11/09/2010

Entri 20 - Aktiviti tanpa halatuju

Perbualan di telepon dan juga di sms menunjukkan bahwa ade aktiviti pada 6 november. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah menukar rim sukan kereta butam dan tayar kereta blanka serta menonton bola dimalam hari. Masa yang dikhabarkan berkumpul di putrajaya pukul 9, bermakna aku kene sampai di rumah blanka pukul 8! aku tak tau samada butam terlalu teruja nak menukar rim sukan ataupon blanka sudah berubah sejak membaca majalah maskulin. Yang pasti, aku terkejut.

Tapi macam biasa laa. Blanka masih melayu dan aku masih senang ditipu dengan janji melayu ni. Sampai dirumah blanka pukul 8, die tak bangun tido lagi. Setelah berbual mesra antara blanka ditingkap dan aku diluar pagar, konklusinye aku akan brekpes di maple berseorangan sementara blanka bersiap dan juge akan hadir brekpes di maple tersebut. Sebenarnye aku bole jek tunggu, tapi memandangkan jiran-jiran blanka memandang serong terhadap aku yang bagaikan menunggu kekasih bangun tido, aku rela bergerak dengan hati kecewa bersulamkan airmata. Nasib baik ade anak pakcik alim yang tidak mengikut perangai bapaknye dengan memakai bju ketat walaupon bertudung. Sarapan roti canai+teh tarik dicicah pula dengan memandang awek tersebut sudah cukup membuatkan pembayaran kepada maple terasa cukup berbaloi.

Bergerak ke putrajaya dan menunggu bunek (janji stengah jam, tapi dekat sejam gak menunggu) sebelum mengambil nedjo dan bergerak pula ke shah alam. Sebelum sampai, antara persoalan utama aku adalah nedjo yang bangun awal dan menepati masa serta tentatif program yang kelihatan janggal. Tuka rim sukan dlm 2 jam, jadi habis dalam tengahhari jugak, bola kul 11. Ape yang perlu dibuat diantara masa-masa tersebut. Atas persetujuan ramai, kami setuju melantik nedjo untuk menguruskan masa kami. Sampai di shah alam, kami menuju ke kedai tayar dan rim sukan yang unik. Ah kit proniaga, unik bukan? Secara jujur, berapa kali anda jumpa kedai yang bernama begitu?

Setel menukar ape yang patut, cadangan melepak di kedai makan belakang uitm mendapat sokongan penuh para peserta. Mungkin disebabkan makanan disitu sedap. Aku berfikiran positif walaupon hati aku kuat mengatakan niat masing-masing termasuk aku adalah melihat gadis rare. Benar jangkaan aku, masing-masing khusyuk menonton gadis rare. Lenguh jugak kepala aku gerakkan kepala kesana sini. Tapi mende-mende camni kene steady. Disana juga kami berbual mengenai plan kami selepas ini. Setelah menolak beberapa plan yang tak masuk akal, plan mandi sungai di sungai kanching menjadi pilihan utama. Macam biasa, ade sungai, ade awek berbaju basah penyegar mata. Tapi sayang, sangkaan kami meleset. Lebih ramai jantan dari gadis. Agak celaka dan menjatuhkan moral kami.

Setelah selesai mandi-manda, kami mendapat kunjungan berhormat dari sorang member bertaraf rare. Beliau sudi untuk mencemar duli melepak bersama kami. Bangga juga aku dapat penghormatan begitu. Beliau tak perlu dikenalkan lagi, tak lain tak bukan Yang Berhormat Bujang. Sangat rare untuk melihat beliau. Jangankan sebulan skali nak jumpa, ade yang tak jumpa beliau dekat setahun. Sebijik macam ADUN melawat kawasan. Tapi kami macam biasa, kecil tapak tangan, _____ kami tadahkan (sila isi tapak kosong).

Selepas mandi-manda dan dinner di mekdi, masing-masing sudah kepenatan. Bergerak juga ke putrajaya untuk melepak di maple wajib yakni maple dable. Berbual sakan disana selama sejam, masing-masing memutuskan untuk menamatkan aktiviti yang pada mulanya tiada hala tuju tetapi ade juga tujunya pada pukul 11 malam. Aku memberikan aktiviti kami ini dengan rating B+ walaupon aku ingin memberikan B-. Tapi disebabkan usaha nedjo dan kunjungan istimewa YB bujang, aku yakin rating B+ ini sangat berpatutan. Sekian sahaja laporan saya untuk aktiviti perajurit.

p.s Ade aktiviti yang tidak disebut disini kerana kekangan idea. Mugkin juga kerana ingin menjaga airmuka. Kahkahkah

11/03/2010

Kisah jalil dan adik beradiknya (episod 4)

2 minggu telah pun berlalu. Pencarian kaliputan penggiri masih belum tercapai. Amat menyeksakan minda kami berempat apabila masa berlalu pergi ibarat daun kering menyusuri sungai congkak. 9 buah kampung telah kami singgah, berehat, bermain mata dengan gadis manis dan mencari kaliputan. Kebanyakan penduduk di 9 kampung tidak mempunyai klu apekah yang kami cari. Adakah mencari kaliputan misi terutama atau bermain mata dengan anak gadis mereka.

Senapang kayu berpelurukan terung belanda semakin habis pelurunya. Nut basikal sudah lama habis. Ingin mencuri nut basikal kampung yang kami singgah mungkin membawa padah pabila segala tempat tinggal dan makan minum dijaga rapi oleh penduduk kampung yang prihatin. Gasing yang dibawa untuk mengisi masa lapang juga telah tumpul pakunya. Hanya roti krim 40 sen masih banyak didalam beg kami. Tapi setelah 2 minggu, mungkin sudah sampai masanya untuk kami mencampakkan kedalam tong sampah. Tidak sanggup kami mengingati kejadian kamil hampir-hampir menyuap roti krim 40 sen yang sudah subur dihuni kulat dan cendawan liar.

Hanya tinggal 1 kampung lagi sebelum kami memasuki negeri jiran. Setelah bermuzakarah antara kami, kami sepakat untuk menamatkan misi ini jika dikampung terakhir masih tidak berjumpa dengan kaliputan penggiri. Kerinduan terhadap nasi lemak, teh tarik dan pelayan siam bersuara garau milik usup kubur tak dapat ditahan-tahan lagi. Apetah lagi bila mengenangkan payudara mantap anak tok ketua. Alasan-alasan seperti kaliputan telah pun mati dibaham binatang buas sudah direka kami dengan penuh bergaya.

“Inilah kampung terakhir sebelum kite menamatkan misi kita. Jikalau takde jugak, aku berdoa tok ketua masih sudi memberi hadiah saguhati seperti 10 saat memegang payudara sofia. Itupon dah cukup” kata ku mengharap.

“Usahlah bermimpi. Kalau dapat setel misi nih dapat cium jek, kau ingat kau boleh pegang payudara anak die? Mustahil” ulas pamil sambil menggeleng kepala. Pertama kali pamil mengucapkan sesuatu yang bernas. Terkejut jugak aku.

“Moh kite bertanya kat pakcik bertongkat terketa-ketar tu. Melihat dia, aku jangkakan die seusia dengan tok ketua” kata syamil.

“Celah mane pulak seusia dengan tok ketua. Kau tak nampak pakcik tu nak berjalan pon payah” jawab kamil.

“Tok ketua tu kuat sebab die selalu makan tongkat ali. Porno pon kerap ditonton. Tiap-tiap minggu aku nampak tok ketua pegi massage dekat pekan tu pakai duit rasuah yang oposisi bagi” jawab syamil balik.

“Kedai urut yang buruk tu? Punye la tak glemer tempat tok ketua nak bermassage” ulas aku pula.

“Haa, itu yang korang tak tau. Kedai tu nampak jek buruk, tapi kat dalam penuh dengan tukang urut pelbagai Negara yang bisa membuatkan nafsu kelelakian tercabar. Kalau diperhatikan dengan tenang, boleh nampak urat hijau kat kulit mereka kau tau” jawab syamil balik. Aku perasan pamil terdiam sambil seluarnye membonjol tiba-tiba.

“Yeke, celaka jugak tok ketua tu ye. Moh kite bertandang kesana pas setel misi ni. Eh silap, moh kite bertanya kat pakcik tu” saran aku. Kami terkedek-kedek menuju ke pakcik tersebut.

“Assalamualaikum pakcik. Nak mintak bantuan pakcik ni sikit. Kami nih nak mencari seseorang atas permintaan seseorang juga. Boleh pakcik tolong?” tanya kamil.

“Waalaikumussalam nak. Boleh nak, sape yang korang nak cari tu?”

“Nama beliau kaliputan penggiri. Pakcik kenal?” tanya kamil lagi. Berubah muka palcik tersebut.

“Pakcik laa kaliputan penggiri. Siapa yang orang nak jumpa pakcik tu?”

“Tok ketua kami, asraf” jawab ku.

“Urat saraf? Pertama kali pakcik dengar name tu nak” jawab pakcik tu bagaikan melawak. Atas dasar hormat, aku ulang sekali lagi nama tok ketua. Kelihatan muke pakcik tu termenung mengingatkan name tu.

“Takpela pakcik, saya tak peduli pon pakcik kenal ke tak tok ketua saya tu. Janji saya dah jumpa orang yang saya nak. Sekarang pakcik pilih, nak ikut kami elok-elok atau peluru terung belanda ni kami tuju dekat muke pakcik” ugut aku.

“B-ba-baik nak. Pakcik folo” jawab pakcik tu menggigil takut. Sempat kujeling ke tanah dan melihat empangan pakcik sudah pon barai. Heh, baru peluru terung belanda. Kalau pakai senapang betul, konfem kene kencing manis ni. Memang sesuai aku apply jadi watak jahat dalam filem melayu.

Dengan senyuman dimuka, kami mengiringi kaliputan penggiri menuju ke kampung kami. Hati kami puas, misi kami sudahpon tercapai. Fantasi nakal bersama sofia mengila didalam benak fikiran aku.

10/27/2010

Kisah jalil dan adik beradiknya (episod 3)

Kami melengkapkan diri dengan segala persiapan yang penting. 4 laras senapang kayu berpelurukan terung belanda, lastik dengan berpelurukan nut basikal yang dicuri sekitar kampong serta gasing untuk menghabiskan masa jika kami bosan sepanjang perjalanan. Tidak lupe juge roti krim 40 sen sebagai bekalan makanan ketika waktu getir. Perjalanan ke selatan memang sukar. Mengharungi hutan banat yang dipenuhi dengan lintah, ayam hutan dan juga burung wak-wak bukanlah perkara yang mudah. Apetah lagi kami perlu mencari seseorang yang memiliki name yang pelik. Kaliputan penggiri bukanlah name glemer yang mudah dicari.

Kami memulakan perjalanan diawal pagi setelah bersarapan di gerai usop kubur. Usup kubur mendapat name yang unik bukanlah disebabkan die peminat black metal yang meminum darah kambing hitam tetapi die merupakan seorang penggali kubur yang profilik. Gerainye sentiasa penuh dengan golongan emas yang menghabiskan kebanyakan masa mereka dengan bermain catur dan berbual kosong. Gerai usup kubur memiliki nasi lemak terbaik dan juge teh tarik yang cukup hebat dan memiliki buih yang banyak. Tak juge dilupekan, gerai usup kubur memiliki seorang pelayan siam yang cukup manis bersuara garau. Ade khabar angin mengatakan pelayan tersebut adalah jantan yang menukar jantina. Tapi itu semua tidak menjadi penghalang buat kaum lelaki sekitar kampung untuk menatap payudaranye yang pejal.

“Agak-agak kau berape lame mase yang perlu diambil untuk kite sampai ke selatan?” tanya ku kepada adik beradik ku.

“Spesifikkan ayat kau tu. Keselatan terlalu umum” jawab syamil yang merupakan ahli keluarga terpandai kami kerana berjaya mendapat no.27 didalam kelas tercorot kami suatu masa dahulu. Ye, kami merupakan adik beradik kembar yang belajar di 1 sekolah yang sama dan juge 1 kelas yang same. Dengan jumlah murid sebanyak 45 orang didalam kelas kami, mendapat no.27 bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

“Ke kampung limau manis yang berada diselatan” jawabku membetulkan soalan ku tadi.

“Kalau mengikut matahari dan awan diudara, mungkin mengambil masa 3 jam” jawab syamil lagi.

“3 jam? Lame betul” kamil berkata sambil mengorek hidung.

“3 jam kalau kite bermain gasing atau menembak ayam hutan. Kalau kite bergerak tanpa berhenti, cume 20 minit” jawab syamil tegas. Pamil terkelip-kelip mata memandang sekawan burung wak-wak terbang melintasi hutan.

“Mungkin kite sampai lebih lewat dari jangkaan. Aku perasan sekawan burung wak-wak menuju ke utara sebentar tadi” jawab pamil tegas. Kami memandang sesame sendiri.

“Baik, kite buru burung wak-wak dulu dan baru kite ke selatan. Moh kite” laung ku ceria.

Syamil mengeleng kepala tanda protes. “Adakah kamu sudah lupe akan habuan kite kalau kite berjaya dalam misi ini?” tanya syamil.

Mendengar soalan syamil, masing-masing terbayang sofia lantas mengalami ereksi serentak tanpa rehearsal.

“Betul kate syamil. Demi ereksi, maaf, demi misi kita patut melaksanakan misi kita secepat mungkin” jawab kamil tegas.

“Betul kata kau. Pamil, jangan kau sekali-kali merosakkan misi kita ini dengan idea pemburuan kau itu” Jawab aku.

Kami menuju ke kampung limau manis diiringi semangat juang yang utuh dan ereksi yang tidak kendur.

10/24/2010

Kisah jalil dan adik beradiknya (episod 2)

“Misi ape tok?” tanya pamil tidak sabar.

“Misi (nurse) hospital. Kahkahkah, lawak kan lawak tok nih?” kate tok ketua sambil ketawa terkekeh-kekeh berseorangan. Aku hampir merembat tulang belikat die kalau tidak mengenangkan die lagi senior dari kami semua. Dan juge anak die yang hot berpayudara cantik.

“Misi ape apak? Jangan laa main-main bile dorang dah serius” tegur sofia. Setelah habis tok ketua gelak sorang-sorang, tok ketua kembali membuat muke serius.

“Aku ingin kamu mencari seseorang untuk aku” kata tok ketua.

“Siape orangnye apak?” tanya sofia seperti die yang akan melakukan misi tersebut.

“Kaliputan penggiri namanye”

“Kaliputan penggiri?” serentak kami berlima bertanya.

“Yaa, kaliputan penggiri” ulang tok ketua buat kali kedua.

“Siapakah kaliputan penggiri tok?” tanya kamil.

“Yaa, kaliputan penggiri” Ulang tok ketua buat kali ketiga. Sebelum sempat aku karate set pinggan ikea milik balairaya, tok ketua menyambung ayatnye berbunyi begini “kaliputan penggiri pernah berhutang sesuatu dengan ku. Kalau bukan sebab aku sudah tua dan anak aku hot sebegini, pasti sudah ku cari die untuk menuntut hutang ku kembali. Malangnye die bukan sebarangan orang. Die garang orangnye, bengis perangainye dan kejam personalitinye”.

Aku terkesima mendengar ayat terakhir tok ketua. Aku tidak pasti adakah die memberi penekanan bahwa kaliputan panggiri adalah orang yang merbahaya ataupon tok ketua sendiri tidak sedar bahwa garang, bengis dan kejam adalah lebih kurang maksudnye. Aku syak tok ketua banyak sangat menonton porno sampaikan ayat-ayat mudah sudah dilupai.

“Dimanakah kami perlu mencari die, tok ketua?” tanya syamil.

“Kamu perlu bergerak ke selatan kerana disitulah jejak terakhir dia yang ku dengar.”

“Apakah habuan kami jika kami berjaya membawanya kesini?” Tanya ku. Aku membayangkan habuan anak daranya yang menjadi kegilaan setiap lelaki teruna, duda dan suami orang di kampung kami.

“Set pinggan ikea yang hampir di karate oleh engkau” jawab tok ketua tenang.

“Set pinggan? Kalau camtu lupekan jela nak mintak tolong kami ni tok ketua” jawab ku tegas.

“ Nanti dulu! Kamu juge dapat ciuman dari anak tok” jawapan tok ketua membuatkan kami memberhentikan langkah lantas memandang tepat kearah tok ketua. Muke tok ketua serius.

“Baiklah tok, atas nama anak tok kami akan membawa pulang kaliputan penggiri ini” jawab kami berempat tegas. Didalam kepala, masing-masing berfantasi nakal tanpa batasan. Sofia menjauhkan diri dari kami dan bermuka muram…

10/22/2010

Kisah jalil dan adik beradiknya (episod 1)

“Kececek, kebaboom” bunyi kilat diluar jendela. Jam menunjukkan pukul 12 malam dan jalil masih memandang ke luar tingkap. Kilat sabung menyabung serta guruh yang memecah gegendang telinga sedikit tidak memberi ketakutan pada dirinya. Baginya, ape yang berlaku diluar tingkap itu adelah kecil berbanding ape yang berlaku siang tadi. Hatinya masih tidak tenteram. Sedikit takut, sedikit runsing dan sedikit ereksi. Mungkin kesejukan dimalam hari yang disirami hujan petir membuatkan jalil mengalami ereksi tanpa berfantasi. Perlahan-lahan ingatan jalil kembali pada 10 jam yang lepas...

***

“Ade ape tok ketua?” kata kamil. Didalam bilik mesyuarat yang serba lengkap tajaan pihak oposisi hadir jamil (narrator cerita ini, lantas penggunaan aku merujuk kepadanye), kamil, syamil, pamil dan tok ketua yang tidak bernama setakat ini.

“Tok ketua ade sesuatu yang ingin dicakapkan kepada kamu”

“Kami tahu tok ketua nak cakap sesuatu, sebab tu saya tanya ade ape dekat tok ketua. Jangan la tok ketua nak buat muke dramatik tak bersebab nih” marah pamil.

“Kamu diam! Tok ketua lagi awal makan garam dari kamu” jawab tok ketua. Tegas suaranya. Tapi sayang, ucapan tok ketua tiada kene mengena dengan soalan pamil. Ku lihat syamil tergelak kecil.

“Maafkan saya tok ketua. Tapi ape sebabnye tok ketua panggil kami adik beradik jumpa tok ketua?” kata ku lembut. Sebagai anak sulung dari 4 beradik, aku mesti kelihatan professional dan matang.

“Kite ade masalah” jawab tok ketua perlahan. Kami berempat memandang sesame sendiri. Masalah ape?

“Sharifah sofia, anak tok diculik orang” jawab tok ketua sambil bergenang airmata. Kami semua terlopong dan berdebar-debar mendengar kata-kata tok ketua.

“Pak, ni airnye pak” Sharifah sofia anak tok ketua datang menghidang air.

Mata kami terbeliak. Ku lihat tok ketua pon terkejut yang amat. Ape kejadahnye nih. Kate kene culik, ni sape pulak yang hidang air.

“Ni ape mende nih tok? Jangan la main-main ngan kitorang. Kitorang dah la busy main guli nih” jawab syamil marah.

“Kamu ni sofia, kan dah malu apak depan dorang nih. Kan apak dah cakap biar apak bagi signal baru kamu masuk nganto air. Degil bebeno kamu nih yek” Marah tok ketua pada anaknye. Sedikitpon sofia tak kisah. Mata aku tidak berhenti melihat payudaranya.

“Jadi tok, ape tujuannye kami nih dipanggil kesini?” tanya kamil serius menyebabkan aku tersentak lantas mengalihkan pandangan mataku dari payudara sofia ke muke kamil sebentar. Aku tau serius, sebab kamil tanya tanpa mengorek hidungnye. Mengorek hidung adalah aktiviti kegemaran kamil.

“Tok ade misi untuk kamu berempat”

“MISI?” jawab kami serentak. Tok ketua mengusap janggutnye yang kurang lebat sambil tersenyum nipis. Kami semua berdebar-debar.

***

“Kecekek, kebabooooom” guruh berbunyi lagi dan lebih kuat dari tadi. Serta merta kenangan 10 jam yang lepas hilang berserta ereksi memuncak aku. “Mungkin dah sampai masa untuk tidur “ getus hati ku.

10/21/2010

Entri 19 – Raya dua tahun yang lepas

Dua bulan sebelum raya 2 tahun yang lepas, member aku dah tanya aku bile nak beli tiket balik kampung. Aku buat rilek jek, mende awal lagi pulak. “Tah ape ape nak menggelabah beli awal-awal” kata hati kecik aku. Padahal aku tak penah lagi naik bas balik kampung time raya. Ni kire first time la. Masuk minggu kedua puasa, aku dah kelam kabut. Celaka betol, tiket balik perak dah abis kat area Melaka nih. Punye la gampang mase tu. Rase nak menitis airmata lak bile tengok member aku yang lain sume duduk Selangor. Fakap betol, terpaksa cari member balik perak. Nasib baik jumpa, gadis manis pulak tu. Muke maintain takde hal padahal dalam hati rase nak balik terus main laying-layang dalam bilik.

Tapi betul kate pepatah dulu-dulu, kusangkakan panas hingga ke petang, tengah hari dah hujan. Member aku yang seorang gadis manis mengatakan yang die balik dengan member die ke ape tah. Aku tak dapat tangkap ape yang die cakap time tu pasal aku terduduk sambil airmata menitis di pipi yang mulus. Ok, aku tipu. Aku tak ingat sebenarnye. Muke maintain steady tapi hati rase nak makan nasi lemak warisan kasi sambal lebih sambil member rekod video tengah makan time bulan puasa. Eh, asal macam mende ni memang terjadi ek? Mungkin dejavu.

Jadi atas dasar pengembaraan, aku ingat nak naik train turun ipoh pastu naik bas turun ke rumah aku. Cek website ktm, tiket masih available. Beli bile nak balik nanti jela kate aku dengan gaya yakin. Sampai masa untuk pulang ke perak, akupon menumpang member ke KL sentral nak naik train. Bersama kami adalah member aku lagi sorang. Kami puasa. Tapi sampai tengah hari jek. Sedikit kata-kata perangsang sudah memadai untuk mambuatkan kami bertiga meneguk 100plus dengan muke ceria. Perjalanan yang sepatutnye mengundang lapar dan dahaga digantikan dengan gelak ketawa sambil meneguk air dan pembakaran rokok. Topik perbualan juge sangat bagus sepanjang perjalanan. Mungkin disebabkan keceriaan yang melampau, perjalanan yang sepatutnye mengambil masa 2 jam tidak lah dirasai sangat.

Sampai di KL sentral, aku bergegas ke kaunter tiket. Tapi boleh dikatakan gampang jugak aku berpenat-penat lari ke kaunter. Tiket yang ade hanyelah pukul 11. Aku sampai KL sentral pukul 6, train gerak pukul 11. Memang terbaik sangat laa aku nak menepek kat sane 5 jam. Nak isap rokok, azan belum berkumandang lagi walaupon aku musafir. Terpaksa la aku duduk tengok gadis-gadis manis berkeliaran. Tapi tak ramai yang manis, mungkin naik train tak berape masuk sangat. Kalau bas lain cerita, gadis rare bersepah. Mungkin bas selalu eksiden, jadi die punye thrill memang tahap tinggi. Lagi setengah jam masuk waktu bebuka, aku slow-slow pegi mekdi. Beratur punye la panjang. Ramai gak yang mengeluh, kecuali aku. Aku buat muke steady sampai beberape orang tertanya-tanya rahsia aku tetap steady. Aku senyum nipis pandang dorang. Time bebuka pon makan slow jek, yang lain semua makan laju tak ingat.

Lepas bebuka, mati kutu aku. Nak menunggu train yang bukan main lame. Dah la takde awek, takkan nak main mesej ngan laki lak. Jadi aku abeskan mase dengan jalan-jalan keliling KL sentral sambil setiap 15 minit aku keluar bakar rokok. Ulang mende same sampai pukul 11 dan korang boleh bayangkan betapa bangsatnya duduk sesorang takde member. First time naik train memang best. Die punye seronok macam first time tengok kayden kross. Tapi tak lame, pasal aku tido dalam train. Sampai ipoh pukul 2 pagi, bajet nak tido kat balai polis. Tapi memikirkan aku masih suci, masjid pilihan yang terbaik. Ramai gak musafir macam aku tido kat masjid negeri nih. Time subuh ade sorang pakcik kejut aku. Nasib baik aku tak mencarut. Cepat-cepat ambik wuduk, terus solat. Ade sahur sekali dorang sediakan, tapi mengenangkan aku terlalu mengantuk, aku sambung tido terus. Bangun pukul 10, basuh muke lebih kurang terus gerak naik bas sampai rumah. Sampai rumah terus tido. Nasib baik tak mimpi jenni lee, kalau tak terpakse mandi berniat.

10/19/2010

Entri takde gune

Rokok naik harga dan duit makin tipis merupakan kombinasi tidak berjaya buat aku. Jujur aku cakap, kombinasi nih membolehkan aku duduk rumah melawan ketagihan merokok yang secara jujur nye juge, membuatkan aku takde idea nak menulis blog. Kemungkinan besar aku akan mendiamkan diri buat seketika sehingga aku mampu menulis blog tanpa rokok. Ataupon kewangan aku semakin pulih lantas membolehkan aku menulis blog dengan menghisap rokok. Tanpa meminta undiam korang, aku undi pilihan kedua. 

Tapi jangan risau, masih ada pilihan ketiga. Belanja aku rokok 2 kotak seminggu dan aku yakin aku boleh menulis blog balik. Pilihan keempat pon ade gak, masukkan 10% gaji anda kedalam akaun maybank atau bank islam aku dan pastinye blog aku akan di isikan dengan segala pujian melangit keatas penderma. Kalau tak boleh 10%, 1% pon aku terima. Sedikit pon aku tak kecik hati. Pilihan kelima mungkin mengarut, tapi kalau preity zinta atau lisa surihani atau awek rare+rambut tak kaler+payudara masak ranum sudi menjadikan aku sebagai boipren, semangat jitu untuk menulis blog pasti wujud. Tapi aku sedar, kesemua pilihan kat atas mustahil tercapai kecuali no 2. Jadi, doakan laa aku dapat kerja.

p.s: Jika anda ingin melepak dan mengajak aku, pastikan tempat melepak memiliki 2 kriteria tersebut:-
  1. Teh tarik berharga rm1.20 dan kebawah. Air kosong free wajib ade.
  2. Suasana melepak nyaman. Nyaman dalam konteks pemikiran aku adalah banyak awek manis.

10/17/2010

Entri 18 – Neves dimalam pertama

Mengikut paparan di internet dan juge disurat U aku, aku ditawarkan sambung belajar dimelaka sekali lagi. Hati tak berape eksaited walaupon aku tau konfem ade gadis manis yang baru sebab aku dah tak minat belajar. Pastu tak dapat kolej lak tu. Ape barang duduk rumah sewa. Tak boleh nak join meeting blok atau cuak-cuak isap rokok dalam bilik bile nampak kete pakgad sampai area blok. Feeling die tak sampai. Tapi atas desakan keluarga, akupon pegi gak laa. Sewa rumah ngan member 1 kelas ngan aku dulu.


Ok, ni yang paling buat aku neves sebenarnye. Dalam rumah tu semua aku kenal. Tapi kenal tak semestinye rapat. 8 orang dalam rumah tu, yang aku selalu bebual bunek jek. Lakau, Butam, Kojang, Nedjo, Bujang ngan Cedoh jarang-jarang aku bebual. Blanka lagi laa, tak silap aku waktu aku mule masuk melaka2 tahun sebelumnye, die penah bahan baju yang aku pakai. Down gak bile tau nak duduk 1 rumah ngan orang yang bahan aku gile babi dulu. Rase macam tak pegi jek.

Sampai kat Melaka, lepas abes daftar aku call laa nak tau kat mane lokasi perumahan. Agak malang gak sebab lakau yang menjawab call. Die punye laju bile cakap selambe tapau kete persona lampu belakang yang baru tu. Lepas cukup syarat tawaf pusing area situ, baru laa terbukak mata jumpa area rumah sewa aku. Sampai rumah time tu tak silap aku cume ade bujang, bunek, lakau, nedjo ngan cedoh kot. Dapat 1 bilik ngan bujang, rase nak menangis pon ade. Sumpah aku tak penah bebual ngan die, pastu dapat 1 bilik ngan die rase feeling tu tak sampai. Tapi aku tabahkan gak laa hati. Dalam hati aku berdoa bujang bukan jenis psaiko malam-malam tikam perut aku ngan spanar.

Lepas bebual lebih kurang, dorang semua pegi daftar. Pastu datang pulak butam. Pon lepas bebual standard diepon pegi daftar. Ape die perbualan standard? Macam ni lebih kurang, “sorang jek wad?”, “dah makan belom?” atau “mane yang lain?”. Aku syak butam tau 3 soklan standard jek kot sebab lepas tu tak sabar-sabar pegi daftar. Takkan nak tanya soklan same 3 4 kali pulak, ye dok? Elok 5 10 minit pas butam blah, datang pulak kojang naik moto. Berborak lebih kurang, tanpa bagi signal die terus bahan rokok aku. Time tu tak isap lagi rokok cap helang. Lebih kearah jenama Lambangan Maut. Time tu hati aku dah cuak mengenangkan masa-masa hadapan.

Blanka aku jumpa agak lame sikit tak silap aku. Time tu die pengikut setia arahan U. Suruh tido kolej pon die folo. Tak sesuai langsung perangai die time tu kalau dikenangkan koleksi lagu jeritan die. Tapi aku bertindak bijak dengan tak membahan die demi keselamatan aku di masa hadapan. Malam tu paling neves, malam pertama aku tido 1 rumah ngan dorang. Ape mende aku nak bebual ngan dorang nih. Cuak kene induction pon ade. Mane tau dorang suke balun budak-budak baru. Malam tu aku tido sambil menyesal sebab tak masuk karate waktu aku sekolah dulu. Kalau tak boleh aku tayang tali pinggang hijau kat depan pintu bagi timbul rase gerun sket.

***

2 tahun dah berlalu pas malam pertama aku tu. Skang bile fikir-fikir balik, rase bangang pon ade nak neves-neves nih. Konklusinye, dorang nih kepala lebih kurang aku jek. Ngam pon lain macam. Sampai die punye bermanja kalau orang luar tengok boleh mendatangkan syak wasangka. Ape yang aku boleh cakap, semua nih muke ganas tapi hati baik. Kecuali butam, die muke baik tapi hati ganas. Dengar citer die penah sepak orang time dip dulu. Jadi aku sentiasa bukak kuda-kuda kalau berbual ngan butam. Kojang muke keras hati lembut. Lagi-lagi ngan gadis, lagi lembut dari bulu bubu kucing peliharaan kami (baca: lakau). Lakau ngan nedjo pulak memang lucu. Bile dorang bergabung, rase seronok lain macam. Rase macam makan mekdi orang blanje.

Blanka pulak hati baik, jenis pemurah bagi pinjam kete untuk kepuasan member-member (agak-agak boleh kire belanje ke makan bagan lalang tu pas aku tulis camni?). Cedoh walaupon muke dia matang melampaui usia, hati die masih mude remaja. (Ingatan tulus ikhlas buat cedoh, “bertunang bukan lesen untuk beromen”). Bujang pulak pemurah bagi rokok, tapi lepas die pau puas-puas laa rokok dak-dak lain. Bunek paling banyak duit, jenis tak isap rokok. Jadi die dalam kategori budak baik. Die jugak aku rase penyebab rumah tu tak penah diganggu makhluk halus. Kuat ilmu die nih. Kidok pulak suara lunak. First time aku dengar die nyanyi lagu azura, aku ingat kidok buat operation tukar suara. Paling lemah lembut walaupon tulang die keras. Konklusinye, neves malam pertama tu memang tahyul.

10/15/2010

Entri 17 – Mencari kerja bagaikan mencari emas dilautan berombak ganas

Jumaat minggu lepas aku pegi 1 career fair kat midvalley. Mule-mule tu ingatkan taknak pegi. Mcam gampang rasenye kalau aku pegi sane sesorang. Dahlah aku penah masuk sane sekali jek. Itupon 10 tahun yang lepas. Tapi bile member-member aku dari shah alam ngan Melaka nak pegi jugak, semangat yang hilang tu tak pasal-pasal menaik. Lagi-lagi pulak member aku sume gadis. Fantasi nakal muncul tibe-tibe. Celaka.

Mengikut janji-janji melayu, kami patut berkumpul pukul 10. Dan aku melayu, jadi sampai 10.15 diibaratkan macam champion gak sebenarnye. Itupon pasal aku tawaf midvalley tu dekat 5 kali pasal tak jumpa kat mane nak parking moto berkelajuan rendah aku. Mendidih gak darah bile asyik ikut motor dispatch jek. Dorang takde masalah sebab dah ade parking sendiri. Nasib baik aku folow 1 moto yang dipandu oleh India tua. Mula-mula ragu-ragu gak, takkan India tua nih nak melepak kat midvalley. Tapi sangkaan aku silap, orang tua pon rupenye mempunyai nafsu melepak kat tempat gempak usha gadis rare.

Masuk parking singgit, bau gampang menusuk hidung. Celaka betul, tau la aku bayar singgit tak payah la nak buat parking kat tempat buang sampah. Hilang bau perfume adidas beli pakai duit raya aku nih. Tapi marah tu tak lame, sampai mid aku punye keterujaan tu dah tahap dewa. Awek rare punye la bersepah sampai dah tak boleh panggil rare. Jahanam betul pengurusan mid. Patut laa susah nak jumpa awek rare skang. Sume kat sini rupenye. Hati aku tenang sambil bakar rokok jenama helang mata melilau tengok payudara kenyal bergoyang.

Kami berkumpul kat career fair tu pukul 11. Punye laa seronon jalan-jalan cari kerja ngan gadis. Rase market tinggi lain macam. Aku perasan gak 3 4 orang laki pandang aku tak puas hati. Dan akupon perasan gak 20 30 gadis menangis lepas nampak aku jalan ngan member-member pompuan aku. Aku syak hati dorang remuk pasal takde chance nak ayat aku. Tak elok menyerah awal sangat, semangat tu biar tinggi sket.

Pengalaman indah aku bile aku pegi booth mesiniaga. Aku tak berminat pegi booth situ sebab die tak offer job untuk budak bisnes macam aku. Tapi sebab sorang gadis jage booth yang muke die manis tak ingat buat aku celaru. Kombinasi muke manis+body mantap+pakai skirt+rambut takde kaler memang feveret aku. Die punye pegi jenis dah tak boleh handel. Ereksi otomatik yang tak boleh dikawal. Awek tu pulak peramah, aku cakap aku budak bisnes die terus cakap ade kosong kat admin. Padahal kat banner takde tulis pape pon. Taktik nak ayat aku laa tu. Tapi aku tak kisah, mende-mende camni kene banyak senyum.

Paling buat aku celaru bile kat booth kayefsee. Ni kalau letak lisa surihani pon memang aku pandang 2 belah mata jek. Heh, lisa konfem kene pandang dua belah mata. Die kategori faking rare. Tapi gadis kat booth kayefsee ni pon dalam kategori yang same, faking rare. Muke manis+baju kurung putih nampak dalam memang terbaik. Fantasi nakal dalam otak jangan cakap laa. Nasib baik hari jumaat jek, kalau tak memang kene mandi berniat aku hari tu.

Tapi yang paling best bile kat booth tentera. Tengok dan pegang pistol, mp5 navy, M-16, Shotgun ngan Sniper bukan benda mudah. Bagitau aku dekat mane boleh tengok dan pegang mende-mende tu senang-senang jek. Brader komando tu pulak bukan main sporting. Macam-macam aku tanya, macam-macam jugak die jawab. Tapi tak tau le pulak betul ke tak die jawab tu. Tapi dari gaya die jawab sambil ngan muke serius die, aku syak die jujur. Die siap tunjuk bekas peluru Sniper lagi. Memang panjang tak ingat. Peluru tu kalau ikut cakap brader tu bile die pegi, die berpusing. Jadi bile kene musuh, die macam korek kat badan. Memang gempak abes. Teringat pulak zaman sekolah dulu. Bile tanya cita-cita jek, aku berani jamin hampir semua budak lelaki cakap nak jadi askar. Kecuali member aku time aku darjah 5, die nak keje kilang. Punye la tak semenggah cita-cita waktu kecik. Aku syak die kene racun ngan minah kilang area rumah die. Kecik-kecik dah pandai berfantasi. Memang jahanam.

10/13/2010

Perajurit dsl218 (Episod terakhir yang sebenarnye)

“Ayang tak payah laa pegi sane. Bahaye la yang. Situ dah dekat sangat dengan kem musuh. Dah la kite baru kahwin” kate lisa surihani separa memujuk.

Panggilan telefon dari HQ 3 hari selepas majlis pernikahan aku membuatkan aku terduduk. Plan nak honeymoon konfem-konfem cancel. Muka lisa muram lain macam. Senyum kat bibir die yang tak lekang sebelum nih pudar.

“Sayang jangan risau sangat ek. Ayang pegi dengan kawan-kawan ayang yang hebat-hebat. Lagipun takkan ayang nak biarkan dorang pegi sane tanpa ayang” jawab ku manja.

“Tapi…”

“Ayang jangan risau k. Ayang balik nanti kite terus pegi honeymoon kite yang tertangguh ni” jawab ku dengan konfiden padahal hati dah remuk.

Lisa tersenyum manis. Die memang bagus, murah ngan senyuman. Damn, aku rindu senyuman die. Malam-malam camni membuatkan aku lebih merindukan die. Aku mengeluarkan foto gambar kami berdua yang ditangkap hampir 6 bulan yang lalu. Gambar pertunangan kami. Butam datang kepada aku.

“Rindu lisa lah tu. Sabar jela wad, dah memang nasib kite camni. Lagi-lagi kau, baru jek kahwin dah kene berjuang.” kate butam memujuk aku.

“Heh, trimas tam” jawab ku lemah. “Tapi terkilan gak aku tak dapat tengok muke dia time-time camnih.” Jawabku lagi dengan masih maintain cool padahal airmata dah berderai. Tak kire air hingus lagi. Memang segan kalau mentua nampak.

“Doa banyak-banyak semoga kite semua dapat mengharungi tekanan pihak musuh sampai bantuan tiba” kata nedjo tenang.

Tepat pukul 7 pagi, kami diserang sekali lagi dengan lebih ganas. Kami cube bertahan tapi asakan pihak musuh terlalu kuat. Sebuah kerete kebal ku lihat menghalakan muncungnye kearah kojang. Belum sempat aku menjerit peluru telah pon singgah ke tempat kojang. Kemudian nedjo pula mengikut jejak kojang setelah hampir 15 buah peluru hinggap di tubuh die. Aku cube pegi membantu tapi 2 peluru sesat telah hinggap di tubuhku, 1 di peha dan 1 lagi di dada. Aku tersembam kebumi dan melihat sahabat-sahabat ku berjuang tanpa mengenal erti takut.

Aku dah terlalu penat, udara sudah semakin payah nak disedut, rokok berjenama helang aku yang disimpan dikocek berkecai, pandangan semakin kelam. Aku terdengar bunyi sesuatu meluncur diudara dengan pantas. Lantas ku jeling keudara dan melihat 5 buah sukhoi bantuan tentera Malaysia melintas dikepala ku.

“Bantuan sudah tiba” jerit blanka.

***

*Peristiwa perang ini berlaku di kampong 8, Melaka. Kesemua perajurit dsl218 terkorban mempertahankan tapak sehingga bantuan tiba.
*Perang ini diakhiri dengan tentera Malaysia berjaya mengusir pihak musuh dan ini semua adalah disebabkan perajurit dsl218.
*Taktik peperangan dan posisi perajurit dsl218 menjadi contoh bagi beberape buah Negara-negara kecil yang mempunyai askar yang sedikit.
*Beberapa ahli parlimen dari pihak gomen dan juge oposisi telah bersuara supaya setiap perajurit dsl218 yang terkorban diberi penghargaan tertinggi Negara dan keluarga mereka diberi pampasan tertinggi demi mengenang jasa mereka.
*Dan ini adalah cerita dongeng.

10/12/2010

Perajurit dsl218 (Part 4)

Dengan ditemani sinaran bulan yang cukup terang serta taik bintang yang lalu-lalang. Kami bertujuh masih diserang bertalu-talu oleh pihak musuh. Tiada masa untuk kami semua membakar rokok melayan peluru bersiang-siur dari pihak musuh. Kecuali bunek. Bunek masih mengekalkan momentum seperti hari-hari sebelumnye dengan tetap menyanyi. Memang jiwa seniman betul bunek ni.

Pihak musuh memberhentikan serangan demi membenarkan askar mereka menyantap makanan sebelum menyentap perasaan kami.Kesemua kami terbaring kepenatan setelah hampir 5 jam berjuang. Bengang jugak aku dengan propaganda Hollywood nih. Kalau dalam filem dorang, paling lame berperang pon setengah jam. Tak true langsung.

Aku pantas capai rokok dalam kocek baju aku dan dengan tenang menyalakan rokok. Tibe-tibe hati aku kurang tenang. Dada rase berombak-ombak, jiwa bagaikan tak terurus. Ni mesti lisa surihani teringat kat aku. Itu pasal lain macam jek aku rase ni.

Yang lain-lain pon mule meletakkan rokok di posisi mulut paling selesa bagi mereka sambil merenung aku.

“Kau termenung ape wad? Bak datang penyalaan” getus butam.

Macam biase, rokok ade penyalaan takde. Aku pelik betul ngan dorang nih. Rokok boleh beli, penyalaan nak pinjam aku gak. Dah macam pakai seluar, boxer sedekah rumah orang-orang tua. Kan tak cantik tu.

“Nah tam” kata aku perlahan.

“Nampak gayenye malam ni malam last kite berbual macam ni” kata blanka selepas cantik pembakaran rokoknye.

“Jangan cakap camtu ka, mane tau kalau kite dapat defend tempat ni sampai pagi esok ade bantuan sampai” kate bunek dengan nada positif.

“Celah mane dorang nak hantar bantuan kalau dorang tak tau?” kate blanka.

“Mesti ade voice mail nye, macam cerita omputih tu yang boleh simpan mesej orang” jawab bunek dengan masih bernada positif.

“Takdenye nek. Telepon kat HQ tu bukan ade voice mail. Nak telepon orang pon kene pusing-pusing nombor macam cerita lame-lame dulu” kate kojang. Aku lihat muke bunek terkedu.

“Agak-agak kau keluarga kite tau tak ape yang kite tempuh sekarang ni?” tanya aku.

“Entah lah wad. Kite dah terputus hubungan dengan orang luar. Ibarat layang-layang terputus talinye, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing atau bagai anjing menyalak bukit” jawab lakau sambil berperibahasa. Lakau kalau datang feel die, memang tak berenti berperibahasa.

Aku terdiam. Terase perasaan sedih itu menusuk-nusuk dalam jiwa. Bertambah pedih bile dengar peribahasa lakau.

“Aku harap sangat anak-anak aku takde yang ponteng sekolah, hisap rokok, main game PES tapi kalah kat shopping kompleks” getus kojang.

“Aku pon harap sangat 2 orang anak aku bile besar jadi pramugara atau pelakon. Aku nampak dalam diri dorang ade bakat terpendam. Mesti glemer nanti.” Kate lakau pulak. Aku perasan 3 4 orang senyum tawar dengar kate-kate lakau.

“Kau rase ape akan jadi kat anak-anak kite nanti ye?” kate bunek.

“Jangan risau sangat la. Anak pejuang Negara pulak, takkan laa gomen taknak tolong.” Kate nedjo.

Selepas itu semua terdiam. Masing-masing teringat anak atau keluarga aku rase. Aku bersandar di dinding-dinding yang pecah sambil teringat lisa surihani.

*Aku takde idea nak tulis blog. Terpakse sambung balik cerita ni. 

10/08/2010

Entri 16 – Malam futsal dsl218

Ini adalah entri kenangan tahun lepas. Sebelum kami semua membawa haluan masing-masing tahun hadapannye, pengerusi seumur hidup dsl218 telah merancang 1 aktiviti mengeratkan silaturrahim antara penghuni dsl218 dengan bermain futsal. Dibahagikan kepada 2, pasukan atas dan pasukan bawah.

Pasukan tingkat bawah. Berdiri dari kiri - Dimitar BerbaDoh, Manuel Blankania, Shukor Bujang Adan.
Duduk dari kiri - Xavi Kidokso dan FernanBu Tamres.

Pasukan tingkat atas. Berdiri dari kiri - Christiano RoNedjo, Edwin Lakau Sar, Wayne Kojang.
Duduk dari kiri - Michael CarNek dan Thomas Wadmaelaen.


Seminggu sebelum bermula perlawanan sengit tersebut, sindir menyindir antara tingkat atas dan tingkat bawah menjadi-jadi. Kelihatan setiap pemain berkobar-kobar untuk merangkul piala futsal ali rustam cawangan klebang edisi yang pertama. Disini juga hendaklah dijelaskan bahwa walaupon ini adalah merupakan satu aktiviti mengeratkan silaturrahim, kemenangan merupakan perkara paling penting kerana pemenang mempunyai hak untuk berbangga dan memperlekehkan pihak yang kalah seumur hidup. Ini kerana piala futsal ali rustam cawangan klebang hanya dilaksanakan sekali sahaja kerana cadangan untuk melaksanakan buat kali kedua kelihatan tidak berhasil pabila kehadiran melepak di mapley juge semakin berkurangan bagaikan telur dihujung tanduk.

Tepat pukul 9 malam, dengan tiada doa pembuka majlis dan juga ucapan VIP, bermulanya pertandingan yang mendebarkan seluruh peminat futsal tanah air. Peluh-peluh nipis muncul disetiap muka pemain yang tidak mahu menghampakan peminat-peminat mereka diseluruh Malaya. Persoalan-persoalan dari peminat bakal terjawab dalam 1 jam lagi. Bagi pasukan tingkat bawah, adakah FernanBu Tamres mampu menjaringkan gol? Mampukah Xavi Kidokso mempamerkan magisnya kepada peminat? Bagaimana prestasi Shukor Bujang Adan yang sudah lama tidak bermain bola? Bolehkah Dimitar BerbaDoh menjawab persoalan peminat akan prestasinya yang semakin merudum? Tertewaskah Manuel Blankania berhadapan dengan pasukan tingkat atas?

Dipihak tingkat atas juga berhadapan persoalan yang tidak kurang rumit bukan sahaja dari peminat, malahan juga dari pundit-pundit ESPN. Tercapaikah impian Christiano RoNedjo menjadi penjaring terbanyak? Adakah Michael CarNek mampu mendiamkan pundit yang mempersoalkan kemampuannye? Persembahan bagaimanakah yang bakal dihidangkan oleh Wayne Kojang pada malam ini? Terujikah pertahanan Thomas Wadmaelan? Bersediakah Edwin Lakau Sar menghadapi ujian getir? Segalanya bakal terjawab sebentar lagi selepas pesanan penaja….(Penaja: nasi lemak bonda, pisang goreng klebang serta Kak Pah kedai tayar).

***
Minit ke-5 - Baik saudara, perlawanan sudahpun bermula. Saya Haji Hasbullah Awang akan menjadi pengulas dimalam ini. Baru 5 minit perlawanan bermula, tingkat bawah sudahpon mendahului 3-1. Pertahanan tingkat atas kelihatan goyah. Gandingan Christiano RoNedjo dan Michael CarNek kelihatan kurang menjadi, manakala kelihatan tiada persefahaman dari segi pertahanan antara Thomas Wadmaelan dan Wayne Kojang. Ini dapat dilihat pabila FernanBu Tamres dan Xavi Kidokso mempermainkan pertahanan tingkat atas serta kentalnye pertahanan tingkat bawah menghadapi asakan tingkat atas.

Minit ke-20 – Pertukaran posisi bagi tingkat atas mule membuahkan hasil. Gandingan Christiano RoNedjo dan Wayne Kojang dimana Michael CarNek turun kebawah menjadi CM menjadi. Tingkat atas mule mengejar tingkat bawah dengan jaringan tingkat atas 6-8 tingkat bawah. Kelihatan riak-riak cemas pemain-pemain tingkat bawah.

Minit ke-25 -  GOL!!! Jaringan cantik Thomas Wadmaelaen menggegarkan seluruh Sports Arena Klebang. Jaringan yang menyaksikan tingkat atas seri dengan tingkat bawah dengan keputusan 8 sama. Saya sendiri tidak mampu menzahirkan bagaimana jaringan tersebut. Sungguh cantik, inswinger dari Wayne Kojang dan rembatan kenchang dari Thomas Wadmaelaen menewaskan Shukor Bujang Adan, Dimitar BerbaDoh dan juga Manual Blankania.

Minit ke-33 – Sungguh teruk permainan Shukor Bujang Adan malam ini. Clear bola merapu dan merembat kenchang bola walaupon kelihatan mustahil untuk menjaringkan gol pabila bola dirembat menuju keluar garisan.

Minit ke-50 -  GOL!!!! Gerakan solo oleh Thomas Wadmaelan sebelum menolak mudah bola menjadikan keputusan 12-10. Keadaan di Sports Arena Klebang huru-hara sekarang ini apabila peminat meminta diulang tayang jaringan tersebut. Senyuman penyokong tingkat bawah juga makin menipis nampaknya. Saya sendiri teruja melihat jaringan tersebut. What a fantastic goal. Oh maafkan saya berbahasa inggeris ketika siaran langsung dari TV1 ini.

Minit ke-60 – Permainan sudahpon tamat saudara sekalian. Keputusan akhir, Tingkat atas 16-12 tingkat bawah. Walaupon kalah, tetapi tingkat bawah mempamerkan permainan menarik sepanjang perlawanan. Mereka bermain baik, Cuma tidak bernasib baik berhadapan pasukan berkaliber tinggi seperti ini. Bila pasukan tingkat atas menukar strategi, mesin gol oleh Christiano RoNedjo, Assist terbaik oleh Wayne Kojang, Serangan dan pertahanan tanpa henti oleh Michael CarNek, 2 jaringan cantik oleh Thomas Wadmaelaen serta kekebalan penjaga gol Edwin Lakau Sar , tiada ape yang boleh dilakukan oleh pasukan tingkat bawah. Tiada cacat celanya gandingan FernanBu Tamres dan Xavi Kidokso dalam serangan, pertahanan yang baik oleh Dimitar BerbaDoh, Shukor Bujang Adan yang bertungkus lumus memperbaiki kelemahan permainan setengah jam terakhir dan juge tepisan demi tepisan dilakukan oleh Manuel Blankania. Cuma pasukan tingkat atas lebih hebat dan lebih bergaya, itu sahaja. Dan benarlah peribahasa melayu kita, bagai aur dengan tebing ataupon bagai isi dengan kuku, kemenangan tingkat atas ini tetap tidak menggugat persahabatan mereka. Bahan membahan, lumrah alam.

***
Ulasan peminat 1 – Saya kagum dengan corak persembaha pemain kedua-dua pasukan. Sungguh cantik dan art sekali.

Ulasan peminat 2 – Saya bersyukur menolak ajakan boipren saya menonton filem Jin Notti dan terus menuju kesini melihat permainan futsal terbaik dalam hidup saya. Saya bersyukur (peminat terduduk sambil menitis airmata syukur)

Ulasan peminat 3 – Ini merupakan malam-malam yang saya takkan lupe punyelah. Memang berbaloi laa bro tengok game malam ni. Aku agak pemain kebangsaan kene training lebih sikit lepas ni, kalau tak memang senang-senang jek player tingkat atas ngan bawah nih wakil Malaysia. Aku tak tipu bro, aku mane penah cakap main-main dalam hal ni. (Peminat ini begitu emosional sekali bile memberi ulasan walaupon sebenarnye pengacara menanyakan soalan siapakah penaja pertandingan ini)

*Kredit kepada kojang untuk gambar.

10/07/2010

Entri 15 - malam-malam cenggini pekena rokok afdhal juge

1. Minggu ni agak kurang bagi aku. Jemputan melepak macam takde. Khabaran kerja pon tak sampai-sampai lagi. Rase nak bunuh semut pakai lighter pon ade. Duet dah takde, rokok naik harga. Lagi laa menyirap. Ni kalau indon keje kontrak buat hal ngan aku nih, rase-rase aku memang senang-senang kene pelempang. Tapi memikirkan indon ni keje kontrak, secara otomatik jugakla dorang mempunyai susuk tubuh yang ideal bagi bertempur. Cepat-cepat aku padamkan niat aku nak bertinju ngan indon. Mungkin bakar semut lagi selamat.

2. Hidup bile takde duet nih agak mencabar gak. Pengalaman yang rare jugak laa. Punye laa kering sampai nak pegi intebiu pon mak aku bagi duet minyak moto. Jahanam tak jahanam jugak laa bile dapat seploh ringgit, campur duet dalam wallet 2 ringgit, memang sesuai isi minyak campur rokok sekotak. Tapi rase nak menangis pulak bile tengok dalam wallet dah takde duet langsung. Die punye sedih tu memang padu sampai rase nak jual diri. Tapi market lak takde tuk badan-badan cam aku nih. Memang diskriminasi.

3. Kenapa harga rokok naik? Tak paham betul aku ngan gomen ni kadang-kadang. Hari tu baru masuk paper cakap gomen rugi kat cukai rokok pasal banyak rokok seludup. Pastu naikkan harga lagi. Aku syak pencadang kenaikan harga rokok ni ikut teori ekonomi la. Makin tinggi harga barang, makin mewah barang tersebut. Kadang-kadang tak perlu orang bijak sangat banyak bercakap.

4. Member-member aku cakap badan aku dah naik. Muke makin bulat, badan makin tough. Ok, aku tipu. Jangan nak jegil-jegil mata macam bruce lee cakap utara. Kang ngan orang tua tu skali aku tibai. Tapi aku tak kisah sangat sebenarnye. Member pulak, dorang bahan aku, akupon boleh bahan balik. Tapi bile sorang makcik yang aku tak kenal tibe-tibe sound cakap aku gemuk, aku runsing gak. Sepanjang aku hidup aku tak penah jumpa makcik tu. Memang runsing.

5. Aku sebenarnye takde idea nak tulis ape. Jadi aku merapu jela. Tak sangka pulak dapat 4 perenggan. Banyak pulak tu aku dapat tulis. Berbakat jugak aku nih bile pikir-pikir balik, cume kurang dari segi komposisi badan jek. Kalau buat filem, agak-agak boleh lawan filem potret mistik tak? aku jawab ye.

6. Rase nak buat tumbukan padu ke udara pulak bile dapat tulis sampai 6 perenggan yang takde tujuan. Tapi bile muzakarah ngan diri sorang-sorang, hati kecik aku berbisik "tak gune buat tumbukan padu ke udara kalau takde orang bace". Ye, hati kecik akupon kadang-kadang suke bahan aku. Aku boleh jek nak bahan balik, tapi selalunye hati kecik aku menang. Oh ye, agak-agak kalau aku sambung cerita perajurit dsl218, boleh terima ke tak? Aku jawab sekali lagi, memang boleh. Pasal aku takde idea. Macam gampang kan? Aku jawab tak.

9/30/2010

Entri 14 – 16 minggu di Sarawak

Aku masuk form 6 dengan 2 tujuan, tengok gadis manis yang tak diproduce oleh sekolah aku dan menghabiskan mase disekolah dari duduk rumah. Aku memang suke sekolah, boleh bergurau, berborak dan dapat duet saku. Mende-mende camni memang tak dapat kalau aku duduk rumah. Tapi bile aku dapat surat sambung belajar, aku sedar aku patut jadi manusia bertanggungjawab. Dan akupon terbang bersama keluarga aku ke Sarawak.

Pegi sane naik MAS, memang setail. 2 orang pramugari MAS memang rare, pakai kebaya belah peha sikit lagi nak sampai kawasan larangan. “Ni baru dalam kapal terbang, kalau kat serawak kot-kot tak pakai baju langsung kot” kata hati kecilku naïf. Aku eksaited melampau. Tapi bile sampai kat airport, aku hampa. Pemandangan pertama aku adelah 3 orang makcik tua yang telinga die cecah bahu. “Cis, aku kene tipu” kata aku. Padahal aku sendiri yang assume tu. Tapi takpe, aku memang tak tau pasal Sarawak pon. Bukan salah aku.

Sampai di Sarawak, terus mendaftar. Disebabkan aku budak rayuan, jadi aku dapat lihat budak-budak U pegi kelas. Time tu memang kagum, jelas gadis-gadis manis bersepah dan mungkin peramah. Selesai daftar ngan sorang brader yang cakap melayu baku, aku terus masuk blok. Pas setel lebih kurang, keluarga aku pon balik la. Bile dah 18 tahun hidup dengan keluarga, airmata tu memang laju macam bawak Honda EK kona takde bunyi (tam, sila ambik perhatian) kat highway. Seminggu aku down dan tak pegi kelas.

Tapi aku nyesal tak pegi kelas awal-awal. Kalau tak mesti aku tak down. Gadis manis memang banyak. Aku kagum. U aku memang pandai buat motivasi kat student laki dengan ambik gadis manis. Dah la manis, peramah lak tu. Memang best. Aku syak member aku kat perak time tu masih terkhayal dengan awek perak. Ape barang bai, sini lagi rare awek die dari dak form 6.

16 minggu kat Sarawak memang tak terasa. Gadis manis bersepah, peramah, orang sane tak hensem tapi peramah. Makan tak sedap, tapi dining campur. Bermakna gadis manis yang peramah juge ade. Ini bermakna setiap kali aku down pas abes kelas, motivasi diri aku akan mantap bile ke dining. Sebab tu aku cakap U aku kat Sarawak ni memang pandai buat motivasi.

Abes jek 16 minggu, tibelah masenye aku pulang dan berpindah ke U aku di selatan Malaya. Aku agak down, tapi tak boleh buat ape. Jarak yang jauh beserta kesihatan ayah aku membuatkan aku terpakse berpisah dengan gadis manis dan U aku yang pandai buat motivasi. Selepas salam lebih kurang, member aku hantar aku pegi airport. Dalam kapal terbang ondewei balik Malaya, aku terkenangkan gadis manis yang peramah kat sane. Kekecewaan tak terubat walaupon dihidang dengan bontot pramugari airasia yang lalu-lalang sebelah aku sebab makcik sebelah aku terlalu rajin nak berbual dengan aku, padahal anak die ade jek kat sebelah. Dah lah anak die separa manis, sombong lak tu. Tak macam gadis Sarawak yang manis dan peramah.

Ehh, punye lame aku cerita ni ade aku cerita tak yang gadis Sarawak ni manis-manis dan peramah?

9/28/2010

Entri 13 – Hendak seribu daya,mengalah macam Liverpool

Mengikut mesej dan fesbuk, ade 1 misi menawan broga akan dilaksanakan dengan kehadiran yang meriah. Konon-kononnye perajurit akan hadir hampir kesemuanye, tapi seperti maksud konon itu, mereka curang dengan janji. Tapi hati terubat bila blanka mengatakan bahwa skuad pemanjat bukit akan disertai member dari ofis dan juge kebal (mungkin name sebenar) akan membawa gadis yang manis dan rare.

Semangat aku terus naik mendadak. Ini bukan peluang mudah untuk dilepaskan kata hati kecilku. Dengan bantuan ayat perangsang dari blanka, aku menguatkan hati dan iman untuk menawan broga. Bergerak ke putrajaya ketika malam mula menjelma, angin yang sejuk dan motor yang laju, aku sampai tepat pada waktu. Dan seperti biasa, blanka memang utuh dengan janji melayu die.

Setelah sampai ke rumah butam, aku terus menghantar mesej ke meksis butam mengatakan aku sudah sampai. Disebabkan kelewatan blanka, kami pergi melepak di mapley dable untuk sesi mengeteh. Blanka datang tepat sejam kemudian. Kojang pule dikhabarkan akan datang setelah sampai ke kajang dari Terengganu. Ini sahaja perajurit yang hadir. Mengecewakan. Presiden perajurit patut ambik tindakan akan hal-hal begini. Kalau boleh saman, kite saman.

Kami bergerak ke pesint berapa ntah untuk menghadiri pembukaan program kami iaitu ke perlumbaan kete+ekzos bising+awek konfem rare. Dan ye, memang banyak awek rare. Disebabkan kelemahan ilmu permotoran aku, aku tak mampu menceritakan pasal kete, tapi awek rare takde masalah. Mengikut penglihatan aku, memang banyak awek rare yang tersalah pilih jejaka pilihan mereka. Ini merunsingkan aku, butam dan blanka yang merasekan keadaan ini tidak sepatutnye berlaku. Sebagai seorang warga Malaysia yang bertanggungjawab, kami risau akan pemilihan mereka ini. Diharap ayat “Cinta itu buta” tidak digunekan dengan sesuka hati bile balak mereka kelihatan seperti menggunekan duet ayah mereka tanpa segan.

Setelah penat sesi perlumbaan kete+ekzos bising+awek rare, kami terus ke kajang untuk mengambil kojang. Mengikut mesej yang diterima, kojang akan hadir ditemani gadis. Ini cukup bagus. Aku dan butam berebut nak duduk belakang, tapi aku bernasib baik aku kalah. Butam kelihatan kecewa melihat gadis yang kojang bawak. Blanka senyum nipis aku lihat. Macam jahanam punye perangai.

Kemudian kami berkumpul di sesesesesemenyih untuk mendaki broga. Sekali lagi hampa, bukan sahaja member blanka yang datang banyak laki, yang gadis juge tidaklah manis seperti dihajatkan. Lebih mengecewakan, kebal yang menjanjikan bawak awek rare juge datang dengan member laki tak rare langsung. Semangat memang dah kurang, hati dah rase dipermainkan, kelelakian telah tercabar. Tapi hati terubat melihat amoi separa rare berlari-lari riang menuju ke bukit.

Ekspedisi diteruskan dengan aku terlupe bawak botol air. Tak sampai 5 minit start blanka kelihatan penat. Aku syak rokok punca utama untuk masalah prestasi die. Masalah prestasi blanka semakin tenat setelah 3 kali pit stop. Die terlalu penat sehingga kata-kata semangat adalah bagaikan menyiram garam diluka.

“Ka, jom ka, Tak jauh sangat dah ni ka. Kau boleh ni ka” kata kojang.

“Dah dah, kau jangan nak psaiko aku. Tinggalkan jek aku kat sini. Nah, ambik kamera aku. Korang ambik gambar korang kat atas. Aku sat lagi nak turun bawah” jawab blanka tegas. Aku tau tegas sebab jarang aku lihat intonasi ka setinggi itu.

Kami meneruskan perjalanan ke atas dan sampai disana. Ketika baru hendak berehat, butam menerima mesej dari blanka mengatakan die dah nak sampai. Aku lihat mata butam bergenang airmata terharu time bace mesej tu. Blanka pon sampai dan kami meneruskan menangkap gambar dengan gembira sekali. Lebih gembira melihat seorang gadis yang cukup-cukup rare berpayung pelangi ditemani lelaki. Kenapa kami gembira? Kerana mustahil lelaki tersebut adelah balak gadis payung pelangi rare berdasarkan layanan gadis tersebut terhadap mereka.

“Takkan la tu balak die” kata butam.

“Aku syak tu member die. Tengok care die layan gadis tu” jawab aku.

“Mungkin member kot” butam setuju.

“Takpon adik die” kata aku lagi.

“Eh, lebih-lebih pulak kau nih. Cukup la kot kau nak beta pon” kata butam panas.

Kojang tak banyak sangat mengulas gadis payung tersebut. Tah pape tah. Blanka pulak tak sempat nak tengok. Jelas gak kekecewaan kat muke die. Setelah selesai kesemuanye, kami semua berangkat pulang. Ekspedisi ini merupakan satu kejayaan bagi kami semua memandangkan hampir tak jadi disebabkan kehadiran yang mengecewakan. Ia juge dianggap berjaya setelah blanka yang berputus asa, bangun berjuang setelah dicabar oleh kanak-kanak kecil yang berlari seperti memanjat bukit adalah seperti bermain pingpong.

Dari kiri-aku,butam,blanka. Kami sedang menceritakan perihal gadis payung pelangi rare sambil blanka melihat jauh tanda kecewa.

Ini pule adalah kojang. Blog beliau boleh didapati disebelah kanan blog aku.

Entri 12 – bukak puasa waktu jerman timur


Bulan puasa 3 tahun yang lepas aku masih pelajar di salah satu kampus cawangan selatan universiti aku. Waktu tu bulan puasa dan percayalah cakap aku, bulan puasa bukan mase yang menarik untuk pergi kelas jalan kaki, melintas tasik dan berbukit-bukau diwaktu cahaya panas terik pukul 12 tengah hari. Dan aku bukanlah unta yang boleh simpan air dekat bonggol badan die untuk spare air jalan tengah-tengah panas. Memang rare pengalaman tu.


Dalam perjalanan balik merentas tasik dan menaiki tangga, hati kecil ku berkata “Best betul kelas tadi. Banyak ilmu yang aku dapat.” Ok, aku tipu. Ni bukan cerita razak mohaideen yang balik kelas happy gile sambil cerita ape yang dibelajar time kelas tadi. Hati aku penuh dengan carutan yang kalau dikeluarkan, tak layak aku nak meminang lisa surihani, apetah lagi rita rudaini yang belum berlaki lagi time tu.

Sampai di blok, aku dah terbayang katil yang keras dan kipas yang sejuk. Itu gabungan menarik untuk tak datang kelas waktu petang. Damn. Sampai jek dekat level aku, aku dah terbau mee sedap. “Huh, takde keje lain budak-budak nih. Bebuke ngan mee sedap, lain la kayafsee. Baru berbaloi dengan dosa” kata hati kecil ku lagi.

Masuk jek dalam bilik, aku dah start lain macam. Selipar tibe-tibe banyak padahal bilik aku 2 orang jek campur aku. Dan didepan mata aku terpampang 1 dosa yang sedang dilakukan. Member aku dan junior aku sedang enak menjamu selera dan menghilangkan dahaga ngan kayafsee dan coke. Kurang ajar betul.

Aku campak beg aku, bukak kasut dan menghempaskan diri atas katil sambil mereka pandang aku. Slow-slow aku tazkirah dorang.

“Ape nak jadi la korang ni tak puasa? Dah lah korang tak pegi kelas, entah ape yang penatnye akupon tak paham.” Kata aku.

Junior aku tersengih-sengih sambil minum air coke sejuk. Aku tau sejuk sebab ade wap air keliling bekas coke tu. Berguna gak belajar sains dulu.

“Tak sahur la pagi tadi” kata juniorku membela.

“Itu bukan alasan” kata aku dengan intonasi tinggi. Bayangkan amy tengah tarik lagu fantasia bulan madu, sebijik tak same ngan suara aku time tu.

***

“Pergh, memang sedap makan kayafsee bulan-bulan puasa nih. Air coke die pulak sejuk lain macam. Memang solid berbuke kite nih” kata aku girang sambil meratah rakus ayam goreng hangat.

Disebelah aku, junior dan memberku tersenyum bahagia menjamah juadah enak pada pukul 1 tengah hari keesokan harinye.

Entri 11 – Aku sebagai kanak-kanak riang

Aku tersentak. Ini merupakan kali ke-2 aku merasakan perasaan tersebut. Pertama kali adalah bile aku mule-mule tengok cerita power rangers. Sape yang tak tersentak melihat kehebatan 5 orang pejuang menentang kejahatan memakai baju ketat dan robot yang canggih? Tak lupe juge power rangers hijau yang semart abes bile time die tiup pisau die tu. Memang legend.


Kali kedua pulak bile aku menyelinap masuk bilik abang aku. Aku terpegun dengan benda tu. Aku tak pernah didedah dengan benda tersebut. Jadi khayal dan stim pulak aku jadinye. Kaset search (sila sebut “WOAHHH” dengan gaya paling teruja). Lame aku terdiam dalam bilik melayan mende tu. Dunia terasa indah bila tidak lagi terpengaruh dengan band arrow, scoin atau band-band yang bile nyanyi kalau tak sengau, hidup macam dah takde halatuju hidup kene tinggal awek.

Keluar rumah, aku headbanging sambil try tarik macam amy tapi tak sampai. Semua member aku terdiam dan ade yang mengeleng kepala. Aku hanya senyum nipis dan bangga. Dengan nada angkuh aku mengeluarkan kenyataan aku nak jadi rockers macam amy. 3 orang budak pompuan muntah dengar aku cakap camtu (ok, aku tipu). Slow-slow sorang member aku datang dekat kat aku dan berbisik…

“Muke nerd macam kau jangan berangan nak jadi rocker. Baik kau join kitorang main kejar-kejar lagi bagus” kata member aku sambil mengesat hingus hijau.

Aku sedih, hampa dan kecewa mendengar kata-kata member aku. Tiada kata-kata semangat yang aku harapkan. Impian yang begitu yakin aku luahkan, dikeji sebegitu rupa. Aku marah, rasa bengis membuak-buak dalam diri aku. Aku pandang member aku kecik jek. “Memang nak kene kau nih” kata hati kecilku marah.

“Ape lagi yang kau tercegat kat situ? Kau taknak join ke?” kata member aku yang sound aku tadi.

“Aku nak join, tunggu kejap. Aku nak makan kuih sat” kata aku.

***

Disatu sudut di rumah amy, kelihatan amy menggeleng kepala kecewa. 

9/26/2010

Konvoi beraya (last part, harapnye lah)

Sampai rumah cocos, aku memang dah lapar abes. Aku tak tau la L camne, tapi seluar aku boleh longgar padahal pakai tali pinggang ketat tu. Memang kejam punye lapar. Lepas bersalam ngan parent cocos, terus dipelawa ke meja untuk santapan. Kelabu mata betul aku time tu. Dorang pon same gak aku rase. Dimulekan dengan sosej dan bebola ayam, diteruskan pule dengan nasi ape ntah berlaukkan ayam masak merah dan daging masak kurma tak silap aku. Telur dadar juge tak dilupekan dalam suapan nasi ke mulut kami. Memang jahanam punye best.

Setelah puas menjamu selera, sesi perbualan bermule. Lame sangat tak jumpe cocos, dekat 4 bulan gak rasenye. Macam-macam cerita keluar, tapi kebanyakan memang membahan. Best jugak sebenarnye membahan ni, boleh gelak-gelak sambil mengeratkan silaturrahim. Mungkin Kementerian kebudayaan boleh merencanakan kempen “Budaya membahan impian kita”.

Perjalanan seterusnye adelah ke rumah tam, rumah terakhir dalam tentatif.. Masing-masing sebenarnye dah tak sabar nak terbaring di rumah tam sambil pekena laksa. Mengikut khabaran angin, rumah tam kosong bermakna masing-masing boleh bukak vtec sekejap biar kurang mengantuk. Tapi khabaran memang tak seindah mane, seperti juge kita jangan cair awal-awal dengar suara gadis di telefon sebelum berjumpa kerana mungkin akan mengundang gosip kurang enak dimasa hadapan. “Parent tam dah ade kat rumah” kate nedjo sayu. Aku campak rokok aku tanda protes.

Huh, masalah besar gak nih. Tak pernah lagi aku beraya rumah orang pukul 12.15. Masing-masing dah tak tau nak buat ape. Rancangan bukak vtec dengan lancar tergendala dengan efektifnye. Tapi kami naik jugak setelah tam meyakinkan kami bahwa kami tak mengganggu parent die nak tido. Dan memang parent tam sporting lisbon abes, menyambut kami beraya pukul 12 malam bukan perkara mudah. Lagi-lagi bile pakai baju yang same satu hari serta ketidakselesaan boxer yang bau die memang pegi die lain macam bak kate rizz, memang layak terime satu tabik pengakap diraja. Selesai pekena laksa kuah solid, kopi pon solid, kami beransur pulang dan pekena rokok diluar. Setelah selesai sebatang rokok dan juge cadangan tam untuk buat konvoi yang same raya haji ditolak mudah, kami pun pulang sementara ade yang lain nak menonton kereta berlumba ekzos bising awek rare mesti bersepah. Tapi memandangkan mata dah layu, godaan kombinasi menonton kereta berlumba+ekzos bising+awek rare terpaksa dilupekan.

Semoga konvoi raya 2011 dapat dilaksanakan. Pendapat aku mende nih bagus untuk mengeratkan silaturrahim. Malah bagaikan sambil menyelam minum air, ibarat serampang dua mata dan juge bagai aur dengan tebing, ia juge dapat membuatkan perbualan tidak enak seperti kamera atau kereta terbantut dengan kemunculan awek rare. Itu sahaja ulasan aku, diharap kojang juge dapat buat review yang lebih solid.

Konvoi beraya (Part 1)



Plan raya kali nih menjadi gak akhirnye setelah 2 kali raya berlalu syahdu begitu saje. Yee, betul. Plan 2008, 2010 baru jadi. Aku syak lepas nih kalau nak plan pegi memane memang kene buat 2 tahun awal baru jadi. Baru gomen sket.

Mengikut mesej fesbuk yang diutarakan, sume berkumpul pukul 2. Tapi bile aku bangun pagi sabtu tu, kejutan terjadi bile aku bangun pukul 11. Bard suara lunak menghantar mesej menyatakan berkumpul pukul 12. Memang rare nih. Sejak sume dah bekerjaya nih, masing-masing macam komited menjayakan misi mengeratkan silaturrahim. Tapi tak boleh cepat sangat nak bangga ngan dorang awal-awal, kene cekidaut dulu.

“Ka, pukul bape sebenarnye nak kumpul nih?” kata aku.

“Pukul 12. Baju melayu fullest or half-cook.” Jawab ka tegas.

“Orite, aku sampai 12.30. Ade hal sket.”

“Takpe, janji datang. Jangan lambat.”

Lepas menekan punat gagang telepon kaler merah, aku senyum nipis. Bangga jugak dorang dah semakin matang. Tapi 5 minit jek bangganye. Dorang sampai pukul 1, setengah jam lepas aku menepati janji. Tapi kagum gak, dorang nih memang utuh dengan janji-janji melayu mereka. Aku, L, butam, blanka, kojang (sampai lambat sket, brekfas ngan firaun katenye), nedjo, bunek, bard suara lunak, roy dan adat memulekan konvoi.

Cuaca hari tu memang nice. Langit cerah, awan-awan bergerak dilangit biru sambil burung-burung masih terbang mencari rezeki. Angin sepoi-sepoi bahasa cukup nikmat, lagi-lagi bile ketiak yang basah disapu angin sebegitu. Mungkin ini yang dikatakan trankuiliti raya.

Bermule di rumah L, kami terus bergerak ke rumah ka dengan niat yang cukup murni, pekena lemang sama rendang ayam hijau sambil sekali-sekala menyuap bihun goreng. Puas makan dan bergelak sakan, rutin pembakaran nikotin perlu dimulekan segera. Pantas kami semua bergerak ke rumah sewa roy dan adat yang kalau berjalan, tak sempat ketiak nak basah. Ka buat-buat tunjukkan rumah roy ngan adat, padahal nak pekena rokok. Macam la sepelaung jaraknye rumah dorang die beria-ria nak tunjuk. Ka ka…

Lepas setel rumah ka, kami terus bergerak ke rumah aku. Takde ape-ape yang menarik kat rumah aku, kecuali awek viva hitam yang rare. Celaka, asal aku tak penah nampak pon awek tu sebelum nih? Sepatutnye JKK flat aku patut hebohkan mende-mende camni supaya takde orang nampak macam anti-sosial bile berhadapan soalan-soalan seperti “sape awek tu?” atau “perghh, manis. Ape name die?”. Anda bertanggungjawab terhadap maruah kami sebagai lelaki yang dah lah single, segan pulak nak kacau awek.

Seterusnye, tentatif kami menegaskan perlunye ke open house rumah julat yang akan pergi obersea. Macam biasa, sampai rumah bukan terus masuk. Pekena rokok sebatang dulu baru nak masuk. Penyudahnye menyesal sebab tak dapat usha amoi seksi muke manis lame-lame sebab 1 per tiga mase dihabiskan kat luar. Aku harap plan-plan dimase hadapan ahli-ahli dapat membahagikan masa dengan bijak. Amoi rare memang payah nak jumpa, sebab tu die dapat title “rare”.

Lepas setel, bergerak ke subang jaya setelah tentatif baru diusulkan. Ahli-ahli yang mulenye berat hati, secara tiba-tiba termasuk aku setuju kesana setelah mendengari juadah enak. Damn, perut aku tibe-tibe kosong. Memang pandai kau mengampu aku ye perut. Tapi aku tak merase juadah di subang jaya setelah aku kene teman L pegi hantar roy balik selayang. Ok, bayangkan korang memang nak terkencing sangat tapi kene tahan dekat sejam sebab federal highway bukan highway PLUS. Kerajaan patut ambik serius cadangan aku untuk buat stesen minyak atau tandas tepi jalan untuk memudahkan pengguna menyelesaikan hajat. Itupon aku kene ajar.

Aku dan L terpaksa melupekan hajat beraya di rumah kojang dan terus ke rumah cocos (sikit lagi nak same name sebenar) atas alasan jem yang sangat kukuh di Bandar KL. Aku terpaksa stop kat sini demi menghisap rokok dan mandi. Aku sambung lepas badan dah segar, harapnye lah.

Bersambung

*Aku tak dapat menceritakan keadaan di rumah kojang, mungkin kojang dapat elaborate dengan lebih kukuh akan kejadian disana seperti kejadian cengkerang diwaktu malam.

9/23/2010

Perajurit dsl218 (Bukan episod terakhir)

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku dah senyum kelat. Aku tengok blanka ngan butam pon dah tak berbual rancak pasal kereta macam tadi. Nedjo pon diam jek. Lakau cemas mendail telepon berulang kali. Mata kojang dah melekat tepat kat teropong sniper.

“Apasal dorang ramai pulak kali ni?” kata bunek kat aku.

Dihadapan kami terserlah askar-askar musuh. kekalahan mereka time lunch tadi membuatkan hati mereka membara aku rasa. Dorang hantar semua askar dorang kot nak lawan ngan kitorang. Bangga pulak aku memikirkan betapa hero nye kitorang nih sampai dorang kene hantar banyak camtu.

Aku diam tak membalas pertanyaan bunek. Rasa cam tak perlu nak jawab bile mulut aku dah terketar-ketar tengok askar dorang. Gile ape, askar dah dekat seribu aku rasa, tu belum kire kete kebal dekat 12 bijik. Tak fair betol dorang nih.

Dush. Kami semua pantas pandang belakang tengok lakau karate telepon. Kojang bertanya serius tanpa mengalihkan mata die dari teropong sniper, “ape dorang jawap joe?”.
Lakau diam tak berkata-kata.

“APE DORANG CAKAP JOE?” kata kojang separa jerit.

“Skang pukul 6 jang” kata lakau lemah.

“Jadi?” serentak kami semua bertanya tanpa rehearsal.

“Gomen tutup pukul 6” jawab lakau.

Dengar jawapan lakau tu buat aku rasa nak nangis. Ape kejadahnye nak lawan dengan dorang banyak ni jek. Kalau setakat serat 2rat musuh takdehal gak laa kot. Ni dah dekat seribu aku rasa kalau matematik aku tepat.

“We stand alone” kata nedjo. Kagum gak aku ngan nedjo, time-time camni boleh lagi die nak speking.

Butam bersuara, “aku bangga dapat bersama korang time-time susah senang camni”.

Terharu betul aku dengar butam cakap camtu. Tak sedar menitik gak air mata ngan hingus aku yang jernih.

“akupon same, aku bangga” sambung bunek.

Masing-masing angguk lemah tanda setuju tak terperi. Kami memandang wajah masing-masing dan tersenyum nipis. Time-time camni kalau ade lagu selalu keluar bile abes motivasi tu memang aku syak baju kitorang penuh ngan hingus.

Sayup-sayup aku dengar bunek nyanyi lagu sudirman-warisan. Perghh, punye lah syahdu lagu tu. Kene sangat ngan situasi kitorang skang nih. Slow-slow kami folow bunek nyanyi same-same kecuali blanka yang bersiul sebab tak hafal lirik.

Nyanyian kami samar-samar hilang ditelan derupan kaki dan gerakan kete kebal pihak musuh…..


Tamat

Entri 10 – Pengalaman tadika saya (baca: intonasi doraemon)

Aku memang kagum dengan orang-orang yang boleh ingat lagi pengalaman dorang time kecik-kecik. Sebab aku memang tak boleh nak ingat ape berlaku time aku kecik-kecik sangat.Ye, aku memang senang lupe. Tak payah korang nak bahan dalam hati (pehal kau emo lak nih?). Yela kan, time tu susu penuh vitamin tak wujud lagi. Arena pemakanan kismis untuk menguatkan otak masih belum sukses.

Aku boleh ingat sket-sket jek ape yang berlaku, dan selalunye keluarga aku yang ingat ape yang jadi time aku kecik-kecik. Tapi ade 3 pengalaman yang aku susah sket nak lupe time aku kecik-kecik. Pengalaman kene tinggal bas sekolah, pegi zoo negara dan pertandingan mewarna. Macam jahanam punye pengalaman.

Aku penah kene tinggal ngan bas sekolah time aku tadika. Bayangkan tengah haus gile, duet dalam poket ade 30 sen, nampak pulak makcik tengah jual air sirap sejuk. Itu adalah kombinasi yang bagus untuk ditinggalkan bas sekolah bile orang yang beratur tengah panjang dan driver bas tak sabar-sabar nak balik macam ade astro kat rumah. Tapi time tu aku cerdik, sebab aku tumpang bas sekolah orang lain untuk balik rumah. Rilek jek aku balik rumah lewat tak ingat terus makan nasi dan mase yang same mak aku dah cuak abes. Memang gempak.

Pengalaman pegi zoo negara. Trip tadika yang menyedihkan. Aku sorang jek pegi zoo bertemankan kakak aku dimana member-member aku yang lain pegi sorang-sorang jek. Sume member aku pandang aku semacam jek, ade yang dah taknak kongsi air botol ngan aku pastu. Padahal dulu susah senang same dilalui, sweet as fuck la orang putih cakap. Ape yang menyedihkan pulak hari yang same ade cerita ultraman yang aku tak penah miss. Balik rumah abang aku boleh pulak bagi aku panas cerita pasal ultraman father datang tolong anak die. Zaman tu tak tengok ultraman boleh mendatangkan kecelakaan sebab tak boleh berborak ngan member 1 taman. “Sape nak kene pulau, ye tak?” bak kate member aku yang tengah stone time kitorang berborak pasal bola waktu aku kat U dulu. Akupon heran pasal ape die boleh cakap camtu padahal takde kaitan ngan bola pon.

Pengalaman pertandingan mewarna aku. 1st time masuk tak bermakna dapat 1st jugak. Itu pengajaran berguna aku. Tapi memang layak le pon, mak ngan abang aku dah kering air liur menjerit suh aku kaler, aku boleh tersengih-sengih tengok orang keliling. Nak buat camne, banyak sangat gadis manis yang sangat rare time tu. Dan ye, aku dari kecik dah berkecimpung dalam arena usha-gadis manis-tapi-tak-tegur nih. Aku penyegan orangnye.

Memang best zaman tadika aku. Lagi-lagi aku sorang jek antara adik-beradik aku yang masuk tadika pastu tak ingat ape yang bestnye pon. Memang jahanam.

9/22/2010

Perajurit dsl218 (Part 2)

Sedang lena diulit mimpi tiba-tiba kami diserang pihak musuh. Bunyi peluru dan meriam silih berganti mengejutkan kami semua. Ku ambil henpon nak melihat jam, pukul 1!!! Awal gile dorang nih bangun, kata hati kecilku. Masing-masing ambik position mempertahankan kawasan kami. Kojang pantas berlari dimenara dengan snipernya, blanka memegang mesingan sambil butam mengisi peluru kedalamnya. Aku, nedjo dan bunek pantas berlari kehadapan sedikit untuk menyerang musuh dengan M16. Lakau pula pantas mendail HQ meminta bantuan (Semalam dah mintak dah, tapi tak sampai-sampai la pulak).

Kami semua pantas membalas serangan pihak musuh. Sedang asyik bertempur, aku terdengar lakau menghempas telepon. Seraya itu aku memandang dia, “lahanat, lupe pulak aku skang time makan bagi gomen dan swasta” kata lakau marah. Nampaknya kami terpaksa berjuang bersendirian lagi lah nih. Tapi nasib kami agak baik sebab pihak musuh hanya menghantar skuad kecik terdiri dari 60 perajurit kalau betul kiraan aku. Setakat 60 orang takde masalah sangat, masing-masing hero pulak. Lakau pantas mengambil bazooka 4 peluru custom made milik dia.

Huh, kalau lakau dah pegang bazooka memang takde can laa dorang nak menang. Dan memang betul, dengan 2 kali petik 17 musuh tumpas dengan bazooka lakau. Tambah pulak dengan gandingan blanka+butam guna mesingan dan kojang ngan snipernya, tak sampai 10 minit dah setel. Serta-merta aku teringat iklan ridsek, tak beri peluang betol.

Kami telah berjaya mempertahankan kawasan kami ini buat kali ke-14 berturut-turut. Masing-masing bercerita nak tunjuk hebat. Blanka+butam cakap kalau takde dorang, memang bersepah musuh dah hampir. Lakau pulak cakap kalau die tak shoot pakai bazooka tu, memang ramai hidup lagi. Kojang lak cakap kalau die tak sniper ketua dorang, memang tak abes lagi perang tu. Nedjo pulak tak abes-abes dengan ayat “Kechikkkkkk”. Aku rilek jek dengar dorang bercakap sambil korek hidung.

Tapi paling cool bagi aku bunek. Tengah perang die boleh layan nyanyi lagu budak kaca mata-seruling anak gembala.

Bersambung…

9/19/2010

Entri 9 – Wayang melayu

Cerita wayang melayu pertama yang aku tengok adelah cerita “Potret Mistik”. Tajuk die dah gempak abes. Aku betul-betul teruja bila petang tu abang aku yang 1st ajak kitorang sekeluarga tengok wayang ngan die belanja. “Ni kire bagus nih, bukan senang orang nak belanja tengok wayang” kata hati kecilku riang.

Watak utama Cico harahap. Takde Rita rudaini dalam senarai pelakon. Aku dah down giler time tu. Ape barang nih prof? Hari tu selamber jek kau ambik Rita belakon cerita “Mistik”. Punah segala harapan aku nak tengok muke Rita dalam skrin besar.. Tapi layankan jugak laa, takkan aku nak hampakan keluarga aku lak kan tak folow dorang tengok wayang.

Disebabkan aku masih duduk perak time tu, dan panggung wayang paling dekat ade kat sitiawan jek. Dan panggung wayang tu pulak name Arasu. Arasu? “Giler tak key ell” bak kate member aku Rizz. Tapi takkan nak pegi ipoh lak kan semata-mate nak tengok cerita razak mohaideen. Memang tak berape manis lah pulak.

Sampai kat sane, kitorang tak boleh masuk lagi. Duk laa depan panggung tu beborak ngan abang-abang aku. Selang beberapa minit, penonton dah keluar. “Best tak cerita tu?” kata abang ipar aku kat sorang budak pompuan yang takde la lawa sangat, “No komen” kata minah tu. Sorang member die lak bagi jawapan berbunyi hampir begini “entahlah bang” dengan muke macam muke pegi beraya rumah orang kaya tapi dapat air sirap jek. Aku dah start rase menyesal walaupon tak tengok lagi.

Akupon masuk panggung dan keluar selepas cerita tamat. Memang best. Tapi bukan sebab cerita tu. Tapi sebab lain. Bayangkan dalam wayang abang-abang aku boleh isap rokok. Pastu gelak kuat-kuat sambil tengok cerita tu. Ape nak cuak, dalam panggung tak sampai suku orang pon. Kalau bukan sebab kami, jangan harap laa nak capai suku.

Jalan cerita korang boleh google sendiri. Tapi aku nak komen tang beberapa benda pasal cerita tu. Rumah yang dah kene tinggal, tapi dihuni oleh seorang pompuan gila bekas maid kat rumah tu. Maid tu pulak hot. Ok aku tipu, maid tu macam hantu penampilan die. Ade satu scene yang time cico menghendap rumah tu, lampu rumah tu terpasang. Persoalan menarik, bile dalam situasi tersebut, macam mane pulak maid tu boleh bayar bil letrik? Takkan die pegi kaunter pos ngan rambut mengerbang sambil tangan pegang pisau?

Scene cico kene tangkap ngan hantu tu dan time tu jugak member-member die tengah tunggu die. Punye lame menunggu, member die send laa mesej. Tapi aku tak tau la pulak die pakai meksis ke selkom. Yang menariknye, member die dapat reply dari cico berbunyi “jangan kacau aku lagi”.Ape yang menariknye? Haa, yang menariknye bile yang send mesej tu maid yang gile tu. Kalau pakai nokia 3310 pon mak bapak aku dah terkial-kial nak bukak mesej, ni kan pulak henpon yang aku dah tak ingat model nye tapi bak kate blanka, boleh diketengahkan pada zaman tu. Tapi aku berfikiran positif, ni dunia tanpa sempadan. Orang gile pon boleh main henpon gak. Dorang pon nak merasa gak keindahan teknologi yahudi.

Pastu scene cico diberi makan oleh maid tu. Aku time tu pulak tengah lapar. Memang gegar perut aku tengok lauk yang die bagi. Nasi sama sayur ape ntah ngan ayam goreng yang kelihatan sipi-sipi nak same rase ngan kfc. Time tu jugak laa aku terfikir, mane die dapat beras, sayur sama itu ayam?

Time tu aku terfikir camne laa sorang prof boleh buat cerita camtu. Macam sia-sia pulak stadi bukan main lagi sampai dapat title prof tapi buat cerita macam gampang. Dan bile abes jek cerita tu, aku tengok abang ipar aku gelak gile-gile sesorang. Aku tak puas hati, mane boleh die gelak tak ajak aku. Tak 1malaysia langsung. Aku pon tanya laa ape mende yang kelaka.

“Ade sorang pakcik tu boleh masuk ngan cerita tu”

“Camne tau?”

“Time cico masuk rumah tu, pakcik tu cakap berani betul cico masuk rumah tu. Kalau aku memang takde nye nak masuk.”

Aku hanya mampu senyum nipis jek dengar abang ipar aku punye cerita. "Razak razak...memang berbaloi title prof kau tu" kata hati aku sinis.