9/30/2010

Entri 14 – 16 minggu di Sarawak

Aku masuk form 6 dengan 2 tujuan, tengok gadis manis yang tak diproduce oleh sekolah aku dan menghabiskan mase disekolah dari duduk rumah. Aku memang suke sekolah, boleh bergurau, berborak dan dapat duet saku. Mende-mende camni memang tak dapat kalau aku duduk rumah. Tapi bile aku dapat surat sambung belajar, aku sedar aku patut jadi manusia bertanggungjawab. Dan akupon terbang bersama keluarga aku ke Sarawak.

Pegi sane naik MAS, memang setail. 2 orang pramugari MAS memang rare, pakai kebaya belah peha sikit lagi nak sampai kawasan larangan. “Ni baru dalam kapal terbang, kalau kat serawak kot-kot tak pakai baju langsung kot” kata hati kecilku naïf. Aku eksaited melampau. Tapi bile sampai kat airport, aku hampa. Pemandangan pertama aku adelah 3 orang makcik tua yang telinga die cecah bahu. “Cis, aku kene tipu” kata aku. Padahal aku sendiri yang assume tu. Tapi takpe, aku memang tak tau pasal Sarawak pon. Bukan salah aku.

Sampai di Sarawak, terus mendaftar. Disebabkan aku budak rayuan, jadi aku dapat lihat budak-budak U pegi kelas. Time tu memang kagum, jelas gadis-gadis manis bersepah dan mungkin peramah. Selesai daftar ngan sorang brader yang cakap melayu baku, aku terus masuk blok. Pas setel lebih kurang, keluarga aku pon balik la. Bile dah 18 tahun hidup dengan keluarga, airmata tu memang laju macam bawak Honda EK kona takde bunyi (tam, sila ambik perhatian) kat highway. Seminggu aku down dan tak pegi kelas.

Tapi aku nyesal tak pegi kelas awal-awal. Kalau tak mesti aku tak down. Gadis manis memang banyak. Aku kagum. U aku memang pandai buat motivasi kat student laki dengan ambik gadis manis. Dah la manis, peramah lak tu. Memang best. Aku syak member aku kat perak time tu masih terkhayal dengan awek perak. Ape barang bai, sini lagi rare awek die dari dak form 6.

16 minggu kat Sarawak memang tak terasa. Gadis manis bersepah, peramah, orang sane tak hensem tapi peramah. Makan tak sedap, tapi dining campur. Bermakna gadis manis yang peramah juge ade. Ini bermakna setiap kali aku down pas abes kelas, motivasi diri aku akan mantap bile ke dining. Sebab tu aku cakap U aku kat Sarawak ni memang pandai buat motivasi.

Abes jek 16 minggu, tibelah masenye aku pulang dan berpindah ke U aku di selatan Malaya. Aku agak down, tapi tak boleh buat ape. Jarak yang jauh beserta kesihatan ayah aku membuatkan aku terpakse berpisah dengan gadis manis dan U aku yang pandai buat motivasi. Selepas salam lebih kurang, member aku hantar aku pegi airport. Dalam kapal terbang ondewei balik Malaya, aku terkenangkan gadis manis yang peramah kat sane. Kekecewaan tak terubat walaupon dihidang dengan bontot pramugari airasia yang lalu-lalang sebelah aku sebab makcik sebelah aku terlalu rajin nak berbual dengan aku, padahal anak die ade jek kat sebelah. Dah lah anak die separa manis, sombong lak tu. Tak macam gadis Sarawak yang manis dan peramah.

Ehh, punye lame aku cerita ni ade aku cerita tak yang gadis Sarawak ni manis-manis dan peramah?

9/28/2010

Entri 13 – Hendak seribu daya,mengalah macam Liverpool

Mengikut mesej dan fesbuk, ade 1 misi menawan broga akan dilaksanakan dengan kehadiran yang meriah. Konon-kononnye perajurit akan hadir hampir kesemuanye, tapi seperti maksud konon itu, mereka curang dengan janji. Tapi hati terubat bila blanka mengatakan bahwa skuad pemanjat bukit akan disertai member dari ofis dan juge kebal (mungkin name sebenar) akan membawa gadis yang manis dan rare.

Semangat aku terus naik mendadak. Ini bukan peluang mudah untuk dilepaskan kata hati kecilku. Dengan bantuan ayat perangsang dari blanka, aku menguatkan hati dan iman untuk menawan broga. Bergerak ke putrajaya ketika malam mula menjelma, angin yang sejuk dan motor yang laju, aku sampai tepat pada waktu. Dan seperti biasa, blanka memang utuh dengan janji melayu die.

Setelah sampai ke rumah butam, aku terus menghantar mesej ke meksis butam mengatakan aku sudah sampai. Disebabkan kelewatan blanka, kami pergi melepak di mapley dable untuk sesi mengeteh. Blanka datang tepat sejam kemudian. Kojang pule dikhabarkan akan datang setelah sampai ke kajang dari Terengganu. Ini sahaja perajurit yang hadir. Mengecewakan. Presiden perajurit patut ambik tindakan akan hal-hal begini. Kalau boleh saman, kite saman.

Kami bergerak ke pesint berapa ntah untuk menghadiri pembukaan program kami iaitu ke perlumbaan kete+ekzos bising+awek konfem rare. Dan ye, memang banyak awek rare. Disebabkan kelemahan ilmu permotoran aku, aku tak mampu menceritakan pasal kete, tapi awek rare takde masalah. Mengikut penglihatan aku, memang banyak awek rare yang tersalah pilih jejaka pilihan mereka. Ini merunsingkan aku, butam dan blanka yang merasekan keadaan ini tidak sepatutnye berlaku. Sebagai seorang warga Malaysia yang bertanggungjawab, kami risau akan pemilihan mereka ini. Diharap ayat “Cinta itu buta” tidak digunekan dengan sesuka hati bile balak mereka kelihatan seperti menggunekan duet ayah mereka tanpa segan.

Setelah penat sesi perlumbaan kete+ekzos bising+awek rare, kami terus ke kajang untuk mengambil kojang. Mengikut mesej yang diterima, kojang akan hadir ditemani gadis. Ini cukup bagus. Aku dan butam berebut nak duduk belakang, tapi aku bernasib baik aku kalah. Butam kelihatan kecewa melihat gadis yang kojang bawak. Blanka senyum nipis aku lihat. Macam jahanam punye perangai.

Kemudian kami berkumpul di sesesesesemenyih untuk mendaki broga. Sekali lagi hampa, bukan sahaja member blanka yang datang banyak laki, yang gadis juge tidaklah manis seperti dihajatkan. Lebih mengecewakan, kebal yang menjanjikan bawak awek rare juge datang dengan member laki tak rare langsung. Semangat memang dah kurang, hati dah rase dipermainkan, kelelakian telah tercabar. Tapi hati terubat melihat amoi separa rare berlari-lari riang menuju ke bukit.

Ekspedisi diteruskan dengan aku terlupe bawak botol air. Tak sampai 5 minit start blanka kelihatan penat. Aku syak rokok punca utama untuk masalah prestasi die. Masalah prestasi blanka semakin tenat setelah 3 kali pit stop. Die terlalu penat sehingga kata-kata semangat adalah bagaikan menyiram garam diluka.

“Ka, jom ka, Tak jauh sangat dah ni ka. Kau boleh ni ka” kata kojang.

“Dah dah, kau jangan nak psaiko aku. Tinggalkan jek aku kat sini. Nah, ambik kamera aku. Korang ambik gambar korang kat atas. Aku sat lagi nak turun bawah” jawab blanka tegas. Aku tau tegas sebab jarang aku lihat intonasi ka setinggi itu.

Kami meneruskan perjalanan ke atas dan sampai disana. Ketika baru hendak berehat, butam menerima mesej dari blanka mengatakan die dah nak sampai. Aku lihat mata butam bergenang airmata terharu time bace mesej tu. Blanka pon sampai dan kami meneruskan menangkap gambar dengan gembira sekali. Lebih gembira melihat seorang gadis yang cukup-cukup rare berpayung pelangi ditemani lelaki. Kenapa kami gembira? Kerana mustahil lelaki tersebut adelah balak gadis payung pelangi rare berdasarkan layanan gadis tersebut terhadap mereka.

“Takkan la tu balak die” kata butam.

“Aku syak tu member die. Tengok care die layan gadis tu” jawab aku.

“Mungkin member kot” butam setuju.

“Takpon adik die” kata aku lagi.

“Eh, lebih-lebih pulak kau nih. Cukup la kot kau nak beta pon” kata butam panas.

Kojang tak banyak sangat mengulas gadis payung tersebut. Tah pape tah. Blanka pulak tak sempat nak tengok. Jelas gak kekecewaan kat muke die. Setelah selesai kesemuanye, kami semua berangkat pulang. Ekspedisi ini merupakan satu kejayaan bagi kami semua memandangkan hampir tak jadi disebabkan kehadiran yang mengecewakan. Ia juge dianggap berjaya setelah blanka yang berputus asa, bangun berjuang setelah dicabar oleh kanak-kanak kecil yang berlari seperti memanjat bukit adalah seperti bermain pingpong.

Dari kiri-aku,butam,blanka. Kami sedang menceritakan perihal gadis payung pelangi rare sambil blanka melihat jauh tanda kecewa.

Ini pule adalah kojang. Blog beliau boleh didapati disebelah kanan blog aku.

Entri 12 – bukak puasa waktu jerman timur


Bulan puasa 3 tahun yang lepas aku masih pelajar di salah satu kampus cawangan selatan universiti aku. Waktu tu bulan puasa dan percayalah cakap aku, bulan puasa bukan mase yang menarik untuk pergi kelas jalan kaki, melintas tasik dan berbukit-bukau diwaktu cahaya panas terik pukul 12 tengah hari. Dan aku bukanlah unta yang boleh simpan air dekat bonggol badan die untuk spare air jalan tengah-tengah panas. Memang rare pengalaman tu.


Dalam perjalanan balik merentas tasik dan menaiki tangga, hati kecil ku berkata “Best betul kelas tadi. Banyak ilmu yang aku dapat.” Ok, aku tipu. Ni bukan cerita razak mohaideen yang balik kelas happy gile sambil cerita ape yang dibelajar time kelas tadi. Hati aku penuh dengan carutan yang kalau dikeluarkan, tak layak aku nak meminang lisa surihani, apetah lagi rita rudaini yang belum berlaki lagi time tu.

Sampai di blok, aku dah terbayang katil yang keras dan kipas yang sejuk. Itu gabungan menarik untuk tak datang kelas waktu petang. Damn. Sampai jek dekat level aku, aku dah terbau mee sedap. “Huh, takde keje lain budak-budak nih. Bebuke ngan mee sedap, lain la kayafsee. Baru berbaloi dengan dosa” kata hati kecil ku lagi.

Masuk jek dalam bilik, aku dah start lain macam. Selipar tibe-tibe banyak padahal bilik aku 2 orang jek campur aku. Dan didepan mata aku terpampang 1 dosa yang sedang dilakukan. Member aku dan junior aku sedang enak menjamu selera dan menghilangkan dahaga ngan kayafsee dan coke. Kurang ajar betul.

Aku campak beg aku, bukak kasut dan menghempaskan diri atas katil sambil mereka pandang aku. Slow-slow aku tazkirah dorang.

“Ape nak jadi la korang ni tak puasa? Dah lah korang tak pegi kelas, entah ape yang penatnye akupon tak paham.” Kata aku.

Junior aku tersengih-sengih sambil minum air coke sejuk. Aku tau sejuk sebab ade wap air keliling bekas coke tu. Berguna gak belajar sains dulu.

“Tak sahur la pagi tadi” kata juniorku membela.

“Itu bukan alasan” kata aku dengan intonasi tinggi. Bayangkan amy tengah tarik lagu fantasia bulan madu, sebijik tak same ngan suara aku time tu.

***

“Pergh, memang sedap makan kayafsee bulan-bulan puasa nih. Air coke die pulak sejuk lain macam. Memang solid berbuke kite nih” kata aku girang sambil meratah rakus ayam goreng hangat.

Disebelah aku, junior dan memberku tersenyum bahagia menjamah juadah enak pada pukul 1 tengah hari keesokan harinye.

Entri 11 – Aku sebagai kanak-kanak riang

Aku tersentak. Ini merupakan kali ke-2 aku merasakan perasaan tersebut. Pertama kali adalah bile aku mule-mule tengok cerita power rangers. Sape yang tak tersentak melihat kehebatan 5 orang pejuang menentang kejahatan memakai baju ketat dan robot yang canggih? Tak lupe juge power rangers hijau yang semart abes bile time die tiup pisau die tu. Memang legend.


Kali kedua pulak bile aku menyelinap masuk bilik abang aku. Aku terpegun dengan benda tu. Aku tak pernah didedah dengan benda tersebut. Jadi khayal dan stim pulak aku jadinye. Kaset search (sila sebut “WOAHHH” dengan gaya paling teruja). Lame aku terdiam dalam bilik melayan mende tu. Dunia terasa indah bila tidak lagi terpengaruh dengan band arrow, scoin atau band-band yang bile nyanyi kalau tak sengau, hidup macam dah takde halatuju hidup kene tinggal awek.

Keluar rumah, aku headbanging sambil try tarik macam amy tapi tak sampai. Semua member aku terdiam dan ade yang mengeleng kepala. Aku hanya senyum nipis dan bangga. Dengan nada angkuh aku mengeluarkan kenyataan aku nak jadi rockers macam amy. 3 orang budak pompuan muntah dengar aku cakap camtu (ok, aku tipu). Slow-slow sorang member aku datang dekat kat aku dan berbisik…

“Muke nerd macam kau jangan berangan nak jadi rocker. Baik kau join kitorang main kejar-kejar lagi bagus” kata member aku sambil mengesat hingus hijau.

Aku sedih, hampa dan kecewa mendengar kata-kata member aku. Tiada kata-kata semangat yang aku harapkan. Impian yang begitu yakin aku luahkan, dikeji sebegitu rupa. Aku marah, rasa bengis membuak-buak dalam diri aku. Aku pandang member aku kecik jek. “Memang nak kene kau nih” kata hati kecilku marah.

“Ape lagi yang kau tercegat kat situ? Kau taknak join ke?” kata member aku yang sound aku tadi.

“Aku nak join, tunggu kejap. Aku nak makan kuih sat” kata aku.

***

Disatu sudut di rumah amy, kelihatan amy menggeleng kepala kecewa. 

9/26/2010

Konvoi beraya (last part, harapnye lah)

Sampai rumah cocos, aku memang dah lapar abes. Aku tak tau la L camne, tapi seluar aku boleh longgar padahal pakai tali pinggang ketat tu. Memang kejam punye lapar. Lepas bersalam ngan parent cocos, terus dipelawa ke meja untuk santapan. Kelabu mata betul aku time tu. Dorang pon same gak aku rase. Dimulekan dengan sosej dan bebola ayam, diteruskan pule dengan nasi ape ntah berlaukkan ayam masak merah dan daging masak kurma tak silap aku. Telur dadar juge tak dilupekan dalam suapan nasi ke mulut kami. Memang jahanam punye best.

Setelah puas menjamu selera, sesi perbualan bermule. Lame sangat tak jumpe cocos, dekat 4 bulan gak rasenye. Macam-macam cerita keluar, tapi kebanyakan memang membahan. Best jugak sebenarnye membahan ni, boleh gelak-gelak sambil mengeratkan silaturrahim. Mungkin Kementerian kebudayaan boleh merencanakan kempen “Budaya membahan impian kita”.

Perjalanan seterusnye adelah ke rumah tam, rumah terakhir dalam tentatif.. Masing-masing sebenarnye dah tak sabar nak terbaring di rumah tam sambil pekena laksa. Mengikut khabaran angin, rumah tam kosong bermakna masing-masing boleh bukak vtec sekejap biar kurang mengantuk. Tapi khabaran memang tak seindah mane, seperti juge kita jangan cair awal-awal dengar suara gadis di telefon sebelum berjumpa kerana mungkin akan mengundang gosip kurang enak dimasa hadapan. “Parent tam dah ade kat rumah” kate nedjo sayu. Aku campak rokok aku tanda protes.

Huh, masalah besar gak nih. Tak pernah lagi aku beraya rumah orang pukul 12.15. Masing-masing dah tak tau nak buat ape. Rancangan bukak vtec dengan lancar tergendala dengan efektifnye. Tapi kami naik jugak setelah tam meyakinkan kami bahwa kami tak mengganggu parent die nak tido. Dan memang parent tam sporting lisbon abes, menyambut kami beraya pukul 12 malam bukan perkara mudah. Lagi-lagi bile pakai baju yang same satu hari serta ketidakselesaan boxer yang bau die memang pegi die lain macam bak kate rizz, memang layak terime satu tabik pengakap diraja. Selesai pekena laksa kuah solid, kopi pon solid, kami beransur pulang dan pekena rokok diluar. Setelah selesai sebatang rokok dan juge cadangan tam untuk buat konvoi yang same raya haji ditolak mudah, kami pun pulang sementara ade yang lain nak menonton kereta berlumba ekzos bising awek rare mesti bersepah. Tapi memandangkan mata dah layu, godaan kombinasi menonton kereta berlumba+ekzos bising+awek rare terpaksa dilupekan.

Semoga konvoi raya 2011 dapat dilaksanakan. Pendapat aku mende nih bagus untuk mengeratkan silaturrahim. Malah bagaikan sambil menyelam minum air, ibarat serampang dua mata dan juge bagai aur dengan tebing, ia juge dapat membuatkan perbualan tidak enak seperti kamera atau kereta terbantut dengan kemunculan awek rare. Itu sahaja ulasan aku, diharap kojang juge dapat buat review yang lebih solid.

Konvoi beraya (Part 1)



Plan raya kali nih menjadi gak akhirnye setelah 2 kali raya berlalu syahdu begitu saje. Yee, betul. Plan 2008, 2010 baru jadi. Aku syak lepas nih kalau nak plan pegi memane memang kene buat 2 tahun awal baru jadi. Baru gomen sket.

Mengikut mesej fesbuk yang diutarakan, sume berkumpul pukul 2. Tapi bile aku bangun pagi sabtu tu, kejutan terjadi bile aku bangun pukul 11. Bard suara lunak menghantar mesej menyatakan berkumpul pukul 12. Memang rare nih. Sejak sume dah bekerjaya nih, masing-masing macam komited menjayakan misi mengeratkan silaturrahim. Tapi tak boleh cepat sangat nak bangga ngan dorang awal-awal, kene cekidaut dulu.

“Ka, pukul bape sebenarnye nak kumpul nih?” kata aku.

“Pukul 12. Baju melayu fullest or half-cook.” Jawab ka tegas.

“Orite, aku sampai 12.30. Ade hal sket.”

“Takpe, janji datang. Jangan lambat.”

Lepas menekan punat gagang telepon kaler merah, aku senyum nipis. Bangga jugak dorang dah semakin matang. Tapi 5 minit jek bangganye. Dorang sampai pukul 1, setengah jam lepas aku menepati janji. Tapi kagum gak, dorang nih memang utuh dengan janji-janji melayu mereka. Aku, L, butam, blanka, kojang (sampai lambat sket, brekfas ngan firaun katenye), nedjo, bunek, bard suara lunak, roy dan adat memulekan konvoi.

Cuaca hari tu memang nice. Langit cerah, awan-awan bergerak dilangit biru sambil burung-burung masih terbang mencari rezeki. Angin sepoi-sepoi bahasa cukup nikmat, lagi-lagi bile ketiak yang basah disapu angin sebegitu. Mungkin ini yang dikatakan trankuiliti raya.

Bermule di rumah L, kami terus bergerak ke rumah ka dengan niat yang cukup murni, pekena lemang sama rendang ayam hijau sambil sekali-sekala menyuap bihun goreng. Puas makan dan bergelak sakan, rutin pembakaran nikotin perlu dimulekan segera. Pantas kami semua bergerak ke rumah sewa roy dan adat yang kalau berjalan, tak sempat ketiak nak basah. Ka buat-buat tunjukkan rumah roy ngan adat, padahal nak pekena rokok. Macam la sepelaung jaraknye rumah dorang die beria-ria nak tunjuk. Ka ka…

Lepas setel rumah ka, kami terus bergerak ke rumah aku. Takde ape-ape yang menarik kat rumah aku, kecuali awek viva hitam yang rare. Celaka, asal aku tak penah nampak pon awek tu sebelum nih? Sepatutnye JKK flat aku patut hebohkan mende-mende camni supaya takde orang nampak macam anti-sosial bile berhadapan soalan-soalan seperti “sape awek tu?” atau “perghh, manis. Ape name die?”. Anda bertanggungjawab terhadap maruah kami sebagai lelaki yang dah lah single, segan pulak nak kacau awek.

Seterusnye, tentatif kami menegaskan perlunye ke open house rumah julat yang akan pergi obersea. Macam biasa, sampai rumah bukan terus masuk. Pekena rokok sebatang dulu baru nak masuk. Penyudahnye menyesal sebab tak dapat usha amoi seksi muke manis lame-lame sebab 1 per tiga mase dihabiskan kat luar. Aku harap plan-plan dimase hadapan ahli-ahli dapat membahagikan masa dengan bijak. Amoi rare memang payah nak jumpa, sebab tu die dapat title “rare”.

Lepas setel, bergerak ke subang jaya setelah tentatif baru diusulkan. Ahli-ahli yang mulenye berat hati, secara tiba-tiba termasuk aku setuju kesana setelah mendengari juadah enak. Damn, perut aku tibe-tibe kosong. Memang pandai kau mengampu aku ye perut. Tapi aku tak merase juadah di subang jaya setelah aku kene teman L pegi hantar roy balik selayang. Ok, bayangkan korang memang nak terkencing sangat tapi kene tahan dekat sejam sebab federal highway bukan highway PLUS. Kerajaan patut ambik serius cadangan aku untuk buat stesen minyak atau tandas tepi jalan untuk memudahkan pengguna menyelesaikan hajat. Itupon aku kene ajar.

Aku dan L terpaksa melupekan hajat beraya di rumah kojang dan terus ke rumah cocos (sikit lagi nak same name sebenar) atas alasan jem yang sangat kukuh di Bandar KL. Aku terpaksa stop kat sini demi menghisap rokok dan mandi. Aku sambung lepas badan dah segar, harapnye lah.

Bersambung

*Aku tak dapat menceritakan keadaan di rumah kojang, mungkin kojang dapat elaborate dengan lebih kukuh akan kejadian disana seperti kejadian cengkerang diwaktu malam.

9/23/2010

Perajurit dsl218 (Bukan episod terakhir)

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku dah senyum kelat. Aku tengok blanka ngan butam pon dah tak berbual rancak pasal kereta macam tadi. Nedjo pon diam jek. Lakau cemas mendail telepon berulang kali. Mata kojang dah melekat tepat kat teropong sniper.

“Apasal dorang ramai pulak kali ni?” kata bunek kat aku.

Dihadapan kami terserlah askar-askar musuh. kekalahan mereka time lunch tadi membuatkan hati mereka membara aku rasa. Dorang hantar semua askar dorang kot nak lawan ngan kitorang. Bangga pulak aku memikirkan betapa hero nye kitorang nih sampai dorang kene hantar banyak camtu.

Aku diam tak membalas pertanyaan bunek. Rasa cam tak perlu nak jawab bile mulut aku dah terketar-ketar tengok askar dorang. Gile ape, askar dah dekat seribu aku rasa, tu belum kire kete kebal dekat 12 bijik. Tak fair betol dorang nih.

Dush. Kami semua pantas pandang belakang tengok lakau karate telepon. Kojang bertanya serius tanpa mengalihkan mata die dari teropong sniper, “ape dorang jawap joe?”.
Lakau diam tak berkata-kata.

“APE DORANG CAKAP JOE?” kata kojang separa jerit.

“Skang pukul 6 jang” kata lakau lemah.

“Jadi?” serentak kami semua bertanya tanpa rehearsal.

“Gomen tutup pukul 6” jawab lakau.

Dengar jawapan lakau tu buat aku rasa nak nangis. Ape kejadahnye nak lawan dengan dorang banyak ni jek. Kalau setakat serat 2rat musuh takdehal gak laa kot. Ni dah dekat seribu aku rasa kalau matematik aku tepat.

“We stand alone” kata nedjo. Kagum gak aku ngan nedjo, time-time camni boleh lagi die nak speking.

Butam bersuara, “aku bangga dapat bersama korang time-time susah senang camni”.

Terharu betul aku dengar butam cakap camtu. Tak sedar menitik gak air mata ngan hingus aku yang jernih.

“akupon same, aku bangga” sambung bunek.

Masing-masing angguk lemah tanda setuju tak terperi. Kami memandang wajah masing-masing dan tersenyum nipis. Time-time camni kalau ade lagu selalu keluar bile abes motivasi tu memang aku syak baju kitorang penuh ngan hingus.

Sayup-sayup aku dengar bunek nyanyi lagu sudirman-warisan. Perghh, punye lah syahdu lagu tu. Kene sangat ngan situasi kitorang skang nih. Slow-slow kami folow bunek nyanyi same-same kecuali blanka yang bersiul sebab tak hafal lirik.

Nyanyian kami samar-samar hilang ditelan derupan kaki dan gerakan kete kebal pihak musuh…..


Tamat

Entri 10 – Pengalaman tadika saya (baca: intonasi doraemon)

Aku memang kagum dengan orang-orang yang boleh ingat lagi pengalaman dorang time kecik-kecik. Sebab aku memang tak boleh nak ingat ape berlaku time aku kecik-kecik sangat.Ye, aku memang senang lupe. Tak payah korang nak bahan dalam hati (pehal kau emo lak nih?). Yela kan, time tu susu penuh vitamin tak wujud lagi. Arena pemakanan kismis untuk menguatkan otak masih belum sukses.

Aku boleh ingat sket-sket jek ape yang berlaku, dan selalunye keluarga aku yang ingat ape yang jadi time aku kecik-kecik. Tapi ade 3 pengalaman yang aku susah sket nak lupe time aku kecik-kecik. Pengalaman kene tinggal bas sekolah, pegi zoo negara dan pertandingan mewarna. Macam jahanam punye pengalaman.

Aku penah kene tinggal ngan bas sekolah time aku tadika. Bayangkan tengah haus gile, duet dalam poket ade 30 sen, nampak pulak makcik tengah jual air sirap sejuk. Itu adalah kombinasi yang bagus untuk ditinggalkan bas sekolah bile orang yang beratur tengah panjang dan driver bas tak sabar-sabar nak balik macam ade astro kat rumah. Tapi time tu aku cerdik, sebab aku tumpang bas sekolah orang lain untuk balik rumah. Rilek jek aku balik rumah lewat tak ingat terus makan nasi dan mase yang same mak aku dah cuak abes. Memang gempak.

Pengalaman pegi zoo negara. Trip tadika yang menyedihkan. Aku sorang jek pegi zoo bertemankan kakak aku dimana member-member aku yang lain pegi sorang-sorang jek. Sume member aku pandang aku semacam jek, ade yang dah taknak kongsi air botol ngan aku pastu. Padahal dulu susah senang same dilalui, sweet as fuck la orang putih cakap. Ape yang menyedihkan pulak hari yang same ade cerita ultraman yang aku tak penah miss. Balik rumah abang aku boleh pulak bagi aku panas cerita pasal ultraman father datang tolong anak die. Zaman tu tak tengok ultraman boleh mendatangkan kecelakaan sebab tak boleh berborak ngan member 1 taman. “Sape nak kene pulau, ye tak?” bak kate member aku yang tengah stone time kitorang berborak pasal bola waktu aku kat U dulu. Akupon heran pasal ape die boleh cakap camtu padahal takde kaitan ngan bola pon.

Pengalaman pertandingan mewarna aku. 1st time masuk tak bermakna dapat 1st jugak. Itu pengajaran berguna aku. Tapi memang layak le pon, mak ngan abang aku dah kering air liur menjerit suh aku kaler, aku boleh tersengih-sengih tengok orang keliling. Nak buat camne, banyak sangat gadis manis yang sangat rare time tu. Dan ye, aku dari kecik dah berkecimpung dalam arena usha-gadis manis-tapi-tak-tegur nih. Aku penyegan orangnye.

Memang best zaman tadika aku. Lagi-lagi aku sorang jek antara adik-beradik aku yang masuk tadika pastu tak ingat ape yang bestnye pon. Memang jahanam.

9/22/2010

Perajurit dsl218 (Part 2)

Sedang lena diulit mimpi tiba-tiba kami diserang pihak musuh. Bunyi peluru dan meriam silih berganti mengejutkan kami semua. Ku ambil henpon nak melihat jam, pukul 1!!! Awal gile dorang nih bangun, kata hati kecilku. Masing-masing ambik position mempertahankan kawasan kami. Kojang pantas berlari dimenara dengan snipernya, blanka memegang mesingan sambil butam mengisi peluru kedalamnya. Aku, nedjo dan bunek pantas berlari kehadapan sedikit untuk menyerang musuh dengan M16. Lakau pula pantas mendail HQ meminta bantuan (Semalam dah mintak dah, tapi tak sampai-sampai la pulak).

Kami semua pantas membalas serangan pihak musuh. Sedang asyik bertempur, aku terdengar lakau menghempas telepon. Seraya itu aku memandang dia, “lahanat, lupe pulak aku skang time makan bagi gomen dan swasta” kata lakau marah. Nampaknya kami terpaksa berjuang bersendirian lagi lah nih. Tapi nasib kami agak baik sebab pihak musuh hanya menghantar skuad kecik terdiri dari 60 perajurit kalau betul kiraan aku. Setakat 60 orang takde masalah sangat, masing-masing hero pulak. Lakau pantas mengambil bazooka 4 peluru custom made milik dia.

Huh, kalau lakau dah pegang bazooka memang takde can laa dorang nak menang. Dan memang betul, dengan 2 kali petik 17 musuh tumpas dengan bazooka lakau. Tambah pulak dengan gandingan blanka+butam guna mesingan dan kojang ngan snipernya, tak sampai 10 minit dah setel. Serta-merta aku teringat iklan ridsek, tak beri peluang betol.

Kami telah berjaya mempertahankan kawasan kami ini buat kali ke-14 berturut-turut. Masing-masing bercerita nak tunjuk hebat. Blanka+butam cakap kalau takde dorang, memang bersepah musuh dah hampir. Lakau pulak cakap kalau die tak shoot pakai bazooka tu, memang ramai hidup lagi. Kojang lak cakap kalau die tak sniper ketua dorang, memang tak abes lagi perang tu. Nedjo pulak tak abes-abes dengan ayat “Kechikkkkkk”. Aku rilek jek dengar dorang bercakap sambil korek hidung.

Tapi paling cool bagi aku bunek. Tengah perang die boleh layan nyanyi lagu budak kaca mata-seruling anak gembala.

Bersambung…

9/19/2010

Entri 9 – Wayang melayu

Cerita wayang melayu pertama yang aku tengok adelah cerita “Potret Mistik”. Tajuk die dah gempak abes. Aku betul-betul teruja bila petang tu abang aku yang 1st ajak kitorang sekeluarga tengok wayang ngan die belanja. “Ni kire bagus nih, bukan senang orang nak belanja tengok wayang” kata hati kecilku riang.

Watak utama Cico harahap. Takde Rita rudaini dalam senarai pelakon. Aku dah down giler time tu. Ape barang nih prof? Hari tu selamber jek kau ambik Rita belakon cerita “Mistik”. Punah segala harapan aku nak tengok muke Rita dalam skrin besar.. Tapi layankan jugak laa, takkan aku nak hampakan keluarga aku lak kan tak folow dorang tengok wayang.

Disebabkan aku masih duduk perak time tu, dan panggung wayang paling dekat ade kat sitiawan jek. Dan panggung wayang tu pulak name Arasu. Arasu? “Giler tak key ell” bak kate member aku Rizz. Tapi takkan nak pegi ipoh lak kan semata-mate nak tengok cerita razak mohaideen. Memang tak berape manis lah pulak.

Sampai kat sane, kitorang tak boleh masuk lagi. Duk laa depan panggung tu beborak ngan abang-abang aku. Selang beberapa minit, penonton dah keluar. “Best tak cerita tu?” kata abang ipar aku kat sorang budak pompuan yang takde la lawa sangat, “No komen” kata minah tu. Sorang member die lak bagi jawapan berbunyi hampir begini “entahlah bang” dengan muke macam muke pegi beraya rumah orang kaya tapi dapat air sirap jek. Aku dah start rase menyesal walaupon tak tengok lagi.

Akupon masuk panggung dan keluar selepas cerita tamat. Memang best. Tapi bukan sebab cerita tu. Tapi sebab lain. Bayangkan dalam wayang abang-abang aku boleh isap rokok. Pastu gelak kuat-kuat sambil tengok cerita tu. Ape nak cuak, dalam panggung tak sampai suku orang pon. Kalau bukan sebab kami, jangan harap laa nak capai suku.

Jalan cerita korang boleh google sendiri. Tapi aku nak komen tang beberapa benda pasal cerita tu. Rumah yang dah kene tinggal, tapi dihuni oleh seorang pompuan gila bekas maid kat rumah tu. Maid tu pulak hot. Ok aku tipu, maid tu macam hantu penampilan die. Ade satu scene yang time cico menghendap rumah tu, lampu rumah tu terpasang. Persoalan menarik, bile dalam situasi tersebut, macam mane pulak maid tu boleh bayar bil letrik? Takkan die pegi kaunter pos ngan rambut mengerbang sambil tangan pegang pisau?

Scene cico kene tangkap ngan hantu tu dan time tu jugak member-member die tengah tunggu die. Punye lame menunggu, member die send laa mesej. Tapi aku tak tau la pulak die pakai meksis ke selkom. Yang menariknye, member die dapat reply dari cico berbunyi “jangan kacau aku lagi”.Ape yang menariknye? Haa, yang menariknye bile yang send mesej tu maid yang gile tu. Kalau pakai nokia 3310 pon mak bapak aku dah terkial-kial nak bukak mesej, ni kan pulak henpon yang aku dah tak ingat model nye tapi bak kate blanka, boleh diketengahkan pada zaman tu. Tapi aku berfikiran positif, ni dunia tanpa sempadan. Orang gile pon boleh main henpon gak. Dorang pon nak merasa gak keindahan teknologi yahudi.

Pastu scene cico diberi makan oleh maid tu. Aku time tu pulak tengah lapar. Memang gegar perut aku tengok lauk yang die bagi. Nasi sama sayur ape ntah ngan ayam goreng yang kelihatan sipi-sipi nak same rase ngan kfc. Time tu jugak laa aku terfikir, mane die dapat beras, sayur sama itu ayam?

Time tu aku terfikir camne laa sorang prof boleh buat cerita camtu. Macam sia-sia pulak stadi bukan main lagi sampai dapat title prof tapi buat cerita macam gampang. Dan bile abes jek cerita tu, aku tengok abang ipar aku gelak gile-gile sesorang. Aku tak puas hati, mane boleh die gelak tak ajak aku. Tak 1malaysia langsung. Aku pon tanya laa ape mende yang kelaka.

“Ade sorang pakcik tu boleh masuk ngan cerita tu”

“Camne tau?”

“Time cico masuk rumah tu, pakcik tu cakap berani betul cico masuk rumah tu. Kalau aku memang takde nye nak masuk.”

Aku hanya mampu senyum nipis jek dengar abang ipar aku punye cerita. "Razak razak...memang berbaloi title prof kau tu" kata hati aku sinis.

9/18/2010

Perajurit dsl218 (Part 1)

Langit malam itu sungguh jelas. Tiada awan yang melindungnya. Jelas kelihatan bulan purnama serta bintang-bintang yang merelip-relip nun di atas sana. Sesekali taik bintang kelihatan melintas dilangit yang cerah itu.


7 orang termasuk aku tengah melayan perasaan dimalam yang hening tersebut. Aku, blanka,butam, kojang, bunek, nedjo dan lakau adalah perajurit terakhir dibatasan perang. Kami ditugaskan mempertahankan kawasan ini dari ancaman musuh. Kami adalah sisa-sisa perajurit yang tinggal setelah diserang hebat oleh pihak musuh selama 3 hari.

“Malam-malam camni kalau pekena teh tarik sambil layan arsenal nye game nice gak kan?” ucap blanka memecah kesepian malam tersebut. Sayang hanya aku sorang yang tersenyum ceria manakala yang lain mencebik manja. Butam tetap setia dengan Liverpool walaupon dapat no.7 season lepas. Yang lain-lain penyokong setan merah, man u. Perbualan yang cuba dimulakan blanka tidak mendapat sambutan.

Aku mengambil henpon aku untuk melihat jika sebarang mesej atau miskol masuk. Aku dari pagi tadi tak melihat henpon ku. Asakan peluru dan meriam musuh membuatkan aku tidak dapat mendengar sebarang bunyi dari henpon ku. Jangankan henpon, bunyi kentut gabungan blanka dan nedjo petang tadi jugak tak kedengaran. Sayup-sayup jek bau die menusuk hidung. Celaka betul, tengah cemas diasak dorang boleh slamber layan kentot. Ternyata aku hampa, aku masih tidak laku. Paparan henpon ku hanya menunjukkan tarikh dan masa.

Butam memandang ku kehairanan lantas bertanya, “ade mesej masuk ke wad?”. Dia mungkin kehairanan sebab memang jarang henpon ku berbunyi.

“ade 40 miskol ngan 13 mesej jek”, balasku perlahan. Aku lihat mereka tercengang-cengang terkejut.

Lakau mencelah tanpa signal, “sejak bile kau glemer wad?”. Yaa, lakau menggunakan perkataan glemer yang rasenye sangat rare skang nih.

“Sape yang mesej n miskol?” Tanya bunek.

“Lisa Surihani” jawabku tenang.

“Hak-tuih”. Serentak mereka meludah selepas abes aku berkata-kata. Hairan jugak aku, macam dah rehearsal lak dorang nih. Die punye seragam lain macam.

Masing-masing senyap. Kojang ku lihat tengah mengelap teropong sniper nye. Die memang sharpshooter. Bunek memecah kesunyian dengan menyanyikan lagu AXL-akulah kekasihmu. Aku lihat blanka mencebik mendengar lagu tersebut. Blanka memang anti lagu-lagu melayu. Die layan band-band yang omputih yang dimana lirik nya hanyalah jeritan.

Butam tiba-tiba bertanya pada nedjo pasal kereta. Ahh, dah start dah topic perbualan kurang menarik nih. Aku hanya mendiamkan diri. Kesemua mereka kecuali bunek yang masih menyanyi berbual girang. Aku dah start mengantuk, layan tido sedap gak nih kata hati kecilku. Slow-slow aku pejam mata tapi tak boleh tido lagi sebab dorang masih rancak bercerita pasal kereta. Perbualan kereta tak lame sangat, adelah dalam 10 minit sebelum masing-masing takde point nak berbual dah. Lakau bangun dan memandang kami semua, “aku ingat nak jadi pramugara la” kata lakau tiba-tiba.

“Hak-tuih”. Serentak aku dan mereka. Yaa, tanpa rehearsal kami meludah mendengar statement tidak diminta itu. Sebak jugak hati aku memikirkan cita-cita lakau yang tidak disokong kami. Kemudian semua duduk diam-diam layan perasaan masing-masing.

Tanpa sedar aku terlelap setelah didodoi dengan alunan suara bunek repeat lagu same buat kali ketiga. Bunek bunek….

Bersambung….

9/14/2010

Entri 8 - Dam dam dum, bunyi mercun

Zaman aku kecik-kecik dulu, raya adalah hari yang paling best. Boleh main mercun, dapat duit raya dan paling manis pulak awek-awek yang rare selalunye bersepah. Raya paling best bagi aku time aku duduk kat perak. Itu raya paling gempak sepanjang aku hidup. Bayangkan suasana raya kampung aku dah rasa awal-awal lagi compare ngan sedara-mare aku yang duduk bandar. Punye lah meriah ngan bunyi mercun bersepah-sepah, tambah pulak ngan gadis rare bersepah. Senyum dah macam dapat bonus 4 bulan orang cakap.

Malam-malam puasa lak main meriam tin. Aku kire pelopor antara member-member aku main menatang nih. Kabaid senang nak cari, tin cat pulak bersepah. Cume batang ubi kayu jek kene round kampung sket. Pakcik-makcik yang baru berniat berbuka makan pucuk ubi kayu memang selalunye mencarut secara halus lah bile kami menjalankan operasi.

Seminggu sebelum raya lak operasi meriam tin selalunye dihentikan sepenuhnye. Ini untuk memberi peluang kepada kami melihat keindahan yang jarang kami nikmati sepanjang tahun. Hujung deret rumah aku ade seorang atuk yang kalau nampak aku mesti tegur aku punye. Biase lah kan, pemuda harapan kampung lak. Nama atuk tu pakcik derih. Dan yang menarik nye, die ade cucu yang boleh dikategorikan manis kalau dicomparekan ngan gadis-gadis area rumah aku nih. Biase lah kan, kalau dah hari-hari menengok muke same jek boring gak. Dan selalunye pulak, bile time cucu pakcik derih ni balik, maka secara tak rasmi padang depan rumah aku jadi tempat melepak rasmi bagi budak-budak taman aku. Seyes memang pelik sebab area situ bukan tempat strategik melepak sebelum nih. Tiap-tiap tahun aku terfikir pasal fenomena misteri nih.

Malam raya pulak selalunye dah berkumpul semua adik beradik. Time tu bersembang bukan main lagi sambil main kad terup atau main PES. Memang meriah abes lah orang cakap. Time tu mukebuku tak popular lagi, ape tah lagi blog. Tak penah dengar langsung name blog. Memang malam dan pagi raya adelah masa paling best sekali.

Tapi tu dulu laa, sekarang dah kurang menarik raya-raya aku. Sejak pindah, raya dah jadi biasa. Dah takde main mercun, duit raya maintain lagi tapi gadis manis memang takde langsung. Jangankan gadis manis, kurang manis pon dah takde. Malam raya dah tak meriah, takde berborak sakan sambil main kad terup or main PES. Tapi tetap bersyukur sebab masih boleh beraya satu keluarga lagi. Jadi dikesempatan aku menulis nih, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

9/09/2010

Entri 7 – kemalangan motor yang penah dihadapi saya

Ni bukan karangan spm aku.seyes aku tak tipu. Dekat-dekat nak raya ni kes kemalangan banyak berlaku. Jadi aku cerita jugak pengalaman kemalangan aku buat jadi pedoman masyarakat.

2002 – aku ngan bangganye memiliki motor warisan keluarga aku. Time tu bangga die lain macam. Sume benda aku nak tuka, padahal aku bukan reti dalam hal-hal kejuruteraan nih. Bile beborak ngan nerol (hampir nama sebenar) sebelah rumah aku, masing-masing taknak kalah. Die nak spray, akupon nak spray gak. Aku nak tuka rim, die pon nak tuka rim gak. Aku nak tuka gearbox biar motor aku ade 4 gear dan boleh pakai clutch jek die taknak follow. Tapi itu mungkin sebab motor bapak die dah memang 4 gear, tak macam motor warisan keluarga aku yang ade 3 gear jek. Motor aku memang laju sebab antara member-member taman aku, motor aku dapat no.3 paling laju antara 4 biji motor (Honda fames, Suzuki RC, kap petak motor aku ngan kap bulat zaman jepun jajah Malaya, klasik abes kitorang). Kegiatan pusing-pusing taman usha awek nih dah jadi hobi kitorang. Tapi awek yang tu tu jugak, takde pertambahan langsung kecuali cucu tok derih balik baru masing-masing tunjuk muke ceria macam zaman first time makan sugus.

2002 - Kemalangan pertama aku bila aku ngan 3 orang member aku meround taman macam biase. Tapi hari tu suwei sket, ketua konvoi kitorang brek tanpa aku sedari. Hasilnye plat moto member aku patah beserta garisan halus warna putih kat lengan aku dan betis member aku. Tak cedera teruk pon, bawak jenis had laju depan sekolah rendah. Sikit tak terguris jiwa aku nak bawak motor laju-laju macam cerita Gila-Gila Remaja.

2003 – Macam biase, aktiviti harian kami tak penah berubah. Pusing taman mende wajib walaupon sume dah tau muke-muke tu jugaklah yang ade kat area tu. Tak penah ade perubahan langsung. Kecik jugak hati aku bile memikirkan tempat aku bukan destinasi perumahan gadis manis. Kemalangan kali ni tak melibatkan aku tapi bawak efek kuat gak kat aku. Member aku yang jenis pantang bawak moto mesti nak pulas abes maen cilok kat jalan sempit bengkang-bengkok tepi jalan pasir bersepah. Macam mane pasir tu bersepah, macam tu jugak la member aku tergolek kat situ. Nasib baik perot tak kene tikam ngan batang kayu tajam tepi longkang kalau tak arwah member yang menumpang bagi tambahan brek pakai badan. Eksiden tu memang bagi efek kuat kat aku time tu. Time tu jela....


2010 – Baru pas jumpa member dan ondewei balik rumah. Minyak motor tak cukup kecuali aku ade stamina tolak motor 20 km. hari hujan sepoi-sepoi bahasa. Aku yakin masuk shell nak isi minyak sambil amek kona cecah lutut. Tengah sedap layan aku dah tak ingat pape. Tiba-tiba jek aku dah baring atas jalan. 

Minyak dah menitis atas badan aku, Nampak pulak percikan api kat moto. Kelam kabut aku lari dan tak sampai 2 saat moto aku meletop macam cerita Hollywood. Sipi-sipi cebisan ekzos nak kene muka aku, tapi aku sempat mengelak. Memang dramatik.

Punye suwei aritu sebab dah la seluar koyak, bersepah pulak orang kat shell tu. Slow-slow aku angkat motor, start enjin sambil senyum dan pegi stesen minyak lain cuci luka kaki ngan isi minyak. Insaf datang membuak-buak kat diri aku dan aku janji pasni aku tak layan kona time hujan renyai-renyai lantai simen licin nak mampus bawak moto ngan kelajuan 30 km/j.


* tulisan senget adalah satu jenis penipuan dari aku. Rilex sudah, macam lepak maple takde beborak pasal gadis memang tak ngam.

Entri 6 – Jeslyna

Hari ni 1st day aku keje. Keje buat keranda jek pon. Tak glemer mane. Tapi aku ade driver, kire gempak gak tu. Member-member akupon yang dah keje takde driver. Mendambik dada gak laa aku mula-mula nak masuk kete.

Tapi yang tak bape bestnye job 1st aku tengah-tengah malam. Pelik gak aku ngan bos aku nih, tak boleh buat siang-siang ke. Nak jugak tengah malam. Hati aku dah panas, tapi tak berani nak sound sebab die dah blanje aku roti sardin takde bawang sama teh o ais. Senyap jela aku sambil pandang die sipi-sipi.

Jarum jam pendek tunjuk no.12, jarum panjang tunjuk no.6. Huish, cuak gak aku. Tapi nasib baik driver aku nih orang tua. Dari raup muke dia ade sket-sket cam M.rajoli bile blakon drama agama. Aku yakin die memang handal lawan benda-benda keras nih. Driver aku memandu kemas van syarikat kami. Kagum gak aku ngan pemanduan pakcik ni, mane jalan boleh drift die drift, mane jalan die boleh drag die drag. Tak sampai 20 minit kami sampai di destinasi.

Aku masih dalam kete tengah bersiap-siap barang aku. Bos aku cakap malam ni just ukur tinggi ngan lebar badan mayat jek. Esok baru boleh start bertukang. Tapi yang bertukang bos aku laa, sebab aku memang tak mahir bertukang nih. Kemahiran hidup pon sipi-sipi nak dapat C nak bertukang keranda lak.

Dah siap barang yang aku nak guna aku pandang rumah yang nak dituju tu. Serta merta muka aku pucat. Pakcik driver pandang aku semacam jek. “Apesal nak?” kata pakcik tu lembut. Aku masih diam tak jawab soklan tu sebab mata tengah konsentret pandang depan. Memang cuak abes aku, aku nampak lembaga putih depan pintu. Aku syak kalau orang toreh muke aku memang memancut darah tak abes-abes. “Apesal nak?” kata pakcik tu buat kali kedua. Aku dengar suara pakcik tu dah hilang sikit lembut die. “Lembaga putih pakcik” jawabku terketar-ketar.

Pakcik tu boleh bantai gelak macam aku tengah berak depan die pulak. “Kau ni penakut betol la nak. Mane ade pape laa. Kau cuak sangat ni sebab dalam tu ada mayat kan?”. Aku dah panas pulak dengar jawapan pakcik tu. Ni kalau budak darjah 3 dengar pon jangan ditanya kenapa jadi kurang ajar.

“Pakcik pandang depan baru pakcik sound saya boleh tak?” jawab aku sambil cuba mengurangkan perkataan yang kurang manis kat orang tua. Pakcik tu toleh depan dan tak sampai 3 saat tiba-tiba kete gostan dan memecut ke jalan raya. Aku terkejut, ape kes pakcik nih? Tapi nak tanya tak bape elok pulak bile aku tengok muke pakcik tu dah lain macam. Dah hilang muke M.rajoli blakon drama agama.

Hati aku lega gak sejenak bile fikir azab dah lepas. Pagi esok jela buat, siang-siang takde cuak sangat. Mende tu pon takde siang-siang. Tapi sangkaan aku meleset. Aku baru nak bersandar kat kerusi dan aku perasan sebelah pakcik tu ade gadis pakai baju belang-belang. Aih, bile masa pulak kitorang ade bawak awek manis ni?  Time tu aku teringat member aku penah cakap aku ni genius. Dan skang baru aku setuju kata-kata die. Tak sampai 2 saat otak aku berkata, “ni laa yang depan pintu tadi”.

Aku dah cuak, peluh dah mengalir tepi mata. Ape aku nak buat ni? Aku beranikan diri pandang mende tu. Lawa la pulak, hati aku cair serta merta macam aku tengah tengok muke lisa surihani pulak. Aku tengok muke mende tu sedih jek. Ape kes nih? Aku memang tak boleh tengok muke gadis manis sedih-sedih nih. Rasa macam nak pekena rokok sebatang jek bile dalam situasi camtu.

Akupon beranikan diri tanya, “kenapa awak sedih?”. Pakcik driver pandang aku tercengang. Apehal pulak budak ni menegor mende nih. Aku rase laa die fikir camtu. Mende tu pandang aku dan masih maintain muke sedih die, die cakap tolong hantarkan die balik rumah balik. Aku pandang muke pakcik tu, pakcik tu pandang muke aku balik. Aku nampak die tak sampai hati bile dengar mende tu cakap camtu. Tanpa disuruh pakcik tu buat pusingan 360 dengan bergaya dan memecut laju ke rumah tadi. Suasana sunyi dalam kete. Aku rase tak selesa pulak bile suasana sunyi-sunyi camni.

“Kenapa awak muke sedih jek?” tanya aku gentle. Gadis manis bai, kene cakap lembut-lembut baru nampak concern.

Die diam jek tak jawab. Dekat 2 3 kali aku tanya die tak jawap soklan aku. Dah dekat sampai rumah die, aku tanya nama die. Die diam lagi.

“Nama saya Aswad, selamat berkenalan” kata aku. Jarang aku jumpa mende-mende camni, n mende tu pon tak bertindak agresif dengan menukar muke die or mengilai sepanjang jalan. Jadi bagi aku tak salah berkenalan.

Mende tu turun kete dan berterbangan perlahan sebelum die pusing pandang aku. Aku dah berdebar pulak tak pasal-pasal. “Nama saya Jeslyna, panggil Jes je” kata mende tu dengan suara merdu. Pastu die terus terbang perlahan menghala rumah die balik, tapi sebelum die sempat masuk aku menjerit, “ kenapa awak sedih Jes?”. Die pandang aku dan membalas, “ Saya sunyi”.

Entah dari mana datang keberanian aku, aku cakap “kalau camtu jom naik kete nih kite pusing-pusing,takde la awak sunyi”. Jes pandang aku macam tak percaya, tapi aku angguk gentle. Die bagi senyuman paling manis kat aku. Die terbang laju menghala ke tempat duduk belakang sebelah kiri aku. “Pakcik, boleh tak jalan-jalan dulu malam nih sebelum kite balik?” tanya aku pada pakcik. Tanpa menjawab, pakcik tu masuk gear 1. Sepanjang perjalanan Jes diam tak berkata-kata, tapi mulut die terukir senyuman indah. Die letakkan kepala die kat bahu aku. Aku senyum nipis. Kete tu berjalan sungguh lama, heran gak aku pakcik ni tak penat ke drive memalam buta camni. Tiba-tiba Jes bersuara, “Terima kasih sebab temankan saya malam ni. Saya akan selalu ingat awak.” Aku lihat muke die tersenyum sedih tanpa air mata, hati aku jadi taman time tu. Slow-slow die hilang depan mata aku.

*****

Aku bangun tido dengan mata berair. Sedih betul mimpi aku tadi. Seyes kalau Jes tu wujud, memang aku slamber ayat die. Aku syak konfem dapatnye, sebab die sendiri cakap die konfem ingat aku.

9/08/2010

Entri 5 - Fantastik empat

Zaman sekolah rendah aku dihiasi ngan mende-mende yang tak menarik. Tapi bile fikir balik, ape jek yang boleh budak sekolah rendah buat zaman tu kalau tak main kejar-kejar, polis sentri, nyorok-nyorok, main gasing, main pemadam, konda-kondi atau paling bangsat pon main getah zero point. Tapi zaman tu aku kire juara gak laa main pemadam, sempat jugak laa aku merasa naik podium menang main pemadam peringkat kelas.

Tapi tu aku. Kalau nak comparekan aku ngan sedara aku memang aku jauh kene tinggal. Ni bukan jenis kene tinggal bas yang pas kene tinggal tersengih-sengih masuk rumah pastu tido tu. Ni jenis kene tinggal 3 tiang bak kata mat rempit tersohor.

Korum sedara aku campur aku ade 4 orang. Aku, wan, taf ngan afiq. Zaman tu memang zaman ngam abes laa ngan dorang. Skang dah kurang sket sebab dorang sapot team musuh, haha.

Aku ingat lagi zaman tu dorang sume best. Taf champion main yoyo (zaman tu femes tak ingat mende nih). Skil yang takde dalam buku dapat free mase beli yoyo tu pon die boleh slamber buat sambil timbang bola. Wan pulak ade cerita power rangers the movie yang time tu sape tak tengok memang tak true power rangers. Afiq pulak bukan main hebat main bola. Time tu aku ingat kalau ade kelayakan wakil Malaysia senang-senang die titik. Tapi aku?

Aku main yoyo tak reti-reti lagi buat skil dalam buku tu. Cerita power ranger the movie tu nak beli pon tak guna, bukan ade tempat memasangnye. Nak main bola, harap sepak je laju tapi tak kene bola pon. Keeper jela posisi sesuai aku, sebab aku boleh tangkap bola kalau bola tu slow atau bola tu tuju kat aku. Jadi aku dah nekad aku mesti jadi hebat ngan cara aku sendiri.

Aku slow-slow training main satu mende nih. Aku praktis tanpa henti, tengok otai supaya aku jadi legend. 2 bulan aku praktis dan cabar member-member aku dan hasilnye aku champion gak. Tapi segala penat lelah aku tak berhasil. Aku tak jadi legend, aku tak hebat, aku tak femes. Segala hasil lelah aku 2 bulan main pemadam sampai champion kelas tak dipandang bile aku mule nak bangga, dorang dah main digimon. Aku terpaksa akur ngan perubahan masa. Kejam betul orang yang reka digimon nih, tak bagi can langsung kat aku nak jadi hebat.

Aku terpaksa tukar strategi, dan hasilnye aku berjaya jadi legend dengan cara aku sendiri. Aku berjaya jadi satu-satunye pakai spekmate time tu. Bangga tak beringat betul aku...

9/06/2010

Entri 4 – kenangan lalu best juga

Aku menyambung pelajaran aku setelah diberi peluang kedua oleh kerajaan di selatan kuala lumpur. Universiti ni mempunyai satu peraturan tidak bertulis bagi student-student laki yakni nama samaran (gile tak stylo, translate di gugle berbunyi nickname,semart sket).

Ni merupakan tradisi turun temurun dan tidak diketahui dimana mulanya. Jadi aku sebagai junior perlulah mewarisi tradisi tersebut sebab pepatah minang penah menyebut, biar mati anak jangan mati adat. Dan yang paling menariknya, walaupun ini adalah tradisi tapi nickname yang diberi selalunye berbunyi menarik dan bermaksud yang agak gampang. Jadi akupun diberi nickname “machap” beserta kawan-kawan aku lagi.

5 semester aku disitu (part 1 aku kat Sarawak dimana gadis-gadis Sarawak sangat manis dan peramah,wuuu) aku dikenalkan sebagai machap. Tapi itu hanya diblok aku saja, bila di kelas aku dipanggil *ahem* (nama sebenar). Part 2 aku terima, part 3 boleh terima lagi, part 4 aku dah start rasa pelik sikit dan part 5 n 6 aku betul-betul pelik.


Kenapa panggilan aku berbeza diblok dan dikelas? Apa salah aku sampai aku kene camni?





Setelah aku bermuhasabah dengan diri aku sendiri, baru aku sedar hikmahnya. Seperti superhero-superhero yang lain, mereka juga mempunyai 2 panggilan dimana satunya adalah untuk watak loser dan satu lagi untuk kegempakan dia. Terima kasih budak-budak blok aku, aku tak sangka korang memandang aku setinggi itu. Aku akan cuba berlatih terbang untuk pastikan korang tak hampa ngan aku. Kalau tak boleh gak, aku cuba makan nasi 3 pinggan. Tu kira gempak gak kan?

9/05/2010

Entri 3 – sungkai bukanlah sungai lagikan pula bersugi

Mukabuku aku menerima satu post yang nama aku ditag begini, “name aku dan member-member aku, ape kate weekend ni kte BERSUNGKAI sme2 lps 2 gi shopping raye..boxer raye aku xbeli lg ni..!!!


Aku dengan penuh keterujaan (dan juga tidak ingin menjadi TAYIK) membalas dengan ceria sebab aku memang tak cukup boxer. Date dah set, korum dah cukup. Tiga hari aku terbayang-bayang bentuk boxer baru aku dan mungkin baju baru aku. Aku memang teruja sebab ni first time aku beli boxer raya. Lepas berbuka puasa di mekdis jalan Pahang, destinasi kami hanya satu yakni uptown danau kota.

Dan sesungguhnya jalan di keyell (cam gampang tak aku tulis camni?) sememangnye membuatkan kami kehilangan pahala puasa. Bukan sahaja jalan jem pekat, tapi gadis-gadis manis juga sungguh riang disana sini. Tapi kegembiraan tu tak bertahan lama bila nak cari parking pon ambik mase sejam lebih. Dalam otak aku da terpikir, “dorang ni takde life ke pas bebuka pegi uptown?”.

Setelah parking dan menghabiskan masa lebih kurang 2 jam mencari baju, aku baru sedar bahawa bukan mudah untuk masuk kedai boxer dan cek boxer mana yang paling menarik bila diluar kedai orang-orang yang lalu-lalang macam lalat hurung bangkai. Jadi aku hanya pulang tanpa boxer raya dan juga baju raya yang aku nak, tapi aku bersyukur bile gadis-gadis manis memang bersepah kat situ. Malaysia memang patut buat miss universe tiap-tiap bulan laa camni. baru 1Malaysia.


*****

Perbualan kami di kedai itu sangat serius.

Aku: kat mane nak donlod the pacific?

Member 1: cerita tu tak layan sangat kalau kau compare ngan band of brothers.

Member 2: aku tak minat cerita tu.

Member 1: kau tau tak pasal zaman komunis dulu-dulu?

Aku: tak tau la pulak. (aku dah mula pelik, “asal jawapan dorang macam tak kene ngan soklan aku ni?)

Member 1: bla bla bla bla….

Aku & member yang lain: owhh, tapi kan…(aku dan member lain bercerita jugak)

Member 1: owhh, pastu pulak kan…(kami tekun mendengar)

Keadaan ni berterusan selama setengah jam.

*****

Perjalanan pulang kerumah. Sambil membawa motor dengan kemas, aku mula tertanya-tanya. Ia mengganggu aku sepanjang perjalanan. Kenapa niat dan soklan aku semua tak tercapai?


Dan kemudian aku teringat kata-kata bijaksana, “apa yang kau hendak, itulah yang kau takkan dapat”.

Entri dua - isap rokok

Jam dah tunjuk pukul 2 pagi dan aku masih tak tido. Agak fakkap laa bile fikirkan aku dah ngantok gile tapi aku tak boleh tido. Jadi aku keluar la nak minum air dan boleh pulak lipas ade kat tepi pintu tandas. Sial betol laa, dah la aku fobia ngan lipas. Aku wat tak tau jek and terus pegi minum air. Dah minum air rase nak wat number 1 la pulak, tapi ade lipas dalam bilik air.

Aku dah kusut, ape patut aku buat?

Nak bunuh, aku penyayang kat binatang. Ok aku tipu, aku takut nak bunuh lipas. Tapi aku takde pilihan lain sebab takde orang yang boleh tolong aku. Jadi aku pasrah jela buat number 1 sambil aku berdoa die tak muncul. Dan nasib aku baik, doa aku makbul and lipas tu tak menjenguk langsung.

Jadi ape kaitan lipas dengan tajuk entri aku ni?







Kaitan die adelah aku meraikan doa aku termakbul dengan isap rokok. Tadaa, aku dah siap satu entri untuk blog aku. Jumpa lagi dimasa lain (kalaupun ade orang bace blog kau, loser!!!)

9/04/2010

Entri satu

Entah pagi pukul berapa, suara sorang budak sayup-sayup jek dengar dalam bilik bersalin di hospital bersalin kuala lumpur. Dihari tersebut, lengkaplah keluarga family aku. Budak yang comel itu (dan masih lagi,hahaha) sekarang dah pon besar dan sedang menulis blog ini untuk menghabiskan masa terluang dia.  Dan inilah mukadimah blog nih yang aku sendri tak tau boleh bertahan ke tak. Tapi aku ape pedulik, janji aku habiskan masa aku ngan buat keje brpekdah…