diri.

"Aku cedoh,yang tu bunek" kata mamat yang memperkenalkan diri. Mamat yang bernama bunek selepas meletakkan baldi terus datang bersalaman dan kemudian terus bernyanyi tanpa dipinta.

"Korang mandi kat mane?Tandas ok tak kat sini?" tanye nedjo.

"Kalau nak ok,mandi kat rumah jela" jawab bunek separa gurau. "Tapi tandas die ok la,sedap-sedap nak buat mandi" jawab bunek serius kembali pabila melihat nedjo menunjukkan muscle tangannye.

Tibe-tibe bilik jadi sunyi. Seperti sunyi di hati lelaki yang tiada awek. Pantas aku pandang kearah pintu,terlihat 1 susuk tubuh dilindungi cahaya dipintu. Kelihatan gagah dengan beg di tangan kiri,rokok di tangan kanan. Tubuh itu masuk dengan asap dihembus perlahan,menambahkan efek dramatik akan kehadirannye. Tubuh itu menghayunkan beg ke katil kosong lantas dengan konfiden menuju kearah lakau. Aku dah telan airliur 3 4 kali,peluh slow-slow jatuh tepi pipi.

"Babi joe,ko tak cakap yang kat sini tak boleh isap rokok. Tak pasal-pasal rokok aku kene pau tadi. Nasib baik ade aku sorok dalam beg." marah laki tersebut pada lakau.

"Lah,ko ke jang yang mengamuk tadi. Aku ingat sape la. Ko pon 1,logik ke dalam kem boleh isap rokok. Gaya nak rock-rock sangat pon tak gune gak jang" jawab lakau lembut. Aku da heran,dorang kenal ke? Dan asal name lakau jadi joe lak?

"Kawan-kawan,kenalkan member aku,kojang" lakau memperkenalkan member die. Senyum je kojang nih,manis lak tu. Ni mesti banyak gadis cair,aku syak dalam hati.

"Tadi ko cakap name ko lakau,asal jadi joe lak nih?Ko main-mainkan kitorang ek?" butam bersuara marah disertai telinga yang merah.

"Ko kene paham la tam" jawab lakau endah tak endah. Kami semua berpandangan,ape mende yang kene paham?

Belum sempat kami nak bertanye,rehat,mandi ataupon tido,pegawai kem masuk dan memberikan arahan untuk berkumpul di padang kawad dalam masa 5 minit siap dengan baju Physical Training (PT). Kami kelam kabut bersiap dan dalam hati aku berdoa yang harini kite ilek-ilek dulu,sok baru training.

4/06/2011

Perajurit dsl218 - bermulanya disini

Ketegangan diplomatik antara Malaysia dan negara jiran sudah mencapai takat kritikal. Tiada lagi ucapan lembut dari dua belah pihak,semua jenis nak mencarut je kejenye. Atas sebab itu,gomen menubuhkan kem latihan bersenjata untuk menguatkan kekuatan tentera Malaysia. Semua dijemput hadir,itu tagline iklan yang mengundang tanda tanya,ini iklan masuk tentera simpanan ke jom heboh?Khabarnye banyak pencinta bahasa yang membuat protes akan kebangangan tagline tersebut.

Atas dasar semangat nasionalis serta takde duit,aku merelakan diri menyertai kem tersebut. Khabarnye gaji lebih kurang gaji cikgu skolah menengah,kalau campur elaun memang dah cukup gah nak hisap rokok dunhill kate hati kecilku. Aku juge masuk kem ni sebab aku yakin perang takkan meletus mengikut kata sorang pakcik yang aku terdengar perbualan die tatkala pakcik tu asyik bermain dam haji bertemankan teh tarik yang baru suku dihirup. Dengan semangat bekobar-kobar beserta duit rm20,rokok cap helang 3 kotak buat bekal serta sluar jeans size 34,aku mendaftar ke kem broga.

Suasana tak berape meriah,dan muke yang hadir kebanyakan macam aku,jenis abes blaja keje takde. Gampang juge pemuda malaysia skang. Takde keje,apply askar. Tak nasionalis langsung. Sedang aku beratur,terdengar suare bising ditepi khemah. "Mamat tu degil,tak nak dengar cakap" kata sorang mamat yang beratur belakang aku. "Ce cite,ce cite" kate 3 orang yang beratur di depan dan belakang mamat tu. "Dorang nak potong rambut mamat tu,tapi die taknak. Die cakap tak cukup pendek lagi ke rambut die?" ulas mamat belakang aku lagi.

"Rambut die takat mane?" soal aku. Mamat belakang aku tarik nafas dalam-dalam,dan kami semua tekun memandang,"takat mesin no.3". Peh,macam tu punye pendek pon kene gunting lagi?Dasat juge rule dorang ni kata hati kecil ku.

"By the way,panggil aku nedjo" kata mamat dibelakang aku. Nyampah lak aku tibe-tibe nak speking.

"Aku lakau" kata mamat didepan aku memotong turn aku nak perkenalkan diri.

"Aku butam,panggil tamtam pon ok" kate mamat belakang nedjo. Senyum je mamat tu,sampai merah-merah telinga. Apehal tah nak merah telinga.

"Panggil aku blanka" kata mamat belakang butam.

"Aku lak aswad,panggil wad boleh,machap pon boleh" kata aku tegas.

Kami pon beborak-borak kosong,sekadar nak merapatkan hubungan dan menghilangkan bosan. Tibe-tibe aku teringat,macam mana nedjo tu tau kes budak mengamuk tu?

"Eh,mana ko tau budak tu mengamuk sebab rambut?" tanya aku.

"Aku reka cite je,nak bagi hilang bosan beratur". Tenang betol nedjo jawab. Bebulu gak aku,tapi mengenangkan die tayang muscle tangan die,aku pendamkan jek niat aku nak bergelut. Aku tengok lakau,butam ngan blanka pon diam tunduk kebumi. Nedjo nedjo,baru kenal ko da kencing kitorang...

4/02/2011

Matang

Aku masuk scene isap rokok ni memang lambat. Mase aku umur 20 tahun,time cuti sem part 4 diploma. Punca aku start join scene ni pon sebab aku tengah stress risau paper undang-undang perniagaan aku gagal. Tengah sedap-sedap lepak tepi sungai,member aku datang bakar rokok. Die tanye apehal muka tak steady jek,dan jawapan aku buat die tergelak. Babi,die ingat gagal paper mende mudah ke? Dengan senyum ikhlas,die hulur sebatang rokok. Aku tak banyak fikir terus bakar dan isap. Peh,die punye tangkap otak memang padu. Serta merta aku tenang,setenang aku naik basikal turun bukit tangan angkat tinggi-tinggi tak pegang hendel.

Aku kat sekolah antara otang yang memandang sinis perokok. Tapi sebenarnye aku nak cuba gak,tapi aku fikir kalau aku nak isap,biar aku dah lepas umur 18 sebab time-time camtu otak dah matang dan boleh fikir baik buruk. Tapi sebenarnye bile dah lepas umur 18 ni,mak bapak dah tak boleh nak marah sangat sebenarnye. Ini menunjukkan otak aku cerdas time tu walaupon result spm aku adalah sebaliknye. Ahh spm,banyak propaganda sebenarnye. Kalau semua dapat 10A,sape nak jadi insan-insan biasa pulak? Aku mangsa keadaan sistem pendidikan malaysia.

Jadi bile dah start isap nih,aku sedar yang ade baik buruknye. Baiknye isap rokok nih, senang cari member. Ok,bayangkan situasi ni. Time korang nak isap rokok,dan time tu kalau tak isap rokok memang badan tak berape nak sedap,lepas makan contohnye,dan ape punye malang penyalaan takde,dan ape punye nasib baiknye korang nampak sorang brader tengah sedap-sedap hembus asap,pasti korang akan pegi dan pinjam penyalaan. Dari situ,mulelah perbualan kosong sekadar nak mengelak rase segan sebab pinjam penyalaan orang. Tapi nampak tak? Sebab nak isap rokok,1 talian silaturrahim dapat dijayakan.

Sifat kedekut juge kite lihat kurang diantara perokok. Kalau ade orang nak pinjam sebatang,member atau bukan member,perokok ni selalunye bagi walaupon dalam hati die mungkin penuh caci maki,tapi muke tetap manis. Malah offer penyalaan lagi,kadang-kadag tolong nyalakan sekali. Mende ni susah kalau nak nampak pada orang yang suke makan. Kalau bagi pon,takde yang nak suapkan. Babi ape orang suapkan makanan laki sama laki. Macam gay. Tapi bila laki sama laki tolong nyalakan rokok,takde orang yang cakap gay. Malah mungkin ade yang tunjuk tanda good sambil kepala angguk 2 3 kali sambil mulut cakap "terbaik,memang terbaik".

Perokok ni juge sangat menyayangi sesama perokok. Kat asrama,kolej, atau blok,kalau ade spotcheck pakgad bangsat yang rampas rokok sekarton tapi bile bawak court U,ade 2 kotak jek tinggal,perokok yang nampak kelibat bangsat ni akan halo-halo semua perokok dan tokan untuk kaver rokok masing-masing. Ini adalah sifat penyayang yang makin pupus dalam dunia serba perang ini. Dan kalau ade yang kantoi,jarang perokok ni akan belot member lain. Mereka rela didenda dari kantoikan member lain. Ini adelah 1 trait yang sangat sesuai untuk seorang mata-mata gelap@spy yang tak akan mengkhianati negara.

Tapi ade buruknye jugak merokok ni. Antaranye kesihatan,gadis tak suke bau rokok(ah gadis,bau asap bbq pon dorang tak suke,tapi time makan laju jek) dan juge kewangan yang sedikit parah.